Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Wednesday, October 30, 2013

Holiday is Truly Boring :(

Assalamualaikum ,

Huhu , inilah Mia . Bila sekolah nak cuti , bila dah cuti sibuk nak pergi sekolah -,- Entah kenap baru hari pertama cuti dah bosan O.o Mungkin sebab dah tak ada benda nak buat kot . Yelah , Running Man dah habis tengok *Mia kumpul banyak2 episod baru tengok* then cerita korea pun kebanyakannya dah habis tengok kecuali cerita yang baru-baru keluar . So apa lagi nak buat ?




 Sebenarnya kawan Mia datang rumah hari ni . Dia ada kat bawah tapi entah kenapa suasana jadi awkward so Mia lari naik atas :) Lagipun bukan ada cerita pun nak disembangkan . Okey , memang lah pelik tinggal kawan kat bawah sorang2 tapi dengar akak Mia rancak je bersembang , so i dun't really care . Haha , bengong punya kawan !

Actually Mia terfikirkan satu entry yang best . I mean pasal tips2 ke . Memang nak buat tapi selalunya kenalah draft dulu dalam paper kan ? Nanti je lah Mia buat . Lagipun selalu tak expect nak bukak blog sebab abah asyik duduk depan komputer je . So tak ada time . Hehehe -,-

Oh yep , masa cuti ni jugak lah mula rasa rindu kat kawan2 . Hmm , bosan . Tak lupa jugak result PMR . Wao , berdobar raso dada eh . Doakan je lah dapat yang baik ? Nanti kalau dapat result , Mia cakap lah kat sini . Kalau okay lah , kalau teruk tak payah nak membangga iya idak ? Nampaknya *Little Girl Yeollipop's* ni dah jadi *Big Girl Yeollipop's* . Tahun depan nak masuk form 4 dah . Aduiii ~

So , tu je lah kot . Bye !

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Saturday, October 26, 2013

Kenali Diri Sendiri ?


Assalamualaikum,

Wow, macam pelik je tajuk tu . Memang pun . Entah kenapa hari ni Mia nak bercerita pasal ‘diri sendiri’ nih . Cakap pasal mengenali diri sendiri , adakah anda mengenali diri anda ? Kebanyakannya pasti mengatakan “ya, saya kenal diri saya.” Anda pasti ? *chewah ayat* . Anda pasti anda mengetahui kelemahan dan kekuatan diri sendiri ?

"What is she talking about??"

Anyway , ada sebab Mia cakap berputar belit macam ni . Pertama , korang tahu tak yang sebenarnya kelemahan korang boleh jadi kekuatan korang , dan kekuatan atau kelebihan korang tu boleh juga menjadi kelemahan ? Sesetengah orang fikir , “huh, memang lah boleh.” Then Mia nak tanya , “macam mana dia boleh jadi begitu?” Haha , gurau je >,<
 


Jom , follow experiment ni !
First experiment : Kelemahan -> Kekuatan
Penakut .
Sometimes penakut boleh jadi kekuatan . Disebabkan kita ada perasaan takut , kita tak berani buat salah . Kita takut nak kacau kawan-kawan yang garang , kita takut nak bantah cakap ibu bapa . Betul tak ? Itulah gunanya perasaan takut . Tetapi, malangnya sebahagian dari perasaan takut itu tidak boleh menjadi kekuatan . Contohnya, takut lipas , takut gelap dan sebagainya . Ia juga bergantung kepada kelemahan itu sendiri :)

Second experiment : Kekuatan -> kelemahan
Peramah.
Memang bagus jadi peramah . boleh menyampaikan maklumat dengan lancar , boleh berintonasi boleh bersembang dengan bagus dan sempurna . Tetapi kenapa dia boleh jadi kelemahan ? Kadang-kadang terlalu peramah boleh ditafsirkan kepada banyak cakap . Itu pun bahaya juga . Disebabkan kita peramah , kadang-kadang kita asyik terlepas bercakap benda yang tidak baik , betul ?
“Tapi bila jadi pendiam pun tak bagus. Nanti tak ada kawan .”


:(

Haha , memang la . Tapi , tak ramai kawan , tak ramai musuh betul tak ? Orang tak berani nak bercakap dengan kita kerana kita pendiam . Kalau orang peramah , asal tegur sikit , laju je membalas . Maaflah kalau Mia buat sesiapa terasa . Tapi apa yang Mia cakap ni perkara yang betul . Mia tak sebelahkan orang yang pendiam atau orang yang peramah sekalipun . *sebab kadang2 Mia peramah , kadang2 pendiam* . Bagi Mia , dua2 boleh menjadi kelebihan dan ada kekurangan .
So , apa kata korang teruskan experiment korang sendiri . Senaraikan kelemahan dan kekuatan dan try fikir perkara sebaliknya . Tapi ingat , macam Mia cakap tadi . Tak semua kelemahan boleh menjadi kekuatan , dan tidak semua kelebihan boleh menjadi kekuatan . Kita cuma manusia biasa . Apa-apa pun , yang penting Kenali Diri Sendiri !

Ok !
Wa , sudah panjang berceloteh . Akhirnya Mia sudah sampai ke akhirnya *ayat tak boleh blah* . Bye ! Lot of Love <3 span="">






Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Wednesday, October 23, 2013

Hiatus ~

Assalamualaikum ,

Errh , entah kenapa internet kat rumah tu tak boleh bukak pulak . So Mia maybe on hiatus for a week ? Or even a month . Macam haritu lah -..- Ini pun Mia bukak kat CC teman akak buat kerja skolah dia . Ah ~ Actually Mia dah banyak perancangan untuk blog ni , and suddenly ?! Mia pun dah excited pergi buat header baru , *kononnya* tapy apakan daya ?

Dah la Mia dah draft segala post kat komputer *tanda excited* , aduh ~ Tak apa lah , redha ye idak ? Ini semua ujian . Lagipun kalau Mia asyik dengan blog karang seharian kat depan komputer . Tak ingat dunia . Itu jugak satu balasan untuk Mia ;(  . 

Sedih jugak sebab tak dapat nak share gambar kat entry ni . Maklumlah , kat CC . Malas nak bukak banyak2 tab . Menyusahkan . Dah la komputer kat CC ni buat gedik ngan Mia . *Sabar* Apapun , itu je lah kot untuk kali ni . Harap2 lepas ni boleh bukak balik internet kat rumah tu :)

Itu sahaja , assalamualaikum , with Lot Of Love , Mia ;)



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Friday, October 18, 2013

Fanfic : L.O.V.E STORY : TRIPLE DAYS




                ~  STORY : Triple Days> O.L.A.W~

-Hyemi ( 9 Muses)
-Minhyun ( Nu'Est)
-Nu'Est

“Maafkan saya. Awak perlu pergi dari hidup saya. Saya terlalu sibuk dan saya perlukan masa sekarang ni. Saya tak nak benda-benda seperti ni menganggu kerja saya. Jadi, saya lepaskan awak. Maafkan saya.” Kata seorang lelaki ketika menelefon seseorang.
                “Tapi kenapa? Saya tak pernah ganggu kerja awak. Lagipun kita dah jarang berjumpa sejak akhir-akhir ini. Saya faham awak sibuk. Tapi kenapa tiba-tiba aje ni?”Hyemi bertanya agak sedih.
                “Maafkan saya, keputusan saya muktamad. Lepas ni awak tak perlu jumpa saya lagi.” Putus lelaki itu. Selesai berkata dan meminta maaf buat sekian kalinya dia menekan punat letak.
                Hyemi terdiam. Begitu senang lelaki itu memutuskan hubungan mereka. Dengan hanya menelefon. Mata Hyemi berair. Setitik air matanya jatuh. Pantas Hyemi mengelapnya. Dasar lelaki pengecut! Jerit Hyemi di dalam hati.


                “Yay! Hyemi !! Aku terpilih antara lima orang fanz Nu’Est untuk < LOVE STORY : Triple Days > variety show baru diorang. Omo , tak percayanya aku.” Sera menjerit-jerit bagai orang histeria.
Naik bingit telinga Hyemi dibuatnya. Sera menarik-narik tangan Hyemi sambil matanya terbeliak memandang surat pemberitahuan yang beralamatkan rumah mereka itu.
               “Hey ! Tengok..habis kerja aku ni. Kot ye pun sabar lah, jangan terjerit-jerit macam ni. Malulah.” Hyemi mendengus. Dia menarik tanganya yang dipegang oleh Sera untuk mengemas semula kertas kerjanya.
                “Hello? Kau ni… aku mana boleh sabar. Happynya aku! Eh, Hyemi nanti teman aku shopping eh? Aku nak beli banyak barang. Shooting untuk variety show tu tak lama je lagi. Nanti diorang bagitahu tempat dan tarikhnya. Kita kena get ready.” Ujar Sera dengan lagak terujanya.
                Hyemi menggeleng-gelengkan kepalanya. Inilah akibatnya apabila berkawan dengan orang yang fanatik macam Sera ni. Hyemi ingatkan semasa Sera berkata dengannya dia mahu masuk pertandingan itu, Sera hanya main-main. Tak tahu lah pulak Sera sampai terpilih padahal pasti ramai lagi yang masuk pertandingan itu. Dah bertuah….nak buat macam mana kan?
                “Tengoklah…kalau aku rajin.”jawab Hyemi tetapi sudah tidak dipedulikan oleh Sera yang pastinya sedang berangan-angan. Hmm, Sera…Sera.



-Semingu sebelum shooting -

                “Omo! Omo! Omo! Hyemi…diorang buat shooting tu masa aku ada hal. Hyemi, macam mana ni?!” Sera terasa mahu menangis. Takkanlah dia nak melepaskan kerjanya yang bakal buat hidupnya ‘kaya-raya’? Errr…taklah kaya-raya cuma tawaran gajinya untuk projek itu boleh tahan besar. Habis tu? Takkan dia sanggup nak melepaskan peluang sekali seumur hidup berjumpa dengan ahli-ahli Nu’Est yang sangat diminati itu?
                Hyemi masih menonton tv seperti biasa. Tidak terkesan dengan perbuatan Sera yang tiba-tiba menjadi gedik itu. Matanya masih memandang tv.
                “Apanya? Ala…kau batalkan je lah shooting tu. Suruh je diorang carik orang lain. Apa susah? Kau pergi je lah uruskan hal kau tu.” Hyemi membalas. Senang-senang aje Hyemi memberi cadangan.
                “Kau ni bagi cadangan tak macam membantu pun. Aku memanglah nak pergi uruskan projek tu tapi… takkanlah aku nak suruh diorang ganti aku dengan orang lain pulak? Kau gila ke apa? Tak sanggup aku.” Sera memuncungkan bibir. Dia menghempaskan punggungnya di atas sofi tepi Hyemi.
                “Habis tu Sera….kau nak buat apa lagi?” Hyemi sudah mula naik angin. Dia memandang wajah muram sahabatnya itu.
                Sera terdiam seketika.
                “Aku rasa bagus jugak idea kau tu.” Sera tiba-tiba bangun dari sofa. Dia tersenyum penuh makna. Sera berjalan mundar-mandir di hadapan Hyemi sambil mengangguk-angguk ceria. Hyemi geram.
                “Aku tak sanggup nak suruh diorang ganti aku dengan orang lain. Tapi….aku sanggup kalau kau yang pergi. Hyemi please?” Sera mengenggam tangannya sambil melutut dia hadapan Hyemi. Dengan muka penuh mengaharap, dia berkata.
                Hyemi mengerutkan dahi.
                “Eii..takde maknanya lah. Kau ni!” Hyemi bangun. Dia membaling bantal kusyen yang sedari dipeluknya pada Sera. Hyemi berjalan menuju ke bilik meninggalkan Sera yang termangu-mangu.


-Tiga hari sebelum shooting < LOVE STORY :  Triple Days>-
                Hyemi menepuk dahi. Dari jauh dia ternampak Sera berjalan menuju ke arahnya. Dia tak sangka Sera sanggup datang ke pejabatnya pada waktu rehat semata-mata mahu memujuknya pergi ke shopping itu. selama dua hari di rumah, dia pasti mengelak dari bertamu atau bercakap dengan Sera. Dia keluar pada awal pagi dan balik pada tengah malam semata-mata mahu lari dari Sera.
                “Hyemi…”Sera memandang Hyemi. Dia cuba membuat muka sedih. Berharap Hyemi akan setuju dengan permintaannya itu. Lagipun dia sudah menelefon pihak yang menguruskan shooting itu dan juga dia sudah mendapatkan persetujuan dari Pledis Ent. untuk Hyemi menggantikannya.
                “Taknaklah. Kau tak faham ke?” Hyemi membalas. Ah…jinjja! Hyemi rasa mahu hempuk aje Sera yang masih memandangnya itu. Tapi tak sampai hati pulak.
                “Ala, Hyemi. Pleaselah.” Rayu Sera lagu. Hyemi mengeluh. Bagaimanalah caranya dia mahu memberitahu Sera yang dia tak nak pergi?!



-First Day, Babak 1 : Surprise for L.O.V.E -
                Hyemi tersenyum ceria pada seseorang. Dia tidak sangka akhirnya dia bersetuju juga dengan permintaan Sera untuk mengantikannya pada hari shooting itu. Tapi kenapa tiba-tiba dia perlu senyum? Bukan sepatutnya dia membuat muka masam lagi meluat? Oh tidak, dia juga harus menjaga air mukanya bersama empat lagi fanz Nu’Est yang berada di situ.
                Lagipun bukannya luak. Hanya senyuman palsu dan tidak ikhlas yang diberikan. Hyemi memaksa otot-otot mukanya agar tidak kelihatan tegang. Walaupun dalam hati dia berasa sangat sakit hati dan gementar. Hyemi menggigit bibir memikirkan apa yang patut dia buat hari itu. Arghh, kena berlakon lah pulak!
               Hyemi terasa mahu menjerit saat diberi arahan oleh pengarah. Mahu buat tu, mahu buat ni. Dengan skrip di tangan. Hyemi memaksa dirinya membaca skrip itu walaupun tangannya terasa gatak mahu mengoyak kertas itu.
                “Ala, kau pergi ajelah. Nanti kau tolong mintakkan sign, tangkapkan gambar, ambil video, kalau kau rajin dan baik hati, mintak sekali nombor telefon. Boleh eh?”
                Hyemi teringat kata-kata yang diucapkan oleh Sera sewaktu dia memujuknya haritu. Macam-macamlah Sera ini.
                “Hyemi, awak gantikan Sera bukan?” tanya seorang pengurus perempuan di situ.
                Hyemi mengangguk sambil cuba untuk senyum.
                “Awak dah baca skrip?” tanya pengurus itu lagi .
                Hyemi mengangguk buat kali kedua.
                “Okey, bagus. All five of you have to get ready. We have to shoot from here and then you all have to check in to the hotel before Nu’est come. Faham?” terang pengurus perempuan itu. empat oang fanz Nu’Est mengangguk ceria termasuk Hyemi yang terpaksa berpura-pura.
                “Then, get ready. Makeup! Tolong ‘siapkan’ mereka!” jerit perempuan itu pada seseorang. Hyemi mula mejulingkan mata. Bab makeup ni yang payah. Hyemi menggerutu.
                Hyemi membuat muka selamba saat terpandang muka Minhyun yang juga sedang merenungnya. Babak pertama dimana kelima-lima fanz sedang check in di hotel dan ahli Nu’Est datang mengejutkan mereka sudah pun berjaya dilakonkan. Sekarang ini mereka perlu bersiap sedia untuk babak kedua. Hyemi dapat melihat Minhyun bertanya sesuatu pada salah seorang pengurus disitu. Pasti tentang Hyemi. Siapa lagi?
                Sepatutnya masa-masa begini dia patut berkumpul dengan lima-lima fanz Nu’Est yang sedang beramah mesra dengan kumpulan idol kegemaran mereka tetapi Hyemi bukannya minat pun pada Nu’est itu. Dia meminta kebenaran pada pihak pengambaran untuk ke biliknya seketika. Nasib baik dia terlepas. Laju langkahnya pergi ke lif.
                “Why I have to meet him here! Arghh, aku taknak tengok muka dia. Sera…asal kau paksa aku? Aku taknak!”Hyemi berkata sendirian sebaik sahaja masuk ke dalam lif. Dia meraup mukanya berulang kali. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Hyemi terus mencari biliknya.



-First Day, Babak 2 : Yummylicious Lunch!-
                Hyemi bingkas bangun sebaik mendapat call daripada pihak pengambaran. Sebentar lagi shooting perlu dimulakan. Dia harus segera bersiap. Dia membasuh muka lalu membelek mukanya di cermin. Nampak sangat kesan merah pada mata Hyemi tanda dia menangis. Apa nak buat? Hyemi biarkan aje.
                Hyemi melangkah keluar dari bilik yang dikongsi bersama seorang lagi fanz Nu’Est bernama Shae. Alangkah terkejutnya Hyemi apabila terpandang Minhyun yang sedang bersandar di dinding berdekatan lif. Hyemi menarik nafas panjang sebelum melangkah menuju ke lif. Dengan muka selamba dia menekan butang turun ke bawah. Mujur pintu lif cepat terbuka.
                Tanpa menghiraukan Minhyun, Hyemi pantas masuk. Minhyun juga cepat-cepat masuk ke dalam lif.
                “Awak menangis ke?”  tanya Minhyun tiba-tiba. Hyemi menjeling Minhyun yang begitu rapat di sebelahnya. Kepalanya ditunduk. Tidak mahu melayan Minhyun.
                “Hyemi..” panggil Minhyun. Dia menundukkan kepalanya memandang Hyemi. Hyemi memusingkan mukanya. Tidak mahu bertentang mata dengan Minhyun. Tetapi masalahnya dia terlalu tinggi. Kalaulah Hyemi pendek, pasti senang aje dia lepas dari memandang muka Minhyun.
                “I know I was wrong but….”Minhyun tak meneruskan percakapannya. Pintu lif tiba-tiba terbuka. Belum sempat Hyemi mahu keluar, Minhyun menahan. Dia menekan butang lif menuju ke tingkat paling atas.
                “Kenapa awak perlu buat macam ni? Kita dah lambat tahu tak?” marah Hyemi.
                “Saya buat macam ni supaya kita ada banyak masa lagi nak cakap. Why you’re not telling me that you replacing your friend?” tanya Minhyun.
                “Banyak masa nak cakap? Awak jangan merepek!” tanpa menjawap soalan Minhyun, Hyemi menempelak.
                “Please answer my question.” Ujar Minhyun agak keras. Saat itu lif sudah berhenti di tingkat paling atas hotel. Hyemi pantas menekan butang turun ke bawah semula.
                “Buat apa saya bagi tahu awak? Awak yang cakap supaya saya jangan carik awak lagi. Hwang Minhyun, awak ni kenapa? Antara kita dah tak ada apa-apa. Saya berada dekat sini pun semata-mata kawan saya. So please…” Hyemi berkata agak menjerit.
                Minhyun terdiam buat seketika. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Suasana sepi.
                “Fine! Tapi saya tetap akan jelaskan dekat awak tentang hal ni. Saya tahu saya salah. Walaupun bukan pada masa ni!” balas Minhyun keras. Dia tetap dengan keputusannya untuk mengambil hati Hyemi kembali.
                Minhyun terus keluar dari lif sebaik sahaja lif berhenti. Hyemi mengeluh. Dia mengukir senyuman. Hanya untuk mengaburkan mukanya yang kelihatan agak marah.
                Semasa penggambaran, Hyemi hanya tersenyum sekali-sekala. Semasa makan pun dia hanya gelak pura-pura apabila ahli Nu’Est membuat lawak. Sedangkan fanz Nu’Est yang lain bukan main lagi ketawanya. Hyemi lebih suka menumpukan perhatiannya pada pinggan di hadapannya.
                “Oppa…antara kalian siapa yang paling pandai buat aegyo?” tanya Eungi salah seorang dari fanz Nu’Est.
                “Cuba teka?” Aron menjawap. Dia mengerdip-ngerdipkan matanya. Ah, perasan hensem lagi lah tu.
                “Ren oppa!” jerit mereka berempat. Aron membuat muka masam.
                “Saya tak selalu buat aegyo lah. Walaupun saya maknae, saya agak matang tau!” balas Ren sambil ketawa.
                Keempat-empat fanz Nu’Est tadi tergelak kecil. Termasuk Hyemi yang  terpaksa senyum. Dia hanya memandang Ren yang personalitinya seperti wanita tetapi agak lincah itu. Boleh tahan jugak. Kata Hyemi dalam hati.
                “Apa kata oppa semua buat aegyo? Please? Fan service for us?” kata Eungi lagi. Dia mengangkat kening pada semua yang berada di meja itu.  Ahli Nu’Est membeliakkan biji mata terkejut manakala fanz mereka sudah bersorak memberi galakan.
                “Yes…saya sokong! Please? Kan Hyemi…awak setuju tak?” Shae tiba-tiba menyiku Hyemi yang masih diam.
                Terpinga-pinga Hyemi seketika.
                “Ha…ha’ah! Saya setuju. Apa kata awak semua buat aegyo. Untuk fanz jugak kan? Hehehe.” balas Hyemi tersenyum manis.
                Minhyun agak terpempan melihat muka comel Hyemi. Dah lama dia tak tengok Hyemi seceria ini. Itupun mungkin ceria yang cuma pura-pura.
                “Okeylah. Kalau dah memaksa. Start with Ren.” Tiba-tiba Minhyun membalas kata-kata Hyemi.
                “Yay!” riuh satu restoran yang sudah ditempah itu dengan bunyi  jeritan mereka.
                Saat Ren membuat aegyonya semua fanz tergelak-gelak kerana Ren nampak malu. Habis merah muka Ren. Semasa Baekho membuat aegyo pula, suasana tiba-tiba menjadi serius. Kerana Baekho nampak agak matang dari yang lain mereka tak sangka Baekho boleh membuat aegyo dengan baik sekali. Mereka semua menepuk tangan.
                Tiba giliran Minhyun. Hyemi memandang ke tempat lain. tidak mahu melihat muka Minhyun yang mungkin membuatkan dia jatuh hati semula. Bukan boleh percaya pada hati yang sememangnya lemah bukan?
                Aegyo JR dan Aron yang paling ekstrem. Keterlaluan sangat sampai menimbulkan gelak dari fanz Nu’Est. Tetapi semua fanz berpuas hati dengan mereka. Gelagat mereka yang sangat kelakar membuatkan keempat-empat fanz mereka senang dan selesa.



-First Day, Babak 3 : Cute Animals For Games !-
                Malam itu, mereka semua terpaksa bergerak ke suatu tempat khas untuk aktiviti yang satu itu. Selepas ini mereka harus bergerak menaiki van untuk ke tempat itu. Lagipun mereka sudah diberitahu tentang Nu’Est yang sudah pun bersedia menunggu mereka di tempat khas itu.
                Sebaik sahaja sampai, mereka dikejutkan dengan ahli Nu’Est yang sedang memakai kostum haiwan yang sangat comel. Di dalam dewan itu, kedengaran bunyi fanz Nu’Est yang menjerit melihat bias mereka yang comel-comel belaka itu.
                “Why Ren oppa pakai kostum ayam? Nampak pelik!” Ye Eun menegur. Lagi sekali Ren terkena dengan fanznya.
                “Ala.. kesian maknae kita yang sorang ni. Anyway, dia tetap comel. Betul tak?” JR memegang kepala kostum ayam yang dipakai Ren.
                Fanz Nu’Est mengangguk setuju sambil tersenyum manis. Hyemi turut tersenyum melihat muka comel Ren.
                “Okey, korang semua gelakkan kami kan? Now, korang pun kena pakai kostum ni jugak. Nah!” Ren mengedarkan kostum haiwan secara rambang pada fanznya. Hyemi hanya mengambil dengan muka yang agak masam.
                “Takkanlah aku nak pakai ni pulak kot?” Hyemi berkata perlahan.
                “Apa yang awak cakap?” Minhyun tiba-tiba bertanya. Sejak bila dia berada di tepi Hyemi pun tak tahu lah.
                Hyemi tidak menjawap.
                “So.. our fanz! You have to change now.” Kata Baekho memandang fanz mereka yang masing-masing sudah menggaru-garu kepala. Mungkin tak sangka mereka pun kena pakai ‘benda alah’ tu.
                Selepas memakai kostum haiwan itu, mereka harus berkumpul lagi sekali. Hyemi keluar dari bilik persalinan dengan memakai kostum teddy bear. Dengan kostum yang besar, memang agak susah untuk berjalan. Minhyun yang ternampak dari jauh tiba-tiba mendekati Hyemi.
                Dia memegang tangan Hyemi untuk mengiringnya pergi ke depan. Sebaik sahaja dilihat oleh fanz yang lain, mereka semua menjerit kerana cemburu. Hyemi terasa geram. Mahu sahaja dia memijak kaki Minhyun dengan kaki kostum teddy bear besarnya itu.
                Aron dan Ren terus menuju ke Shae dan Ye Eun untuk mengiring fanz mereka itu ke depan seperti yang dibuat oleh Minhyun. Ye Eun hanya tersengih-sengih melihat Ren yang memegang tangannya dengan kostum ayam. Manakala Shae pula sudah merah muka kerana dia memang terlalu gilakan Aron.
                “Copycat!” Minhyun menjerit tiba-tiba.
                Mereka semua tergelak melihat Minhyun yang bengang kerana dia ditiru. Aron dan Ren membuat muka selamba. Eungi dan Bora sudahpun lama duduk diatas sofa di ruang depan.
                Permainan diteruskan seperti biasa. Permainannya adalah, fanz dan Nu’Est harus menari mengikut lagi yang dimainkan. Siapa yang tidak hafal dan tariannya salah akan dipaksa berjalan dan membuat bunyi mengikut kostum haiwan yang dipakai.
                Sesi game yang kedua ialah lumba kereta. Dengan memakai kostum comel itu pasti mereka semua susah untuk bergerak. Permainan itu memang menimbulkan gelak ketawa dari semua orang. Lagipun mereka harus mengikut isyarat ‘jalan raya’ yang ditetapkan.
 Walaupun pada mulanya Hyemi tidak terlalu mengikuti permainan itu, lama kelamaan dia terbiasa pula. Lagipun gelagat Ren yang comel, Aron dan JR yang kelakar, Baekho yang gentlemen membuatkannya berasa selesa dengan ahli Nu’est walaupun dia masih berasa janggal dengan Minhyun.
                 Pukul satu pagi baru mereka dibenarkan tidur. Hyemi pasti walaupun penat pasti fanz Nu’Est tetap tidak puas hati pada hari itu. masih ada dua hari untuk dijalani oleh Hyemi. Entah apa yang jadi keesokan harinya.
                “Hurmm… Shae? Awak dah tidur ke?” tanya Hyemi tiba-tiba.
                Shae mengiring menghadap Hyemi yang berada di katil sebelah.
                “Nope! Tak boleh tidur lah.” jawap Shae jujur. Iyelah, siapa yang boleh tidur nyenyak jika asyik terbayangkan wajah-wajah Nu’Est yang sangat kacak dan digilai ramai itu. Shae tersenyum.
                “Dah agak. Awak memang peminat fanatik Nu’Est eh?”soal Hyemi ramah. Sengaja mahu berkenalan lebih rapat dengan teman sebiliknya itu.
                “Ermm..boleh jugaklah. Tapi saya minat sangat dengan Minhyun. Dia tu hensem kan? Muka berseri-seri je.” Puji Shae.
                Hyemi tergelak kecil. Tak sangka ada orang memuji Minhyun.
                “Huh, dia tu hensem ke? Pengecut! Menyakitkan hati adalah.” Kata Hyemi perlahan. Hampir-hampir didengari oleh Shae.
                “Apa yang awak cakap?” Shae yang mendengar kata-kata Hyemi sebentar tadi bertanya.
                “Laa…awak dengar ke? Tak, saya cuma cakap Minhyun tu memang hensem. Tapi baik awak minat dia je, jangan jatuh hati dengan dia. Bahaya.” Ujar Hyemi.
                “Ha? Apa maksud awak?” Shae bertanya kebingungan.
                “Tak ada apalah. Saya hanya cakap je. Dia tu macam suka sakitkan hati perempuan je. Harap muka je hensem.” Kutuk Hyemi.
                “Betul ke? Awak cakap macam ni macam dah lama kenal dia je?” duga Shae.
                Hyemi tersenyum nipis. Dia menggeleng perlahan.
                “Tak ada apalah. Dah, awak pergilah tidur. Jangan hiraukan apa yang saya cakap. Saya gurau je.” Ujar Hyemi lalu memalingkan mukanya menghadap ke belakang.
                ‘Apa yang saya cakap bukan gurauan Shae. Saya memang dah lama kenal dia. Tapi dia sakitkan hati saya. Semua pasal dia, saya tahu. Hmm, tak apalah. Minhyun, awak memang kejam!’ Hyemi berkata perlahan dalam hati lalu menutup mata. Mahu tidur kerana terlalu letih pada hari itu.



-Second day, Babak 1 : Cooking Lessons & Spy Talking-
                Hyemi masih menguap saat disolek oleh Shae. Hyemi yang meminta Shae membantunya memakai makeup, padahal sepatutnya kerja-kerja itu sudah dilakukan oleh seorang perempuan yang memang ditugaskan me-makeup mereka semua.
                “Hyemi, cuba sabar sikit. Awak ni kan.” kata Shae geram.
                “Ala, buat cincai-cincai je. Saya tak sukalah makeup-makeup ni. Rimas tahu tak?” balas Hyemi.
                “Yes I know tapi awak tetap kena jugak. Lagipun nanti muka awak lagi berseri-seri dan comel. Awak ni boleh jadi model tahu tak? Tinggi sangat.” Puji Shae.
                “Huh? Model? Boleh ke?” Hyemi tergelak kecil. Nampaknya dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan Shae. Belum sempat Shae menjawap, mereka sudah pun kena bersedia untuk shooting. Kali ini shooting diadakan di satu rumah kecil kerana mereka harus memasak bersama Nu’Est.
                “Okey guys, get ready. Nu’Est? In position.” Arah satu suara yang pastinya datang dari pengarah itu sendiri.
                “Anyeonghaseyo, guys! Today is the second day for with Nu’est. Today we’re going to cook with our belove fanz. But, before that we have the challenge.” Ujar Aron yang petah berbahasa inggeris.
                “Apa cabarannya? Kami akan dipasangkan sesama fanz dan membentuk pasangan dua orang. Yang pastinya salah seorang dari kami dan salah seorang dari fanz kami. Jadi akan ada lima pasangan yang bakal memasak. Jadi apa pula kami harus buat selepas mendapatkan pasangan?” Baekho bertanya.
                “We have to cook with the same ingrediants but not the same type of menu. Kalau didapati menu yang dimasak sama seperti pasangan lain, pasangan itu dikira kalah. Dan yang kalah akan...” JR tidak meneruskan kata-katanya.
                “Yang kalah akan didenda mengemas dapur dan membasuh pinggan. Jadi apa tunggu lagi? We welcome our L.O.V.E !” Ren berkata sambil menepuk tangan bersama ahli Nu’Est yang lain.
                Hyemi masuk ke dapur dengan senyuman bersama fanz Nu’Est yang lain. Susah juga mahu masak lagi-lagi kerana Hyemi yang langsung tak minat memasak. Setelah melalu cabut undi, Hyemi berpasangan dengan Ren, Ye Eun bersama JR, Eungi bersama Minhyun,Bora bersama Aron dan Shae bersama Baekho.
                Hyemi bertungkus-lumus masak dengan bersungguh-sungguh. Bagus juga dia tidak perlu berpasangan dengan Minhyun.
                “Hyemi ! Jaga apa yang awak masak tu. Apa yang awak angankan?” tegur Ren tiba-tiba. Hyemi terkejut.
                Semua yang melihat mereka berdua masak sudah tergelak-gelak geli hati melihat perangai kabut Ren dan muka blur Hyemi. Hyemi hanya tersengih-sengih sambil meperlahankan api dan cuba untuk buat yang terbaik.
               “Yes sir ! I’m very sorry sir!” Jawap Hyemi mengundang ketawa dari ahli-ahli Nu’est yang lain termasuk fanz mereka. Walaupun pada mulanya Hyemi  benci keadaan begini, dia tetap rasa berterima kasih pada Sera. At least, boleh jugak lepas tension.
                Kecoh betul dapur apabila Hyemi dan Ren yang masak. Semasa pasangan JR dan Ye Eun, aksi JR yang cuba memotong sayur dengan laju membuatkan fanz Nu’Est hampir menjerit kerana takut dan teruja. Lagak profesional JR yang cool membuatkan Bora, Shae dan Eungi terus bangun sambil menepuk tangan untuk  JR.
                Apabila setiap pasangan sudah bertungkus lumus memasak, menu itu akan dirasa oleh juri tidak langsung dari pihak pengambaran dan keputusannya akan diberitahu kemudian.
                Sesi  Spy Talk diadakan selama 15 minit. Fanz Nu’Est dibenarkan bertanya kepada ahli-ahli Nu’Est apa-apa soalan walaupun ia satu soalan yang private begitu juga dengan Nu’Est kepada fanz mereka. Tetapi tetap ada batasnya.
                Jika soalan yang ditanya terlalu rahsia, soalan itu tetap akan dibatalkan. Sesi Spy Talk memerlukan mereka memakai pakaian seperti ditective bagi orang yang bertanya dan orang yang menjawap hanyalah memakai pakaian biasa.
                “Who is the big eater in Nu’Est?” tanya Shae sebagai orang pertama yang menyoal. Bagai lagak seorang ditective Shae membuka buku nota di tangannya.
                “Baekho!” jawap ahli Nu’Est serentak. Baekho juga turut menjerit namanya. Masing-masing menahan ketawa kerana salah satu syarat Spy Talk ini, mereka perlu serius dan tidak boleh gelak.
                “Siapa yang selalu berlagak seperti ge-girl dalam Nu’Est?” tanya Ye Eun pula.
                “Minhyun. Dia selalu bawa losyen dalam begnya.” Jawap JR serta-merta. Minhyun menjegilkan biji matanya. Ye Eun dan yang lain-lain terus mencatat dalam buku.
                Hyemi tersenyum sinis. Bukan dia tak tahu tabiat Minhyun yang satu itu.
                “Who is the most myterious member?” tanya Hyemi pula. Dia kehabisan idea, lantas soalan itu yang keluar.
                “Minhyun. Tak tahu kenapa, kami semua rasa dia yang paling misteri dalam Nu’Est.” Jawap JR lagi. Ahli-ahli Nu’Est mengangguk termasuk Minhyun sendiri. Mengaku dirinya agak pelik.
                “Apa rahsia member yang kebanyakan orang tidak tahu?” tanya Eungi.
                “Rasanya tak ramai yang tahu ideal type Ren ialah Beyonce.” Aron tiba-tiba menjawap.
 Mata keempat-empat fanz Nu’Est terbeliak. Nampaknya itu memang rahsia besar. Nasib baik tiada siapa yang dibenarkan gelak pada waktu itu. kalau tak, pasti semua orang sudah menghamburkan ketawa.
Sesi Spy Talk yang pertama untuk L.O.V.E berlangsung dengan baik. Kini giliran Nu’Est pula menjadi Spy.
Macam biasa mereka semua menjawap soalan dengan serius walaupun di dalam hati menyimpan rasa ingin ketawa. Di akhir-akhir sesi Spy Talk Nu’Est, Minhyun mengambil kesempatan.
“This question is for Hyemi. Pernah tak awak putus cinta?” soal Minhyun dengan beraninya. Hyemi tercengang. Dia memandang mata-mata yang menunggunya menjawap.
“Pernah.” Hyemi menjawap dengan tenang. Malas mahu mengingati lelaki itu yang sekarang ini berada di hadapannya. Ahli Nu’Est ternganga.
“Soalan lagi, awak masih ada perasaan pada lelaki itu.” duga Minhyun. Baekho menyiku lengan Minhyun kerana dirasakan soalan itu terlalu private. Bagaimana Minhyun dengan beraninya boleh bertanya seperti itu? Tetapi Minhyun buat tidak endah Baekho disebelahnya.
Hyemi terasa seperti dihempap batu. Soalan itu seperti memerangkapnya. Oleh kerana dia tidak suka menipu, dia kuatkan hati untuk bercakap benar.
“Jujur, saya masih menanti lelaki itu. Tetapi saya jugak tak mahu lelaki itu kembali lagi sekali untuk menyakitkan hati saya.” Habis Hyemi berkata, keempat-empat fanz Nu’Est menepuk tangan. Hyemi tersenyum manis. Sengaja tidak mahu mereka syak yang bukan-bukan.
Minhyun terpempan. Dia tahu kata-kata itu ditujukan padanya. Sebaik sahaja soalan terakhir ditujukan dan dijawap maka berakhirlah sesi Spy Talk pada hari itu.





-Second Day : Resting Time-
                Tak banyak aktiviti yang mereka lakukan hari ini dari semalam. Setelah diberitahu siapa yang kalah dalam sesi Cooking Lesson, Hyemi  berjalan-jalan di sekitar pantai. Entah macam mana, hotel yang ditetapkan oleh pihak penggambaran rupa-rupanya berada di berdekatan laut. Hyemi tidak perasan pun hal itu. Hal itu baru dia sedar apabila dia berdiri di balkoni bilik petang tadi.
                Hyemi teringat sesi Live Signature petang selepas Cooking Lessons dan Spy Talk habis dirakam. Dia tahu baru dua hari dia bersama Nu’Est ,dia sudahpun jatuh hati kembali pada Minhyun. Walaupun berat untuk dia mengaku tapi mana mungkin dia nak tipu diri sendiri.
                Sesama meminta tandatangan dari Nu’Est tadi pun dadanya berdegup dengan kencang. Hyemi tahu dia memang masih mengharap pada Minhyun.
                “Sila turunkan tanda tangan anda di setiap barang ini.” Arah Hyemi secara lembut pada Nu’Est. Mereka semua ternganga.
                “Are you serious? All of these?” Aron bertanya.
                “Aha! Request from my friend. Please?” Hyemi terpaksa merayu demi Sera. Harap-harap mereka ini setuju.
 Walaupun dia tahu dirinya dirakam waktu itu dan risiko digelar gedik sangat tinggi tetapi dia tak sanggup mendengar bebelan penuh lirih dari Sera apabila tidak dapat tanda tangan dari Nu’Est.
Sapu tangan, buku nota, fail, dan macam-macam lagi barang kepunyaan Sera terpaksa Nu’Est tanda tangan. Ini memang dah terlalu fanatik. Bukan fanatik dah, ini namanya obses.
                “Hehe, sorry pasal kawan saya tu.” Bisik Hyemi agar tidak didengari sesiapa kecuali Nu’Est yang berada di depannya itu. Mereka semua hanya mengangguk sambil tangan masing-masing lincah menulis tandatangan mereka.
                “And this is just for Minhyun. Tandatangan kat sini.” Tunjuk Hyemi sambil memegang teddybear yang agak besar. Dia menyuruh Minhyun menanda tangannya di atas bantal berbentuk hati yang dipegang teddy bear itu.
                Hyemi mengigit bibirnya apabila dia teringat betapa selambanya dia menyuruh Minhyun tanda tangan di atas teddy bearnya dan mengaku bahawa teddy bear itu Sera yang punya. Hyemi memeluk teddy bear itu sambil berbaring di atas pasir pantai.
                Matanya menghadap langit. Bintang pada malam itu banyak juga. Hyemi memejam matanya. Menikmati bunyi ombak pantai.
                “I think I guest it right. Saya tahu itu teddy bear awak.”
                Hyemi terus membuka matanya. Dia dapat melihat Minhyun duduk di sebelahnya. Dia bingkas bangun. Teddy bear itu diletakkan ke depan, sambil dia memeluk lututnya pula. Hyemi masih diam memandang teddy bear itu.
                “You should just admit that you still love me.” Kata Minhyun. Hyemi masih diam tidak berkutik. Walaupun kata-kata Minhyun itu sememangnya benar, takkanlah mudah-mudah aje dia nak mengaku?
                “No I’m not! I’m not still loving you. I just can’t get you out of my mind.” Ujar Hyemi.
                “Samalah tu.” Balas Minhyun.
                Hyemi  tidak membalas. Dia bangun. Kali ini dia lebih banyak diam kerana dia tahu, dia pasti akan kalah jika asyik berbalah dengan Minhyun. Dia cuma perlukan penjelasan dari Minhyun kenapa dulu dia berbuat demikian.
                “Hyemi..”panggil Minhyun dari belakang.
                Hyemi tidak memandang. Dia berjalan menuju ke gigi air. Bermain-main dengan ombak perlahan yang membawa air ke kakinya.
                “Saya nak explain dekat awak tapi saya tak rasa masa ini adalah masa yang sesuai. Saya harap awak faham?” ujar Minhyun yang sudah pun berada di sebelah Hyemi.
                Hyemi masih diam. Tak tahu kenapa dia suka melihat Minhyun yang seperti orang tidak siuman bercakap seorang diri sedangkan dia langsung tidak menjawap kata-kata Minhyun. Oh, begitu tega Hyemi menganggap Minhyun orang yang tidak siuman.
                “Lagipun saya segan lah nak explain sebab....” Minhyun tidak meneruskan kata-katanya apabila melihat Hyemi tiba-tiba memandangnya.
                “Awak tak penat ke bercakap sorang-sorang?” tanya Hyemi yang kemudiannya berjalan menuju ke tempat dia duduk tadi lalu mengambil teddy bearnya. Minhyun menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
                Tetapi akhirnya dia senyum. Selama tiga bulan tidak bertemu Hyemi, nampaknya Hyemi makin comel dan pelik. Dia mengikut langkah Hyemi yang kemudiannya menuju ke sebuah pondok.
                “Asal awak ikut saya?!” tanya Hyemi secara tiba-tiba membuatkan Minhyun tercengang-cengang. Suaranya yang agak kuat membuatkan Minhyun agak terasa hati tetapi dia cuba menahan rasa.
                “Laa.. tak boleh ke?”
                “Tau pun tak boleh.” Jawap Hyemi selamba. Minhyun senyum lagi. Hyemi sekarang makin selamba.
                “Hey, hyung! Apa awak buat dekat sini?” Ren yang entah dari mana datang menghampiri mereka berdua. Nasib baiklah waktu itu malam kalau tidak habis dikejar dengan fanz lah gamaknya. Berani betul keluar. Bisik hati Hyemi.
                “Nothing.” Jawap Minhyun tetapi matanya masih memandang Hyemi dengan senyuman. Ren semakin pelik. Nampaknya ada sesuatu yang dia tidak tahu berkaitan dengan dua manusia dihadapannya ini.
                “Ermm, Ren.. duduklah. Awak pergi kemana tadi?” tanya Hyemi bagi menghapuskan pertanyaan yang bermain-main di fikiran Ren. Hyemi tahu Ren pasti sudah syak sesuatu.
                Minhyun menjeling Hyemi yang mempelawa Ren duduk tetapi dia? Lagi dihalau adalah. Siap tanya lagi Ren pergi kemana. Sedikit perasaan cemburu timbul di hati Minhyun.
                “Eherm, excuse me.” Ujar Minhyun sambil tersenyum kelat lalu dia terus pergi. Dia tak boleh menyuruh Ren pergi dari situ kerana Ren tidak pernah tahu hubungan dia dengan Hyemi. Nanti Ren syak jadi lebih baik dia yang minta diri dahulu.
                “Minhyun hyung nampak pelik. Do you want to know something?” soal Ren sambil matanya bulat memandang Hyemi.
                “Hmm?”
                “Actually benda ni rahsia. Kalau Minhyun hyung tahu saya bocorkan benda ni mesti dia marah. Tapi disebabkan awak salah satu dari fanz Nu’Est, saya sengaja mahu kongsi dengan awak.” Kata Ren.
                Hyemi terdiam.



-Third Day, Babak 1 : Shopping Town !-
                Hyemi bangun hari ini dengan perasaan yang agak lega. Maklumlah, last day dia bersama dengan Minhyun dan Nu’Est. Baru tiga hari dia berada jauh dari rumah, dia sudah terasa rindu dengan Sera dan rumah sewa itu juga. Sera ada memberi pesanan ringkas yang mengatakan dia balik hari ini, jadi Hyemi tidak sabar-sabar mahu pulang.
                Minhyun berlari anak mendapatkan Hyemi yang sedang berjalan menuju ke cameraman. Dia menarik tangan Hyemi supaya Hyemi berhenti berjalan. Hyemi menoleh untuk melihat siapa yang memegang tangannya itu.
                “You? What are you doing? Kalau orang nampak macam mana?” Hyemi bertanya keras.
                “Ah, I don’t care. Kejap lagi awak jalan dengan saya eh?” pinta Minhyun.
                Sebenarnya shoot untuk babak Shopping Town, fanz harus berjalan dengan salah seorang member yang paling mereka minat. Tapi sekiranya Hyemi berjalan dengan Minhyun, pasti orang menganggap dia meminati Minhyun. Walaupun benda tu betul, Hyemi taknak lah tunjuk sangat.
                “Awak nak perangkap saya ke?”
                “Laaa..kan nanti saya nak explain kat awak. Kita kenalah jalan berdua.” Dengan naif Minhyun menerangkan.
                “Tapi saya tak berminat untuk dengar.” Hyemi menjual mahal.
                “Hyemi....” Minhyun cuba merayu. Dia membuat muka comel. Ah, manalah Hyemi boleh tahan begini.
                “Hish, yelah. Kalau saya rajin.” Balas Hyemi acuh tak acuh.
               Semasa shooting bermula, Minhyun terus menarik tangan Hyemi untuk duduk di sebelahnya. Dan secara automatik, Hyemi menjadi pasangan Minhyun untuk babak Shopping Town.
                Misi mereka ialah membelikan baju untuk fanz mereka, segala kasut dan perhiasan. Semuanya ditanggung bersih oleh ahli Nu’Est yang sanggup mengeluarkan belanja untuk fanz kesayangan mereka itu. Dan segala benda yang dibelikan oleh Nu’Est itu akan dipakai untuk babak terkahir malam ini, jadi mereka harus memilih dengan bagus!
                Pertama, mereka semua harus membeli pakaian dulu. Sudah tentulah sasaran mereka butik-butik yang menjual gaun-gaun yang menawan. Sebaik sahaja melangkah ke dalam butik, ahli Nu’Est sibuk memilih baju yang sesuai untuk dipakai oleh fanz dan mengikut kemahuan fanz mereka.
                “So, can I explain now?” tanya Minhyun. Dia mengekori langkah Hyemi yang sedang membelek-belek satu persatu gaun yang berada di situ.
                “Jap, kan awak kena tolong pilihkan baju untuk saya? Why not...awak tolong sekarang.” Hyemi menjawap sambil tersenyum menampakkan matanya yang eye smile. Hehe, inilah masanya aku nak habiskan duit kau. Kata Hyemi dalam hati.
                Belum sempat Minhyun menjawap, cameraman sudah datang mendekati mereka. Minhyun terpaksa mengawal reaksi mukanya.
                “Saya rasa dress ni sesuai dengan awak.” Dengan lagak selamba bercampur gementar, Minhyun mengambil gaun panjang berwarna biru lembut lalu disuai padankan ke badan Hyemi.
                “Yang ini? But I don’t like blue.” Hyemi sengaja mengada-ngada walaupun sebenarnya warna biru warna kegemaran Hyemi. Minhyun menjegilkan mata. Nasib baik dia membelakangi kamera. Hyemi buat tak kesah.
                “So..rasanya awak sesuai dengan ni?” gaun pendek berwarna hitam terbelah di paha ditunjukkan ke Hyemi. Sengaja mahu mengenakan Hyemi. Sudahlah warna hitam ialah warna kegemaran Minhyun.
                “It’s to sexy!” Hyemi sedikit menjerit. Minhyun ketawa pura-pura walaupun hatinya tercuit melihat keletah comel Hyemi.
                Sebaik sahaja kameraman itu pergi untuk ke pasangan lain, Minhyun dan Hyemi masing-masing saling menjeling.
                “I think your favourite colour is blue right?” Minhyun bertanya.
                “Not anymore.”
                “Are you serious?” soal Minhyun lagi.
                “Nope.” Hyemi menahan ketawa melihat reaksi Minhyun. Suka betul dia mengenakan Minhyun hari ini.
                “Awak kata saya kena tolong pilih baju, cepatlah... awak nak yang mana?” Minhyun makin hilang sabar.
                “Hish, boleh sabar tak? Saya ni perempuan, kena pilih betul-betul. Lagipun yang lain belum siap lagi pilih. Lambat-lambat lagi bagus. Anyway, saya suka biru mint, bukan biru lembut.” Hyemi agak berbisik. Takut perbualan diluar rakaman mereka tiba-tiba didengari pula. Lagipun yang lain juga dah pandang semacam apabila melihat mereka berdua seperti bergaduh.
                Hyemi berjalan lagi. Matanya tertarik dengan gaun labuh yang agak terbelah di tepi, di luar bahagian bawah gaun itu terselit kain jarang rona lembut dari warna gaun itu.
                “Do you want that dress?” Minhyun menegur Hyemi yang kelihatan begitu teruja.
                Hyemi mengalihkan pandangan. Dia memang agak tertarik dengan gaun itu. Cantik! Lagipun gaun itu berwarna ungu. Hyemi tersenyum sendirian tetapi dia tak mahu Minhyun membelikannya gaun itu. Apatah lagi bila Hyemi melihat harga gaun itu. Cukup mencekik darah.
                “Tak apalah. Ermm, saya nak pergi tandas jap. Ada hal lah pulak.” Hyemi meminta diri. Sebenarnya dia terdengar bunyi telefonnya. Pasti Sera. Kalau dia menjawap panggilan itu disini nanti dia digelar tak sopan pula. Lebih baik dia minta diri.
                Minhyun terpaksa membiarkan.
                “Hey, Hyemi mana? Kami dah nak bayar ni. Dah pilih belum?” JR mendekati Minhyun yang sedang sibuk membelek barangan lain. Kamera rakaman sudah ditutup buat seketika.
                “Dia...dia pergi tandas jap. Nak bayar dah ke? Jap, nak ambil baju.” Minhyun mengambil keputusan untuk mengambil baju ungu yang dilihat sebentar tadi.
                Selesai membuat bayaran, mereka menunggu Hyemi.
                “Maaf, lambat.” Hyemi menyapa mereka semua. Dia tersenyum manis.
                “It’s okey.” Aron membalas bagi pihak mereka semua. Hyemi memberi isyarat mata supaya mereka terus berjalan.
                “Awak pilih gaun mana?”
                “Adalah.” Minhyun membalas. Kali ini dia meniru gaya Hyemi pula. Hyemi menjuihkan bibir.
                “Kalau tak cantik, saya tak nak pakai.” Hyemi mengugut. Minhyun cuma tersenyum nipis. Dia pasti Hyemi akan pakai juga gaun itu.
                Mereka sampai ke kedai kasut. Nampaknya fanz mereka begitu teruja melihat kasut daripada gaun. Memang sense wanita terhadap sepasang kasut memang tinggi. Itu baru kasut. Belum hal lain lagi. Baru di depan pintu, ahli Nu’Est sudah tergeleng-geleng melihat lagak teruja fanz mereka.
                “I’m sorry.” Ujar Minhyun tiba-tiba. Hyemi menoleh.
                “Why?”
                “Pasal kesalahan saya itulah. Maaf sebab saya tak contact awak.” Kata Minhyun. Dia menunduk. Aduh, sudahlah dalam kedai kasut. Pasti nampak pelik perbuatan Minhyun itu.
                “Dah la awak. Sebenarnya saya dah dengar penjelasan Ren semalam. Saya dah maafkan awak. Awak tak perlu risau.” Balas Hyemi. Tak sampai hati pula dia melihat Minhyun. Dari semalam dia tahu sebenarnya kes mereka ini hanya salah faham.
                Dia cuma mahu melihat sejauh mana Minhyun cuba untuk menerangkan salahnya. Dia mengambil satu kasut tinggi empat inci. Mahu terbeliak matanya melihat kasut setinggi itu.
                “Apa maksud awak?”
                Hyemi memandang Minhyun. Dia memegang lengan Minhyun.
                “Ya, saya dah tahu hal sebenar. Jangan lah risau sangat. Sebab tulah saya tak marah awak pun hari ni. So please? Awak janganlah buat orang rasa pelik dengan kita.” Ujar Hyemi berbisik.
                Minhyun menunjukkan senyuman manisnya. Walaupun dia tak tahu bagaimana caranya Ren memberitahu Hyemi hal itu, dia tetap berasa lega.
                “Cuba pakai ni.” Tiba-tiba mood Minhyun bertukar menjadi sebaik mungkin. Pelik Hyemi dibuatnya tetapi dia suka. Dia mengambil kasut itu.
                “Awak gila ke apa? Kalau saya pakai kasut ni, nak dekat sama tinggi dengan awak. Taknak lah.” Hyemi menolak.
                “Sejak bila awak nak jadi rendah dari saya ni?” Minhyun mengusik.
                “Hwang Minhyun?!” Hyemi mengetap bibir geram. Mentang-mentang lah dia dah baik.



-Malam itu-
                Hyemi makin pelik. Apa besar sangat ke rahsia itu?
                “Kami semua pernah buat salah pada Minhyun hyung sehingga dia putus hubungan dengan sahabat baik dia. Kami sebenarnya saje nak usik dia, tapi tak sangka dia marah. First time tengok dia marah. Mungkin kerana dia terlalu sayang dengan sahabat baik dia itu.” cerita Ren.
                “Siapa sahabat dia?” tanya Hyemi.
                “Tak tahu. I think it was a woman sebab Minhyun hyung nampak terlalu sedih selepas kejadian tu. Kami puas minta maaf. Nasib baik Minhyun hyung seorang yang pemaaf kalau tak...”Ren menggeleng-geleng.
                Hyemi rasanya dapat meneka siapa sahabat baik Minhyun di kala itu. Cuma, kenapa Minhyun tak pernah cuba menghubunginya lagi selepas itu? Argh, itu kena tunggu Minhyun explain maa..
                “Lepas tu? Marah dia macam mana? Dia okey tak?”
                “Minhyun hyung marah yang teramat sampaikan dia baling phone dia. Habis rosak phone itu. Kami memang rasa bersalah sangat. Tak sangka benda ni jadi begini. Selang seminggu baru Minhyun hyung baik.” Ujar Ren lagi.
                Hyemi terdiam seketika.
                “Are you sure Minhyun tak kesah awak cerita dekat saya?” tanya Hyemi pada Ren. Sebenarnya Hyemi hampir-hampir sahaja suka pada Ren kerana Ren seorang yang peramah, lincah dan juga comel. Dia suka bersembang dengan Ren. Tetapi first lovenya tetap dihati.
                “Tak kot. Okeylah, saya naik bilik dulu. Jangan duduk lama-lama dekat luar.” Pesan Ren.
                Ren berjalan menuju ke pintu masuk hotel. Hyemi terdiam. Nampaknya dia sudah tersilap. Tapi kenapa Minhyun tidak cuba untuk menelefonnya setelah itu? Argh, susahnya kalau kes  begini. Hyemi terasa mahu menjerit.



-Third Day, Babak terakhir : Goodbye Dinner-
                Hyemi sudah sedia dengan kamera di tangan. Dia terlupa Sera ada meminta video dari ahli Nu’Est. Dia sudah pun didandan. Rambutnya diikat kecil dan dibiarkan lebihan di tepi telinga untuk memberi efek. Tiara juga sudah dipakai. Persis seperti orang yang mahu berkahwin sahaja. Dia juga memakai baju yang dipilih oleh Minhyun.
                Lokasi pengambaran untuk hari terakhir ini sudah ditukar. Mereka sekarang berada di Pledis Building.
                Hyemi dengan selamba masuk ke bilik solek Nu’Est. Dia merakam aksi Nu’Est yang sedang disolek. Dia sempat bergurau dengan ahli Nu’Est.
                “Mana yang lain?” tanya Ren.
                “Entah, dekat luar kot.” Jawap Hyemi yang masih merakam.
                Dia mendekati JR yang sedang berbaring di atas kerusi panjang. Mungkin sedang tidur. Hyemi menahan ketawa.
                “What are you doing?” usik Hyemi.
                JR terbagun sebaik sahaja mendengar suara orang ketawa. Dia terpinga-pinga buat seketika. Apabila ternampak Hyemi, dia cuba untuk merampas kamera di tangan Hyemi. Hyemi mengelak.
                Dengan gaun labuhnya, agak sukar untuk Hyemi melarikan diri dari JR. Dia hampir terjatuh tetapi sempat diegang oleh Minhyun yang segak memakai tuksedo,  baru keluar dari bilik persalinan. Ah, adakah ini kebetulan?
                “Sorry, I didn’t mean...”
                “No, it’s okey.” Hyemi tersenyum.
                Hyemi mematikan kamera seketika. Dia berdehem memberi tanda supaya lengannya yang dipegang Minhyun dilepaskan.
                “Con you do me a favor?” pinta Hyemi. Minhyun duduk disebelah JR yang ternyata sudah segar. Mungkin sahaja dia sengaja tidur olok-olok sebentar tadi. Lagi pun sepanjang tiga hari ini jadual mereka memang padat.
                “Kawan saya nak video pasal Nu’Est untuk dibuat kenangan. Iyelah dia kan tak dapat pergi dan saya gantikan dia. Boleh beri kerjasama tak? Kata lah apa-apa dekat dia. Saya rakamkan.”
Pinta Hyemi. Nu’Est mengangguk tanda tidak kisah. Hyemi memasang kembali kamera.
Dia merakam reaksi Ren yang membuat aegyo, JR dengan lagak macho, kata-kata romatik dari Baekho, gyeomi counting dari Aron, dan kata-kata semangat dari Minhyun.
Hyemi tersenyum puas hati. Dia menyuruh Minhyun memegang kan kamera untuknya.
“So..Sera. This is for your birthday. I hope you like it. Happy birthday my dear. We all love you!” ujar Hyemi. Dia memberi isyarat mata pada Minhyun supaya menutup  video itu.
                “Birthday dia?” tanya Nu’Est.
                “Yup. Tak lama lagi.” Balas Hyemi sambil memandang seorang demi seorang ahli Nu’Est.
                “I think we should do something right?” JR mengangkat kening pada ‘anak buahnya’ yang lain. Sebagai leader, dia bertanggungjawap terhadap mereka yang lain.
                “Yes.” Baekho dan Aron mengangguk serentak. JR terus pergi ke satu rak. Dia mengambil sehelai baju lau dihulur ke Hyemi. Hyemi menerima baju itu dengan teragak-agak.
                “Kitorang memang ada lebih, kot-kot ada hal. Awak ambillah baju ni sebagai hadiah untuk kawan awak.” Kata JR.
                Baju itu dibuka. Rupa-rupanya baju itu adalah baju rasmi Nu’Est. Tulisan Nu’Est serta kartun muka mereka, tanda tangan, dan nama mereka ada pada baju itu. Hyemi tersenyum lagi.
                “How cute. Thanks. Mesti dia suka.” Kata Hyemi. Selepas itu dia terus meminta diri.
                Untuk babak Goodbye Dinner, mereka akan makan di satu dewan besar. Meja dan kerusi cukup untuk memuatkan fanz dan ahli Nu’Est. Malam terakhir ini, fanz akan dilayan seperti puteri oleh Nu’Est. Acara perpisahan yang pasti akan menimbulkan kesan pada hati fanz.
                Eungi dan Ye Eun begitu jelita memakai dress pendek paras lutut dan bertali halus berwarna peach dan merah. Bora pula memakai style funky dan warna warni. Entah darimana dia mendapat idea seperti itu. langsung tidak terlihat seperti ingin makan malam tetapi kecomelannya tetap terserlah. Shae pula memakai gaun lurus hitam dan meleret ke bawah.
                Masing-masing mempunyai gaya tersendiri. Semasa makan, Hyemi duduk bersebelahan Minhyun.
                “Hyemi..” panggil Minhyun. Hyemi memandang sambil menjongketkan kening.
                Minhyun terus menyuapkan makanan ke dalam mulut Hyemi. Menjerit Hyemi dibuatnya. Nu’Est dan fanz tergelak melihat Hyemi yang comot. Minhyun menghulurkan tisu diselitkan dengan nota untuk Hyemi. Hyemi mengelap bibirnya.
                Dia membuka nota itu di bawah meja dengan kerutan di dahi.
                ‘Sorry sebab saya tak pernah try nak contact awak lepas kejadian tu. Saya terlalu sibuk hingga hampir terlupa pada awak. Telefon yang saya campak masa marah tu pun dah rosak dan tak boleh dibaiki jadi saya terus kehilangan nombor awak. Saya cuba pergi ke rumah sewa awak tetapi awak dah pindah. Saya tahu awak kecewa. Nasib baik itu bukan salah saya sepenuhnya. Saya lega sebab awak maafkan saya. Maafkan kawan-kawan saya juga. Diorang tak tahu pun hubungan kita. So, can we start it again?’
                Hyemi terharu walaupun dia gelihati dengan ayat ‘nasib baik itu bukan salah saya sepenuhnya’ itu. Pelik betul cara Minhyun meminta maaf.
                “Our love are weird.” Bisik Hyemi pada Minhyun.
                Minhyun mengangkat bahu. Memang pelik. Hanya kerana usikan kawan-kawannya hubungan dia dan Hyemi terputus lalu menimbulkan salah sangka. Nasib baik hal ini tidak seteruk hal pasangan lain. Dengan ini tamatlah tiga hari Hyemi dan fanz Nu’Est bersama idol mereka.
                Sebelum berpisah, fanz akan berpeluk dengan Minhyun. Erat dakapan Minhyun dan Hyemi. Akhirnya mereka berbaik semula. Hyemi tersenyum manis. Walaupun pada mulanya dia tak suka dengan variety show ini, dia pasti sebaik sahaja dia sampai di rumah pasti tajuk search pertama internet yang dia akan buka ialah .
                 

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_