Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Thursday, June 28, 2012

Freindships Never End

Assalamualaikum ,

Korang ingat tak yang Mia pernah cerita pasal 4Iris tu ? Kalau tak tahu , CERITANYA DI SINI !! . Kalau tak nak baca tak kesah . Panjang kan ? Itulah kenangan 4 Iris . Tapi sejak kejadian hari Mia tak datang sekolah tu , mulalah semacam je hubungan kami ni . Ada implikasi sikit . Masing2 ego tak nak tegur satu sama lain . 

Sebenarnya Rabiatul dah mintak maaf , dua hari lepas . Mewakili Intan dan Fathia . Lagipun bila fikir balik Mia dah lama maafkan diorang . Mia tak berdendam . Cuma saja acting marah . Hehehe . Tapi tadi rasa bersalah pulak . Mia baru je bagi surat cinta yang mengatakan Mia maafkan diorang , tapi ada sorang yang tak baca surat tu . Rabiatul . Baru Mia tahu yang dia balik dari sekolah awal sebab kaki sakit .

Cuma rasa terkilan lah sebab Mia langsung tak tahu mende ni sampailah Mia tanya dekat kawan sekelas Mia yang lain . Iyelah , nak tanya kat Intan dengan Fathia , rasa malu tu mesti ada betul tak ? Lagipun sejak gaduh ni , memang tak pandang pun muka diorang . Cuma semalam je , Mia adalah senyum sikit dekat Fathia . Sikit je . 

Mia selalunya macam ni lah dalam kelas . Iyelah sensorang je kan  . 
 
 

Back to the story , Mia actually malas nak gaduh2 ni . Kalau diorang tak mintak maaf pun Mia dah maafkan lama . Mia jenis tak suka pendam perasaan benci . Semak kepala je , betul tak ?


So , to Intan , Fathia , Rabiatul ...



So ...


Sekian , terima kasih . Assalamualaikum .

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Wednesday, June 27, 2012

Sukantara Sekolah -,-

Assalamualaikum !

Ha , ni kalau sebut je pasal sukantara , mulalah banyak mulut nak berceloteh . Hahaha , tapi buat first time Mia rasa 'best' pulak main sukantara :D Mia dengan kawan2 Mia , (bukan Intan , Fathia and Rabiatul) kitorang cheating masa nak lari . Hehehe , iyelah . Cikgu dok usya budak berlari . Kami bukak kasut , duduk dekat barisan orang yang dah pun wat turn lari . Dah tu , kononnya buat muka penat nak mampus . Hahaha , dah la barisan tu betul2 sebelah tmpat duduk sebenar kitorang , so senang lah :D well , jahat tak ?

Then , yang paling menyakitkan hati , balik2 rumah . Biasalah kalau perempuan , of course lah tengok cermin betul tak ? Hehehe , itu tkpe lagi . Ni memang rasa nak menjerit bila tengok bila ada something yang 'menghuni' muka kita . Err , nak cakap terang2 segan pulokk . Tapi memang bengang lah . Tak dapat nak diluahkan melalui kata-kata . 

Okeylah , sampai sini sahaja . K assalamualaikum . 
P/S : Doakan Mia dapat skip lagi apa2 acara esok ;) hehehe

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Tuesday, June 26, 2012

Sungguh Tak Sopan --'

Assalamualaikum , (ceh , seperti biasa ucapan salam harus dijawap!)

Pergh , tengok je tajuk tu dah rasa macam entry kali ni agak ' menarik' kan ? Err , menarik lah sangat --' hehehe . Mesti kau orang semua ada sukantara betul tak ? Bersemangat atau tak ? Kalau Mia , rasanya tak mungkin bersemangat kot =D kalau tahun lepas tu lain cerita lah kan ? Memang boleh tahan gempak dia . Iyalah , kawan-kawan ada depan mata . Boleh gosip2 sambil tunggu turn kita . Betul tak ? Jangan nak tipulah kata takde.

Sejak 'gaduh' dengan 4 Iris , kitorang tk bertegur sapa langsung . Tak tahu lah mana yang tak kena . Tadi masa koko pun masing2 main bagi jelingan maut ! Ha , cakap pasal koko , Mia teringat satu kejadian yang membuatkan hati Mia luluh gila . Ceh ! Okey , ceritanya cegini .

Masa rehat tepat pukul 9:15 pagi tu , Mia duduk lah kat sengkuap (tempat pelajar beratur) . Then Mia tengok ada sorang akak tu , pergh kat sekola pun nak bersolek . Okey , Mia tahu lah akak tu dah form 4 or 5 . Dah matured . Tapi kalau pakai celaknya bagai . Kalau bedak fahamlah jugak en ? Dah tu pakai baju sukan and pakai tudung skola . Tak kelakar ke solek cantik2 tapi pakai baju sekolah ? Ceh , hahah . Mengumpat pulak dah aku ni --'

Okey , sambung cerita . Tengah syok mengumpat akak tu , tetiba dia datang kat Mia dengan kawan dia . Mia dah suspen . Ingat nak sound sebab tenung muka lawa akak tu (pujian ikhlas dari hati) , tapi rupanya dia tanya sama ada koko dah habis ke belum . Secara jujurnya Mia jawaplah belum .  Tak lama lepas tu ada pulak sorang mamat yang mungkin Mia patut panggil abang :P Baru Mia tahu diorang ni nak ponteng . Ya Allah , nak ponteng dah la ckp kuat2 bagai . Kot ye pun cover lah sikit . Tak takut kantoi ke ?

Then pendekkan cerita , diorang ditangkap oleh pak guard . So , diorang tak boleh lah nak terus kan misi . Yang buat hati Mia luluh tu bukan apa . Sebab bengang diorang boleh pulak cakap dengan nada yang melampau , sampai 'picthing' pun lari , "Babi , punya orang tua . Aku doakan kau cepat mampus !" aduh , amatlah kurang ajar ye kalau nak describe diorang ni .

Cer fikir , Allah pun tk nak makbulkan doa kau , kalau kau buat kerja jahat weyh . Hahah , berlagak alim pulak aku ni -,- okeylah , terlalu panjang dah entry kali ni . Over exited nak cerita punya pasal . K assalamualaikum =D

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Sunday, June 24, 2012

Editkan Blog !

Assalamualaikum !

Hehehe , dah pukul 5 pagi baru nak update . Tu lah mengada kan Mia ? Ceh , takde lah . Actually Mia edit blog . Susah gila lah nak edit . Ada yang tak betul , ada yang rosak . Mencabar iman betul . Kalau tak fikir semua orang dah tidur , mahu Mia menjerit , melalak-lalak macam orang gila . Tapi ada sorang akak ni , nama Lyssa kot . Tak silap . Mia ikut tutorial dialah . Tu yang boleh jadi macam ni blog , walaupun terasa masih hodoh --' hehehe .

Ingatkan nak letak link akak tu kat sini , tapi Mia tak tahu macam mana . Ha , jangan nak gelak . Mia ni still tak tahu apa-apa pasal blog . Itulah , ada blog pun jarang bukak . Anyway , Mia suka sangat bubble-bubble yang keluar , salji yang turun dekat blog ni . Comel kan ? Macam gula-gula kapas ! Itupun , belum memuaskan hati Mia lagi . Ada something wrong yang belum lengkap kat blog Mia ni . Dulu tengok orang lain buat , ceh jeles tahap membunuh diri . Tapi bila tengok tutor akak Lyssa , eleh kacang je . Tutup mata je buat . *ayat orang berlagak*

Anyway , shoutbox Mia tak berapa cantik kan ? Actually memang hodoh pun . Mia dan cuba buat shoutbox yang gempak , becuz yang ini Mia ambek tutor yang simple , tapi bila buat shoutbox comel tiba-tiba computer terpadam . Ergghh , bengang gila lah . Then bila buat balik , tak mahu dah . Lepas ni , Mia berazam untuk meletakkan shoutbox yang baru lagi comel untuk blog Mia =D harapnya menjadi !

Lagi satu , butang follow . Mesti kau orang tertanya mana button follow Mia . Ha , ni yang nak citer gila-gila ni . Tadi Mia cuba buat tiba-tiba dia kata tak boleh pulak . Ada masalah dengan diorang punya amenda entah . Time-time orang bersemangat ni lah nak ada problem . Tapi jangan risau , lepas ni button follow tu mesti ada punya . Buat masa ni kau orang bolehlah menyebuk dulu baca diary Mia ni . Hehehe , mianei for that problem <3

Lepas ni Mia cadang nak bukak macam2 lagi . Akak tu ajar macam2 . So , puaslah hati Mia . Mia betul-betul thanks and congrats sangat dekat akak tu becuz dia punya tutor amat membantu . Berkesan ! Tak caya ? Nanti ada masa , Mia berlajar letak link akak tu kat sini 


Okey , ni Mia cuba . Tak silap ini kot . So , kau orang boleh lah join terjah blog dia . Itupun kalau tak tahu nak buat apa-apa macam Mia ni lah . Hehehe , okeylah . Nak out . Gudluck okey ! Fighting !


Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Saturday, June 23, 2012

Boyfriends =D

Okey , siapa nak tahu ? Ha , inilah 'husband' Mia . Hehehe , takde lah . Actually tak tahu nak cakap apa pasal dia ni . Eherm , sebelum salah faham , dia ni orang Korea lah . Tengok , hebat tak Mia ? Dapat boyfie Korea ? Okey , let's start about him . Mia sure kalau korang tahu siapa dia ni , mesti bengang punyalah . 

Name : Lee Seung Hyun
Nickname : Seungri / Victory / V.I / Panda / Little Seung Hyun
Age : 22
Birthday : 12.12.1990
Weight : 60 kg
Height : 177 cm 

So dah tahu bukan ? Hehehe , dia ni ahli kumpulan BIGBANG . Tak kenal ? Kisah apa Mia . Hahaha , kejam jupp . Okey pape pun , Mia really admire dia ni . Dengan semua ahli group BIGBANG , sampaikan blog pun background rantai BIGBANG . Plus VIP (fans BB) . Header pun BB . Huh , gila dah dengan diorang ni . First thing yang paling Mia suka , mata dia . Mata dia comel woo , mata panda =D then perangai dia yang kelakar gila tuh . Amboi , Mia cakap macamlah Mia kenal dia sangat kan ? Padahal dia jauh beribu batu dan tak kenal pun Mia . Huhu , sedih . But I'm still in love with you !!


For second 'husband' . Atau lebih tepat Fiance . Hehe , Mia suka main kayu tiga =D anyway , dia ni lagi hensem dari yang first tu . Tapi yang first tu lagi comel dari ni . Ha , faham tak ? Hehehe dia ni Mia tak berapa suka rambut warna putih . Dulu dia buat rambut hitam , perghh . Melting bhaii ! Tapi Mia still suka mata dia . Urghh , Mia memang suka pandang mata je kan --' Heheh , mata dia cantik lah . Macam mata helang . Derr , hensem ! Okey , ni profile pasal dia .

Name : Kim Kyoung Jae
Nickname : Eli , Pegion rapper
Age : 21
Birthday : 13.3.1991
Weight : 70 kg
Height : 180 cm

Hehehe , tengok berat je dah tahu kan dia ni gemuk . Tak delah . Actually , dia ni ada muscle . Sesetengah orang gelar dia muscleman . Funny tau ? Dia ni kalau buat show pakai seluar fit , nampak sangat gemuknya . Yang lain semua kecik je --' hahaha , setiap manusia ada kelemahan betul tak ? So , dia ni dari kumpulan U-Kiss . Dulu ada orang cakap kumpulan tu gay . Derr , semua tu fitnah je okey . Dia ni minat perempuan , bukannya lelaki -,- siapa cakap macam tu patut tenyeh mulut dengan cili . Walaupun begitu , Mia masih berasa kecewa lagi dengan dia . Ceh , ayat jiwang . Takde lah , dia ni boleh dikatakan kasanova gak ! Anyway , I 'believe' you !



 Ha , tengoklah muka comel dia tu . Tapi Mia peliklah . Muka dia nampak matang sikit then the other tau . Tapi dia ni lagi muda dari yang semua dekat atas tu . Pelik kan ? Okey sebabkan tak nak buang masa and buat kau orang makin bosan . Ni dia profile dia .

Name : Yook Sung Jae
Nickname : SungJae
Age : 17
Birthday : 2.5.1995
Weight : 68kg
Height : 180 cm

Okey pendekkan cerita dia ni dari kumpulan baru B2B , iaitu Born To Beat . Hensem kan muka dia ? Dia lah yang paling TINGGI sekali dalam group . Well , Mia memang suka sangat carik yang tinggi-tinggi . Biar sampai nak masuk rumah terhantuk kat pintu . Baru lah best . Tapi yang menyeramkan bila diorang lari , mesti nampak macam gergasi . Hehehe 

Okeylah sampai sini je entry Mia . Penat dah tulis . Macam2 tabs bukak menyebabkan internet penat dan merajuk sampai jadi slow gila . So see you next time ! Kamsahamnida !




Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Friday, June 22, 2012

Masalah -,-

Assalamualaikum ,

Hari ni nak cerita satu benda . Okey , actually hari ni sepatutnya pergi sekolah . Ada aktiviti Sivik . Mia pulak tertido awal . Hehehe , ngantuk gilo . So then , dalam pukul 11 malam  tu Mia terbangun lah pulak en ? Turun kejap , pegi makan (proses tambah berat badan) . Mia ni kalau dah bangun tk pandai nak tido awal balik . So dalam nak dekat pukul satu tu , Mia bacalah novel yang Mia pinjam kat kawan .

Tengah bosan-bosan gila-gila , terfikir nak on9 . Mia tak nak tido awal sangat . Iyalah mata tak mengantuk langsung . Dalam pukul 4 pagi tu baru nak off9. Jam terus set pukul 5 . Punya bersemangat nak pergi sekolah punya pasal . Tido satu jam pun boleh lah. Tak lama lepastu , jam bunyi . Mia bangun la jap siapkan beg bagai . Baju apa segala . Mia ingat still awal lagi , so relaks lah jap .

Disebabkan Mia dengan Intan ada main 'love letter' , Mia balas lah surat dia tu . Punya felling lah cerita pasal Big Bang bagai . Excited nak mampus . Sampai tulisan pun macam budak umur 1 tahun yang tulis >,< Maklum , kitorang ni agak 'mengada' seyh . Hehehe , yelah kalau dekat skolah perasaan tak puas hati tu sentiasa ada kan ? So selalunya kitorang luahkan dekat surat je . Tak payah nak gadoh face to face . Bijak tak ?

Okey back ---> topik . Disebabkan rasa ngantok yang keterlaluan . Mata pun tak boleh nak bukak dah . Rasanya kalau letak kayu kat mata mcm dalam cerita Tom & Jerry tu pun dah tak boleh jalan . Ngantok sangat . So , Mia tengok jam . Awal lagi . Adalah chance nak tido jap en ?

Tiba-tiba bila Mia bangun je dah pukul 7 setengah . Oh my goat ! Derr , sakitnya hati tak terkata lah . Ingatkan nak pergi sekolah tapi bila fikir balik , mesti lah aktiviti dah mula kan ? Tak mungkin nak pergi sekolah waktu2 macam tu . Nak siap lagi , nak jalan kaki lagi . Pukul berapa baru nak sampai ? Then dapat mesej dari kawan . (Fathia, Intan, Rabiatul) Diorang kata nak merajuk . Okey , Mia bagi lah alasan sikit walaupun agak longgar --'

But suddenly , diorang bagi mesej . "Blah la kau . Kitorang nak merajuk ngan kau . Hari isnin ni kau cari lah kawan lain." Kauorang fikir balik . Siapa tak sakit hati dan sedih bukan ? Kawan sendiri ckp macam tu . Okey fine , memang salah Mia sebab bangun lambat n tak pergi sekolah sebab dah janji . Tapi bila perkara kecik macam ni dibesarkan , sampai suruh cari kawan lain . Mia pun bole hilang sabar .

Seperti yang Mia cakap , ingat Mia ni robot ? Ish , tolonglah ! Tapi kalau itu yang diorang betul-betul nak , Mia tak kesah . Mia dah betul2 mintak maaf diorang boleh cakap benda yang mengecilkan hati Mia . Ingat Mia takde perasaan ? Tak de perasaan menyesal ? Takde perasaan sedih ? Hey , aku bukan budak keciklah ! *bahasa kasar jap*
Okey , harapnya lepas ni diorang sedar lah diorang dah menyakiti hati seorang kawan diorang . Tindakan diornag terlalu keterlaluan . Walaupun kesalahan Mia , asal Mia tulus mintak maaf takkan tak boleh maafkan betul tak ? Whatsoever , penat tulis .

K bye !


Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Menangis kerana Seorang Lelaki

Assalamualaikum ..

Bila dah jadi perkara macam ni , apa bole buat selain luahkan dekat blog ? Entah macam mana air mata ni boleh mengalir pun Mia tak tahu lah . Mia ni terlalu sensitif agaknya ? Tapi bila dia dah buat post macam tu dekat FB , hey siapa tak sakit hati ? Mia pun tak faham sebenarnya ini salah siapa ? Tiba-tiba jadi macam ni buat Mia jadi keliru . Salah Mia ? Mia ada goreskan hati dia ke ? Tak silap Mia takde . Tapi kenapa dia .......

Dah la dalam Mia badmood ni , dia menambahkan moody Mia . And tadi baru dapat mesej dia lagi . What ? Kasar nya bahasa dia ? Selama ni tak ada siapa pun yang buat Mia macam ni tahu tak ? Dan penat Mia nangis . Basah baju semua . Baru nak hilang , terus sambung balik nangis . Apa salahnya tnya baik-baik betul tak ? Perlu ke dia buat semua ni ? Apa tujuan dia ? Nak buat Mia sakit hati ? Okey, sekarang Mia sangat sakit hati . So puaslah ?

Apa dia fikirkan perasaan dia aje ? Ingat Mia ni robot ? Bole buat sesuka hati . Kenapa semua lelaki yang Mia kenal sama je . Mia dah penat gaduh dengan dia . Asyik-asyik ada je yang tak kena . Mungkin sebab kitorang tak pernah nak cuba kenal diri masing-masing kot . Mia keras hati , dia pulak keras kepala . Dia pun panas baran , Mia pulak sensitif . So macam mana nak selesai ?

Macam ni lah , awak , saya mengalah . Apa nak jadi jadilah . Saya minta maaf dekat awak . I just hope that this tear will end . But I can't . Setiap kali tengok awak balas mesej saya , mesti air mata saya mengalir . Maafkan saya :|


Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Thursday, June 07, 2012

Falling in L-O-V-E

Assalamualaikum :)

Okey start . Pasal Mr Dami , actually Mia betul2 tak pasti apa feeling Mia dekat dia. Kadang2 mungkin Mia rasa Mia minat dia , tapi kadang2 Mia rasa macam menyampah pulak dengan dia. Bila bertembung dekat dalam kelas mula rasa lain macam. Entahlah , lagipun ada someone yang dah hadir dalam hidup Mia sekarang ni.

Pasal orang ni , entahlah. Mia memang sayang dia. Jujur tak tipu ! Dia kelakar, tapi suka buat orang sakit hati. Tapi siapa tahu kan? Selalunya orang yang selalu buat kita sakit hati tu lah yang buatkan kita rasa happy. Faham? Tak faham sudah :P hahah . Okey , nak cakap hensem . Sebenarnya tak hensem mana pun . Hahahah , jahat gila Mia . Takdelah , semua lelaki hensem :) dia ni sebenarnya perasan tau . --'

Hahahha , k then . Sebenarnya kitorang dah pun ada relationship :) tapi dalam percubaan lagi . Tapi siapa sangka , Mia rasa best tau dengan dia. Cuma yang buat Mia takut sejak kebelakangan ni , dia jenis yang hot temper. Mia takut Mia buat dia marah. Mia takut Mia sakitkan hati dia. Yepp , Mia akui Mia memang seorang yang badgirl. I'm very admit about that :/

Kadang2 Mia tertanya, betul ke dia ni minat kat aku ? Macam mana kalau dia permainkan aku ? Mia akui , Mia memang fobia pasal benda ni. Entahlah ... feeling rasa tak sedap. Even , dia memang baik. Mia suka pernagai dia yang loyar buruk tu. Sebijik macam Mia. Tapi kakak Mia selalu pesan jangan sakitkan hati dia. Mia bila teringatkan pesanan tu , rasa sedih pun ada. Entahlah ... air mata ni rasa nak mengalir jee.

Mia terfikir , atas sebab apa dia minat dekat Mia? Mia tak cantik, tak baik, suka tanya benda bukan2, buat orang sakit hati, suka merajuk tak tentu pasal, pemarah. Tapii ?? Mia takut nanti kalau satu hari nanti Mia jumpa dengan dia , dia mula jauh hati. Sebab Mia tak seperti yang dia bayangkan. Mia lain dari orang yang lain. Serius Mia cakap, Mia takut dia terasa kalau masa kami berjumpa Mia langsung tak cakap apa-apa. Maklum , orang macam Mia ni memang tak pandai nak bukak mulut :)

Okey , then Mia tak perfect ! Dia pandai , Mia apalah sangat ? Dia duduk asrama lagi . Apapun Mia sedar manusia tak perfect :) Sekarang ni serius bila fikir balik , MR Dami orang yang Mia kononnya sayang sangat tu dah tak de pape dalam hati ni. Makin lama Mia rasa makin sayang dekat dia. Cuma yang agak menghalang rasa sayang tu , perasaan was2 Mia. Mia harap dapat buang perasaan was2 tu .

Now chatting dengan dia , rasa rindu sangat tau :P hahahhah @_@ . Gila dah . Apapun , best kawan dengan dia !

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_