Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Sunday, September 02, 2012

Let's Fly ~ B1A4 !!


Assalamualaikum and anyyeong. Hahah , "buruk" benor header kat atas tu kan ? Peduli pulak aku :P Biarlah , kita sangat suka "benda" tu . Entah macam mana sejak dua hari lepas "terjadi" BANA pulak . Lepas tengok season 6 B1A4 HELLO BABY, Mia dah jadi sebahagian dari BANA !! Iyelah , diorang funny and kelakar gila dalam tu . Especially SANDEUL , yang perangainya mengalahkan baby tu ! Aduh , tak tahan nengok diorang ni . Walaupun Mia ni bukan peminat si "pasir" itu . Hohoho , lagi satu Mia terus falling in love "terlebih-lebih" dengan Gongchan lepas tengok SESAME PLAYER . What ?! B1A4 pun ada Sesame Player ? Ingatkan Infinite je . Well , diorang neomu neomu kyeopta ! Aish , jinjja ~ Ada satu part tu Sandeul n Gongchan ikat rambut . Comel gilo >,< OMO !


Ah ~ this picture tak jelas sangat . Blurr sikit . Mianeh ~ Ha , nak tau kenapa dia pakai "gaun" tu ? Hahah , try la tengok anda akan tahu sebab nya ! Takkan menyesal punya lah :D


How can Sandeul and Baro be this cute ?! Okey , BI ku agak "hancur" . Tapi Baro dah transform jadi perempuan mcm Gongchan gak ke ? Neomu Kyeopta . Sandeul , why you isap tangan ? Okay , masa ni sebenarnya diorang kena marah sebab terlalu playful and diorang semua kena tidur . Hahaha , comel lah you (Sandeul) . Okeylah , nak out . Tengok all variety show pasal B1A4 . Ini sahaja from Miss Channie , sekian terima kasih XD .

*Transform sebentar 
drpada Miss Yeollipops 
ke Miss Channie

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Sunday, August 26, 2012

Tell Me Goodbye ~

Assalamualaikum and anyyeong :)

Mia sebenarnya nak share satu cerita sedih. Sedih bagi Mialah. Masa hari raya KETIGA , atuk yang paling kami sayangi pergi meninggalkan kami semua. Masa tu Mia dgn kakak with beberapa ahli keluarga sibuk baca yasin untuk atuk. Atuk keluar hospital dalam keadaan yang masih tak sihat. Tanggapan mama, diorang bagi atuk keluar sebab nak raya. Yelah, atuk keluar hospital dua hari sebelum raya. Tiba-tiba tengah terbaring tu atuk batuk kuat sangat. Rasa sedih tengok atuk. Bila nurse sahkan atuk dah tkde, Mia habiskan baca yasin sambil tahan air mata dari meleleh.

Tak sangka secepat ni atuk pergi tinggalkan kami. Makngah dan Pakngah pun nangis. Adik2 Mia tak tahu apa, diorang boleh main lagi. Tapi tiba-tiba Mia tengok diorang senyap. Duduk dekat pangkin luar rumah. Ingatkan sebab apa, tapi sebab adik Mia yang dah darjah empat boleh tahu segalanya tu ajak duduk luar. Mia keluar je, terus dia pergi kat Mia. Menangis sambil peluk badan Mia. Mia tanya la "dah tau kan?" dia angguk. Adik and sepupu kecik Mia yang lain semua pelik.

Bila dia bagitahu je yang lain tu ... sepupu Mia yang kecik-kecik tu pun ikut nangis sama. Tak sangka diorang faham atuk diorang dah takde. Sekarang ni bila bangun pagi kat kampung, still terasa lagi atuk ada. Tapi Mia taklah terkilan sangat sebab Mia hadap dia masa dia pergi. Mia ada pegang tangan atuk, Mia pegang kaki atuk. Nenek pulak terkilan. Sebab sebelum atuk pergi, atuk baik sangat dgn nenek. Sebab sebelumnya atuk dgn nenek asyik gaduh je.

Bila fikir balik, sampai sekrang masih terasa kesedihannya. Iyalah ... masih baru. Tapi kita redha ajelah. Kita boleh buat apa betul tak? Cuma boleh sedekahkan ayat-ayat Al-Quran untuk atuk. Semoga atuk tenang di sana. Atuk pun tak susah nk hembuskan nafas terakhir dia. Macam bernafas biasa je. Biarlah atuk pergi daripada dia menderita kesakitan lama2.

Tell me Goodbye atuk. Mia ingat semua pasal atuk. Tak pernah lupa kan atuk :')

*Happy Birthday to
 Sungyeol !
27 . 8 . 1991



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_