Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Friday, October 18, 2013

Fanfics : It's The Same Way Kiss (1)


 
Minhyuk terasa matanya makin berat. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Bosan pula malam ini. Dia menguap, tetapi tidak tahu kenapa dia tidak rasa mahu tidur. Telefon di tangan dipandang. Terasa gatal tangannya mahu menelefon seseorang.
  “Hello, kau kat mana ni?” terus Minhyuk menganjur pertanyaan. Dia terdengar bunyi bingit di telinga. Rasa-rasanya dia memang dapat menganggak di mana rakannya sekarang.
  “Tempat biasa lah. Asal? Kau nak join tak?” tanya suara di sebelah corong sana.
  “Sengal kau Jungshin, kenapa tak ajak aku? Boleh pulak tanya. Kau dengan siapa lagi?” tanya Minhyuk agak marah. Mungkin kerana dia tidak diajak ke tempat itu.
  “Hehe, sorilah bro. Aku dengan Ricky, dan Jonghoon. Jomlah, kitorang masih tak mahu balik lagi.”jawap Jungshin.
  “Okey, set! Aku sampai sana dalam 15 minit.” Pantas Minhyuk mematikan telefon. Jaket kulitnya dipakai. Dengan segera mencapai kunci kereta, dia terus memecut laju di jalan raya.
  Minhyuk tercari-cari seseorang. Dia mendekati bar. Bunyi muzik dimainkan di kelab malam itu membingitkan telinga sesiapa yang masuk ke situ.
  “Ada nampak diorang tak?” tanya Minhyuk agak menjerit pada seorang pelayan bar di situ.
  “Dekat hujung sana.” Balas pelayan bar itu juga dengan nada kuat. Minhyuk terus berjalan melalui pengunjung yang sedang menari-nari di ruang tarian. Dari jauh dia ternampak rakan-rakannya sedang bergelak ketawa bersama gadis-gadis di sisi mereka. Dia tersenyum gembira.
  “Hey!” sapa Minhyuk. Dia memegang tangan Jungshin lalu menepuk bahunya. Dia memberi isyarat jelingan pada Jungshin menunjukkan seorang wanita yang melirik manja ke arahnya. Jungshin tersenyum sinis.
  “Enjoy tak ajak aku kan?” tanya Minhyuk. Dia duduk di tengah antara Jonghoon dan Jungshin.
  “Releks lah. Kau dah ada kat sini pun.” Jonghoon menumbuk lembut lengan Minhyuk.
  “Mana Ricky?”
  Jonghoon dan Jungshin segera memandang sekeliling. Tangan mereka melingkar pada gadis yang berada di sebelah mereka.
  “Tak tahu. Tadi dia ada. Alah, kau tahu lah dia tu. Bukannya nak suka sangat dengan suasana macam ni.” Jawap Jungshin. Minhyuk hanya mengangguk.
  Dia pun sebenarnya datang ke tempat sebegini untuk melepaskan stress. Tapi dia tetap mengawasi perlakuannya agar tidak melampaui batas. Dia tak pernah mahu keluar atau tidur dengan perempuan dalam kelab malam ini. Perempuan seperti ini baginya terlalu rendah harga diri. Walaupun dia seorang yang agak suka mempermainkan perempuan, citarasanya terhadap perempuan tetap tinggi.
  “Sudahlah. Lantak lah si Ricky tu. Dia keluar lah tu.”
  Saat mereka sedang bergelak ketawa bersembang, mereka terdengar bunyi seseorang bercakap di mikrofon.
  “I’m still a new DJ. Just want to trying this night. I hope you guys enjoy with all song that I played for you today. Enjoy this night till the end!” ujar DJ baru itu.
   Jonghoon tiba-tiba senyap. Begitu juga Jungshin. Minhyuk memandang mereka dengan wajah pelik. Matanya kelihatan agak kabur kerana terlalu banyak minum.
  “Dengar tak suara DJ tu? Keciknya suara. I think it must be a woman.” Jonghoon ketawa lagi. Jungshin tersenyum mengejek.
  “So, what’s wrong if that DJ is a woman?” tanya Minhyuk agak pelik. Dia sudah tersandar di booth.
  “Hey, kita bertaruh?” ajak Jonghoon.
  Minhyuk kelihatan berminat. Dia mendekatkan badannya ke arah Jonghoon. Jungshin juga berbuat demikian. Jonghoon melirik ke arah sepasang DJ perempuan yang sedang ikut bergelak ketawa bersama seorang rakannya. Entah apa yang disembangkan. Jonghoon tiba-tiba mendapat satu idea nakal.
  “Minhyuk, kau tak selalu duduk dengan perempuan kan? Aku tengok kau setiap hari lonely je. So, apa kata kau buktikan sifat lelaki kau sikit hari ni. Setuju?” ujar Jonghoon. Keningnya diangkat.
  Jungshin faham apa yang ingin disampaikan oleh Jonghoon. Minhyuk masih kabur-kabur. Dia memandang Jonghoon dengan muka pelik.
  “Takkan tak faham? Kau pergi sana, dekat DJ perempuan yang baru cakap tu. Cuba kau buktikan kau tu adalah seorang lelaki!” cabar Jonghoon.
  “Maksud kau?”
  “Aik, kau ni memang tak normal ke? Buatlah apa-apa. Terserah kat kau. Kalau aku....faham-faham je la. Sanggup ke?” Jonghoon memandang mata Minhyuk tajam membuatkan Minhyuk berasa tercabar.
  “Okey, fine. Kalau aku berjaya?” tanya Minhyuk. Keningnya diangkat.
  “Kitorang akan buat apa aje untuk kau. Setuju?” Jonghoon memandang Jungshin. Jungshin terus mengangguk. Dia juga tidak sabar-sabar untuk melihat apa yang akan dilakukan oleh Minhyuk.
   Minhyuk berfikir seketika. Dia memandang cincin yang dipakainya di tangan. Tiba-tiba dia mendapat idea. Dengan senyuman semanis mungkin dia menuju ke arah DJ itu. Teragak-agak dia berjalan sambil asyik menoleh ke belakang. Tak pasti dengan keputusannya. Argh, aku ni makin tak waras agaknya. Minhyuk terasa ingin menampar diri sendiri. Tetapi apabila melihat senyuman mengejek dari Jungshin dan Jonghoon, dia terus mempercepatkan langkahnya.
  Dengan muka yang manis, dia berdiri di hadapan DJ itu. Dengan lagak selamba dia mencabut cincin di tangannya dan menjatuhkan cincin itu di dalam air minuman DJ itu. Minhyuk mengambil minuman itu lalu meminumnya sehingga habis. Maka tinggallah cincin itu di dalam gelas. Dia memandang muka DJ yang agak pelik itu dengan tajam.
  “What are you trying to do?” tanya DJ itu. Kawannya di sebelah juga sudah memandang Minhyuk dengan muka yang serius. Takut terjadi apa-apa pada rakannya itu.
  Minhyuk tidak menjawap. Dia menunduk sambil menarik muka DJ perempuan itu dekat dengan mukanya. Agak lama dia bertentang mata dengan perempuan itu. Dengan perlahan dia mencium pipi DJ perempuan itu.
  Selepas itu Minhyuk melepaskan muka perempuan itu. Tanpa mengambil semula cincinnya, dia melangkah ke arah Jonghoon dan Jungshin yang tersenyum puas. Benda itu berlaku dengan pantas, dia juga tidak sangka bagaimana dia menjadi begitu berani mencium pipi DJ perempuan itu.
  Juniel terkedu.
  “Jun.. are you alright?! Beraninya dia buat macam tu. Kau nak aku serang dia ke? Dah la selamba je, lepas tu terus pergi. Tak guna betul.” Marah Moon. Dia memegang bahu Juniel yang agak terkejut.
  “Tak..tak payah. Aku rasa dia mabuk kot. Biarkan aje lah.” Juniel tidak ambil kesah kerana dia malas mahu memanjangkan hal. Takut terjadi hal kecoh pula. Dia menyapu pipinya kesan ciuman lelaki yang tidak dikenali itu.
  “Kau biar betul? Boleh biarkan aje? Kot ye pun kau ni baik, tak payah la hal macam ni pun nak biarkan. Aku pergi cari lelaki tu tau? Lagipun aku tak rasa dia mabuk.” Moon berkata lagi.
  “Lantak kau lah. Jangan jadi kecoh pulak nanti.” Juniel berkata. Dia memandang muka Moon yang betul-betul merah akibat marah. Walaupun Juniel agak tak puas hati dan marah, dia terpaksa pendamkan. Lagipun dia tak rasa lepas ini dia akan berjumpa dengan lelaki itu.
  Moon tanpa sepatah kata terus beredar. Mungkin mahu mencari lelaki itu. Juniel meneruskan kerjanya. Tak lama kemudian, Moon datang semula ke arah Juniel. Riak mukanya masih marah.
  “Aku tak jumpa dia.” Kata Moon keras.
  “Aku dah agak. Moon, jangan risau. Aku rasa betullah apa yang aku cakap tadi, dia mabuk tu.” Juniel berkata acuh tak acuh.
  Moon membuat muka meluat apabila Juniel tidak memandang ke arahnya.
  ‘Do you want to know something? Actually, aku nampak mamat tu. Dia tengah bergelak ketawa dengan kawan-kawannya. Aku rasa aku kenal siapa dia. Kenapalah kau ni boleh terlalu baik Jun? Senang-senang aje kena tipu. Tapi macam kau kata, aku taknak benda kecoh pula jadi dekat kelab ni. Aku terpaksa pendamkan aje. Janganlah kau jumpa lagi dengan orang macam dia tu.’ Kata Moon di dalam hati.


  -Esoknya, di Han River, malam-
  “Awak dengan kawan awak ada pergi kelab kan semalam?” tanya Moon pada seorang lelaki walaupun dia tak pasti lelaki itu ikut atau tidak ke kelab itu. Sedang bersembang dia teringat pula hal di kelab semalam. Dia mengambil kesempatan itu untuk bertanya pada lelaki itu.
  “Ya, kenapa?” jawap Ricky. Dia duduk di sebelah Moon yang nampak agak dingin mukanya.
  “Salah seorang kawan awak dah cium kawan saya tanpa sebab tahu tak? Apa masalah dia sebenarnya?!” tanya Moon lagi. Dia memandang muka Ricky meminta penjelasan.
  “Apa?! Awak serius? Bila? Semalam? Dekat kelab?”
  “Awak tak sepatutnya jawap soalan saya dengan soalan juga.” Keras Moon berkata.
  “Okey, saya mengaku. Memang saya ada pergi kelab dengan kawan saya tetapi lepas tu saya keluar. Saya tak tahan duduk dalam tu. Jadi saya tak tahu apa-apa. Lepas saya masuk balik je, saya dengar diorang sembang benda yang langsung saya tak faham. Awak jangan salahkan saya.” Ujar Ricky dengan muka yang agak bersalah.
  “Baiklah, saya tahu ini bukan salah awak pun. Mamat tu yang psycho. Kenapa dia tiba-tiba aje buat macam tu? Tak ada otak ke apa?” Moon meluahkan rasa tak puas hatinya lagi.
  “Rupa dia macam mana?” soal Ricky prihatin.
  “Entah, tak tahu nak gambarkan macam mana. Yang saya tahu dia tinggi, rambut pendek dark brown, matanya nampak kuyu.” Jelas Moon. Dia memandang permandangan di Han River. Cantik betul melihat bangunan dari jauh dengan cahaya yang bergemerlapan di malam hari.
  “Minhyuk?”
  “Nama dia Minhyuk?”
  “Saya rasa dia lah kot. Tapi setahu saya dia tak pernah buat macam tu pada mana-mana gadis.” Bela Ricky. Mana taknya, Minhyuk itu kan rakannya. Mestilah terasa ingin membela.
  “Awak ni kan.. dia tu lelaki. Manalah tahu, tengok Jun tu comel je, terasa nak permainkan Jun. Yang saya tahu, saya betul-betul tak puas hati. Lagipun lelaki ni mudah betul berubah tahu tak? Awak tengok dia macam baik, entah-entah dalam hati jahat.” Moon berkata.
  “Awak cakap baik sikit, saya ni lelaki jugak tahu? Okey, dengar sini. Saya kenal Minhyuk tu. Taste dia dekat perempuan tersangat lah tinggi. Saya tahu dia memang selalu pergi kelab, tapi sumpah saya tak pernah tengok dia sentuh walaupun tangan perempuan dalam kelab tu. Masa first day dia melangkah dalam kelab tu pun, bila ada perempuan dekat dengan dia, dia terus mengelak. Siap kena marah lagi tau.” Dengan panjang lebar Ricky menerangkan.
  Dia memang terlalu kenal dengan sikap Minhyuk itu. Dia tahu, antara tiga rakannya Minhyuk lah yang paling baik. Jonghoon dan Jungshin itu memang agak nakal orangnya. Mungkin hal yang terjadi ini ada kaitan dengan mereka? Fikir Ricky.
  “Entahlah awak. Saya tak tahu nak cakap apa.” Moon mengeluh.
  Ricky terdiam seketika. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Jungshin.
  ‘Cayalah kau! Ni barulah lelaki sejati. Selama ni kami tengok macam apa je. Cool betul muka kau bro! Lepas ni kau boleh suruh kitorang buat apa aje. Ye tak Jonghoon? Kitorang mengaku kalah dalam pertaruhan ni. Kau menang!’
  Ricky memetik jarinya. Moon memandang ‘buah hatinya’ di sebelah. Err, buah hati? Bocor pulak rahsia. Shhh...
  “Saya dah ingat. Diorang ada cakap sesuatu. Pasal pertaruhan tak silap. Kan saya dah cakap, Minhyuk tak akan buat macam tu kalau tak ada apa-apa berlaku. Mesti Jonghoon dan Jungshin buat pertaruhan tu. Minhyuk ni dah la pantang dicabar.” Jelas Ricky pada Moon.
Dia tersenyum gembira kerana dapat membuktikan Minhyuk lakukan itu kerana tercabar.
  “Awak boleh senyum? Apa yang dia buat tu tetap salah. Saya nak dia minta maaf dengan Jun.” Putus Moon. Ricky mematikan senyumannya.
  “Iyelah, nanti saya akan ‘cakap’ dengan dia.” Jonghyun mengalah.
  “Tapi saya berani cakap awak, lelaki tu hensem jugak.” Usik Moon. Ricky memandang Moon tajam. Moon tergelak melihat wajah cemburu Ricky.


  -Di dalam bilik, Minhyuk-
Selepas kejadian dia mencium pipi gadis yang menjadi DJ sementara itu, dia menjadi tak keruan. Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Tak tahu kenapa dia asyik teringatkan gadis itu. Kadang-kadang dia berasa bersalah pada gadis itu atas perbuatannnya. Akibat pertaruhan tak pasal-pasal dia mencium pipi gadis yang tak bersalah itu. Dengan selamba dan tak minta maaf pulak tu.
“Agak-agak dia buat apa sekarang?” Minhyuk berkata seorang diri. Dia duduk di birai katil. Kepalanya ditundukkan. Tetapi dia juga berasa lega, dengan pemikirannya yang tak berapa nak waras akibat minum banyak hari itu, dia takut dia akan buat perkara yang lebih memalukan gadis itu.
“Tok, tok, tok” bunyi ketukan pintu.
“Masuklah.”
Ricky masuk dengan perlahan. Dia mendekati Minhyuk yang masih menundukkan muka. Dia duduk di sebelah Minhyuk.
“Kau ni kenapa?” tanya Ricky agak pelik melihat keadaan Minhyuk yang kelihatan serabut.
“Tak ada apa-apa. Kau nak apa?” Minhyuk mendongak memandang Ricky.
“Aku ada benda nak cakap ni. Kau ada buat pertaruhan apa-apa tak dengan Jonghoon dan Jungshin?”Ricky berkata dengan perlahan. Takut didengari oleh mereka yang berada di luar itu.
Minhyuk berbaring di atas katil. Sebiji bantal diambil lalu dipeluk. Dia menggeleng. Lupa lah tu. Baru sebentar tadi dia teringat akan gadis itu. Ricky menepuk dahi. Sebenarnya dia dah lama ingin menyuarakan pertanyaan itu, tetapi dia terlalu sibuk selama seminggu ini jadi dia terpaksa tangguhkan percakapannya.
“Kau ni takkan tak ingat?” marah Ricky.
Minhyuk menggeleng lagi, perlahan.
“Dekat kelab?”
“Oh yang itu. Errr, macam mana kau boleh tahu?” Minhyuk serba salah untuk bertanya.
“Aku dengar kau orang sembang, gelak-gelak bagai. Tula, kalau syok sangat sampai tak sedar aku dah ada kat situ. But, aku nak cakap something. Perempuan yang kau dah cium pipinya tu adalah kawan kepada Moon, buah hati aku. Kalau buah hati aku runsing dan tak puas hati maka aku pun sama. Aku mintak kau pergi jumpa perempuan tu.” Suruh Ricky.
Minhyuk membuat muka. Dia menekup bantal ke kepalanya. Malas ingin mendengar kata-kata yang agak ‘jiwang’ dari Ricky. Ricky menarik bantal dari muka Minhyuk. Dengan selamba dia menindih badan Minhyuk.
“Okey, fine! Sakitlah!” Minhyuk menolak badan Ricky. Mereka bergelut seketika sebelum Ricky mengalah. Dia duduk di atas lantai sambil meletakkan tangannya di atas lutut.
“Minhyuk, please? Aku tahu kau buat tu sebab tercabar. Jadi aku tak takut-takut untuk suruh kau mintak maaf dengan perempuan tu. Aku nak kau jumpa dia.” Ricky agak memujuk.
Minhyuk meramas rambutnya akibat geram.                                                                     
“Hish, ye. Aku faham. Tapi boleh tak aku mintak tolong kat kau?” Minhyuk memandang Ricky dengan muka mengharap.
“Huh?” Ricky pelik. Tetapi dia agak gembira. Dia tahu Minhyuk senang dibawa berbincang.
Minhyuk berbisik sesuatu ke telinga Ricky. Bulat mata Ricky setelah mendengar kata-kata dari Minhyuk.
“Aku betul-betul tak percaya dengan kau ni lah. Aku mungkin boleh tolong kau. Cincin kau masih ada dekat dia kan?” tanya Ricky.
Minhyuk mengangguk.
“Bagus! Aku ada plan”


 -Konsert BigBang, Big Show-
Minhyuk tercari-cari kelibat Juniel. Sebenarnya Minhyuk sendiri tak pasti nama dan muka gadis itu. Mana taknya, dia hanya memandang sekilas gadis itu. Tetapi dia mendapat tahu dari Ricky, Juniel itu comel orangnya. Dia cuba mencari gadis yang iras-iras dengan ciri-ciri yang dikatakan oleh Ricky.
Tiba-tiba dia tertarik dengan seorang gadis yang agak comel wajahnya. Dalam samar-samar, dia ingat muka gadis itu. Tanpa membuang masa, Minhyuk terus mendapatkan gadis itu.
“Juniel?” Minhyuk mencuit bahu gadis itu.
“Err, ya. Who are you?” Juniel agak terkejut apabila seorang lelaki yang tidak dikenalinya tiba-tiba memanggil namanya. Dia mendongak memandang lelaki yang agak tinggi itu.
“So you are Juniel.” Minhyuk melepaskan nafas lega. Nampaknya tekaannya betul. Memang gadis yang boleh menarik perhatiannya ini adalah Juniel.
“I’m asking you right now. Who are you?” tanya Juniel lagi agak kasar. Dia sudahlah tak sabar-sabar mahu pergi ke tempat duduknya dan menonton show idol kesukaannya tetapi dihalang seorang mamat yang entah siapa ini.
“Saya? Err..saya...”Minhyuk terasa malu mahu berterus terang. Dia mengurut-ngurut tengkuknya. Kepalanya ditundukkan tetapi masih memandang Juniel.
“Okay, nevermind. I didn’t know you.” Balas Juniel. Dia mengangkat bahu lalu melangkah pergi.
Akibat terkejut dengan tindakan drastik Juniel pergi dari situ, dia menarik tangan Juniel. Serta merta Juniel berhenti melangkah. Dia memandang tajam muka Minhyuk.
“Okey sorry.” Minhyuk melepaskan tangan Juniel.
“Saya.. lelaki yang dekat kelab tu.” Minhyuk berkata agak perlahan. Juniel terdiam. Tetapi Minhyuk dapat melihat muka Juniel yang merah.
“Oh, okay.” Juniel terus melangkah pergi. Dia tidak menyangka dia akan berjumpa semula dengan lelaki yang menciumnya di kelab hari itu. Dia berjalan agak pantas. Tetapi dia dapat dengar dari belakang, Minhyuk memanggilnya. Dia pasti sekarang ini Minhyuk mengejarnya.
Sekelip mata, Minhyuk sudah berada di sebelah Juniel.
“Awak nak tengok konsert ni jugak ke?” tanya Juniel cuba membuka topik lain. Dia akan berasa malu jika Minhyuk asyik mengungkit perkara itu.
“Ermm, yelah.”
“Awak pun minat BigBang?” tanya Juniel tak percaya.
“BigBang? Ni konsert BigBang eh?” tanya Minhyuk lurus. Juniel mengerutkan kening. Bagaimana Minhyuk boleh pergi ke konsert tetapi tidak tahu siapa yang akan perform?
Mereka sudah mendapat tempat duduk. Minhyuk duduk di sebelah Juniel.
“Iyelah. Awak biar betul awak nak pergi konsert ni?” soal Juniel lagi.
Minhyuk tersentak. Baru dia sedar, dia main beli tiket mengikut cadangan Ricky tanpa melihat dahulu.
“Alamak, BigBang tu apa pulak? Kenapa lah aku tak ‘tanya’ En.Google? Hya, jeongmal babo.” Marah Minhyuk pada diri sendiri. Dia berbisik.
“Apa awak cakap?”
“Eh, tak ada apa-apa. Show dah nak mula.” Minhyuk mengalih perhatian. Mata Juniel terus melekat pada lima orang ahli BigBang. Minhyuk menarik nafas lega. Fikirannya tidak tertumpu pada perfomance BigBang tapi asyik terfikir bagaimana dia mahu berterus terang dan meminta maaf pada Juniel.
Juniel juga sebenarnya tidak fokus pada show itu. Dia berasa tidak selesa apabila lelaki itu disebelahnya. Lelaki itu dipandang.
‘ Siapa nama dia? Kenapa tiba-tiba dia muncul? Dia nak apa? Atau semua ini kebetulan? Hal dekat kelab tu? Sebenarnya kenapa? Argh, terlalu banyak soalan yang aku nak sangat tanya pada dia.’
“Hey, jom bangun. Diorang tengah enjoy tu.” Ajak Minhyuk tiba-tiba. Tak tahu kenapa tiba-tiba dia tertarik melihat show itu. Hal ingin berterus terang pada Juniel pun dilupakan.
“Awak kenapa?” tanya Minhyuk apabila melihat Juniel memandangnya tak berkelip.
“Oh, nothing.” Juniel membalas, dia tersedar.
“Jomlah, bangun.”ajak Minhyuk lagi. Juniel tersenyum sambil mengangguk. Dia cuba membuang prasangka terhadap Minhyuk. Minhyuk juga tidak mengungkit tentang hal di kelab itu jadi dia tidak mahu terperasan dan dikata syok sendiri.
Mereka berdua bangun sambil bersorak untuk BigBang. Melihat wajah ceria Juniel, Minhyuk turut tersenyum. Dia suka melihat wajah comel Juniel. Bagaimanalah dia boleh mempermainkan Juniel hari itu. Tetapi dia lega kerana Juniel tidaklah membencinya.
Selepas habis konsert itu pada pukul 12:30 malam, mereka sempat duduk di tepi jalan. Minhyuk menawarkan dirinya menumpangkan Juniel. Kata Juniel, rakannya yang akan mengambilnya di situ. Tetapi atas pujukan Minhyuk, Juniel bersetuju untuk menyuruh Moon tidak mengambilnya.
“Nak, minuman untuk awak.”hulur Minhyuk. Air tin yang diambil dari dalam kereta dihulur ke Juniel.
Juniel membelek-belek tin minuman itu. Seperti mencari-cari sesuatu.
“It’s not an alcohol drink.” Ujar Minhyuk faham akan tindakan Juniel. Juniel mengangguk. Dia cuba untuk membuka tin minuman itu. Tetapi entah kenapa dia tidak dapat membukanya.
“Let me help you.” Kata Minhyuk. Dengan sekali tarik, pembuka tin itu tercabut.
“Thanks.”
Suasana senyap buat seketika.
“Err..hal dekat kelab tu.” Minhyuk bersuara.
Juniel menundukkan kepala sambil tangannya menguis-nguis tin minuman itu. Dia terasa mukanya merah tiba-tiba.
“I’m sorry that day. Saya dapat tahu dari kawan awak Moon, dia kata awak fikir saya mabuk. Okey, honestly saya tak mabuk masa tu. Maybe adalah sikit pening but I’m very very sorry for something that I’ve done to you. And trust me, masa tu kawan-kawan saya cabar saya. Saya ni pantang dicabar jadi saya terus buat je. Kami bertaruh.” Jelas Minhyuk.
 Dia membongkokkan badan ingin melihat muka Juniel. Juniel mengesat air mata yang entah tiba-tiba mengalir. Dia sebenarnya agak terkejut mendengar pengakuan Minhyuk. Dia tak mabuk masa tu tapi kenapa dia tak boleh berfikir dengan waras!
“Juniel..”
Why did you do that? Awak masih waras masa tu kan? It’s not something that I can easily forgive you. Saya masih boleh terima kalau awak tak sengaja. Pasal taruhan?! Apa ni?!” Juniel menengking Minhyuk.
“Jun please..” Minhyuk sudah memanggil nama pendek Juniel. Dia memegang bahu Juniel.
“Okey, I’m very very very sorry. Forgive me. Memang saya sedar tapi saya tak boleh kawal marah saya, dan ego saya terhadap kawan-kawan saya. Please Jun?” Minhyuk cuba memujuk Juniel.
Serius tiba-tiba Minhyuk risau sekiranya Juniel tak memaafkan dirinya. Dia tak tahu Juniel memang seorang yang jaga diri. Tanpa sedar Minhyuk makin senang dan tertarik pada Juniel.
Juniel menarik tangan Minhyuk dari bahunya. Dia semakin dapat menenangkan diri. Juniel bersandar di kereta semula. Setelah meneguk air, dia menggosok matanya bagi menghilangkan kesan air mata.
“Okey, saya maafkan awak. Saya faham, lelaki ini memang begitu. Nak tunjuk macho kena jaga ego. Hahaha, it’s so funny. Macam manalah saya boleh menangis.” Kata Juniel sambil ketawa kecil.
Minhyuk agak terasa dengan kata-kata Juniel tetapi apabila mendengar ayat terakhir Juniel dia pun ketawa.
“Saya suka dengan sikap awak. You protect yourself. Bukan macam perempuan kat kelab tu, semuanya yang suka serah diri. At least, awak bukan macam diorang. Tak kesah pun apa yang lelaki buat.” Ujar Minhyuk.
“And you are one of them? That type of all guys in the club?” perli Juniel.
“Eh, tak. Saya tak macam tu. Cuba tanya Ricky, kekasih Moon. Dia kawan paling baik saya pernah ada. Dia memahami saya, dan saya memahami dia. Perangai kami lebih kurang je. Saya jahat sikit je dari dia.” Balas Minhyuk agak kabut.
Juniel menjuihkan bibir. Patutlah Moon terus sahaja bersetuju apabila dia berkata lelaki di kelab itu ingin menghantarnya pulang. Tanpa kompromi pula. Selalunya Moon akan sibuk bertanya macam-macam. Siapa lelaki itu lah, kenapa lah.
“Baru teringat, nama awak?” tanya Juniel.
“Oh ya, saya Kang Minhyuk. Nice to know you, Choi Jun Hee or Juniel.”
Juniel hanya tersenyum.
Suasana sepi buat seketika, mungkin mereka tiada benda untuk dibincangkan. Juniel masih mengira-ngira adakah tindakannya memaafkan lelaki ini terlalu baik? Minhyuk pula tiba-tiba berasa kelu.
Saat Juniel mengangkat tangan untuk minum air, Minhyuk terperasan sesuatu.
“Err, cincin tu?” tanya Minhyuk apabila ternampak cincin di jari Juniel.
“Ek? Hehehe, awak punya. Yang awak pergi tinggalkan buat apa. Tak kisahkan saya pakai?” tanya Juniel dengan bersalah. Dia menunjukkan cincin yang berada di jari manisnya.
“Owh, tapi.. boleh tak saya nak balik cincin tu?”
Juniel tidak menjawap. Dengan perlahan dia mencabut cincin itu dari jarinya. Dia pun tidak tahu kenapa dia selamba sahaja mengambil dan memakai cincin itu. Tapi bila difikirkan bagus jugak kalau dia ambil terus. Bukannya harga cincin itu boleh sama dengan perbuatan lelaki itu semasa di kelab.
“Macam manalah awak boleh muat pakai cincin ni? Besarnya tangan.” Usik Minhyuk.
“Hey!” Juniel membeliakkan biji matanya.
Minhyuk tersengih. Tiba-tiba dia terfikirkan idea yang gila. Dia segera menyarung cincin itu di jarinya. Kemudian, dia mencabut benda yang bulat di atas tin (orang panggil cincin atau gelung tin, whatever). Dia mengambil tangan Juniel untuk memakaikan cincin tin itu.
“What are you doing?” Juniel menarik balik tangannya. Serta merta perasaan takut menyerbu.
Minhyuk tersengih melihat Juniel yang terkejut.
“Kejap je. Pinjamkan tangan awak sekejap.” Ujar Minhyuk lalu menarik semula tangan Juniel. Juniel hanya membiarkan walaupun dia berasa syak dengan Minhyuk.
Minhyuk menyarung cincin itu ke jari kelingking Juniel. Muat-muat sahaja. Juniel mengerut kan dahi.
“Cincin segera. Kalau nak yang original kenalah tunggu.” Ujar Minhyuk tersenyum lebar.
Juniel membelek-belek cincin tin itu di tangannya.
“Buat apa saya nak cincin? Tak mintak pun.” Juniel menjelir lidah. Dia berniat ingin mencabut cincin tin itu dari tangannya. Minhyuk terus memegang tangan Juniel.
“Habis tu awak pakai saya punya cincin, ingatkan awak nak. Awak janganlah cabut. Pakai aje lah.” paksa Minhyuk.
Makin berkerut dahi Juniel.
“Apa-apa aje lah.”
Minhyuk ketawa. Agak lama juga mereka ‘lepak’ di situ sebelum pulang ke rumah. Minhyuk menghantar Juniel hingga ke depan pintu. Tetapi dia agak kecewa kerana Juniel langsung tidak mengucapkan apa-apa kecuali terima kasih dan terus keluar dari kereta dan masuk ke rumah tanpa berpaling ke belakang lagi.
Minhyuk tahu Juniel perlukan masa untuk menyelesakan dirinya. Takkanlah jumpa sehari dah boleh rapat kot. Fikir Minhyuk. Lagipun dia pasti Juniel masih curiga tentangnya.


-Rumah Kediaman Empat Sahabat-
Seminggu berlalu. Hubungan Minhyuk dan Juniel agak rapat. Ini kerana dimana ada Juniel, pasti Minhyuk akan turut serta sekali. Minhyuk tahu, akibat perbuatan beraninya di kelab tempoh hari telah membuatkannya terjerat dengan Juniel. Dia sedar bahawa dia sukakan Juniel. Agaknya? Dia tak pasti.
“Hey, kau pergi mana sejak akhir-akhir ni? Kitorang ajak lepak dekat kelab pun tak mahu ikut. Kau ada masalah atau ada hal lain? Kalau ada masalah, why not kau join je kitorang.” Jungshin bertanya pada Minhyuk.
Pada waktu itu mereka berempat sedang menonton television. Ricky hanya memandang wajah selamba Minhyuk. Dia tahu kemana Minhyuk sejak akhir-akhir ini. Ini kerana dia juga sentiasa berada di sisi Moon, kawan Juniel.
Setiap petang, Ricky dan Minhyuk akan datang ke restoran kecil-kecilan Juniel dan Moon. Kadang-kadang mereka menolong, tetapi kebanyakan waktunya hanya menyibuk.
Ricky mengaku, sejak Minhyuk kenal dengan Juniel, perangai sahabatnya itu makin berubah. Dia turut gembira. Tetapi ketika ini, dia harap Minhyuk akan memberi jawapan yang terbaik pada dua orang sahabatnya lagi.
“Aku tak ada masalah, cuma ada hal sikit. Aku malas dah la nak pergi kelab tu.” Jawap Minhyuk. Dia hanya memandang sekilas wajah Jungshin.
Jungshin memandang Jonghoon tanda tidak percaya. Jonghoon hanya mengangkat bahu.
“Sejak bila kau jadi baik ni?” soal Jungshin lagi.
“Bukan aku jadi baik...cuma aku malas nak pergi. Faham tak?” Minhyuk menjawap acuh tak acuh.
“Korang ni.. dah la, hari dah lewat. Aku tidur dulu.” Ricky meminta diri masuk ke dalam bilik. Dia makin mengantuk dan tak sudah-sudah menguap.
“Aku pun sama. Ngantuklah.” Minhyuk turut bangun. Television ditutup. Tiba-tiba lengannya di pegang oleh Jungshin.
“Kau sure kau tak sorokkan sesuatu dari kami?” tanya Jungshin agak kasar dan tegas.
Minhyuk mengerutkan dahi. Rasanya dia tak perlu memberitahu mereka berdua ini bahawa dia berjumpa semula dengan DJ sementara di kelab hari itu, yang diejek suaranya lembut, dan dia juga rasa dia tak perlu beritahu bahawa dia meminta maaf pada DJ perempuan yang bernama Juniel itu.
“Aku tak rasa aku sorokkan sesuatu. Kalau ada apa-apa nanti aku cakap lah dekat korang. Buat masa ni aku masih okey.” Minhyuk menarik lengannya. Dia segera berlalu ke bilik tidur. Di dalam bilik, Minhyuk menarik nafas lega.
Dia risau tentang Juniel. Dia tahu jika dua orang rakannya tahu tentang Juniel pasti mereka akan cuba untuk menjauhkannya dari Juniel. Dia juga tahu, pasti mereka tidak akan habis-habis mengejek dirinya yang mudah meminta maaf pada wanita. Arghh, dia rimas dengan Jonghoon dan Jungshin!
Minhyuk meramas rambutnya geram sambil menjerit di dalam hati.


-Di restoran Juniel & Moon-
Minhyuk dan Ricky sekarang berada di restoran Juniel dan Moon. Mereka menolong Juniel dan Moon bersama kakitangan yang lain menyediakan makanan buat pelanggan. Hari ini ramai pula pelanggan yang datang. Tidak putus-putus bilangannya sehingga membuatkan Juniel dan Moon terpaksa bekerja dengan lebih pantas dan cepat.
“Jun, awak okey?” tanya Minhyuk pada Juniel yang kelihatan terlalu penat. Juniel duduk di atas kerusi belakang kaunter pembayaran.
Pelanggan yang datang ini mungkin tertarik dengan promosi yang dilakukan oleh Juniel dan Moon. Melihat pada perkembangan restoran ini sahaja Minhyuk pasti, promosi Juniel dan Moon memang berjaya.
“I think so.” Jawap Juniel. Dia masih menilik fail-fail dan dokumen simpanan penting restoran itu. Apabila ada orang yang ingin membuat bayaran, Juniel segera memanggil pembantunya untuk menguruskan proses pembayaran itu.
“Kalau penat..awak duduk lah dulu.” Cadang Minhyuk.
“Tak nak.” Jawap Juniel pendek sambil menggeleng. Minhyuk agak terasa dengan jawapn acuh tak acuh Juniel.
Minhyuk faham Juniel agak penat. Mungkin kerana itu dia tidak mahu bercakap. Atau mungkin juga moodnya sedang tak elok sekarang ini. Minhyuk memberikan ruang kepada Juniel untuk berehat. Pantas dia ke dapur untuk melihat masakan.
“Eh, Minhyuk.. tolong ambilkan bahan-bahan memasak lagi dekat atas.” Pinta Moon. Dia mengesat peluh di dahi.
“Err? Okay.” Minhyuk terus bersetuju. Kasihan dia melihat Moon yan termengah-mengah. Semasa lalu di kaunter, Minhyuk seperti terpandang seseorang di luar restoran. Macam dia kenal. Baru sahaja dia ingin pergi melihat dengan lebih dekat tetapi apabila teringatkan Moon, dia terus naik ke tingkat atas.
Dengan bahan-bahan yang diambil, Minhyuk segera pergi ke dapur semula. Dia menyerahkan bahan-bahan itu kepada Moon.
“Thanks.” Ucap Moon.
Minhyuk hanya mengangguk. Dia ingin keluar melihat orang tadi tetapi nampaknya orang itu sudah tiada.
“Ah..tak mungkin betul. Aku salah nampak agaknya. Janganlah jadi apa-apa.” Minhyuk menenangkan diri sendiri. Dia masuk kembali ke dalam restoran. Pelanggan yang mulai surut membolehkan mereka berehat buat seketika.


-Di Satu Pusat Gim-
Jungshin memandang Jonghoon di sebelahnya. Jonghoon meneguk air masak. Mereka baru sahaja selepas bersenam. Dan sekarang ini perut mereka sudah berkeroncong ingin makan. Pastilah lapar selepas membuat senaman betul tak?
“Jonghoon, jom makan.” Ajak Jungshin. Dia mengelap peluh di dahi dan tengkuknya.
“Makan? Jomlah, aku pun lapar ni. Semacam dah bunyi perut aku ni ha.” Ujar Jonghoon setuju.
“Aku tahu kat mana restoran yang sedap.” Jungshin segera bangun. Setelah menukar baju, mereka berdua keluar dari pusat gim. Dengan menaiki kereta Jonghoon, Jungshin menunjuk arah ke tempat yang ingin dituju.
Semalam dia mendengar satu promosi tentang restoran yang berada agak jauh dari bandar. Lagi pun dia dapat informasi memang makanan yang dijual disitu sedap. Teringin pula dia ingin mencubanya. Daripada pergi seorang diri, dia mengajak Jonghoon bersama.
“Sesak betul. Popular sangat ke restoran ni? Aku tak pernah tahu pun ada restoran dekat tempat ni?” kata Jonghoon. Dia memandang Jungshin dengan riak muka tak percaya.
“Aku pun baru je dengar semalam. Okeylah tu. Ini menunjukkan restoran ni memang menyediakan makanan yang sedap belaka. Jomlah masuk.” Ajak Jungshin. Perutnya semakin berkeroncong. Itu baru nampak restoran.
“Eh, kejap. Itu...” Jonghoon menunjuk ke arah seseorang. Jungshin turut menjengah. Jungshin membeliakkan biji matanya. Tanda tak percaya.
Dia memandang Jonghoon yang kelihatan agak bengang.
“Jom balik. Aku tak ada selera nak makan.” Jonghoon mengajak Jungshin pulang ke rumah. Jungshin membuat muka kelat. Baru sahaja dia ingin makan sudah diajak pulang. Pasti Jonghoon marah. Jungshin hanya setuju walaupun perutnya berkeroncong ingin makan.


-3 Hari Selepas Hal Itu-
Minhyuk masih tertanya-tanya adakah benar apa yang dilihatnya semasa di restoran Juniel dan Moon hari itu. Dia berharap sangat semua itu adalah salah. Minhyuk mengeluh kecil. Sudahlah sejak tiga hari ini hubungannya dengan Juniel tak berapa baik.
Minhyuk tahu Juniel sebenarnya penat kerana bekerja. Muka Juniel juga sudah agak pucat. Kadangkala setiap orang yang bekerja perlukan cuti juga. Juniel tidak mahu mengikut nasihatnya. Dia dapat tahu Juniel ini memang cepat pening kepala. Benda itu selalu berlaku dan Minhyuk risau akan hal itu.
“Banyak kali call tak dapat-dapat.” Keluh Minhyuk lagi.
Tengok, sekarang ini Juniel tidak mengangkat panggilannya. Telefon Juniel asyik off sahaja. Kata Moon, Juniel memang tak suka layan orang ketika peningnya datang tapi takkan sampai tiga hari?
Minhyuk keluar dari biliknya. Dia dapat melihat Jungshin dan Jonghoon yang sedang bersiap-siap ingin keluar. Pasti ingin ke kelab lagi lah tu. Aktiviti harian mereka berdua.
“Nak pergi mana?” tanya Minhyuk. Dia memandang sekilas pada Ricky yang sedang duduk di atas sofa menonton television.
“Tempat biasa.”
“Nak join.” Putus Minhyuk. Kepalanya sedang berserabut sekarang ini. Apa-apa keputusan pun bukannya ada pertimbangan dari fikiran Minhyuk. Ricky terus menoleh kearah Minhyuk. Dia memandang Minhyuk dengan tajam.
“Kau serius? Bukan ke kau dah tak layan clubbing ni?” tanya Jungshin agak pelik. Seperti tak percaya akan kata-kata Minhyuk.
“Ah, suka hati aku lah. Tunggu kejap.” Minhyuk mendengus. Sekejap kemudian dia berlalu ke bilik. Setelah siap menukar baju, dia keluar. Minhyuk tak nampak Jungshin dan Jonghoon. Pasti mereka sudah menunggu di luar.
Minhyuk berjalan ke pintu sebelum tangannya ditarik kasar oleh Ricky.
“Kau serius ke ni?” tanya Ricky menghalang Minhyuk. Dia masih memandang Minhyuk dengan tajam.
“Kau ni kenapa? Aku rimas tahu tak? Sanalah. Jangan nak halang aku.” Marah Minhyuk. Dia menarik kembali tangannya kasar. Tidak tahu kenapa sekarang ini dia terasa marah yang teramat. Dengan selamba dia melangkah keluar dari rumah.
Ricky hanya mampu memandang dengan riak risau.


Jonghoon dan Jungshin hanya memandang muka Minhyuk yang kelihatan agak kusut malam itu. Jonghoon tersenyum sinis. Dia tahu ini pasti angkara DJ sementara di kelab ini. Sejak ternampak Minhyuk dan perempuan itu di restoran, Jonghoon pasti Minhyuk yang mencari perempuan itu.
Walaupun dalam hati dia berasa geram tetapi dia harus menggunakan cara halus untuk cuba menjauhkan Minhyuk dari gadis itu. Dia berasa bengang kerana gadis itu telah membuatkan hubungan mereka bertiga menjadi renggang.
Selain itu dia juga cemburu kerana Minhyuk mendapat seorang gadis yang amat comel. Dia pun tidak faham kenapa gadis seperti itu boleh menarik perhatiannya. Apa-apapun dia akan cuba untuk memisahkan mereka. Dia mahu rakannya yang lama semula.
“Ermm, kau ni macam ada masalah aje. Cuba cerita.” Kata Jonghoon memulakan perbualan. Jungshin entah hilang kemana, pasti mahu mencari gadis yang boleh dipermainkan lagi. Ah, biarkan!
“Juniel...” dalam kekusutan, Minhyuk menyebut nama Juniel.
Jonghoon tersenyum penuh makna. Dia tahu Minhyuk seorang lelaki yang berjiwa lemah. Pasti senang-senang sahaja dia mengorek rahsia. Sekarang dia sudah tahu nama gadis itu.
“DJ sementara tu? Aku nampak korang dalam restoran hari itu.” jujur Jonghoon berkata. Kononnya dia prihatin.
Minhyuk terdiam. Dia tak tahu kenapa dia boleh memberitahu masalahnya pada Jonghoon. Dia tidak tahu mahu cakap apa. Nampaknya betullah siapa yang dia lihat semasa dalam restoran hari itu.
“Kenapa ni? Cakap ajelah.” Jonghoon masih mencuba.
“Errr...”
“Kau suka dia?” Jonghoon membuat serkap jarang. Minhyuk nampak agak terkejut. Jonghoon terus ketawa kecil.
“Kau pasti kau suka dia?” soal Jonghoon terus-terusan walaupun Minhyuk tidak menjawap.
“Aku...”
“Aku tak rasa kau suka dia. Takkan dalam masa yang singkat? Aku tak tahu macam mana korang boleh jumpa, tapi aku pasti kau bukan suka dengan dia.” Jonghoon berkata seperti dia tahu segala-galanya.
“Tapi...” Minhyuk masih tidak menghabiskan ayatnya.
“Kau cuma rasa kasihan dekat dia aje. Sebab kau pernah buat sesuatu dekat dia, kau rasa bersalah. Kau tak rasa ke itu sebenarnya yang dalam hati kau?”
Minhyuk terdiam lagi. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.
“Macam mana kau boleh agak aku suka dia? Kau buat serkap jarang aje, tak semestinya betul.” Minhyuk cuba membela diri.
“Hey...ada dua sebab kenapa Kang Minhyuk boleh berubah menjadi baik. Satu, kerana kalau dia tahu dia nak mati hari itu. Dua, kerana perempuan. Aku kenal kau lah.” Jonghoon berkata.
Minhyuk terkedu. Dia tahu dia akan kalah jika asyik berdebat dengan Jonghoon jika tentang ini.
“Aku tengok Juniel or whatever nama dia tu dah buat kau macam mayat hidup. Dalam masa beberapa minggu. Kau tak rasa dia tu macam nak balas dendam atas perbuatan kau ke?” provok Jonghoon.
“Balas dendam?” kali ini Minhyuk bersuara. Dia rasa tertarik dengan perkataan itu.
“Ya, balas dendam. Kau tak rasa macam tu? Dia buat kau rasa bersalah, kau tergilakan kat dia kononnya, dan nanti dia akan buat kau jadi macam inilah. Kau ingat dia baik sangat?” ujar Jonghoon lagi.
Minhyuk mula memikirkan kebenaran kata-kata Jonghoon itu. Kata-kata yang diterimanya dari Jonghoon itu di’loading’ dalam kepala secara perlahan. Dia mula mencari-cari data-data yang perlu disimpan atau dibuang. Atau mungkin juga perlu di’loading’ semula.
“Jangan risau, aku akan tolong kau untuk balas perbuatan dia. Aku bagi kau masa dua minggu untuk ambil hati Juniel sepenuhnya. Dan kemudian, kita akan ‘pulangkan’ balik hati dia tu. Amacam?” Jonghoon memprovok Minhyuk.
“Aku nak balik.” Minhyuk terus bangun. Jonghoon ketawa kecil melihat perlakuan Minhyuk yang nampak agak keliru. Dia hanya membiarkan Minhyuk pergi. Malam masih panjang, dan dia masih belum mahu balik.
Sesampai sahaja di rumah, Ricky sudah menunggu di depan pintu. Minhyuk nampak lebih serabut. Dia dapat mengagak pasti ada sesuatu yang dicakapkan oleh Jonghoon kepada Minhyuk semasa di kelab.
“Apa kau buat ni?” tanya Ricky cuba untuk mengetahui hal sebenar.
Dia tahu Juniel sejak akhir-akhir ini seperti tidak mempedulikan Minhyuk, tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Mengikut kata Moon, Juniel memang sebegitu. Susah nak faham dia. Dan sekarang dia pelik kenapa Minhyuk menjadi begitu marah.
“Kau kesah apa?!” Minhyuk membalas kasar.
“Aku kesah sebab kau kawan aku. Aku perlu tahu. Jonghoon atau Jungshin ada cakap apa kat kau?” soal Ricky masih cuba untuk berlembut. Minhyuk duduk di atas sofa.
“Cakap apa? Jonghoon cuma cakap yang Juniel tu nak balas dendam dekat aku.” Minhyuk ketawa kecil. Entah apa yang kelakar.
“Kau percaya?”
“Mungkin.”
“Tak guna! Kau ni kenapa? Takkan kau tak sedar lagi perangai Jonghoon tu macam mana? Kenapa kau boleh percaya aje cakap dia?” marah Ricky.
“Hey, cuba kau fikir. Aku rasa ada betulnya apa yang Jonghoon cakap tu. Kau tengoklah, masa aku kenal dengan dia, dia nampak baik sangat. Tapi lama kelamaan aku tengok dia sengaja nak menjauhkan diri. Sengaja nak buat aku tergila-gilakan dia.” Minhyuk sudah bangun dan menengking Ricky.
“Kau macam ni sebab kau sukakan dia tahu tak? Dia susah nak terima kau sebab perbuatan kau dulu. Kau kena faham dia Minhyuk. Kenapa aku tengok kau tak seperti Minhyuk yang aku kenal dulu? Yang baik terhadap perempuan. Kenapa kau boleh berubah sebegini drastik?” Ricky memandang muka marah Minhyuk.
“Faham? Aku tak faham kenapa dia nak buat macam ni? Aku dah minta maaf tentang hal di kelab itu. Beriya-iya aku minta maaf dan dia dah pun maafkan aku. Lagipun aku tak rasa aku sukakan dia. Aku cuma rasa bersalah sebab aku cium dia hari itu. Dan sebab itu aku tak boleh nak lupakan dia.” Balas Minhyuk.
“Kau ni kenapa? Macam manalah kau boleh termakan kata-kata Jonghoon tu? Kan Moon kata dia tak sihat, mungkin sebab itu dia tak layan kau. Cubalah kau fikir dengan rasional, Minhyuk.” marah Ricky lagi.
“Aku tak peduli. Aku cuma perlu balas apa yang dia dah buat dekat aku.” Kata Minhyuk.
“Apa yang dia dah buat? Kau yang mulakan dulu. Kalau kau tak terima taruhan Jonghoon dan Jungshin, aku tak rasa semua ni akan berlaku. Kau jangan jadi bodoh!” akibat geram Ricky mencekak kolar baju Minhyuk.
Sebiji penumbuk dihadiahkan buat Minhyuk. Jatuh tersungkur Minhyuk di atas lantai. Dia mengelap darah yang keluar dari bibirnya. Ricky puas hati. Dia merasa amat geram.
“Aku akan beritahu Juniel tentang perkara ini. Kau jangan harap kau boleh pergunakan dia.” Tengking Ricky. Dia terus keluar dari rumah.
“Macam kau sanggup nak beritahu...” Minhyuk buat tak endah.
 Dia tahu Ricky tidak akan memberitahu Juniel. Dia ketawa kecil. Kepalanya terus direbahkan ke lantai. Selepas menerima tumbukan yang kuat dari Ricky, dia terasa badannya sakit akibat terhempas. Minhyuk menyimpan dendam pada Ricky.


Awal pagi lagi Minhyuk sudah keluar. Dia membelek mukanya di cermin sisi kereta. Kesan tumbukan itu masih ada. Dia memegang pipi sebelah bibirnya yang kelihatan lebam. Begitu kuat tumbukan Ricky. Minhyuk langsung tidak peduli. Dia akan mengikut cakap Jonghoon.
Minhyuk keluar dari kereta. Dia masuk ke dalam restoran itu walaupun sudah tertera tanda ‘tutup’.
“Eh, hai Minhyuk.” Tegur Juniel. Mungkin moodnya hari ini sudah baik. Minhyuk pasti Juniel belum tahu tentang hal semalam. Dia melirik ke arah Ricky yang sudah memandangnya semacam. Dia tersenyum penuh makna.
“Kenapa dengan pipi awak?” tanya Juniel. Dia mendekati Minhyuk. Dia terasa ingin menyentuh pipi Minhyuk yang kelihatan lebam tetapi Minhyuk tiba-tiba menjerit.
“Jangan lah. Sakit!” ujar Minhyuk sambil ketawa.
“Kenapa tu? Marilah, Minhyuk duduk sini.” Pelawa Moon. Dia tersenyum pada Minhyuk.
Minhyuk dan Juniel segera bergerak ke meja itu. Setelah Minhyuk duduk, dia bertentang mata memandang Ricky.
“Tak buka restoran hari ni?” tanya Minhyuk prihatin. Soalan tentang lebam di pipinya itu tidak dijawap. Nasib baik mereka juga sudah terlupa tentang itu.
“Kami fikir nak cuti. Sehari pun jadilah. Penat lah, baru je bukak secara besar-besaran hari itu.” ujar Moon membalas pertanyaan Minhyuk.
“Eh, kejap. Aku nak ambil air kat belakang.” Kata Juniel meminta diri. Mereka semua sudah ada air minuman sendiri. Tidak disangka Minhyuk akan datang, jadi dia tidak menyediakan air untuk lelaki itu sekali.
Minhyuk tersenyum mengangguk. Setelah Juniel pergi, keadaan menjadi senyap.
“Kenapa pulak dengan korang ni?” tanya Moon. Dia melihat seperti ada ketegangan sahaja dari dua belah pihak.
“Tak ada apa-apa. Kami dah selalu sembang dekat rumah, jumpa kat sini pun takkan nak sembang jugak?” balas Minhyuk pantas.
“Iya jugak.” Moon mengangguk.
“Nah, air untuk awak.” Juniel menghulur air tin.
Setelah mengucapkan terima kasih, Minhyuk membuka tin itu. Seperti hari semasa dia minum air tin dengan Juniel hari itu, dia mencabut cincin tin itu lalu dipakaikan ke jari Juniel.
“Awak suka sangat bagi saya benda alah ni tahu tak?” Juniel agak marah.
“Ini baru kali kedua. Tak silap sayalah.” Minhyuk mengusik Juniel. Dengan selamba dia minum air tin itu. Juniel menjeling Minhyuk.
“Awak ada pergi mana-mana tak hari ini?” tanya Minhyuk. Dia memandang wajah comel Juniel.
“Hurmm, tak kot. Moon, kau ada nak pergi mana tak?” Juniel bertanya pada Moon. Ricky mendiamkan diri. Dia tidak mahu masuk campur dengan perbualan yang bakal membuatkan hatinya sakit.
“Nope.” Balas Moon pendek.
“Jom keluar?” cadang Minhyuk. Tiba-tiba Ricky bangun. Dia melangkah ke dapur. Moon makin pelik dengan sikap Ricky yang aneh. Dia juga melangkah ke dapur meninggalkan Juniel dan Minhyuk berdua.
Minhyuk tahu Ricky masih tidak memberitahu sesiapa tentang rancangannya. Dia tersenyum.
“Boleh rasanya. Sekarang ke? Kalau sekarang saya perlu tukar baju dulu.” Juniel bertanya.
“Ha’ah. Sekarang.” Balas Minhyuk. Juniel segera ke tingkat atas.
Moon mencari-cari kelibat Ricky. Dia dapat melihat Ricky sedang berdiri di luar dapur sambil meraup muka.
“Awak..” panggil Moon. Ricky berpaling.
“Actually, I have something to tell you.” Kata Ricky. Moon segera bergerak ke sebelah Ricky. Dia memandang wajah teman lelakinya itu.
“Pasal Minhyuk....” Ricky terus membuka cerita mengenai Minhyuk.
Juniel turun ke bawah dengan sweater di tangannya. Cuaca yang agak dingin di luar membuatkan dia bersedia dahulu. Takut menyusahkan sesiapa pula nanti.
      “Moon!” panggil Juniel.
      Moon keluar dari dapur dengan riak wajah biasa. Dia hanya berdiri di kaunter.
      “Aku nak keluar sekejap dengan Minhyuk tau.” Kata Juniel.
      “Hmm, pergilah. Hati-hati.” Pesan Moon. Tiba-tiba dia berasa risau pula setelah mendengar kata-kata Ricky. Dia tak sangka Minhyuk boleh berubah dalam sekelip mata. Aku harap kau tak terluka Jun. Kata Moon di dalam hati.


      Minhyuk mengeluarkan belanja yang agak banyak hari itu. Semuanya untuk Juniel. Walaupun Juniel sudah banyak kali melarang perbuatan Minhyuk, dia tidak peduli. Apabila melihat Juniel seperti berminat dengan sesuatu barang, dia terus membelinya tanpa berfikir. Niatnya hanya satu. Mahu mengambil hati Juniel.
      Mereka masuk ke panggung wayang untuk menonton cerita seram. Minhyuk kadangkala melepaskan tawanya apabila melihat Juniel yang ketakutan. Dia tak tahu kenapa dia terasa lain macam hari itu. Dia rasa gembira sangat.
      “Aaaaa!” jerit Juniel lagi. Cerita seram yang disiarkan membuatkan Juniel terkejut lalu memeluk lengan Minhyuk. Minhyuk terkedu. Melihat Juniel yang dekat dengannya, jantungnya berdegup kencang. Fokusnya langsung tiada pada cerita yang disiarkan.
      “Oh, sorry.” Juniel melepaskan lengan Minhyuk.
      Tiba-tiba ada satu lagi adegan yang menakutkan, Juniel menjerit kecil lagi. Kali ini dia betul-betul mendekatkan dirinya dengan Minhyuk. Ingin ‘berkongsi’ rasa tenang lelaki itu menonton cerita yang baginya terlalu seram.
      Sebaik keluar panggung wayang, Minhyuk ketawa sepuasnya. Rasa gelihati melihat Juniel sebentar tadi dilepaskan sekarang.
      “Jahat lah awak ni. Seram tahu tak? Macam mana awak boleh tengok tanpa ada perasaan?” Juniel memarahi Minhyuk.
      Setelah ketawanya reda, Minhyuk menepuk bahu Juniel.
      “Awak ni memang kelakarlah. Comel betul muka terkejut awak tadi.” Minhyuk memuji ikhlas. Tidak tahu kenapa mulutnya selamba mengeluarkan ayat sebegitu.
      Juniel menjeling. Dia berjalan laju meninggalkan Minhyuk di belakang. Minhyuk pula masih memikirkan kewarasannya memuji Juniel sebentar tadi. Argh, kenapa dengan aku ni?! Minhyuk geram dengan perasaannya sendiri.
      Malas mahu mengambil kisah, dia mengejar Juniel. Juniel masih membuat muka. Masih marah kerana diejek oleh Minhyuk.
      “Jun.. awak merajuk ke?” tanya Minhyuk. Dia menahan tawa lagi. Suka betul dia melihat Juniel merajuk begitu. Eh, kenapa perlu suka pula? Perlu suka! Itu menunjukkan yang dia memang sayangkan aku. Minhyuk tersenyum. Dia menundukkan badannya memandang muka Juniel. Juniel memandang ke tempat lain.
      “Awak ni comel lah Jun.” Minhyuk cuba menarik perhatian Juniel. Juniel buat-buat tidak dengar. Dia hanya berjalan tanpa menghiraukan Minhyuk.
      “Jun, saya mintak maaf eh? Please?” Minhyuk masih cuba memujuk Juniel. Apabila melihat Juniel yang tidak bereaksi, dia memuncungkan bibir. Tubuhnya dipeluk. Sedang asyik memikirkan cara memujuk Juniel, dia terlihat sesuatu di dalam sebuah kedai. Minhyuk terus masuk ke kedai itu tanpa memberitahu Juniel.
      Juniel yang tiba-tiba berasa Minhyuk tidak lagi mengikutnya segera berpaling ke belakang. Dia mencari-cari kelibat Minhyuk. Mana pulak mamat ni pergi. Baru je nak merajuk lama-lama. Juniel membuat muka masam. Takkan dia ditinggalkan pula? Juniel terjengah-jengah mencari Minhyuk. Di dalam shopping complex yang memang ramai orang membuatkan Juniel tidak jumpa Minhyuk.
      Dia segera berpaling ke depan.
      “Hai! Cari saya eh? Sorilah sebab gelakkan awak tadi.” Minhyuk menghulurkan sepatung teddy bear sebesar badan Juniel, satu lolipop dan belon tertulis perkataan ‘Sorry’. Alangkah terkejutnya Juniel apabila dia disergah begitu. Dia mengurut dadanya.
      Juniel memandang teddy bear itu dengan muka garang. Dia mencekak pinggang.
      “Awak ingat saya budak kecik?! Siap dengan lolipop dan belon lagi?!” marah Juniel. Suaranya yang agak kuat menarik perhatian orang ramai memandang adegan mereka.
      “Ala..biarlah. Awak memang budak kecik pun. Bagi sayalah.” Ujar Minhyuk selamba.
       Dia meletakkan teddy bear itu di bawah. Langsung tidak mempedulikan pandangan orang ramai, Minhyuk mengikat belon itu ke pergelangan tangan Juniel. Lolipop itu pula dimasukkan ke dalam kocek kecil beg Juniel dan dibiarkan terkeluar sedikit. Kemudian dia mengambil teddy bear itu dan menyuruh Juniel memegangnya. Juniel hanya menurut dengan muka pelik.
      “Ha, memang comel! Awak macam budak tadika.” Kata Minhyuk sambil menepuk tangan sedikit.
      “Awak demam ke?” Juniel memegang dahi Minhyuk. Dia tak sangka Minhyuk boleh menjadi gila-gila seperti ini. Sudahlah dengan tangannya diikat dengan belon. Ah, aku dah terasa macam orang tak betul dah ni. Juniel bermonolog di dalam hati.
      “Apa ni?” Minhyuk menepis tangan Juniel. Dia hanya tersengih memandang Juniel. Dia pun tidak tahu kenapa perangainya persis kanak-kanak hari ini. Lantaklah, asalkan Juniel masih tidak mengetahui tentang rancangannya dengan Jonghoon.
      “Eh, jom pergi sana. Laparlah.” Ajak Minhyuk. Dia menarik tangan Juniel untuk pergi ke satu restoran. Juniel menurut dengan agak kelam-kabut. Dia memegang telinga teddy bear besar itu. Disebabkan teddy bear itu besarlah, telinganya menjadi mangsa pegangan Juniel.
      Juniel merenung Minhyuk yang sedang makan. Tidak tahu kenapa, dia dapat merasakan Minhyuk agak lain hari itu. Seperti terlebih hormon gembira. Tiba-tiba dia ternampak lebam di pipi Minhyuk. Baru dia teringat akan soalannya semasa di restoran pagi tadi.
      “Awak tak bagitahu lagi pipi awak tu kenapa.” Juniel masih merenung Minhyuk.
      Minhyuk menghentikan suapan. Dia menyentuh lebam itu. Wajah Ricky melintas di fikirannya. Rasanya Ricky pasti sudah memberitahu Moon tentang hal itu. Apatah lagi apabila melihat muka Moon yang kurang senang sebaik sahaja keluar dari dapur. Walaupun Moon cuba untuk menyorokkannya, dia dapat rasa.
      “Minhyuk?” panggil Juniel. Lamunan Minhyuk terpadam.
      “Oh, hem??” Minhyuk mengangkat kening tanda bertanya.
      “Saya tanya, lebam tu kenapa?” Juniel mengulang soalannya.
      “Oh, ni? Saya tumbuk diri sendiri.” Ujar Minhyuk selamba. Juniel membulatkan matanya.
      “Awak serius? Kenapa awak tumbuk diri sendiri?” tanya Juniel ingin tahu.
      “Tak tahu. Takde motif. Saya pulak nak tanya awak, kenapa awak off phone? Saya call hampir setuja kali tahu? Okey, dalam tiga ratus empat puluh tiga kali je. Tapi kenapa awak tak jawap-jawap atau at least balas mesej saya yang sebanyak lima puluh itu?” Minhyuk bertanya pula dengan nada geram.
      “Banyak kalinya awak cuba telefon saya. Maaflah, saya tak sihat jadi saya off lah phone tu. Dah tu pening kepala, saya pun tak ingat letak kat mana. Sampai sekarang pun tak jumpa lagi, awak.” Kata Juniel bersungguh-sungguh. Jujur dia katakan, telefon bimbitnya itu masih belum ditemui. Kawasan rumahnya sekarang masih perlu dibuat crime scene investigation untuk mencari di mana hilangnya telefon itu.
      “Tipu lah tu.” Minhyuk masih tidak mempercayai Juniel. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Juniel, tiba-tiba dia berasa bersalah pula kerana telah salah sangka. Tapi kalau Juniel tipu? Mungkin sahaja dia sengaja mematikan telefon bimbit seperti yang dicakapkan oleh Jonghoon. Aku tak perlu percaya dia. Minhyuk mengeraskan hatinya.
      “Tak percaya sudah.” Kata Juniel. Dia menghirup air di dalam gelas.
      “Awak nak bagi teddy bear besar ni dekat saya ke?” tanya Juniel. Dia memandang teddy bear yang sangat besar itu dengan perasaan gembira. Teddy bear itu terlalu comel. Kalah artis tanah air jika dibandingkan dengan teddy bear itu.
      “Habis tu nak bagi kat siapa? Saya beli okey benda alah tu. Bukan sewa.” Balas Minhyuk. Juniel mengembungkan mulutnya kerana malu. Sambil mengangguk-angguk dia mencubit-cubit teddy bear itu.
      “Hya! Kenapa pergi cubit dia? Sampai hati.” Kata Minhyuk berpura-pura sedih.
      Juniel yang sedang berangan waktu itu hanya memandang Minhyuk dengan muka terkebil-kebil. Minhyuk sudah pun habis makan, dia menolak pinggan ke tepi.
      “Yang awak pergi cubit dia tu kenapa?” tanya Minhyuk lagi. Dia menjulingkan matanya ke atas. Kononnya meluat dengan perlakuan Juniel yang berangan sambil mengembungkan mulut dan mencubit-cubit teddy bear yang baru dibelinya dengan harga yang agak mahal!
      Juniel tersengih seperti kerang busuk.
      “Geram. Comel sangat. Awak janganlah marah.” Balas Juniel. Dia mengusap-usap kembali teddy bear itu.
      “Ada iras saya tak?” Minhyuk mengerdipkan matanya berulang kali.
      “Awak ni teddy bear ke?” Juniel memerli Minhyuk. Minhyuk terus menghempaskan mukanya di atas meja. Argh, selambanya Juniel ni.
      “Hehehe..janganlah buat macam awak tu frust menonggeng. Nanti orang fikir apa pulak yang saya buat. Orang dah tengok ni. Angkatlah kepala tu. Saya gurau je, awak jangan terasa.” ujar Juniel.
      “Wahai Jun.. kenapalah awak ni brutal sangat?” Minhyuk tergeleng-geleng.
      “Tanya mak saya.” Seloroh Juniel. Minhyuk menutup mulut menahan ketawa. Akhirnya dia hanya ketawa kecil.
      Selepas membayar harga makanan dan minuman, Minhyuk dan Juniel keluar bersiar-siar satu bandar. Juniel sudah pun tertidur di dalam kereta kerana kepenatan. Dia masih memeluk teddy bear itu. Belon tertera perkataan ‘sorry’ itu masih berada dekat dengan Juniel. Diletakkan juga di depan biarpun menghalang pandangannya.
      Minhyuk memandang Juniel. Dia terpandangkan cincin di tangan Juniel yang baru sahaja dia membelinya tadi. Juniel agak marah tetapi dia peduli apa. Kata Juniel dia terlalu kaya sehinggakan boleh selamba mengeluarkan belanja yang begitu besar, sekaligus sahaja.
       Dia tersenyum melihat betapa enaknya Juniel tidur. Sebentar tadi Juniel ada menegur.
      “Bila kita nak balik? Saya penat lah.” 
      Minhyuk tahu Juniel penat. Dia dapat melihat dari muka Juniel. Tapi dia tidak tahu kenapa dia masih tidak mahu berpisah dengan Juniel pada hari ini. Minhyuk sempat menyela rambut Juniel yang menutup muka gadis itu. Hari sudah hampir malam, dan Minhyuk masih membawa kereta tanpa mengetahui hala tuju.
      Tidak lama kemudian, Minhyuk memberhentikan keretanya di satu taman. Dia keluar dari kereta dan bersandar di pintu. Kadang-kadang dia pelik, kenapa Juniel senang pening dan penat? Kata Moon itu memang perkara biasa. Entah kenapa Minhyuk berasa risau tentang hal itu.
      “Hish, aku ni kenapa? Kenapa perlu aku kisah dengan dia?” Minhyuk menampar pipinya. Dia terlupa akan lebam di pipinya. Sebaik sahaja dia berasa sakit dia terus menjerit.
      “Minhyuk?” panggil Juniel.
      Minhyuk yang masih sakit di pipi memandang dari luar tempat pemandu. Dia dapat melihat Juniel bertanya sambil menunjukan pergelangan tangan. Pasti dia ingin bertanya sekarang ini pukul berapa. Juniel keluar dari kereta sambil memeluk tubuh.
      “8 malam.” Jawap Minhyuk. Dia menyeluk tangannya didalam saku.
      “Hantarkan saya balik. Pening kepalalah.” Kata Juniel. Dia mengurut dahinya. Minhyuk mendekati Juniel.
      “Awak okey tak ni?” tanya Minhyuk tidak dapat menyembunyikan prihatinnya.
      “Saya okey. Hantarkan saya balik.” Juniel masih meminta perkara yang sama. Minhyuk hanya mengangguk. Mereka masuk ke dalam kereta. Dan kereta terus meluncur laju.
      Sampai sahaja di rumah Juniel dan Moon, dia memapah Juniel masuk ke dalam rumah. Kemudian Moon mengambil alih tugas itu dan hanya mengucapkan terima kasih tanpa senyuman. Selepas Minhyuk meminta diri, Moon terus menutup pintu.
      “Aku cuma kasihankan dia!” Minhyuk berkata dengan dirinya sendiri.


      -11 hari lagi-
      Minhyuk tidak berjumpa dengan Juniel selama tiga hari ini. Kata Moon, Juniel masih tidak sihat. Sama dengan jumlah hari yang dulu. Dia mula rasa sangsi lagi terhadap Juniel. Dia ada juga cuba menelefon Juniel, tetapi Moon yang jawap. Minhyuk berasa pelik. Ini kerana kata Juniel, dia tak ingat dimana dia meletakkan telefonnya. Dan telefon itu masih tidak dijumpai.
      Minhyuk keluar dari bilik untuk pergi ke dapur. Dia mahu mengambil air. Dahaga pula pada waktu-waktu begini. Dia melewati bilik Ricky. Minhyuk mengeluh kecewa. Sejak hari mereka berdua bertengkar tentang Juniel, Ricky terus keluar dari rumah.
      Minhyuk makin berdendam dengan Juniel. Kerana gadis itu, dia kehilangan seorang sahabat. Minhyuk masuk ke dapur dan membuka peti sejuk. Air fresh orange dikeluarkan. Selepas dua tiga teguk, dia memandang luar tingkap.
      Dia terfikir dimana Ricky berada. Tetapi selagi halnya tidak selesai, selagi perancangannya tidak habis dilakukan, Minhyuk tidak mahu berjumpa dengan Ricky. Dia tahu Ricky pasti akan membela Juniel lagi.


      -10 hari lagi-
      Minhyuk bercadang untuk ke rumah Juniel. Dia akan berusaha selagi tidak mendapat kepastian bahawa Juniel memang sudah sayang akan dirinya. Dia mengetuk pintu rumah. Loceng juga ditekan.
      “Yes...” baru sahaja Moon mahu bertanya siapa, dia terpandang Minhyuk di depan pintu. Tubuhnya kaku tetapi dia cuba berlagak biasa.
      “Jun ada ?” tanya Minhyuk. Dia menjengah sedikit ke dalam.
      “Jun? Err...” Moon sebenarnya tidak mahu memberitahu keadaan Juniel. Sejak akhir-akhir ini memang Juniel sering demam. Dia memang sudah terbiasa dengan keadaan begini. Ada sahaja masanya Juniel demam berhari-hari.
      “Kenapa dengan Jun?” Minhyuk makin terasa ingin tahu.
      “Ermm, Jun tak sihat lagi.” Moon akhirnya jujur juga. Dia memberi laluan kepada Minhyuk untuk masuk. Minhyuk terus masuk ke dalam rumah, dan mencari bilik Juniel.
      “Bilik dia di sebelah kiri.” Beritahu Moon sebelum menutup pintu. Minhyuk masuk ke dalam bilik yang dimaksudkan oleh Moon. Dia dapat melihat Juniel sedang berbaring di atas katil dan berselubung dengan selimut.
      “Macam teruk je?” tegur Minhyuk apabila Moon sudah masuk ke bilik itu.
      “Aku dah bawak dia pergi klinik. Jangan risaulah. Dia ni memang kalau demam, agak susah nak baik.” Terang Moon. Dia mengambil phone Juniel di atas meja kecil sebelah katil untuk memeriksa mesej atau panggilan yang masuk.
      “Phone tu?” tanya Minhyuk.
      “Owh. Ni aku pergi carik masa korang keluar hari tu. Seharian cari baru jumpa. Juniel ni memang pelupa betul. Aku tengok ada beratus call dan berpuluh mesej kau. Baru-baru ni kau ada call kan? Aku jawapkan lah.” jelas Moon lagi.
      Dia pelik macam mana Minhyuk boleh berkata dia tidak menyayangi Juniel sedangkan bagi Moon, riak wajahnya semasa mendengar Juniel belum sihat lagi pun sudah boleh ditafsirkan seratus peratus lelaki itu menyayangi Juniel.
      “Jun..” Minhyuk agak terkejut melihat Juniel yang tiba-tiba bergerak. Dia berasa risau kerana Juniel kelihatan seperti kesakitan.
      Moon segera mendekati Juniel. Juniel sudah pun membuka mata. Dia terjaga apabila terdengar bunyi orang bercakap. Apatah lagi dekat dengannya. Baru sahaja membuka mata dia dapat melihat Minhyuk.
      “Minhyuk..” Juniel tersenyum pahit. Dia mendongak memandang Moon. Moon mengangguk. Entah apa yang disampaikan melalui pandangan mereka berdua. Minhyuk sendiri tidak faham.
      “Kenapa awak boleh jadi begini?”
      Juniel mengangkat bahu.
      “Jangan risaulah. Mungkin sebab saya terlalu lama keluar dengan awak hari tu.” Juniel masih tersenyum. Kepalanya disandarkan ke kepala katil.
      “Sorilah, tak tahu pun akan jadi begini.” Pinta Minhyuk.
      “It’s okey. Saya tak kisah pun. Dah biasa.” Kata Juniel.
      Minhyuk terasa perutnya sebu. Dah biasa? Apa maksud yang ingin disampaikan oleh Juniel sebenarnya? Ah, melihat Juniel sekarang ini sahaja membuatkan Minhyuk terasa risau yang teramat. Dia masih tidak yakin sebenarnya dengan keputusannya untuk mempermainkan Juniel. Apatahlagi melihat Juniel dengan keadaan begini.
      Minhyuk makin pening untuk membuat keputusan. Hatinya tertanya, adakah dia sebenarnya memang menyayangi atau cuma mengasihani? Apa bezanya antara dua-dua itu. Kedua-dua perkataan yang berlegar-legar di kotak kepalanya cukup untuk menyesakkan jiwa Minhyuk.
      Dengan pandangan sayu, Minhyuk merenung muka Juniel. Berbelah bahagi untuk membuat keputusan.


      Minhyuk pulang ke rumah seperti biasa. Selepas meminum segelas air suam di dapur, dia melangkah ke biliknya.
      “Macam mana hal kau dengan perempuan tu?” tanya Jonghoon. Ingin mengetahui proses rancangan mereka. Adakah berjaya atau tidak.
      Minhyuk tidak menjawap. Dia hanya berdiri kaku tanpa memandang Jonghoon yang berada di belakangnya. Selepas melihat Juniel sebentar tadi, dia terasa ingin membatalkan sahaja rancangan mereka.
      “Masih ada masa lagi bukan?” Minhyuk menjawap agak keras. Baru sahaja dia berfikiran untuk segera menamatkan rancangannya kerana ingin mencari Ricky. Tetapi bila difikirkan, apa yang Ricky pernah katakan padanya dulu itu ada betulnya. Kalaulah dia tak menyahut taruhan dari Jonghoon....
      “Memang masih ada masa, tapi kau kena ingat. Perempuan tu mesti ada seribu satu cara untuk buat kau jatuh hati dengan dia. Kau kena cepat dan berhati-hati.” Beritahu Jonghoon.
      Minhyuk mengangguk kemudian dia masuk ke dalam bilik. Masih tertanya-tanya tentang dirinya.


      -7 hari lagi-
      Minhyuk terasa berdebar. Hari ini Juniel telah kebah dari demam sepenuhnya. Dia bercadang untuk membawa Juniel pergi ke satu pantai. Tujuannya untuk mencari kebenaran dalam diri dan juga mencari jawapan dari Juniel.
      “Dah siap? Jom lah kita gerak.” Ajak Minhyuk. Juniel segera meletakkan beg yang terakhir di bonet kereta Minhyuk. Dia hanya setuju dengan cadangan Minhyuk untuk pergi ke pantai. Lagipun sudah lama dia tidak melihat laut.
      “Okey. Moon, kenapalah kau tak nak ikut sekali? Aku pergi dulu tau.” Juniel meminta diri. Moon hanya mengangguk. Dia melambai-lambaikan tangannya pada Juniel.
      Kereta meluncur dengan laju di jalan raya. Sampai sahaja di pantai, Juniel segera keluar. Dia memakai baju-t dan sweater, dipasangkan dengan skirt paras lutut yang agak ringkas hari itu. Juniel mendepangkan tangannya.
      “Ah..sedapnya angin kat sini.” Juniel sudah memeluk tubuh apabila angin menampar lembut tubuhnya.
      “Boleh makan ke?” Minhyuk mengusik. Dia mengeluarkan kamera dari dalam kereta. Dia mengambil gambar pantai.
      “Jun..pandang sini.” Arah Minhyuk. Juniel hanya menurut. Apabila Minhyuk mengira sehingga tiga, Juniel terus mengangkat tangan membuat isyarat ‘peace’. Minhyuk ketawa melihat aksi comel Juniel.
      Sedang asyik memeriksa kamera, dia dapat melihat Juniel berlari ke arah gigi air. Dia segera mengambil gambar Juniel sedang bermain dengan air. Setelah agak banyak gambar yang diambil, dia mendekati Juniel.
      “Bak sini pulak kamera tu.” Juniel meminta. Pada mulanya Minhyuk tak mahu berikan kamera itu, tetapi setelah diugut oleh Juniel yang ingin membasahkan bajunya, dia terus setuju.
      “Hish, kamera tu sepatutnya untuk tangkap gambar awak.” Kata Minhyuk.
      “Biarlah. Meh sini.” Juniel menarik Minhyuk dekat dengannya. Minhyuk berasa agak berdebar. Juniel pula terus menekan butang tangkap.
      Agak lama juga mereka berjalan-jalan di sekitar pantai sambil mengutip cengkerang. Kemudian apabila penat, mereka duduk di atas pasir menghadap laut. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut.
      “Saranghae.” Ujar Juniel perlahan. Kemudian dia ketawa kecil.
      “Apa? Apa awak cakap? Saya kurang dengar. Sa... hish, apa yang awak cakap?” Minhyuk bertanya bertubi-tubi. Dia menggoyang lengan Juniel.
      “Maaf, tiada siaran ulangan. Saya bukan sebuah komputer atau tv.” Seloroh Juniel. Minhyuk memuncungkan bibir. Rasanya dia ada mendengar Juniel berkata sesuatu.
      “Jun.. nak tanya sesuatu boleh?”
      Juniel memandang Minhyuk. Dia mengangguk sambil mengangkat kening bertanya apakah soalan yang ingin ditanya.
      “Apa perasaan awak kalau awak ditinggalkan oleh orang yang awak sayang?” soal Minhyuk. Juniel mengembungkan mulutnya. Perkara yang selalu dilakukan oleh Juniel apabila dia ingin menjawap soalan cepumas seperti ini.
      “Entah, mungkin saya akan mati kot.” Juniel menjawap serius. Apabila Minhyuk memandangnya tajam, dia melepaskan ketawa.
      “Awak ni betul-betullah.” Marah Minhyuk.
      “Betullah tu. Mungkin saya akan mati kerana hilang semangat hidup.” Balas Juniel. Minhyuk terkedu. Kalau betullah....
      “Awak tanya saya soalan ni kenapa?” soal Juniel pula.
      “Tak.. tak ada apa-apa.” Minhyuk berdalih.
    “Okey, ni saya pulak nak tanya. Soalan yang sama macam tadi. Kalau awak ditinggalkan oleh orang yang awak sayang, apa perasaan awak?” soal Juniel pula. Sambil melihat-lihat gambar yang baru diambil tadi, dia menunggu kata-kata dari Minhyuk.
      “Erk..saya? Tak tahu. Mungkin saya akan jadi baby yang asyik menangis selama beberapa bulan.” Jawap Minhyuk pula.
      Juniel terus memandang muka Minhyuk. Serta merta riak wajahnya menjadi serius.
      “Kalau dia tinggalkan awak dalam keadaan yang awak langsung tak bersedia. Dan awak langsung tak boleh jumpa dia. Macam mana?”
      “Maksud?” Minhyuk mengerutkan dahi.
      “Kalau dia mati? Kalaulah.” Tekan Juniel.
      “Apa jenis soalan ni. Kalau dia mati, mungkin saya tak jadi orang. Saya tak sanggup nak mati tapi mungkin saya akan jadi seperti mayat hidup.” Kata Minhyuk.
      Juniel hanya mengangguk-angguk.
      Minhyuk berasa pelik. Apa kenalah dengan Juniel ni.


      -3 hari lagi-
      Minhyuk sudah berfikir masak-masak. Dia akan membatalkan rancangan mereka tetapi dia tak mahu berkata pada Jonghoon sekarang atau waktu berdekatan. Dia menunggu ‘tarikh luput’ yang diberikan oleh Jonghoon nanti. Waktu itu, dia akan berkata jujur dengan Juniel. Kali ini dia yakin dengan perasaannya.
      Minhyuk terasa menyesal kerana telah membuatkan Ricky keluar dari rumah itu. Niat Ricky baik, dia hanya menegur Minhyuk. Cuma Minhyuk yang hilang pertimbangan dan mudah naik angin. Entah kenapa Minhyuk terasa bengang dengan kata-kata ejekan dari Jonghoon.
      Tetapi dia sedar, yang bersalah dalam hal ini adalah dirinya. Kalaulah dia tidak melakukan apa yang dicabar oleh Jonghoon dan Jungshin, kalaulah dia hanya mengikut nasihat Ricky, kalaulah dia yakin akan perasaannya sendiri, dan kalaulah dia boleh mengawal perasaan syak wasangkanya pasti perkara ini tidak akan berlaku.
      Minhyuk tekad. Dia sudah menelefon Juniel memberitahu bahawa dia ingin berjumpa dengan gadis itu di kelab pertama kali mereka berjumpa. Minhyuk tetap dengan keputusannya. Jika dia hilang kawan seperti Jonghoon dan Jungshin, itu lebih baik daripada dia kehilangan Juniel.
‘Saya sayangkan awak’
      Minhyuk berasa agak gembira mendengar pengakuan Juniel. Dia harap Juniel akan faham dan menerima dirinya sewaktu di kelab nanti.


-Di Kelab-

      Minhyuk menunggu kedatangan Juniel dengan agak berdebar. Jonghoon dan Jungshin pula sudah duduk bersantai. Mereka juga menunggu kedatangan Juniel kerana mereka berasakan Juniel pasti akan kecewa hari itu. Jadi mereka berdua juga berasa tidak sabar.
      “Hurmm, lambat pulak dia ni. Jonghoon, sebenarnya aku ada benda nak cakap.” Oleh kerana Juniel agak lambat, Minhyuk mengambil kesempatan untuk memberitahu Jonghoon bahawa dia membatalkan rancangan mereka. Jungshin hanya memasang telinga.
      “Aku nak batalkan semua ni. Aku taknak ikut apa yang kau cakap. Selama dua minggu yang kau berikan tu, aku jadi semakin yakin dengan diri aku. Aku tahu yang aku memang sayangkan Jun dan aku tak boleh nak sakitkan hati dia. Aku nak rancangan sebenar kita dibatalkan.” Minhyuk mengambil tindakan berani.
      “Apa? Kau biar betul?! Senang-senang aje kau cakap macam ni. Hey, agaknya perempuan tu memang pandai tarik perhatian lelaki atau kau yang terlalu lemah. Takkan kau boleh sayang dekat perempuan begitu?” marah Jonghoon.
      “Ya, aku lemah. Aku memang lemah bila melibatkan hal perempuan yang aku sayang. Aku tak boleh tipu diri sendiri. Sebabkan kau aku hilang seorang lagi sahabat aku, Ricky. Kau sepatutnya menyokong aku. Bukan merancang untuk memisahkan.” Balas Minhyuk agak tegas.
      “Baik, aku nak tengok sama ada Juniel tu boleh terima tak kau lepas ni. Aku rasa dia dah lama dapat tahu tentang kau. Kau yang mula-mula setuju bukan? Kau yang setuju untuk mainkan perasaan dia. Itu bukan salah aku. Tu, lebam kat pipi tu. Tak mungkin dia tak tahu sebab apa lebam tu timbul.” Jonghoon berkata. Dia tersenyum sinis memandang belakang Minhyuk.
      Minhyuk terkedu. Dia berpaling. Juniel sedang merenung mukanya dengan linangan air mata.
      “Jun..”
      Juniel buat tak endah. Dia berjalan mendekati Minhyuk. Cincin pemberian Minhyuk di jarinya dicabut lalu diangkat tinggi dan dilepaskan. Tepat-tepat masuk ke dalam air minuman Minhyuk. Kemudian dia menarik muka Minhyuk. Juniel membisikkan sesuatu ke telinga Minhyuk. Bibir lelaki itu dicium. Air matanya mengalir.
      Minhyuk terkedu. Juniel melepaskan muka Minhyuk dan terus melangkah pergi. Cara Juniel lakukan itu sama seperti apa yang dilakukan oleh Minhyuk. Saat itu Minhyuk teringat bagaimana selambanya dia mencium pipi Juniel dan melangkah pergi seperti sekarang ini.
      Dia tidak menyangka ini yang akan dilakukan oleh Juniel. Perkara yang sama seperti yang dia lakukan dahulu. Minhyuk terasa dunianya gelap. Dia hanya memandang belakang Juniel dengan perasaan bercampur baur.
      Jonghoon dan Jungshin memandang dengan senyuman sinis. Walaupun Minhyuk membatalkan rancangan itu, mereka berdua tetap berpisah. Dengan cara yang sama yang membawa kepada perkenalan mereka.
      Minhyuk berlari keluar dari kelab. Dia masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan dengan laju dia membawa kereta tanpa arah tuju. Sebaik sahaja lalu di pantai yang pernah dikunjunginya bersama Juniel, dia menekan brek.
      Keluar sahaja dari kereta, air mata lelaki Minhyuk jatuh membasahi pipinya. Dia menangis sepuas hati. Tidak sangka Juniel sudah mengetahui tentang rancangan itu. Selama ini adakah Juniel tahu tetapi dia hanya berdiam diri?
      ‘Ini yang awak nak bukan?’
      Minhyuk teringat ayat yang dibisikkan oleh Juniel sebentar tadi. Dia terduduk. Tak! Bukan ini yang dia mahu. Dia tak mahu jadi begini. Jeritnya di dalam hati.
      Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk bahunya. Dia berpaling. Sebaik sahaja terlihat orang itu, Minhyuk terus memeluknya. Dan orang itu telah menenangkannya.


      Juniel terus masuk ke dalam kereta Moon. Dia menunduk sepanjang perjalanan.
      “Kau yakin dengan apa yang kau buat ni?” soal Moon. Juniel mengangguk sayu.
      “Ya. Aku yakin sangat. Walaupun aku tak sanggup. Tolong jangan buat aku ubah fikiran.” Pinta Juniel. Moon hanya akur.
      Juniel menunduk. Dia memegang rantai yang dipakainya. Rantai itu sebenarnya langsung tidak mahal, dan tidak berharga bagi orang lain tetapi bagi Juniel itu ialah rantai yang paling bermakna dalam dunianya. Cincin tin yang diberikan oleh Minhyuk dipegang dan digenggam oleh Juniel.
      Dia teringat penjelasan daripada Moon selepas sahaja dia pulang ke rumah hari itu.
      ‘Minhyuk sebenarnya nak permainkan kau.’
      ‘Kenapa tiba-tiba je ni? Kau nak tipu aku pun agak-agaklah, Moon.’
      ‘Choi Jun Hee, aku bukan main-main. Ricky yang beritahu aku benda ni. Dia tak sanggup nak beritahu dekat kau sebab kau nampak terlalu bahagia dengan Minhyuk. Jadi aku sebagai kawan kau kena juga beritahu kau benda ni.’
      ‘Apa bukti kau?!’
      ‘Kesan lebam tu. Ricky kata dia yang tumbuk Minhyuk kerana terlalu geram. Please Jun? Percaya kawan kau ni. Aku taknak kau kecewa. Lebih-lebih lagi dengan keadaan kau ni.’
      ‘Kecewa? Baiklah, aku percaya kata-kata kau. Tapi please? Aku jugak nak mintak tolong. Biarkan aku rasa gembira dulu. Jika dia nak mainkan aku, aku akan ikut bermain sekali dalam permainan ini.’
      ‘Kau yakin?’
      ‘Percaya kan aku!’
      ‘Baiklah, aku ikut kemahuan kau. Bila tiba masanya nanti, kau kena jadi kuat.’
      Semasa Minhyuk datang kerumahnya dulu pun, dia meminta kebenaran dari Moon. Moon hanya mengangguk tanda dia membiarkan perbuatan Juniel.
      Juniel pasti dengan perpisahan ini. Dia sengaja berbuat begini. Jika ini yang diinginkan oleh Minhyuk, dia hanya menunaikannya sahaja.
      Juniel melabuhkan kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit. Walaupun dia sedih, dia harus menjalani hidupnya. Tetapi satu yang dia tahu, hatinya tetap dibawa pergi oleh Minhyuk. 


Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

No comments:

Post a Comment

Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_