Assalamualaikum,
Wow, macam pelik je
tajuk tu . Memang pun . Entah kenapa hari ni Mia nak bercerita pasal ‘diri
sendiri’ nih . Cakap pasal
mengenali diri sendiri , adakah anda mengenali diri anda ? Kebanyakannya pasti
mengatakan “ya, saya kenal diri saya.” Anda pasti ? *chewah ayat* . Anda pasti
anda mengetahui kelemahan dan kekuatan diri sendiri ?
"What is she talking about??" |
Anyway , ada sebab
Mia cakap berputar belit macam ni . Pertama , korang tahu tak yang sebenarnya
kelemahan korang boleh jadi kekuatan korang , dan kekuatan atau kelebihan
korang tu boleh juga menjadi kelemahan ? Sesetengah orang fikir , “huh, memang
lah boleh.” Then Mia nak tanya , “macam mana dia boleh jadi begitu?” Haha ,
gurau je >,<
Jom , follow experiment ni !
First experiment : Kelemahan -> Kekuatan
Penakut .
Sometimes penakut boleh jadi kekuatan . Disebabkan kita ada perasaan takut
, kita tak berani buat salah . Kita takut nak kacau kawan-kawan yang garang ,
kita takut nak bantah cakap ibu bapa . Betul tak ? Itulah gunanya perasaan
takut . Tetapi, malangnya sebahagian dari perasaan takut itu tidak boleh
menjadi kekuatan . Contohnya, takut lipas , takut gelap dan sebagainya . Ia
juga bergantung kepada kelemahan itu sendiri :)
Second experiment : Kekuatan -> kelemahan
Peramah.
Memang bagus jadi peramah . boleh menyampaikan maklumat dengan lancar ,
boleh berintonasi boleh bersembang dengan bagus dan sempurna . Tetapi kenapa
dia boleh jadi kelemahan ? Kadang-kadang terlalu peramah boleh ditafsirkan
kepada banyak cakap . Itu pun bahaya juga . Disebabkan kita peramah ,
kadang-kadang kita asyik terlepas bercakap benda yang tidak baik , betul ?
“Tapi bila jadi pendiam pun tak bagus. Nanti tak ada kawan .”
:( |
Haha , memang la . Tapi , tak ramai kawan , tak ramai musuh betul tak ?
Orang tak berani nak bercakap dengan kita kerana kita pendiam . Kalau orang
peramah , asal tegur sikit , laju je membalas . Maaflah kalau Mia buat sesiapa
terasa . Tapi apa yang Mia cakap ni perkara yang betul . Mia tak sebelahkan
orang yang pendiam atau orang yang peramah sekalipun . *sebab kadang2 Mia
peramah , kadang2 pendiam* . Bagi Mia , dua2 boleh menjadi kelebihan dan ada
kekurangan .
So , apa kata korang teruskan experiment korang sendiri . Senaraikan
kelemahan dan kekuatan dan try fikir perkara sebaliknya . Tapi ingat , macam
Mia cakap tadi . Tak semua kelemahan boleh menjadi kekuatan , dan tidak semua
kelebihan boleh menjadi kekuatan . Kita cuma manusia biasa . Apa-apa pun , yang penting Kenali Diri
Sendiri !
Ok ! |
Wa , sudah panjang berceloteh . Akhirnya Mia sudah sampai ke akhirnya *ayat tak boleh blah* .
Bye ! Lot of Love <3 span="">3>
No comments:
Post a Comment
Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*