Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Thursday, November 08, 2012

Unnie , Nan Neomu Bogoshiposo !!

Assalamualaikum , and Anyyeong :) argh bosannya malam ni . Ingat nak tengok drama Korea kat TV sekalinya ayah alih da . Lantak lah ! Yang dalam fikiran sekarang ni , rindu gila kat my sister . Kenapalah dia kena balik kampung ? Dah tak boleh nak story cerita , gosip2 psl k-pop , gaduh pasal benda2 kecik . Huhu , rindunya kat dia . Nak gaduh ngan adik beradik lain , tak best mcm gaduh ngan kakak . Maklum , kami ni macam kembar gitu . Lol ~

Bosan gilos !!

Lagi apa nak cakap , okey ... To my sister : You tau tak I kat sini pun terseksa ? Kena masak nasi goreng setiap hari tau . Diorang ckp nasi goreng aku sedap tapi kenapa aku rasa macam masin n rasa HANGIT ? Aku tahu sebab apa . Aku pasang api terlalu kuat :) pandai kan ?? Kali kedua macam terlebih kunyit pulak -,- Lol , tapi aku berbangga sebab habis . Maybe sebab lapar atau terlalu sedap . *muntah pelangi* Dan lagi satu , aku jugak kena potong ayam , you know ? Aku yang tak pernah2 pegi masuk dapur semata2 nak potong ayam yang sekor tu terpaksa jugak buat sebab kau tak de . Nasib aku buat okey je . Tak hancur macam selalu . Kalau tak ? N .... Kau bila nak balik ha ? Banyak benda nak diceritakan kat kau tau . Aku ada banyak information pasal *KANG MARU* kesayangan kita . Pasal Kai kau yang dah makin ensem . Huhuhu , nak tido teringat kat kau , nak buat keje teringat kat kau , nak makan teringat kat kau , nak tengok cerita korea pun ingat kat kau . Time belah ayam pun muka kau je aku bayangkan . Sampai ayam pun ada rupa kau . Hehehe , mianey . So kesimpulannya , sila balik sini cepat !!

Okey , dah habis membebel . Macam lah unnie kesayangan aku tu boleh tengok . Hahaha , sukanya kalau dia boleh baca . Baru dia tau kebolehan aku masak nasi goreng . Errr , macam tak waras pulak aku ni . Anyway , my sister . Usha lah gamba di bawah .


I LOVE YOU

Jap , fikir apa nak buat lagi . Aha !

Buing , Buing =D
Last , my hug for you ~ Bye !! Anyeong :D



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Monday, November 05, 2012

FREEDOM !! Buat Kali Terakhir =D

Assalamualaikum ,

Ah ... akhirnya . Freedom setelah menghadapi peperiksaan akhir tahun yang menyeksakan . Susah woo exam , rasa nak menangis je . Dah tu rasa nak mintak kat cikgu bawak balik kertas exam buat kat umah sambil tengok EXO . Lol ~ Freedom2 pun hari ni kena bawak berat . Adeh , buku teks banyak seyh . nak dekat 27 . Okey , nampak sangat pernipuannya betul ? Ada 16 je :P ~ hahaha

Ha, lupa pulak . Disebab kan Mia dah abis periksa , Mia collect picture (KOREA) bias yang Mia terlalu minat and fanatik gila . N disebabkan Mia terlalu BATAK dengan lelaki yang pakai spect , Mia pun mengoggle gambar diorang time pakai spect . Arghh , hensemnya !! Oxygen tank please ~ Lol .
Anyway , memang comel gila . 

Cute kan ? Sila mengaku ! -Minhyuk CNBLUE-

Sehun kat belakang tu ckp GOOD kat Mia :P -Sehun & Suho EXO-
Yeah , high-5 with me !! Kai nampak comel pulak
Tao yang nmpak macam student :D -Tao EXO-
Melting !!! Tak cukup nafas :P -Sungyeol -INFINITE-
Eli nmpak mcm Kim Hyun Joong sikit kan ? -Eli UKISS-

Siapa sangka Yong Guk yang ganas ni comel rupanya -Bang Yong Guk B.A.P-

 Waa , banyak kan gambar yang cute ? Actually banyak lagi , tpy nak letak terasa kemalasan pulak . Hahahha , igt nak letak Dongho . Ha , ckp psl Dongho .. Mia usya twitter Eli dia ckp Dongho dimasukkan ke hospital sebab ada jangkitan paru-paru . Doktor tgh decide sama ada nak bedah atau tak . Humm .. harap dia okey . Kesian maknae Ukiss yang comel tu. 

N lagi satu , GOOD LUCK to Sehun yg akan menduduki SAT (ujian kat Korea) pada bulan ni . Hahaha , harap dia dpt buat yang elok !! Hwaiting wahai 'husband' ku yang comel . Lol , Kai dah graduate . Walaupun dia sama umur ngan Sehun . Erghh , gedik je . Okey lah . Thanks baca entry kali ni . Good Bye :D With LOTs OF LOVE ~


Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Wednesday, October 10, 2012

Cerpen : It's War (Sehun vs Namjoo) ^_^

Assalamualaikum , Anyeong ! Huh , pagi2 lagi dah *mental breakdown* Ini semua sebab adik2 yang tak bagi tengok TV . Tengok ?! Bukannya akak yang marah adik , dah terbalik pulak . Tak habis-habis nak tengok cerita Boboiboy yang dah ulang nak dekat 1000x kali tu -,- Macamlah tak de cerita lain . Cuba jadi macam akak dia ni , tengok cerita orang masak2 , CSI dan lain2 yang berfaedah . Ini nampak macam puji diri sendiri ke ? :P

Bila fikir2 dah lama jugak tak "study" tula tak sedar diri lagi , sibuk nak tengok TV and update blog . Hehe , perkara biasalah tu right . Nanti lagi sehari nak perika , kabut macam atuk yang kehilangan gigi palsu . Eh , ada ke peribahasa tu ? Hehehe , bantai je la !

Hey2 , hari tu kan Mia dan siapkan satu cerpen . It's War !  Haha , macam best je tajuk . Perasan gila . Okey , watak2nya ialah Sehun & Kai (Exo-k) dan Namjoo & Eunji (A Pink) . Hahaha , sedap2 je pasangkan diorang ni kan ? Gasaklah . Kot nanti ada yang benci kat Namjoo ngan Eunji sebabkan diorang kononnya "COUPLE" dalam cerpen ni . Harap maklum , ini cerita dongeng je . Kalau lah ada yang betul . Aduh ! Mesti sweet kan ? Best jugak kalau sekali-sekala kenal dengan lelaki kasar , ego dan suka membuli right ? Terasa macam disayangi je . Ceh , ayat ~

Sinopsis buat cerpen ini : Namjoo dan Sehun selalu bergaduh . Kadang2 hal yg kecil pun hendak digaduhkan . Langgar meja , jatuhkan pencil box , menipu jawapan bila nak tiru , kadang2 sebab terlanggar tak sengaja . Itupun boleh jadi hal untuk diorang gaduh . Tanpa disedari , Sehun makin lama makin suka melihat Namjoo marah . Dia "melamar" Namjoo . Namjoo menolak kerana dia tak suka dan tak percaya akan adanya "loving2" yang selalu dia tengok . Tetapi "takdir" dan sikap Sehun yang membuatkan dia geram apabila dia seperti "diabaikan" lelaki itu membuatkan dia rasa dia mempunyai perasaan yang sama dengan Sehun . Kai dan Eunji yang menjadi pendorong juga salah satu sebab Namjoo menerima . Apatah lagi diakhir cerpen , Sehun telah "berlagak macho & romantik" . Tapi tak jadi jugak , sebab Namjoo balas dendam .

Ha , nak tahu Namjoo balas dendam apa ? Berminat ? Kalau nak tekan tajuk It's War tu . Tak pun scroll je ke bawah sikit . Tarikh yg sama dgn hari ni . Heheh :) Sekian terima kasih . Upss , dah habis baca ... bagi komen ! Thanks !





Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Fanfic : It's War !

-->
Oh Sehun – Lelaki yang berlagak, ego, hensem, dan suka carik pasal dengan Namjoo.
Nam Joo – Perangai kasar, tak percaya cinta, dan asyik bergaduh dengan Sehun.
EunJi – Kawan baik Namjoo tapi suka sebelahkan Sehun sebab minat dengan Sehun. Mudah jatuh hati.
Kai – Kawan Namjoo & Sehun, baru masuk sekolah.

*Maaf sekiranya watak tidak bersesuaian :)
..........................................................................................................................................................

              Namjoo bersiap-siap dari rumahnya untuk ke sekolah. Seperti biasa, Eunji sudah terpacak di hadapan rumah Namjoo untuk ke sekolah bersama-sama. Setelah menilik diri di hadapan cermin, Namjoo keluar menyapa Eunji. Pemakaian Namjoo seperti biasa, seluar jeans, baju T-shirt dan sweater di bahagian luar. Jauh berbeza dengan Eunji yang lebih feminine.
             
              “Anyeong. Lama tunggu?” tanya Namjoo. Dia membetulkan beg sandang di bahu. Kasut kasual tumit tinggi 2 inci dipakai.

              “Kwaenchana. Kau okey ke tak hari ni?” tanya Eunji pula. Mereka sudah memulakan perjalanan.

              “Laa.. apa pulak tak okey nya? Macam biasalah. Weyo?” Namjoo pelik. Kenapa dengan aku hari ni? Rasanya aku tak palai baju terbalik. Namjoo membelek bajunya. Okey je?

              “Ala.. hal mamat tu lah. sejak perperangan besar hari tu, kau langsung tak tegur dia dah.” Kata Eunji pula. Riak muka Namjoo terus berubah.
             
              “Benda tu dah dua bulan berlalu. Aku malas nak fikir.” Jawap Namjoo agak kasar. Dia melajukan langkahnya. Eunji menunduk lalu mengeluh. Apa nak buat lah diorang ni? Eunji mengejar Namjoo yang sudah jauh di hadapan.

..............................................................................................................................................................

              Namjoo dan Eunji masuk ke perkarangan sekolah. Muka Namjoo tidak setegang tadi tetapi dia masih badmood. Apabila hendak masuk ke dalam kelas, Namjoo ternampak seseorang. Dia berhenti. Pelik Eunji melihat tetapi apabila ternampak ‘seseorang’ itu, Eunji tahu itulah puncanya.

              Namjoo menarik nafas dalam-dalam. Dia membuat muka selamba lalu menujuk ke kelas. Sehun yang berdiri bersandar di depan kelas segera memberi laluan kepada Namjoo. Dia cuma memandang muka Namjoo yang berlalu masuk.

              “Mianei.” Kata Sehun sepatah.
             
              Eunji dapat melihat Sehun memberi isyarat mata padanya. Bertanya hal Namjoo. Eunji mengangkat bahu sabil tersenyum hambar. Dia akhirnya menyusul masuk dan duduk di sebelah Namjoo yang sedang membaca buku. Eunji termenung. Dia teringat 3 bulan yang lalu, Namjoo dan Sehun masih ‘berkawan’. Err, kawan ke? Gasaklah, asalkan ada juga bertegur sapa.

.............................................................................................................................................................

3 BULAN YANG LALU …

              Eunji sudah pening kepala bagaimana mahu menamatkan perperangan antara Namjoo dengan Sehun. Setiap hari ada aje yang digaduhkan. Eunji memandang muka Namjoo dan Sehun silih berganti. Namjoo  memeluk tubuh memandang Sehun yang berwajah cool tetapi seperti mengejek itu.

              Bagaikan ada satu alir elektrik antara Namjoo dan Sehun. Kali ni apa pulak yang digaduhkan?

              “Baik kau ganti balik handphone aku ni. Sesedap hati kau langgar aku tadi sampai phone ni jatuh, kau tak nak ganti. Dah la rempuh orang macam gajah. Mintak maaf pun tak! Bila dah berkecai, kau lepas tangan!” marah Namjoo. Dia terasa mahu belasah muka Sehun biar cacat. Biar tak hensem macam sekarang. Cuma tak sanggup je. Kalau tak dah kena dah.

              Namjoo menunjuk ke arah phonenya yang berada di atas meja dalam keadaan nazak dan hancur.

              “Buat apa aku nak mintak maaf?! Kau yang lari macam budak-budak. Ini sekolah bukan taman permainan. Lagipun, kau yang tak pegang phone tu betul-betul. Bukan salah aku pun.”balas Sehun dengan muka selamba. Langsung tidak memandang phone Namjoo.

              “Ahh… jinjja! Kau ni mencabar aku betullah. Habis tu, kalau omma aku tanya, aku nak jawap apa?” soal Namjoo kasar.

              “Ya, babo! Bukan salah aku pun. Asal kau tanya aku. Padanlah muka kau. Omma marah pun takut. Anak manja!” ejek Sehun lagi. Namjoo kehilangan kata-kata. Mamat dihadapannya ini memang patut diberi pengajaran. Nasib baik Namjoo masih mempunyai kesabaran yang setipis kulit bawang!

              “Gajah!” akhirnya Namjoo melepaskan kata itu kerana terlalu geram. Dia membalas jelingan maut yang dihadiahkan oleh Sehun. Eunji cuma terpinga-pinga.

...........................................................................................................................................................

SEBULAN SELEPAS ITU …

              “Wei, aku ada sesuatu nak cakap dekat kau. Alone!” arah Sehun. Dia memegang lengan Namjoo. Terpinga-pinga Namjoo dibuatnya. Dia baru aje keluar dari kelas bersama Eunji. Namjoo memandang Eunji.

              “Aku sibuk lah. Banyak benda nak buat. Bye..” balas Namjoo. Dia bukanlah seperti gadis-gadis lain yang mengikut sahaja bila ada seorang lelaki kacak seperti Sehun mengarah sesuka hati. Namjoo mengajak Eunji pergi.

              “Kejap! Jebal? Aku ada benda nak cakap.” Kata Sehun lagi. Dia cuba mengawal riak mukanya supaya tidaklah terlalu terasa seperti merayu pada Namjoo.

              “Apa yang serius sangat ni? Okeylah, cakap. Tapi aku tak nak Eunji pergi mana-mana.” Kata Namjoo. Sehun terpaksa bersetuju. Dia melepaskan lengan Namjoo.

              “Cepatlah!” gesa Namjoo. Dia tiada masa menunggu lama-lama. Apa yang susah sangat nak cakapnya?

              “Aku suka kau.” Luah Sehun. Agak perlahan tetapi jelas didengari oleh Namjoo. Namjoo terpinga, dan Eunji pula terkejut.

              “Kau ni tak payahlah panggil aku kalau nak bergurau. Tepilah.” Namjoo menolak Sehun ke tepi. Tiba-tiba dia terasa moody. Dia menarik tangan Eunji.

              “Tapi aku memang suka kau. Aku suka kalau setiap hari bertembung dengan kau, gaduh dengan kau. Sebab tu aku suka sangat carik pasal dengan kau. Kadang-kadang aku sengaja langgar kau. Aku suka tengok kau marah. Kau tak macam perempuan lain yang tergedik-gedik dengan aku.” Jalas Sehun lagi.

              “Apa kau cakap ni? Aku tak sukalah.” Marah Namjoo. Dia menjeling Eunji yang kecewa. Namjoo tahu Eunji sudah lama menyimpan perasaan pada Sehun. Kesian Eunji.

              “Aku serius!”

              “Kalau kau masih nak nampak aku dalam sekolah ni, baik kau jangan tegur aku lepas kejadian ni. aku tak suka!” balas Namjoo kasar. Dia berlalu pergi sambil menarik tangan Eunji.

.............................................................................................................................................................

              “Hey, kau berangan ke apa?” tegur Namjoo. Dia memberi air tin pada Eunji. Walaupun agak terkejut dengan sergahan Namjoo, Eunji mengambil air tersebut.

              “Aniyo. Wei, kau betul-betul ke tak nak tegur Sehun dah? Aku tengok dia masih mengharap lagi.” Tanya Eunji.

              “Kau janganlah bangkitkan hal dia. Kau tau kan aku tak suka.” Namjoo membalas.

              “Mianeyo. Tapi… aku rindu nak dengar korang berdaguh macam selalu. It’s war between Namjoo and Sehun.” Kata Eunji perlahan. Dia menunduk. Walaupun dia menyukai Sehun, dia tak sanggup mahu mengkhianati kawan sendiri. Namjoo agak terasa.

              “Kitorang dalam peperanganlah ni. Perang dingin. Dah la, jom masuk kelas. Rehat hampir habis.” Ajak Namjoo. Dia cuba mengusir perasaan rindu pada Sehun.

.............................................................................................................................................................

              “Anyeonghaseyo, joneun Kai imnida.” Seorang pelajar lelaki yang boleh tahan kacaknya mengenalkan dirinya di hadapan kelas. Namjoo hanya ambil kesah tak kesah. Hari ni Eunji tak datang pula. Bosan betul!

              “Boleh saya duduk di sini?” kata budak lelaki itu. Namjoo memandang lelaki itu silih berganti dengan kerusi Eunji. Alang-alang Eunji tak datang, bagi aje lah. Esok aku halau dia duduk tempat lain.

              “Duduklah. Tapi ni tempat kawan aku. Esok, kau kena duduk tempat lain.” balas Namjoo. Tak kuasa dia menggunakan panggilan saya dan awak dengan budak baru itu.

              “Gomawo.” Kata Kai. Namjoo hanya tersenyum sekilas.

............................................................................................................................................................

              Selepas sebulan, hubungan Kai dan Eunji semakin rapat. Sebagai kawan baik, Namjoo juga terlibat sekali. Tak tahulah Namjoo nak cakap macam mana. Mungkin Eunji sudah jatuh hati pada Kai pulak kot. Namjoo hanya menurut sahaja. Lagipun setiap hari Namjoo lihat Sehun asyik menjeling ke arah Kai. Jeles mungkin!

              Namjoo rasa inilah peluangnya untuk menjauhkan diri dari Sehun. Sekurang-kurangnya Namjoo tidaklah rasa rimas sangat. Walaupun kadang-kadang Kai dan Eunji asyik memaksanya memaafkan Sehun. Malang betul. Dan hari ni bertambah malang nasib Namjoo.

              “Cikgu nak kamu buat kerja berpasangan. Seorang akan membuat laporan dan seorang lagi akan membuat projek itu mengikut tajuk yang diberikan. Saya sendiri yang akan memilih pasangan kamu.” Jelas Pn.Park di hadapan kelas.

              Namjoo mendengar sambil lewa nama murid-murid yang dipasangkan. Dia membuka buku nota untuk menyalin tajuk tugasan yang akan diberikan sebentar nanti.

              “Namjoo dan Sehun, buat tajuk …”

              Namjoo sudah tidak dengar apa kata-kata Pn.Park yang seterusnya. Yang dia dengar hanya, Namjoo dan Sehun. Apa?! Dia salah dengar ke? Namjoo memandang ke belakang. Sehun membuat muka selamba sambil menyalin nota. Sehun mendongak. Matanya bertembung dengan Namjoo. Namjoo segera memandang kehadapan semula. Oh tidak!

              Eunji pula sudah mengangkat bahu. Tidak berani membantah kata-kata Pn.Park. Namjoo mendengus geram.

..........................................................................................................................................................

              Namjoo terpaksa berjumpa dengan Sehun untuk berbincang tentang tugasan yang diberikan. Eunji tidak dapat menemaninya kerana perlu berbincang dengan pasangannya yang lain. Malang betu; nasib Namjoo hari ini. Penat dia mengelak dari Sehun, teping sekarang? Berpasangan pula!

              “Anyeong,” tegur Namjoo. Sehun mendongak memandang Namjoo yang sedang berdiri. Tetapi dia masih diam. Tidak mahu bercakap apa-apa. Namjoo mencebik. Sehun meneruskan bacaannya.

              “Apa tajuk yang Pn.Park bagi tadi? Kita perlu berbincang. Aku tak nak markah tugasan aku rendah sebab kau.” Dengan selamba Namjoo duduk dihapan Sehun. Sehun terasa.

              “Perlu ke aku cakap dengan kau? Dah berubah fikiran pasal hari tu? Tak nak larikan diri lagi?” perli Sehun. Namjoo teringat kata-katanya yang diucapkan kepada Sehun. Dengan geram, Namjoo bangun dan berlari meninggalkan pondok itu.

............................................................................................................................................................

              “Ah, jinjja! Aku benci betullah. Boleh pulak dia perli aku. Eunji, aku benci dia.” Namjoo mengenggam lengan Eunji sekuat hati. Geram punya pasal.

              “Sakitlah. Nappeunno! Janganlah lepas geram kat aku.” Eunji menarik tangan Namjoo.
              “Itulah korang… tak habis-habis berperang. Mana taknya jatuh hati. Kecik-kecik gaduh, bila besar kahwin.” Ejek Kai pula. Menambahkan sakit hati Namjoo.

              “Hey, kau cakap baik-baik sikit. Siapa jatuh hati? Eii, gelilah aku. Lagipun aku gaduh dengan dia bukan dari kecik.” Jawap Namjoo.

              Kai dan Eunji menepuk dahi. Apa blurr sangat Namjoo ni?!

              “Habis tu kalau tak jatuh hati macam mana kau boleh geram sampai macam ni? kau yang cakap kat dia jangan tegur kau dah. Lepas tu bila dia dengar ‘arahan’ kau tu, kau melenting. Kau ingat aku tak tau, kau asyik usya dia dalam kelas? Alah, mengaku ajelah yang kau suka dia. Setiap manusia ada perasaan.” Panjang lebar Kai menasihati Namjoo.

              “Entahnya kau ni Namjoo. Apasal keras sangat hati tu? Kau maafkan jelah dia.” Kata Eunji pula.

              “Apa motif korang ni? Tak habis-habis pujuk aku maafkan dia. Lagi satu… Kai! Mana kau tahu yang aku pernah cakap dekat Sehun supaya jangan tegur aku? Setahu aku, aku tak pernah cerita pun sejak kau masuk sekolah ni. korang mesti ada sesuatu yang dirahsiakan dari aku betul tak?” Namjoo memandang muka Kai dengan penuh curiga. Mereka berdua ini bukan boleh percaya.

              “Errr…”

              “Baik kau orang bagitahu aku apa yang berlaku sebenarnya. Kalau tak…” ugut Namjoo. Kai dan Eunji memandang satu sama lain. Mereka terpaksa juga memberitahu kebenarannya pada Namjoo.

.......................................................................................................................................................

              Namjoo pulang ke rumahnya agak lewat. Dia membaca buku di perpustakaan sehingga tidak sedar hari sudah semakin malam. Sudahlah Eunji tiada mahu menemaninya ke rumah. Namjoo mengemaskan bukunya lalu dimasukkan ke dalam beg sandang. Dia keluar dari perpustakaan.

              Di tengah perjalan, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan Namjoo. Mulut Namjoo dicekup, tangannya dipegang dan dia ditarik ke dalam kereta. Selepas itu, Namjoo sudah tidak ingat apa-apa. Yang dia tahu, mereka berhenti di tepi tasik. Takkan lah lelaki-lelaki sasa yang menariknya tadi mahu mencampak dia ke dalam tasik? Apa tujuannya? Arahan siapa?

              Namjoo dipaksa keluar dari kereta. Disebabkan takut, Namjoo cuma mengikut. Lepas itu mereka melepaskan tangan Namjoo dan pergi begitu sahaja. Pelik Namjoo dibuatnya. Apa sebenarnya yang berlaku?

              Namjoo berjalan sambil mengusap tubuhnya yang kesejukan. Dia memandang sekeliling. Tahu-tahu sahaja dia sudah sampai di sebuah meja yang dihias cantik. Terdapat buku Namjoo di atas meja itu. Ada hidangan makan malam dan tiga batang liling yang dinyalakan di tengah meja. Ni buku yang aku tinggalkan hari tu ke? Namjoo teringat semasa dia berlari meninggalkan Sehun di pondok sekolah.

              “Eh, ada kad.” Namjoo membuka lalu membacanya.

I KNOW YOU’RE NOT THINKING OF ME WHEN YOU SAW ALL THESE. BUT YA… THIS IS ME , SEHUN. I KNOW EXACTLY WHAT IS IN YOUR HEART. I’M NOT GOING TO LET YOU GO. MIANEI FOR BEING SO CRUEL BY ALWAYS TEASE YOU, BUT THE FIGHT AND WARS BETWEEN US MAKE ME FEEL SPECIAL BEING FRIEND WITH YOU. I HOPE YOU WILL ACCEPT ME AGAIN? I HOPE WE CAN BE FRIEND AGAIN? I REALLY HOPE THAT CAN HAPPEN.
P/S:WHEN YOU’VE FINISH READ THIS CARD
TRUST ME, THERE WILL BE ME
APPEAR BESIDE YOU.

              Namjoo mencebik. Jiwang gila mamat ni. I know exactly what is in your heart? Poyo gila. Namjoo berpaling ke sebelah. Dia hampir terlanggar seseorang. Namjoo mendongak. Sehun!

              “Kan aku dah cakap, bila kau dah habis baca kad ni aku akan ada kat sebelah kau. Apa lah.” marah Sehun. Seperti sikapnya yang lama, suka carik pasal dengan Namjoo. Namjoo sudah mengagak. Sifat Sehun di dalam kad takkan sama dengan yang luar dan reality dan original. Dalam kad semuanya palsu!

              “Mula lah tu, carik pasal lagi.”

              “Okey, okey.” Sehun mengalah.

              “Macam mana kau boleh jadi jiwang macam ni? Speaking konon? Ni semua benda ni…idea siapa?” duga Namjoo. Ingin melihat reaksi Sehun apabila dia membuat muka sombong dan berlagak. Dia menunjuk ke seluruh tempat yang sudah dihias oleh Sehun.

              “Idea aku lah.”

              “Siapa yang kononnya culik aku tadi?” soal Namjoo lagi. Lagak Namjoo seperti menyiasat seorang pembunuh bersiri. Dia berjalan mengelilingi meja. Sehun hanya memandang sambil memeluk tubuh. Apa lagilah yang budak ni tak puas hati. Dengus Sehun. Sehun mengakui walaupun dia menyukai Namjoo tetapi dia tak boleh berhenti bergaduh dengan Namjoo.

              “Bodyguard aku. Cepatlah, kau nak tak terima aku ni?” Sehun pula bertanya. Gayanya bercakap bukan main berlagak. Mahu melawan Namjoo mungkin.

              “Sejak bila kau jadi berlagak macam ni? Kau dah banyak berubah kan? Ruginya kalau aku tolak Sehun yang sekarang ni.” Namjoo masih berdolak dalih.

              “Hya…aku malas nak berperang dengan kau. Cepatlah!” gesa Sehun.

              Namjoo mencebik.”Kejap, ada satu benda lagi yang tak selesai.” Habis aje berkata , Namjoo terus menolak Sehun ke dalam tasik. Dia menepuk tangan tanda puas hati.

              “What?!”jerit Sehun. Habis basah keseluruhan badannya. Dia menjeling Namjoo.

              “Now… aku boleh kata kau terima kau! Tu balasan sebab tipu aku. Aku tak tau pulak Kai tu kawan baik kau. Patutlah dia tak habis-habis sebelahkan kau aje. Dari masuk sekolah lagi. Pandai kau berlakon kan? Jeles konon.” Kata Namjoo. Ditekankan perkataan kawan baik. Boleh pula Sehun tersengih mendengar kata-kata Namjoo.

              “Kau duduklah dalam air tu. Nampak comel sangat! Sarangheyo!” jerit Namjoo lalu menjelir lidah. Sehun kembali membuat muka masam. Macam manalah dia boleh jatuh hati dengan perempuan seperti Namjoo? Dia pun tak tahu. Biarlah, asalkan peperangan antara dia dengan Namjoo sudah berakhir. The war is over !

              “Chukahamnida.” Jerit Kai dan Eunji yang rupa-rupanya memerhati dari jauh. Namjoo mengangkat ibu jari tanda bagus! Dia gembira!




Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Sunday, October 07, 2012

Malam Yang Gila @_@

Assalamualaikum , Anyeong !!
Waa , lama gila tak update . Nak bertahun rasanya *ayat tak bole bla* walhal baru je dua bulan lebih . Mak aih , lama gak tu kan ? Berhabur , terabur , bersepah , sawang2 semua melekatlah . So , hari ni Mia nak bersihkan semua 'kekotoran' yang menyesakkan blog ni , okey ? Haraso ? Ermm , nak cakap apa lagi . Oh ya , bukak2 je blog ni terpampang muka Mia yang agak 'besar' tu betul tak ? Mintak mangap , mintak ampun , mianeyo kalau rasa menyampah . Dah la asyik tukar header , pastu berani2 letak gambar sendiri yang tak berapa nak cun tu . Memang menyakitkan hati lah agaknya  :D

So , sesiapa yang sakit hati tu nak cuci mata ? Pergilah tengok gamba pakwe korang pulak :P hahah , ayat 'menghalau' .


Shh , ni 'boyfriend' kita lah :P Hahah , gedikk ! Hey , nampak tak budak yang pakai baju biru tu . Itulah Sehun kesayangan kita . Aww , body dia COMEL right ? Cantik woo . *Ayat orang batak* Gatal gila . Okey , tutup mata dan mulut anda yang ternganga melihat badan yang begitu CUN . Eh , perasan tak Baekhyun buat muka comel . Hoho , comel dowh . Okey , ayat dah berterabur . Geram gila .

Dah beberapa 'HARI' Mia tak update ni ada berita apa-apa tak ? Banyak betul problem kita hari demi hari right ? Gaduh ngan kawan , gaduh ngan mak bapak , adik beradik . Kes tak nak buat kerja , malas pergi sekolah , tak nak sidai kain , perli memerli , suka kat situ , suka orang sini *okey ayat melalut* anyway , harap bersabar dengan segala dugaan hidup anda .

Korang dah dengar lagu ni ? GDRAGON - THAT XX , CRAYON , ONE OF A KIND , U KISS - STOP GIRL , ONE OF YOU , B1A4 - HEY GIRL , REMEMBER , BTOB - WOW , B.A.P - CRASH , T-ARA - SEXY LOVE and others ? Banyak betul diorang buat lagu right ? Tak tau nak dengar mana satu dulu . Antara lagu diatas , yang paling best is CRAYON ngan STOP GIRL . Tapi kenapa ELI sangat 'sakai' dalam mv tu ? Buat Mia mental breakdown tahap mahaguru . GD yang ensem gila . Why so serius ? Asal dia jadi perempuan ??

Rasanya entry ni dah panjang . Apa yang dibebelkan cuma benda merepek . Harap sabar dengan kerenah budak kecik macam aku ni -,- hey , hey hari sabtu semalam kan kita ada pergi lawatan kat Seremban . Actually Mia tak pergi pun , tetiba dapat call malam sabtu tu . Kawan kita yang paling comel suruh ganti cuz dia tak dapat pegi . Ada hal . Rezeki meh , tak payah bayar lagi tu . Bersyukur gila2 . Lawatan 1st yang Mia penah pegi . Selama ni malas and tak berminat nak pegi .

 
"Benda alah" tu sangat panas woo . Melecur but buat muka cun -,-
Macam "baik" je right ? Nak masuk heli tu tapi tak dibenarkan . Nappeun !
Why aku buat muka bajet comel ? Gedikks --' harap maaf


Perasan tak ni header tu ? :P Cekak kat atas kepala tu actually tujuannya nak tiru style Korea :D

Okeylah , sekian sahaja photo lawatan ke Seremban dari Yeollipops . Abaikan kalau muka tu tak berapa nak "comel" *ayat gedik* anyway , jaljaye . Anyeong !




Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Sunday, September 02, 2012

Let's Fly ~ B1A4 !!


Assalamualaikum and anyyeong. Hahah , "buruk" benor header kat atas tu kan ? Peduli pulak aku :P Biarlah , kita sangat suka "benda" tu . Entah macam mana sejak dua hari lepas "terjadi" BANA pulak . Lepas tengok season 6 B1A4 HELLO BABY, Mia dah jadi sebahagian dari BANA !! Iyelah , diorang funny and kelakar gila dalam tu . Especially SANDEUL , yang perangainya mengalahkan baby tu ! Aduh , tak tahan nengok diorang ni . Walaupun Mia ni bukan peminat si "pasir" itu . Hohoho , lagi satu Mia terus falling in love "terlebih-lebih" dengan Gongchan lepas tengok SESAME PLAYER . What ?! B1A4 pun ada Sesame Player ? Ingatkan Infinite je . Well , diorang neomu neomu kyeopta ! Aish , jinjja ~ Ada satu part tu Sandeul n Gongchan ikat rambut . Comel gilo >,< OMO !


Ah ~ this picture tak jelas sangat . Blurr sikit . Mianeh ~ Ha , nak tau kenapa dia pakai "gaun" tu ? Hahah , try la tengok anda akan tahu sebab nya ! Takkan menyesal punya lah :D


How can Sandeul and Baro be this cute ?! Okey , BI ku agak "hancur" . Tapi Baro dah transform jadi perempuan mcm Gongchan gak ke ? Neomu Kyeopta . Sandeul , why you isap tangan ? Okay , masa ni sebenarnya diorang kena marah sebab terlalu playful and diorang semua kena tidur . Hahaha , comel lah you (Sandeul) . Okeylah , nak out . Tengok all variety show pasal B1A4 . Ini sahaja from Miss Channie , sekian terima kasih XD .

*Transform sebentar 
drpada Miss Yeollipops 
ke Miss Channie

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Sunday, August 26, 2012

Tell Me Goodbye ~

Assalamualaikum and anyyeong :)

Mia sebenarnya nak share satu cerita sedih. Sedih bagi Mialah. Masa hari raya KETIGA , atuk yang paling kami sayangi pergi meninggalkan kami semua. Masa tu Mia dgn kakak with beberapa ahli keluarga sibuk baca yasin untuk atuk. Atuk keluar hospital dalam keadaan yang masih tak sihat. Tanggapan mama, diorang bagi atuk keluar sebab nak raya. Yelah, atuk keluar hospital dua hari sebelum raya. Tiba-tiba tengah terbaring tu atuk batuk kuat sangat. Rasa sedih tengok atuk. Bila nurse sahkan atuk dah tkde, Mia habiskan baca yasin sambil tahan air mata dari meleleh.

Tak sangka secepat ni atuk pergi tinggalkan kami. Makngah dan Pakngah pun nangis. Adik2 Mia tak tahu apa, diorang boleh main lagi. Tapi tiba-tiba Mia tengok diorang senyap. Duduk dekat pangkin luar rumah. Ingatkan sebab apa, tapi sebab adik Mia yang dah darjah empat boleh tahu segalanya tu ajak duduk luar. Mia keluar je, terus dia pergi kat Mia. Menangis sambil peluk badan Mia. Mia tanya la "dah tau kan?" dia angguk. Adik and sepupu kecik Mia yang lain semua pelik.

Bila dia bagitahu je yang lain tu ... sepupu Mia yang kecik-kecik tu pun ikut nangis sama. Tak sangka diorang faham atuk diorang dah takde. Sekarang ni bila bangun pagi kat kampung, still terasa lagi atuk ada. Tapi Mia taklah terkilan sangat sebab Mia hadap dia masa dia pergi. Mia ada pegang tangan atuk, Mia pegang kaki atuk. Nenek pulak terkilan. Sebab sebelum atuk pergi, atuk baik sangat dgn nenek. Sebab sebelumnya atuk dgn nenek asyik gaduh je.

Bila fikir balik, sampai sekrang masih terasa kesedihannya. Iyalah ... masih baru. Tapi kita redha ajelah. Kita boleh buat apa betul tak? Cuma boleh sedekahkan ayat-ayat Al-Quran untuk atuk. Semoga atuk tenang di sana. Atuk pun tak susah nk hembuskan nafas terakhir dia. Macam bernafas biasa je. Biarlah atuk pergi daripada dia menderita kesakitan lama2.

Tell me Goodbye atuk. Mia ingat semua pasal atuk. Tak pernah lupa kan atuk :')

*Happy Birthday to
 Sungyeol !
27 . 8 . 1991



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Sunday, August 12, 2012

~Selamat Hari Raya~

Assalamualaikum ! Anyyeong ?

Eh , tanpa disedari dah nak dekat sebulan kita puasa kan ? Lagi seminggu je nak puasa , lepas tu ... RAYA ! Yay , berjaya jugak puasa 'penuh' . Hehehe , bagi yang perempuan ni tak lah sangat ^^" anyway , semalam Mia baru balik dari kampung . Jenguk atuk yang sakit kat hospital . Sedih weh , menangis jumpa atuk . Nak dekat seminggu jugak atuk duduk kat ICU . Nasib sekarang dah baik sikit , dan dipindahkan ke wad biasa . Alhamdulillah ~ Dah balik kampung tu , of course lah rindu kat Infinite , rindu kat komputer , rindu nak online , rindu dengan blog , rindu dengan Kpop blogger . Wah , banyak korang update pasal Infinite ?! Happy gilo @_@

Hurmm , tadi baru je jumpa satu blog . Diorang story pasal RAYEOL . Ha , tau tak RaYeol tu apa maknanya ? Hari Raya + Sungyeol = Rayeol . Hahahah , dulu ada Thank + Gyu = ThankGyu . Macam2 lah diorang ni . Salah satu cara nak memeriahkan hari raya . So dikesempatan ini Mia nak ucapkan ... RAYEOL untuk korang . Kutip duit banyak2 tau ! Hohoho , tak sodar diri ^^"

Why am I smiling when I see this picture ?






Maybe sebab diorang sume cute kot ?! Okey ada lagi ....


Voting For Infinite : Most popular couple :D
Yay , keputusannya ....

Alolo , sweetnya >,< Lastly , Selamat Hari Raya || padahal puasa seminggu lagi || and Goodbye !



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Monday, August 06, 2012

No Tittle Found ~

  


Okey , bosan gila . Sampai tajuk entry pun boleh jadi cegitu. Argh, penatnya. Dah berapa lama tak update ! Nak dekat sebulan dah || Ye ye je aku ni || . Apa2 pun hari ni dah ujian. Ujian apa? Ujian bulanan dua lah. Aduii , penatnya. Gila malas nak study . Iyelah selama ni study pasal Infinite je :D hehehe , tak bukak buku langsung pun. Waaa , serius malas gila nak study .

Anyway, blog dah berhabuk. Bukak je dah banyak orang buat entry. Tak sempat baca and komen. || Menyibuk lerr tu || Tapi folower dah bertambah . Gomawo sudi follow blog kita yang 'tak siap' ni. Huh , sekarang ni Mia perasan ramai blogger guna blogskin kan? Ramai orang lebih mudah sebab semua dah ada. Ada sebahagian pulak cakap susah sebab blog akan jadi mudah berat. Entahlah. Tak tahu nak dengar yang mana. last2 decide tak mau guna blogskin. Penat jugak edit ini blog maaa. Nasib bulan puasa. Penuh dengan kesabaran :P Yolah tu kau Mia .

Eh, kejap. Teringat pasal Infinite. Ish2 nak ujian pun Infinite lagi. Siapa dah tengok Infinite Ranking King episode 10 ? Funny kan ? Kesian kat Dongwoo, sampai menangis. Tapi asal dia penakut sangat? Cuba try jadi macam Sunggyu or Sungjong . But why my husband pun tak habis2 nak menjerit jugak ? Siapa lagi kalau bukan Sungyeol . Mia rasa tak de lah seram mana betul tak ? Ceh , poyo gila .


Eh-eh , berani pulak Sunggyu ? Sayang dia :*

 
Nak cakap ngan hantu pun releks lagi ?! Yeah , bagus !


Ni lagi lah membuatkan Mia bangga --' Hahaha , kelakar maa ini budak !


K lah , bosan gilo ni . Rindu kat Infinite ... k bye ! Wish me luck in exam yeah ? Terbayang Infinite time buat exam XD


Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_