Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Friday, May 09, 2014

P.P.T

Assalamualaikum 



Wah, dah lama tak jengah. Rindu pulak +_+ Lol, apa2 pun, nak rindu tak boleh lama sangat . Nak study untuk PPT. Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ugh, nak tak nak kena study. Kesian betul nasib~ Haha, tak baik betul. Haritu ustaz dah pesan "Cintailah ilmu sebagaimana Imam Abu Hanifah mencintai ilmu." So, Mia kena lah pupuk diri ini mencintai ilmu apatah lagi sejarah!

Tengah study sejarah sekarang, boleh jadi gila. Fikirkan esei yang melampau banyak. Aduh, mahu koma. Rasanya kalau dah dapat kertas nanti, terjojol biji mata. Muntah hijau, terjuling bijik mata pun ada. Nauzubillah, mintak dijauhkan. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku menjawap peperiksaan. Apa yang lupa, ingatkan lah. Amin~

Mia update ni sebenarnya nak memberi penghargaan kepada kawan Mia. Dia ada buat entry pasal Mia dekat blog dia, so Mia pun nak buat benda yang samalah :) Hehe. Jom kita tengok , dia macam mana yekk?


Ha, ada dua orang kat situ >,< Yang belah kiri tu lah yang buat entry pasal Mia. Berminat? Jangan mimpilah :P Apa2pun, she such a kind girl. Walaupun dia ni agak 'TUFF' dan selamba, Mia selesa kawan dengan dia :) Nama dia Ekin . Singkatan untuk nama dia yang cantik Nur Iqkreen . Kadang2 kalau bercakap dengan dia, memang sakit hati. Dia boleh jadi kasar dan tiba-tiba menggedik dalam satu masa. Pelik, tapi itulah dia. Kadang2 dia ni manja jugak. Kalau sekali dah keluar perangai gedik dia tu, kenalah layan. Tapi gedik dia takdelah macam perempuan yang memang mengada dalam bahasa sebenar2nya.

Ekin ni memang special. Sebab walaupun kitorang tak berapa rapat, Mia banyak tahu pasal dia. Mungkin dia selesa kalau nak cerita pasal secret dia kat Mia. Hehe, biasalah ~ Lol, riak plak. Astaghfirullah ! Tak banyak dah kot nak cerita pasal dia. Kesimpulannya, dia kawan Mia yang Mia hargai !

Kanan tu... nak cerita ke tak nak? Dia ni tak suka privasi dia disebarkan , so Mia tak nak cerita lah pasal dia yekk ? Cukup untuk tahu, dia ni bestfriend Mia !

Ok, dah sampai ke penghujung =.= Doakan Mia untuk PPT !!




Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Saturday, March 15, 2014

Good Luck UB1 !

Assalamualaikum,

Huh, tahun ni Mia busy betul. Macam2 kena buat. Mungkin sebab dah form 4. Kenalah rasa macam mana buat kerja banyak dan stress. Ni pun , folionya tak siap lagi. Entah bila lah Mia nak siapkan. Minggu depan kena hantar. Hmm, cakap pasal minggu depan...dah nak exam. Huhu, apalah nasib! Studynya tidak lagi. Sudah tu banyak subjek payah. Ada yang tak faham bagai.

Untuk bulan ni, Mia dah kurang sikit layan k-pop. Dah insaf sikit kut. Alhamdulillah la kalau macam tu kan? Bukan ada untung pun dengar k-pop ni. Lebih baik study *konon budak baik*. Haha, anyway jangan lupa doakan Mia untuk UB1 ni okey? Walaupun masih mula-mula, Mia tak nak lah result teruk semacam. Dapat B+ pun boleh. Hoho!

Penatlah nak study ~

Oh ya, Mia ada kawan 'baru'. Rasanya masuk kelas Alpha tak lah teruk sangat kot. Selain daripada kena bersaing dengan budak2 pandai, atleast Mia boleh fokus. Tak de lah asyik sembang dengan kengkawan. Kawan Mia yang baru ni pun okey, baik dan comel! Serius Mia cakap dia ni rajin sangat. Tapi syukurlah sebab rajin dia tu berjangkit dengan Mia sekali. Yela, tengok orang sebelah study takkan Mia nak lepas2 kan? Kira okey lah tu. Bila Mia tak tahu something, boleh tanya dia. Rabiatul pun ada puji dia explain macam professional. Ada bakat jadi cikgu tapi malangnya dia nak jadi doktor.

Hmm, disebabkan tahun ni busy, hubungan Mia dengan kawang2 pun makin renggang. Yelah, masing2 dengan hal sendiri. Kelas pulak dah lain2. Apapun harap tak de lah putus contact. Lepas tu, drama pun dah tak dapat tengok sangat, apatah lagi Running Man. Running Man dah episod berapa pun Mia tak tahu. Lepas exam ni lah boleh tengok balik. Nak study dulu.

Bosan pulak entry kali ni. Mungkin sebab dah lama tak bukak. Macam awkward je. Oh ya, akhirnya hari ni hujan. Alhamdulillah, lepas lama punya panas sampai tak cukup air, hujan membasahi bumi. Menceriakan tumbuh-tumbuhan, dan memenuhi sungai-sungai yang mengalir. Syukur. Baru hari Jumaat dekat sekolah buat solat jemaah mintak hujan. Adakah Allah memakbulkan doa kami? Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. Sebak jugaklah Mia masa ustaz baca doa. Rasa diri ni kerdil je. Syukur Alhamdulillah. Allah itu Maha Berkuasa bukan?

Alhamdulillah!

Anyway, dah alang2 tuh, Mia dah lama nak letak gambar ni. Cumanya asyik terlupa je . So, nak pamerkan lah kejap bakat kakak Mia . Hehe .

Kakak yang lukis. Cantikkan ?
Hehe, meng-edit lebih >,<

Yang ditayangkan . Actually terlalu banyak.

Walaupun macam merepek je benda ni, Mia rasa cantik !

Kakak berangan nak baju macam ni.
Amacam? Boleh tahan? Haritu kakak aa suruh mama buat tapi mama malas. Akak kata nak jahit sendiri tapi mama pulak malas nak potong kain. Akhirnya tak terhasil2 impian kakak. Itu yang cita2 nak jadi fesyen designer walaupun sekolah aliran sains. Haha, kakak sungguh funny !



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_