Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Tuesday, September 16, 2014

i hate hiatus .

assalamualaikum ,

yes, usually i hate hiatus .

but , buat masa ni mia memang tak ada masa nak update . busy .

well , last year exam is around the corner . and i need  to study no , scratch that . i must study .

i have a long way to go . matapelajaran dah la neomu manhi . sobs2 >,<


actually mia ada benda nak update tapi wi-fi pun merajuk hampir sebulan .

so , news baru tak boleh disebarkan .

and i'm gonna go on hiatus .

no update , no entry , no gossips , or no news . no blogging . NO FUN . AT ALL .

maybe sampai habis exam ? atau bulan 12 .

and yeah , lepas exam , my sister and her friends want to play running man . hokhokhok .

mia adalah pd-nya . sangat syok kenakan orang .

but mia dah dapat rasa plan mia rosak . sebab apa eh ? hmm , ada betrayer kuttt .


and , lepas ni ... mia malas nak update panjang2 .

bukan ada orang baca pun idok ?

so , update lepas ni maybe jadi cegini kutt .

senang .

entah kenapa , mia buang tabiat nak speaking hari ni .

pedulikan .

kalau salah ayat atau apa2 , anda boleh gelak . hehehe .

anyway , got to go .

assalamualaikum , guyss !



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Monday, August 11, 2014

CERPEN : Sweet Cinta Ribut

Assalamualaikum, I'm back with cerpen. Ada orang cakap cerpen ni best so Mia decided nak post kat sini. Ngee, sorilah banyak ralat . Mia tak cover atau edit balik . Setepek Mia letak. Lantaklah. Anyway, enjoy !



Eherm, okay aku nak start cerita nih. Mohon susun sepuluh jari tanda mintak maaf jika cerita aku ni buat orang rasa pelik. Aku juga mohon jangan tiru aksi aku sebab memang takkan dijamin bahagia.
                Korang dah tak faham apa yang aku merepek? Macam ni ceritanya...
                Satu hari saat aku mengeluh mengenang nasib badan yang dah berumur 27 tahun tak kahwin-kahwin lagi, aku terpandang seorang makhluk ciptaan Allah yang sangat hensem. Menarik perhatian aku betul. Dan aku tak tahu kenapa aku jadi bodoh tambah tak tahu malu pergi confess yang aku suka dia. Padahal tak sampai 5 minit aku usya muka dia. HOMAIGAD!
                Aku rasa macam dah terdesak sangat ni. Aku janji dengan diri sendiri nak kahwin umur 25 tapi dah erlajak dua tahun so, aku perlu cepat cari pasangan sebelum mama serang aku dengan soalan, “kau bila nak kahwin? Mama cari bangla untuk kau nanti.”
                Okay, aku dah confess. Nampaklah muka mamat yang SUBHANALLAH hensem amat tu, macam muka tertelan gula-gula hacks. Pelik tengok budak ‘comel’ macam aku ni buat pengakuan berani mati dekat dia.
                Aku fast forward...
                Seminggu lepas tu, aku jumpa balik dengan dia. Haha, dalam hati memang happy habis! Jodoh kut? Aduh, tak malunya kau , Luna. Nama aku Luna ye? Sila ambil perhatian !
                Aku beranikan diri tegur dia. Kali ini aku sengaja cucuk jarum. Tak kira, kalau dapat...sebulan kenal aku nak kahwin! Sebab tu aku cakap jangan tiru aksi aku ni. Bahaya!
                “Assalamualaikum...” aku tegur dia dari belakang. Entah macam mana boleh terserempak dekat Giant ni kan? Aduh, tak gempak betul tempat.
                “Waalaikumsalam,”dia jawab. Dia pandang belakang, tengok aku yang tersengih. Oleh sebab aku tak tahu nama dia apa, aku perlu gelar dia HUSBAND TO BE (HTB). Hehe..
                “Ingat lagi tak dekat aku? Yang hari tu confess kat...” err, nak buat macam mana? Terlepas cakap. Cover je lah malu.
                “Luna? I think semua orang yang ada pengalaman kena macam tu akan ingat kot. It was embarassing,” ha, selamba badak dia hentam!
                “Lantaklah, malu ke apa. Anyway, I just want to know you. May I?” sopan sikit kali ni aku tanya. Nak ambik hati.
                “Sure. Aku tak pernah ada masalah untuk kenal dengan orang. So, talk while we walk? I need to buy something,” dia tiba-tiba pergi sorong troli masuk kat pasaraya Giant. Aku just ikut je. Misi tetap harus dijalankan!
                Aku mula interview dia pasal macam-macam. Tau apa yang best? Dia ‘sporting’ gila. Every question yang aku tanya selagi tak over macam soalan “kau ada HIV atau penyakit berbahaya?” dia akan jawab. So, summarynya... nama dia Hazmirul Haizat, berumur 26 tahun dan working with his father kat satu syarikat Gaze Design as an architect. Dia muda dari aku! Nasib baik setahun. Err, actually dua tahun beza sebab birthday aku lagi dua bulan dan aku akan mencapai umur 28 tahun !
                “Makcik, kau taknak jalan ke?” dia panggil aku. Saat tu mata aku tertancap dekat Aiskrim Baskin Robbin yang sedap gila tapi mahal tu. Terliur betul.
                “Jap, nak fikir. Nak beli ke tak nak,” satu tangan aku buat tanda stop dekat dia, satu lagi kat dahi. Oh,gedik !
                “Lambatlah. Jom, aku belanja,” dia terus capai Aiskrim Baskin Robbin satu bekas dan letak dalam troli. Bagus betul!
                “Betul ke ni? Terima kasih sangat-sangat,” Ya ALLAH, aku pasti kalau mama nampak anak dara dia ni, malu seumur hidup! Oh, mama , maafkah anakmu!
                “Yelah, makcik.” Dia balas. Sejak lima belas minit yang lepas, bila dia tahu umur aku, dia panggil aku makcik. Mula-mula mengamuk jugak aku tapi lepas 5 minit, aku macam tak kisah. Rela pulak tiba-tiba~
                Gelaran dia pun aku tukar. Taknaklah HTB tu. Sebab dia panggil aku makcik, aku kena panggil dia pakcik. Baru sweet~ baru padan. Kan aku tengah nak mengurat dia ni. Hahahaha, aku gelak besar.
                Sejak hari tu, aku akan selalu atur ‘temu duga’ dengan dia. Yang peliknya, dia sentiasa okey je! Bila aku tanya kenapa, jawapan dia best betul. “Sebab kau, makcik paling honest aku pernah jumpa.” Aku tahan je rasa marah sebab aku sayang dia. Erk, sayang? Setiap hari aku doa supaya aku sayang kat dia. Dan hasilnya, perasaan tu memang ada. Alhamdulillah. Sebab itu, aku tekad nak kahwin dengan dia jugak!
                “Aku nak kahwin dengan kau,”satu hari, dekat AEON, aku luahkan perasaan dan permintaan. Mula-mula dia terkejut tapi lepas tu...dia mohon masa sampai habis makan. Jadi, aku tunggu.
                “So, dah buat keputusan?” aku tanya dia. Elok-elok lepas dia minum air, lap mulut so that dia tak lah rasa macam aku ni kelam kabut sangat walau sememangnya ya!
                “Okey, kita kahwin,” dia tenang je saat ucap perkara tu. Aku anggap dia tak menyesal je lah.
                “Kau okey je? Tanggungjawab lepas kahwin? Kalau kita tiba-tiba tak serasi?” aku cuba test dia. Kalaulah jawapan dia,”kau yang ajak kahwin, pandai-pandai lah,” aku pasti dia balik tempang hari ni.
                “Kita kahwin betul-betul kan? Janji depan mak bapak, depan family, tok kadi dan saksi-saksi, janji dengan Allah SWT, so kenapa aku perlu lepaskan tanggungjawab? Aku taknak kena soal dalam kubur atau kat akhirat. Lagi satu, kalau kita sentiasa berusaha untuk mempertahankan rumah tangga, penceraian tak akan berlaku. Aku yakin.”
                Dengan muka cool habis macam baru buat iklan pencuci muka, dia susun ayat. Dasyat! Kalau aku boleh bagi tepukan atau suruh orang tepuk tangan dengar ucapan cool separuh mati dia tu, mesti meriah. Bravo!
                Dan dia mintak ikut adat. Biar dia yang datang meminang. Aku setuju habis, hati memang dah lama terpaut walau mula-mula jumpa tak sempat pandang lama-lama. Kurang dari 5 minit. Sejak dia ucap ayat penuh macho hari tu, aku jatuh cinta pulak. Apapun, dia tetap HTB aku! Lepas ni jadi My Only Capital H (MOCH).
                Bila dia jumpa family aku, perasaan ni makin kuat. Tapi aku takut jugak. Cinta ribut aku ni boleh bagi aku bahagian ke? Aku takut aku terlalu gopoh dan kelam kabut. Setiap maam aku solat tahajud dan solat hajat supaya keputusan aku tak menyimpang.
                Aku pun tak pernah tahu feeling dia. Apa yang dia fikir pasal aku? Suka ke? Sayang ke? Aku tak tahu macam mana nak cakap hal tu dekat dia. Lepas kahwin, aku doa pada Allah SWT supaya permudahkan jalan yang aku ambil.
Hari ni kitorang kahwin. Birthday aku. Senang, sekali dengan anniversary. Aku sedar, aku ambil risiko. Baru 4 bulan lebih aku kenal dia. Selalunya berpuluh-puluh tahun kawan dan bercinta baru kahwin. Aku? Tapi aku dah tak boleh berpatah balik. Mama pun dah setuju. Lekat habis dengan HTB aku tu. Banyak yang mama puji.
                “Pandai kau pilih Luna. Segak orangnya, hormat orang tua, gaji pun boleh tahan. Hensem pun hensem,” mama kalau dah suka tu, semuanya cantik aje!
                “Yelah ma. Doakanlah kitorang bahagia nanti,” pinta aku. Senyum tengok mama yang excited.
                “Mesti. Mama akan doakan! Luna tahu tak dia pandai masak...” dan mama terus-terusan cerita pasal HTB  aku. Jeles okay, amat jeles! Tapi aku akui, dia memang HTB a.k.a pakcik yang hampir sempurna!
                Aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu dengan perasaan berdebar. Aku sendiri dah tak rasa perut aku sebab terlalu cuak. Maklumlah, dah make up yang teramat lawa nak menghadap HTB hensem. Of course lah, nervous !
                “Kau cantik hari ni, makcik.” Sempat dia bagi mesej! Tu un kawan aku Nurul yang tunjuk telefon. Baru aku perasan yang aku guna balik gelaran HTB tu. Hari tu konon nak tukar jadi pakcik. Tapi tak sampai hati kot. Aku sayang dia...
                Aku senyum je. Tak nak pandang muka dia. Jujur, 5 minit aku usya muka dia, aku akan berpeluh. Gabra. Macam lari maraton 30 minit. “Kau pun hensem habis, wahai pakcik!” aku jawab dalam hati.
                Okay, dah selesai tanda tangan, tok kadi nak sedia buat akad nikah. Aku jeling HTB yang bakal jadi My Only Capital H (MOCH). Dia cool je. Takpelah, aku cuba serap aura cool dia tu. Dalam hati, aku sentiasa tawakal pada Allah SWT.
                Sekali lafaz...
                “Aku terima nikahnya,Nur Luna bt Majid....” dengar suara dia lancar . alhamdulillah. Aku pejam mata saat saksi berkata sah. Aku masih berdoa dalam hati. Tenangkan perasaan. Berdebar aku saat aku sudah sah bergelar isteri kepada My Only Capital H, Hazmirul Haizat.
                -bacaan doa-
                Aku bukak mata. Tengok ia bercakap sesuatu sebelum dia bangun mendekati aku. Dia hulur tangan dan aku sambut perlahan. Aku agak, dia mintak izin untuk buat solat sunat tadi. Dia pernah cakap dekat aku.
                Sambil pegang tangan, kami jalan ke tempat ambil wuduk. Itulah, kalau dia tak pegang tadi, boleh solat terus. Buat susah je. Geram pulak aku dengan MOCH ni.
                “Ya Allah, makcik...sejuk betul tangan kau,” dia tegur tiba-tiba. Entah kenapa aku jadi janggal pulak. Takde motif betul! Sampai kat simpang perpisahan, baru dia lepaskan tangan aku. Lama jugak aku ambil wuduk. Susah nak bukak tudung. Belum lagi make up.
                -solat sunat dua rakaat-
                Then dia pandang belakang. Lepas baca doa dan diaminkan oleh aku. Syahdu betul. Aku dah ada husband weyh! Aku dah larikan tangan nak bukak telekung tapi dia tahan. Aduh, batal lagi wuduk aku. Tembak jugak MOCH ni nanti. Janda aku jadinya!
                “You looks cute macam ni, makcik.” Dia puji ke tu? Waduh, aku jadi tak terkata pulak. Asal dia sweet sangat? Penat aku tahan hati aku dari meloncat keluar. Ganas sangat main trampolin dalam tu.
                Yang tak boleh blah, dia masih panggil aku makcik. Takpelah, dia panggil makcik tu jadi cute pulak dengar. Kalau orang lain, aku mungkin transform jadi HULK.
                Tiba-tiba dia hulur tangan. Sambil jongket-jongket kening.
                “Awat?” ha, keluar loghat aku. Dia tergelak kecil. Eheh, comel lah awak! Ulang balik, boleh?
                “Your husband. Tak nak salam ke?”terharunya aku dengar. Perlahan-lahan aku sahut tangan dia.
                Hari ni, aku jadi sentimental siki. Jadi ayu sungguh. Tangan aku masih sejuk lagi tapi bila sentuh tangan dia yang suam tu, aku jadi lega pulak. Air mata aku bergenang bila cium tangan dia. Huwaa, aku dah ada husband! Tak sangka! Sayang kau pakcik H!
                Lepas salam, dia tarik kepala aku. Cium dahi. Saat tu aku dah menangis. Terharu. Gembira pun ada.
                “Kau ni kan makcik. Aku baru cium dahi, kau dah nangis. Dah, lap air mata tu,” aku dapat rasa dia nak pujuk aku. Cuma dengan cara tersendiri. MOCH punya cara! Aku suka.
                Dia usap pipi aku.
                “Terima kasih, terima aku. Walaupun aku macam terlalu cepat. Thanks and sorry,” aku ucap ayat tu.
                “It’s okay. Kan aku dah cakap, kau adalah makcik yang paling honest aku pernah jumpa,” dia balas. Mengundang senyuman aku.

                “Now, come. Jumpa parents. Kita terus blah je tadi kan?” dia tunggu aku bukak telekung dengan senyuman penuh ikhlas dan comel. My Only Capital H, kau memang sweet as my Pakcik H. Aku ada dua gelaran untuk dia saat ini. MOCH tu unuk jiwa sentimental aku, dan pakcik H sebab dia gelar aku makcik!

-Nantikan sambungan nya dalam Sweet Cinta Ribut (II)
-Thanks and komen please :)



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_