Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Monday, June 16, 2014

Fanfic : I'm A Loner (2)


Minhyuk masih tunduk memeluk lututnya. Air matanya tidak berhenti mengalir walaupun rasa sedih itu sudah tiada. Ricky yang berada di sebelahnya masih setia menemani Minhyuk. Minhyuk mengangkat kepalanya memandang Ricky.
                “Kenapa kau masih nak temankan aku? Sedangkan aku pernah sakitkan hati kau dulu.” Minhyuk bertanya. Dia merenung muka Ricky yang tersenyum.
                “Aku kawan kau. Walaupun kau buat jahat macam mana pun, aku tetap kawan kau. Jadi aku rasa bertanggungjawap untuk teman kau.” Jawap Ricky tenang. Dia tidak memandang muka Minhyuk.
                Minhyuk diam. Dia rasa terharu. Dia terfikir, bagaimanalah Ricky boleh masih lagi bersabar dengannya. Kejadian yang berlaku sebentar tadi masih terbayang di ruang mata. Dia tahu Juniel terdengar percakapannya dengan Jonghoon.
                Tetapi kenapa riak muka Juniel tidak seperti dia baru tahu? Juniel nampak bersahaja walaupun ada air mata yang mengalir di pipi gadis itu. Minhyuk semakin pelik. Mungkin Juniel sudah lama tahu akan hal ini?
                “Aku tak bagitahu Jun pun pasal kau. Dia dapat tahu dari Moon.” Ricky seperti dapat membaca hati Minhyuk.
                Minhyuk memandangnya dengan dahi berkerut.
                “Kenapa kau tak beritahu dia?” Tanya Minhyuk polos.
                Ricky menggeleng perlahan. Dia masih tidak memandang Minhyuk. Dia sebenarnya kasihan dengan Minhyuk yang masih tidak tahu apa-apa itu. Tetapi Minhyuk harus sedar kesalahannya dan terima sedikit pengajaran.
                “Aku tak sampai hati. Jadi aku cakap dekat Moon. Aku masih tak tahu apa yang diorang rancang. Buat pengetahuan kau, aku bergaduh dengan Moon tiga hari sebelum Jun jumpa kau. Aku nak tahu apa rancangan diorang tapi diorang takut aku bocorkan kat kau.”
                Selesai berkata, Ricky tergelak kecil.
                “Maafkan aku. Sebab aku, diorang tak percaya kau. Hubungan kau dengan Moon sekarang ni?”
                “Entah, aku rasa dia masih marah aku. Aku baru je bertembung dengan dia dekat kelab tadi. Dia langsung tak pandang aku. Aku tak tahu apa yang dia fikir tentang aku. Aku tak sempat nak tegur Jun pun.” Terang Ricky.
                “Jadi sebab tu kau tahu aku kat sini? Kesian kau. Tak pasal-pasal terbabit sekali.” Minhyuk memandang muka Ricky.
                Ricky terus menoleh. Turut memandang muka Minhyuk.
                “Dah la kau ni. Malam-malam pun nak jiwang-jiwang ke? Aku kan kawan kau. Tak apa lah, hal aku dengan Moon aku tahu nak selesaikan. Hal kau tu, agak susah.”Ujar Ricky.
                Minhyuk hanya mengangkat bahu. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. Yang dia tahu, malam ini juga dia akan keluar dari rumah kawannya yang dua orang itu. Dia tidak sanggup mendengar cemuhan mereka berdua.
                “Kau tinggal kat mana lepas kau keluar dari rumah tu?” Tanya Minhyuk.
                “Hurmm, adalah. Rumah sewa kecil je. Kalau kau nak tumpang pun boleh. Tapi kau kena bayar sewa separuh lah.” Seloroh Ricky.               
                Minhyuk tersengih.
                “Duit aku dah habis kat Jun tahu tak?”
                “Sengal!” Balas Ricky agak menjerit.
                “Tak de lah. Aku gurau je. Aku tumpang rumah kau eh? Aku nak cari Jun esok.” Minhyuk menggosok kedua belah tangannya dan diraup ke muka.
                “Kau memang kena cari dia pun. Sebelum terlambat.” Balas Ricky.
                Minhyuk yang pada itu mahu berdiri, duduk kembali. Dia memandang Ricky dengan wajah aneh.
                “Tak ade apelah. Jom.”Ricky menepuk paha Minhyuk. Minhyuk masih diam. Sebelum terlambat? Apa maksud Ricky?
                “Kau nak pergi tak ni? Nak tidur sini ke?” Usik Ricky. Minhyuk menoleh. Dia segera bangun dan mendekati keretanya. Enjin dihidupkan dan kereta meluncur. Minhyuk mengekori Ricky dengan pertanyaan di dalam kepalanya. Apa maksud dua perkataan itu?


               
                Keesokan harinya,
“Tok! Tok! Tok!” Minhyuk mengetuk pintu rumah Juniel. Ricky disebelahnya menyandar di dinding sambil menyeluk poket seluar. Sudah agak lama mereka di luar itu tetapi masih tiada sesiapa yang membuka pintu.
                “Bang, cari siapa ye?” Seorang budak kecil menegur mereka. Ricky masih menyandar di dinding. Minhyuk mendekati budak kecil itu.
                “Adik kenal tak akak yang tinggal dekat sini. Dia pergi mana ye? Macam tak ada orang je kat dalam tu. Dari tadi abang ketuk.” Ujar Minhyuk.
                “Owh, kak Jun dengan kak Moon. Diorang dah pindah la. Baru je tiga hari lepas.” Balas budak kecil itu. Minhyuk memandang Ricky. Moon dan Juniel pindah selepas mereka bergaduh dengan Ricky. Nampaknya memang mereka sudah tidak mempercayai Ricky.
                “Adik tahu tak diorang pindah mana? Abang nak jumpa kak Jun. Ada hal penting sangat.” Minhyuk bertanya. Dia memegang bahu budak kecil itu.
                “Yang tu, tak tahu lah pulak. Tak apa lah bang, saya pergi dulu.” Budak kecil itu meminta diri.
                “Eh, kejap. Nama adik siapa?” Minhyuk bertanya sambil menyeluk poket. Ingin mengambil sesuatu.
                “Choi Min Ha.” Balasnya.
                “Minha ambil duit ni. Terima kasih ya.” Minhyuk tersenyum memandang muka comel budak kecil itu. Mukanya iras seseorang.
                Minha tersenyum gembira. Duit itu diambil. Dia mencapai tangan Minhyuk dan mengoncangnya.
                “Terima kasih. Semoga berjaya carik kak Jun. Abang kena cepat tau!” Ujar Minha sebelum berlalu pergi dengan riang. Minhyuk makin pelik.
Kenapa mereka yang mengenali Juniel seperti ingin membalas dendam padanya. Dia semakin tertekan dengan kata-kata budak itu. Semalam, Ricky berkata “Kau memang kena carik dia pun. Sebelum terlambat.” Dan Minha...
Minhyuk menegakkan badan. Dia memandang Ricky yang sudah pun masuk ke dalam kereta. Dia melangkah ke kereta. Rumah Juniel dan Moon dipandang buat kali terakhir sebelum dia masuk ke dalam kereta.
Muka Ricky kelihatan tegang.
“Kau okey?” Tanya Minhyuk. Kereta sudah pun meluncur laju di jalan raya.
“Aku dah agak benda ni.” Jawap Ricky.
“Maaflah, tak pasal-pasal kau pun terbabit sekali. Aku tahu diorang cuma takut kau beritahu aku.” Kata Minhyuk.
“Diorang tak sepatutnya buat begini, tahu tak?! Apa salah aku? Aku hanya nak tahu je!” Ricky menghentak stereng kereta.
“Ricky, sabarlah. Kau tengah bawak kereta ni. Bahaya.” Tegur Minhyuk.
Minhyuk tahu Ricky agak terasa dengan Moon dan Juniel. Mereka berpindah pada hari mereka bergaduh dengan Ricky. Sudah pasti Ricky fikir mereka menganggap Ricky juga terlibat dalam hal mengenakan Juniel.
“Biarkan. Ni semua sebab kau tahu tak? Kalau kau dengar apa yang aku cakap hari, benda ni takkan jadi tahu tak?! Semuanya sebab kau!” Ricky semakin emosi. Dia mula menengking.
Minhyuk terus terdiam. Dia memandang keluar tingkap. Menahan perasaan sebak apabila dituduh.
Ya, memang dia mengaku. Dia punya angkara lah, kehidupan semua orang terganggu. Kerana dialah, hubungan Ricky dan Moon menjadi tak baik. Dia mengaku. Tetapi apabila ditengking sebegitu, hati Minhyuk tetap rasa sakit.
Ricky memandu kereta semakin laju. Minhyuk buat tak endah. Tiba di persimpangan, kereta Ricky hampir melanggar penghadang jalan. Ricky segera menekan brek secara mengejut. Tayar kereta mengeluarkan bunyi yang agak bingit. Tetapi nasib baik, mereka terselamat.
Ricky mengurut dadanya kerana lega. Minhyuk pula sudah menarik nafas yang agak panjang. Ricky melepaskan stereng kereta. Enjin dimatikan. Minhyuk masih diam.
“Dahla, maafkan aku. Tak sepatutnya aku marah kau. Benda dah nak jadi. Diorang dah pun pindah. Tak perlu diungkit lagi.” Ujar Ricky.
“Aku yang sepatutnya minta maaf. Sebab aku hubungan kau dengan Moon...”
“Dahla, aku malas nak ingat. Kau dah banyak mintak maaf. Dan aku dah maafkan pun. Aku cuma rasa terkilan. Rasa macam tak dipercayai lagi, sebab tu aku melenting. Aku tak boleh terima.” Ricky meraup mukanya. Dia mengusut-ngusutkan rambutnya.
Minhyuk diam. Tidak tahu mahu berkata apa.
“Jomlah. Kita balik dulu. Kita kena carik mereka. Lagi-lagi dengan keadaan Jun.” Ricky mula menghidupkan enjin.
“Kenapa dengan Jun?” Tanya Minhyuk.
“Tak ada apa.” Rikcy menjawap ringkas.
“Kenapa kau macam sorokkan sesuatu dari aku?” Minhyuk cuba mengawal suaranya agar tidak kedengaran seperti sedang marah.
 Ya, sebenarnya dia juga agak marah dengan Ricky. Ricky seperti menyorokkan rahsia yang sangat besar tentang Juniel. Budak tadi, Minha pun sama. Kenapa dengan Jun?
“Suatu hari nanti, kau akan tahu.” Ujar Ricky keras.
Minhyuk terpaksa memendam perasaan ingin tahunya. Dia diam tidak berkutik.


Minhyuk masih cuba untuk menelefon Juniel. Dia yakin, nombor Juniel bukan tidak diaktifkan tetapi ditetapkan busy mode. Dia sebenarnya ingin tahu apa yang terjadi dengan Juniel. Sejak dua tiga hari ini, Minhyuk seperti orang yang tidak terurus sahaja. Dia mudah melenting.
Dan jika dia marah, habis barangnya berteraburan. Dia terpaksa meminta maaf kepada Ricky kerana ada barang rumah Ricky yang pecah. Minhyuk tidak suka hidup begini. Ini satu penyeksaan baginya.
Dan kini, telefon di tangannya diramas geram. Bergetar tangannya menahan rasa ingin membaling telefon itu. Tetapi sekiranya telefon itu dibaling dan rosak, tiada guna usaha dia menjejaki Juniel.
Minhyuk memandang telefonnya yang tertera nombor telefon Juniel dengan mata yang kabur. Dia tidak dapat menahan air mata yang mahu mengalir. Minhyuk bangun dari sofa. Dia mengelap air matanya. Minhyuk mencapai pula kamera di atas kabinet.
Dibuka dan dibelek satu persatu gambarnya dan Juniel. Minhyuk tersenyum. Dia mahu cuci gambar itu dan dibingkaikan. Minhyuk terus keluar dari bilik.


Juniel masih memegang telefonnya. Sebentar tadi tak habis-habis telefonnya itu bergetar tanda ada panggilan masuk. Setelah memastikan getaran itu sudah tiada, Juniel membuka semula telefonnya untuk melihat miss-call daripada Minhyuk. Juniel tersenyum. Tiga ratus kali. Minhyuk memang suka membuat miss-call sebanyak tiga ratus kali kepadanya.
Gambar Minhyuk di ruang ‘contact’ itu dipandang dengan senyuman. Sedang leka begitu, pintu bilik Juniel diketuk oleh seseorang.
“Jun.” Moon terus masuk. Dia mendekati Juniel yang tiba-tiba menekup telefonnya dengan bantal.
“Kau buat apa tu?” Moon bertanya dengan keras.
“Tak..tak ada” Juniel agak gagap. Dia memegang telefonnya dengan erat. Tidak mahu Moon tahu yang dia masih mengharapkan Minhyuk.
Moon merampas telefon dari pegangan Juniel. Juniel terlepas telefon itu kerana terkejut. Kini, telefon di tangan Moon. Terbeliak mata Moon memandang telefon itu.
“Jun...”
“Aku tak boleh, Moon. Aku tak tahu kenapa. Aku terlalu sayangkan dia. Aku tak boleh buat apa yang kau suruh.” Air mata Juniel bergenang.
Moon melepaskan telefon Juniel. Dia sudah dapat mengagak hal ini. Dia tahu hati Juniel. Juniel seorang yang sukar melepaskan. Dia lebih suka mengingati dan mengenang. Kerana itulah, Juniel masih lagi mengenang Minhyuk walaupun dia sudah disakiti.
“Jun, kau janji dengan aku nak jadi kuat kan? Kau kata nak jadi kuat bila tiba masanya. Mana pergi janji kau? Aku tak suka kau macam ni. Aku taknak tengok kawan aku sedih sampai macam ni.” Moon memujuk Juniel.
Juniel menyandar di bahu Moon. Moon terus memegang tangan Juniel yang agak sejuk.
“Maafkan aku sebab tak dapat nak penuhi janji aku. Maafkan aku sebab tak boleh lupakan dia. Aku nak jadi tabah tapi aku tak boleh. Kau tahu, dengan keadaan aku macam ni membuatkan aku terasa nak berdekatan dia. Aku nak dia jadi semangat hidup aku. Di saat-saat akhir.” Juniel mengalirkan air mata lagi.
“Kau tak boleh macam ni Jun. Dia dah sakitkan hati kau tahu tak? Macam mana kau boleh masih nak ingat dia? Masih nak dia jadi semangat hidup kau?”marah Moon.
“Ya, tapi dia sebenarnya nak batalkan rancangan tu. Aku tahu. Aku tahu dia sayangkan aku.” Suara Juniel makin perlahan. Dia memegang kepalanya yang sakit.
“Jun.. kau okey?” Moon terus memegang bahu Juniel yang lemah. Juniel dibaringkan. Tangannya ditarik dan dipegang oleh Juniel. Kuat.
“Maaf..kan aku. Aku tak boleh.” Juniel berkata perlahan.
Moon mengelap air mata Juniel.
“Aku maafkan kau. Tak apalah kalau kau masih tak boleh lupakan dia. Kau berehat dulu. Aku taknak keadaan kau jadi lebih teruk nanti. Lepas ni, kau kena makan ubat. Ikut apa yang doktor pesan. Jangan terlalu fikir pasal orang lain. Fikir pasal kau.” Nasihat Moon.
Juniel mengangguk dalam keadaan sakit. Dia memejam mata rapat. Mahu melupakan semua orang buat seketika.


Moon menunggu Juniel di luar bilik rawatan. Sebaik sahaja Juniel keluar, Moon terus menerpanya. Dia memegang lengan Juniel dan memapah gadis itu duduk di kerusi yang disediakan.
“Jadi? Apa kata doktor?” tanya Moon ingin tahu.
Juniel tidak menjawap. Dia diam.
“Jun.. apa yang doktor cakap?!” Moon agak tidak sabar.
Air mata Juniel bergenang. Dia memegang tangan Moon erat.


“Minhyuk... kau nak makan tak ni? Aku dah beli makanan untuk kau. At least, keluar lah makan. Terperap kat dalam bilik tu macam perempuan!” panggil Ricky dari ruang tamu. Dia memandang pintu bilik Minhyuk.
“Minhyuk!!” jerit Ricky lagi. Geram apabila panggilannya tidak dijawap. Sudah beberapa hari Minhyuk berkeadaan seperti itu. dia pun sedih juga dengan apa yang berlaku cuma, dia masih boleh berfikiran waras dan meneruskan hidup. Bukan seperti Minhyuk yang kelihatan seperti kehilangan nyawa sahaja.
“Tak naklah.” Jawap Minhyuk dari dalam bilik. Tidak dibuka pun pintu bilik itu.
Ricky hanya menggelengkan kepalanya.


Juniel dan Moon bersiap-siap untuk membuka restoran mereka. Moon bercadang untuk membuka restoran itu semula. Sudah agak lama mereka tidak menjalankan perniagaan dan ramai yang sudah bertanya.
Juniel hanya menurut cadangan Moon. Dia hanya setuju walaupun dia risau, Minhyuk akan mencarinya di situ. Dia takut sekiranya dia berjumpa kembali dengan Minhyuk, dia akan senang-senang memaafkan apa yang Minhyuk sudah lakukan.
Moon sedang berada di dapur. Mengarahkan beberapa orang pekerja untuk mula memasak dan menyediakan bahan. Juniel pula menyusun kerusi dan meja. Habuk-habuk yang berkumpul di sesetengah tempat dibersihkan. Restoran itu mula kelihatan ceria dan bersih kembali.
“Jun, we have our first customer. Show your smile.” Moon mencuit bahu Juniel apabila melihat satu keluarga yang datang untuk makan di situ. Moon tersenyum sambil berjalan menuju ke keluarga tersebut.
Juniel duduk di kaunter. Dia tidak tahu mahu buat apa. Pelanggan pula makin ramai. Dia termenung.
Dalam menungannya, pandangan Juniel melekat pada sepasang lelaki dan perempuan yang sedang menjamu selera. Mereka sedang bergelak ketawa. Ahh..semua pandangan di hadapan matanya ini mengingatkan Juniel pada Minhyuk.
Juniel dapat melihat wanita itu meminta teman lelakinya menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Lelaki itu juga meminta benda yang sama. Bestnya main suap-suap. Juniel  terasa mahu menangis. Sensitif dengan keadaan seperti itu.
Sepasang suami isteri pula masuk ke dalam restoran itu. Mereka mempunyai seorang anak kecil. Budak itu tampak comel dengan teddy bear di tangan, belon yang dipegang dan lollipop di beg kecilnya. Juniel menyembamkan mukanya di atas meja dan menangis sepuas hati. Hidup ini tidak adil! Kenapa semua orang seperti mahu memperingatkannya tentang Minhyuk?!
“Cik.. saya nak bayar ni.” Tegur seseorang. Juniel mengangkat mukanya. Pipinya masih basah dengan air mata. Pasangan yang tadinya bermain suap-suapan menegur Juniel.
“Korang ingat korang je ke yang bahagia? Boleh pulak main suap-suap dekat dalam restoran ni! Kalau nak tunjuk mesra pergilah tempat lain! Janganlah makan kat sini!” tiba-tiba Juniel memarahi pasangan itu.
Wanita itu terus memegang tangan teman lelakinya kerana takut. Semua orang di dalam restoran itu memandang Juniel dengan pandangan pelik.
“Cik adik.. apa salah kami? Kenapa tiba-tiba cik nak marah kami ni?” teman lelaki wanita itu mempertahankan dirinya.
“Jun!” Moon berlari dari belakang ke kaunter. Dia terdengar bunyi Juniel menjerit sebentar tadi. Dia takut terjadi apa-apa pada Juniel.
“Apa ni.. kami nak bayar makanan tiba-tiba cik ni marah kami.” Adu lelaki itu. Dia mencebik melihat Juniel yang teresak-esak menangis.
“Maafkan kami. Dia sebenarnya ada masalah sedikit. Fikirannya agak bercelaru. Maafkan dia. Tak apa, kami akan memberi potongan harga pada awak.” Moon meminta maaf sambil menunduk-nunduk.
“Tak pelah.” Lelaki itu membayar harga makanan lalu terus pergi bersama dengan teman wanitanya.
“Pelanggan di restoran ini.. kami meminta maaf kerana telah menganggu selera anda. Benda ini tak mungkin berlaku lagi, jadi kami minta maaf.” Moon menunduk lagi sambil meminta maaf.
Apabila semua pelanggan menjamu selera kembali, Moon menghadap Juniel yang sedang menangis.
“Jun.. apa ni? Kenapa kau macam ni?” Moon memegang bahu Juniel.
“Aku tak tahu! Aku rasa serabut!” Juniel menepis tangan Moon di bahunya. Moon memaksa Juniel bangun. Lebih baik mereka berbincang di belakang. Takut sekiranya Juniel menimbulkan kekecohan di depan dan menganggu pelanggan.
“Nari, awak jaga kaunter.” Suruh Moon. Nari terus pergi ke kaunter.
Dia memimpin tangan Juniel. Setelah Juniel duduk, Moon menghulurkan air.
“Kau boleh tak jangan jadi macam ni? Kau buat aku risau tahu tak? Kenapa kau boleh jadi terlalu lemah?” Moon masih cuba memujuk Juniel. Juniel tidak mengambil air di tangan Moon.
Air matanya masih mengalir cuma Juniel tidak bersuara. Dia langsung tidak memandang Moon.
“Aku masih tak boleh.” Perlahan suara Juniel.
“Kau mesti boleh! Aku nak kau kuat. Please, jangan jadi macam ni. Kau akan jadi lebih teruk tahu tak nanti.” Nasihat Moon.
“Kau jangan paksa aku! Aku perlukan masa!” Juniel mula untuk menangis kembali.
“Jun...”
Juniel bangun. Dia benci apabila ada orang memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Dia berjalan terhuyung-hayang. Pandangannya mulai kabur. Kepalanya tiba-tiba berasa sakit. Dan dia terjatuh. Juniel tidak sedarkan diri.


“Tok!Tok!Tok!” Ricky mengetuk pintu bilik Minhyuk. Tiada balasan. Ricky memulas tombol pintu lalu membukanya. Ricky menggelengkan kepala saat terlihat Minhyuk yang masih terbaring di atas katil sambil berselimut.
“Hey, kau ni tak reti nak bangun ke?” marah Ricky. Dia menarik selimut Minhyuk.
Minhyuk merengek seperti budak kecil apabila selimutnya ditarik.
“Bangunlah! Kau ni dah macam mayat hidup tahu tak? Dengan biliknya bertaburan.” Ricky menarik tangan Minhyuk. Mata Minhyuk masih terpejam. Membiarkan sahaja dirinya ditarik.
Baru sahaja tangan Minhyuk ditarik, Ricky melepaskannya semula.
“Panasnya tangan kau! Kau demam ke ni?” Ricky terus menyentuh dahi Minhyuk. Panas. Minhyuk mengerutkan dahinya.
“Itulah kau. Keluar bilik pun tak nak. Aku ajak makan pun susah. Mana taknya demam.” Bebel Ricky.
Dia membetulkan posisi baring Minhyuk. Selimut di kaki Minhyuk juga diambil dan diselimutkan ke badan Minhyuk yang menggigil menahan sejuk.
“Kau tunggu jap. Aku siapkan bubur untuk kau. Kau kena makan. Lepas tu makan ubat.” Ujar Ricky. Minhyuk sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak nak.” Serak suara Minhyuk. Kemudian dia terbatuk-batuk.
“Tak payah mengada. Tunggu jap.” Ricky memaksa Minhyuk.
Dia berjalan menuju ke pintu sebelum kakinya terpijak kaca. Ricky terjingkit-jingkit menahan sakit di kakinya. Dia mengambil satu bingkai gambar yang telah pun pecah. Juniel. Ricky memandang Minhyuk dengan wajah sayu. Ish..ish.
Minhyuk masih tidak mengetahui apa yang terjadi. Dia masih terbaring dengan wajah menahan kesakitan.
Ricky keluar dari bilik dengan terjingkit-jingkit. Darah yang mengalir di kakinya dibersihkan di dalam bilik air. Gambar Juniel diletakkan di atas meja dapur. Nampaknya lepas ini, dia harus membingkaikan gambar itu semula.
Selepas bubur siap, dia masuk ke dalam bilik Minhyuk. Dengan dulang di tangan dia memandang Minhyuk dengan wajah aneh. Kenapa tiba-tiba Minhyuk seperti mencari sesuatu.
“Aik, kau ni dah sihat ke?” tanya Ricky.
Minhyuk masih mencari-cari sesuatu. Dia mencekak pinggang memandang Ricky.
“Mana gambar Juniel?” soal Minhyuk.
“Kat dapur.”
Minhyuk terus menuju ke dapur. Hancur luluh hatinya melihat kaca dan bingkai gambar Juniel yang sudah pecah. Dia berlari masuk ke bilik semula. Dengan wajah marah, dia memandang Ricky.
“Err, aku terpijak tadi.” Ricky memberitahu.
Minhyuk mengambil foto Juniel. Dia memasukkannya ke dalam laci dengan geram.
“Bukan salah aku. Kau yang letak merata-rata. Dengan keadaan bilik kau macam ni, laptop pun aku boleh salah sangka sebagai alas kaki.” Ricky membela dirinya.
Minhyuk membeliakkan biji matanya. Dia segera mengambil laptop kesayangannya yang turut berada di lantai. Baju-baju yang bertaburan juga dikemas sedikit. Tidak sanggup barangnya dihancurkan oleh Ricky.
“Nantilah aku tolong kemaskan. Yang penting kau makan dulu bubur ni. Lepas tu kau kena telan ubat. Jangan nak tipu aku, pergi flush ubat ni dalam tandas. Kalau kau macam ni selalu, memang kau takkan jumpa langsung dengan Jun.” Ujar Ricky.
Minhyuk membuat muka bengang. Ricky meletakkan dulang itu di atas almari. Sempat dia mengambil gambar Juniel didalam laci sebelum berlalu keluar.
“Hey!”
“Aku nak bingkaikan lah.” Ricky membalas.


Juniel duduk di sebuah taman sambil bermain buaian. Pembetulan, dia bukan bermain pun. Hanya menggoyangkan buaian itu secara perlahan. Dia takut tiba-tiba dia termuntah pula. Kadang kala dia tersenyum melihat Minha yang sedang leka bermain.
Juniel menundukkan kepalanya memandang telefon bimbit yang tertera gambar Minhyuk. Juniel mengeluh.
“Akak!” Minha tiba-tiba datang mengejutkan Juniel.
 Juniel tersentak.
“Minha suka sangat terkejutkan akak  tahu tak? Jahatlah Minha ni.” Rajuk Juniel. Dia menyimpan telefon bimbitnya. Tangan Minha ditepuk perlahan.
“Akak suka sangat berangan. Akak ingatkan siapa ha?” usik Minha.
Juniel mencebik. Hidung Minha ditarik. Minha ketawa. Dia bergerak ke buaian di sebelah Juniel.
“Ha..cakap pasal berangan, teringat abang tu. Ada sorang abang tu cari akak kat rumah lama kita. Hari tu Minha nak cakap, tapi Minha lupa lah.” ujar Minha.
“Cari akak? Siapa?” tanya Juniel.
Minha meletakkan jari telunjuknya di tepi bawah bibir. Dia mengembungkan mulut. Persis kakaknya, Juniel apabila ingin menjawap soalan cepumas sebegitu.
“Manalah Minha tahu. Abang tu comel kak. Dia tinggi sangat. Minha tengok dia dengan seorang kawan, abang tu pun boleh tahan. Ada lesung pipit. Akak kenal ke abang tu?” petah Minha bertanya.
Juniel membeliakkan biji matanya. Dia menolak kepala Minha sedikit.
“Amboi, gatalnya. Comel ke abang tu?” tanya Juniel lagi.
“Akak kenal ke? Akak tak jawap lagi soalan Minha.” Rengek Minha manja.
“Mungkin kot. Dah, akak dah jawap. Ni Minha jawap soalan akak, comel ke abang tu?” soal Juniel ingin tahu.
“Comel sangat! Sesuai dengan akak. Akak kenal abang tu kan? Akak rasa abang tu comel tak?” soal Minha pula.
Juniel mengembungkan mulutnya lagi. Ah, adik beradik sama sahaja. (o^,^o)
“Ala..akak tak jawap pun Minha tahu jawapannya. Kalau Minha yang kecik ni pun boleh cakap abang tu comel, apatah lagi akak. Anyway, kenapa akak dengan Kak Moon macam nak lari je dari abang berdua tu? Kita pindah pun akak tak bagitahu sebab apa.” Minha mula membebel-bebel dengan gaya budak kecilnya.
Juniel menjeling Minha.
“Hey, Minha tahu tak Minha ni banyak cakap?” kata Juniel. Tidak tahu mahu balas apa dengan pertanyaan Minha. Lagipun, Minha masih kecil. Tidak mengerti hal orang dewasa.
“Minha rindu rumah lama kitalah akak. Rumah baru ni tak boleh main-main macam kat rumah lama. Tak best. Kenapalah kita pindah. Macam tak ada motif je. dah la barang Minha tu banyak lagi kat rumah lama. Akak Moon tak kasi ambil pulak tu. Dah tu, siap suruh rahsiakan dari semua orang pulak tu kita pindah kat mana.” Bebel Minha, tidak mempedulikan kata-kata Juniel yang mengatakan dia banyak cakap.
“Kita pindah ni terlalu banyak motifnya, Minha. Pasal barang tu, Minha yang sengaja tinggalkan betul tak? Saja nak cari alasan nak pergi rumah lama. Lagipun barang apa lah sangat. Mainan je banyak.” Balas Juniel.
“Memang lah banyak mainan, Minha kecik lagi. Akak ni pun satu, nak pindah bukannya jauh-jauh. Dekat-dekat jugak. Jagalah akak, kalau ada orang nak tinggal kat rumah tu. Minha taknak cakap dengan akak selama sebulan. Eh, lama sangat. Seminggu!” Minha mengugut.
“Minha ni kenapa? Sabar ajelah. Nanti kita pindah lah balik dekat rumah lama tu. Kita pindah ni bukannya main-main tahu tak? Ada masalah sikit, sebab tu lah.” terang Juniel yang semakin tidak sabar dengan Minha.
“Eleh, cakap aje lah akak lari dari pakwe. Merajuklah tu. Gedik lah akak ni.” Usik Minha. Dia terus lari apabila melihat Juniel membesarkan matanya.
Juniel mengejar Minha.
“Minha!! Minha ni suka sangat kenakan akak tahu tak? Nak lari mana tu?” Juniel mencekak pinggang menghadap Minha yang tersengih-sengih di belakang gelongsor.
Sedikit Juniel bergerak, Minha sudah lari. Juniel terus mengejar. Kecoh taman itu dengan jeritan Minha.
“Ahh!” Juniel menjerit sambil memegang kepalanya. Dia menundukkan badan. Minha terasa cuak. Dia melangkah ke arah kakaknya. Takut akaknya sakit secara tiba-tba.
“Kak, akak okey? Minha minta maaf. Akak okey tak ni?” tanya Minha.
Juniel terus bangun. Dia ketawa besar.
“Haha, Minha kena tipu. Akak tak ada apa-apa lah. Dapat Minha!” Juniel terus memeluk adiknya itu. Mereka terduduk di atas rumput. Minha membuat muka masam.
“Akak ni jahat betul lah!” Minha merenggangkan pelukan. Dia bangun ingin menjauhkan diri dari akaknya.
“Ala, Minha merajuk ke?” Juniel bertanya. Minha memeluk tubuh membelakangkan Juniel. Juniel tersenyum nipis melihat perangai manja adiknya itu.
“Minha jangan lah macam ni. Akak main-main je. Minha yang mulakan.” Pujuk Juniel.
“Akak suka buat Minha risau.” Marah Minha.
Juniel diam. Dia tidak tahu mahu memujuk dengan cara apa lagi. Akibat penat berfikir, kepala Juniel terasa sakit. Kepalanya dipegang. Kali ini sakitnya betul-betul datang.
“Minha..” panggil Juniel.
Minha masih merajuk. Dia tidak memandang Juniel.
“Minha.. akak sakit ni.” Juniel mula menitiskan air mata.
“Akak tipu.” Sahut Minha.
Juniel tidak menjawap. Dia sudah terbaring menahan sakit. Minha yang tidak mendengar jawapan akaknya, terus berpaling.
“Kak!” Minha meluru ke arah Juniel.
“Minha minta maaf. Minha tak tahu akak betul-betul sakit. Akak nak Minha buat apa ni? Minha tak tahu nak buat apa. Minha bukannya doktor.” Akibat terlalu takut , Minha mula bercakap yang bukan-bukan.
“Ambil telefon akak. Call akak Moon.” Suruh Juniel. Dia cuba untuk bertenang. Minha melakukan apa yang disuruh oleh Juniel.
“Hello, kak. Kak Jun sakit. Tadi kitorang main kejar-kejar. Akak datang lah sini, bawak Kak Jun pergi hospital. Cepat tau!” pesan Minha. Dia menutup telefon dan diletakkan ke tepi.
“Maafkan Minha, kak.” Minha teresak-esak. Juniel mengangguk juga dalam kepayahan.



Moon sedang merapikan baju yang tersarung di badannya. Juniel menyediakan makanan di atas meja kecil. Sarapan untuk Moon dan Minha. Minha sudah siap memakai baju tadikanya. Kejap lagi Juniel harus menghantarnya ke sekolah.
Moon duduk di lantai. Minha juga. Beg diletakkan di tepi. Juniel meletakkan nasi ke dalam mangkuk.
“Hari ni biar akulah yang hantar Minha.” Cadang Moon. Minha mengangguk setuju. Juniel yang sedang mengaut nasi terberhenti perbuatannya.
“Tak payah. Aku okey.” Tolak Juniel.
“Ala, akak ni memang degil kan Kak Moon? Kalau sakit macam hari tu lagi macam mana?” Minha mula menunjukkan riak risau. Dia mencapai mangkuk nasi yang dihulur oleh Juniel. Minha mula untuk makan.
“Memang degil pun. Biarlah aku yang hantar. Kau kena duduk rumah je tahu tak?” nasihat Moon.
Juniel menggelengkan kepalanya.
“Betul tu. Akak kena duduk rumah je. Kalau sakit nanti senang. Nanti jadi macam hal dekat taman hari tu.” Kata Minha dengan mulutnya menguyah makanan.
“Itu Minha la yang buat kan?” usik Juniel.
“Akak!” Minha menjerit kecil.
“Hish, sudah lah. Kau tu tak boleh banyak berfikir tahu tak? Biar aku je yang hantar Minha. Dia pun taknak susahkan akak dia ni.”ujar Moon.
Juniel mengeluh. Mangkuk ditangannya diletakkan di atas meja.
“Moon please. Kau buat aku makin fikirkan penyakit aku ni tahu tak? Tolonglah, layan aku macam orang biasa. Aku tak suka lah macam ni.” Ujar Juniel.
Moon terkedu. Minha menghentikan suapannya lalu memandang Juniel. Moon pula mengeluh. Dia mengangguk.
“Fine. Kau ni kalau dah sedih-sedih macam ni, karang banjir satu rumah. Okey, aku setuju. Kau hantarlah adik kau.” Moon memegang tangan Juniel.
“Yay!” Juniel terus bertukar mood menjadi gembira. Dia tersenyum pada Minha dan Moon yang masing-masing membuat riak muka risau akan Juniel. Mereka sudah menggeleng-gelengkan kepala.


Minhyuk membuka peti ais. Dia baru sahaja baik daripada demam. Ini kerana Ricky yang tak habis-habis setiap masa memberi nasihat dan ubat percuma kepada Minhyuk.
Minhyuk melihat-lihat apa yang ada di dalam peti ais itu. Tangannya mencapai sebiji epal lalu dia menutup pintu peti ais. Dia melangkah ke ruang tamu. Ricky sedang bersantai sambil menonton televisyen. Dia duduk disebelah Ricky.
“Kau tengok cerita apa ni?” Tanya Minhyuk bosan. Epal itu digigit lalu dikunyah perlahan.
“Kau bukannya layan cerita ni. Eh, kau tak cadang nak keluar ke ha? Terperap dalam rumah, macam orang baru putus hubungan.” Soal Ricky. Matanya masih melekat di televisyen.
“Cakap orang, dia pun sama.” Ejek Minhyuk.
“Aku tak apa. At least aku keluar bilik, bukan macam kau. Ni, aku ada berita pasal Moon dengan Jun.” Ujar Ricky.
Mata Minhyuk terbeliak. Dia terus memandang Ricky.
“Pasal apa ni?” Soal Minhyuk berminat. Epal di tangan sudah separuh dimakannya.
“Diorang dah bukak balik restoran tu. Aku ternampak iklan pemberitahuan dekat satu kedai hari tu.” Kata Ricky
“Mana kau tahu ni?”
Ricky menepuk dahi. Muka Minhyuk dipandang dengan wajah geram. Dia mengetuk dahi Minhyuk.
“Itulah aku cakap. At least aku keluar rumah. Berusaha sikit. Bukan macam kau ni ha.” Balas Ricky.
Minhyuk terdiam. Dia masih mengunyah epal. Ya tak ya jugak. Entah kenapalah selama ini dia terlalu bodoh? Dia hanya tahu meratapi kehilangan Juniel tetapi tidak pernah mahu keluar dan mencari Juniel. Ah, bodohnya aku!
“Aku nak keluar kejap.” Putus Minhyuk.
Ricky hanya memandang kelibat Minhyuk yang masuk ke biliknya.
Minhyuk menghabiskan epal di tangan lalu membalingnya ke tong sampah yang berhampiran dengan almari. Baju yang dipakainya sekarang ditukar dengan segera. Kemudian, dia terus keluar.
Kereta Ferrari berwarna hitam miliknya meluncur laju di jalan raya. Hati dan fikiran Minhyuk tidak henti-henti bercakap. Bertanya itu dan ini. Kemana dia harus mencari Juniel? Di restoran Jun dan Moon? Bagaimana jika mereka tiada di restoran sewaktu ini? Bagaimana sekiranya jika dia bertemu dengan Jun, Jun tidak mahu menerimanya lagi? Pelbagai soalan yang Minhyuk tidak pasti jawapannya. Tetapi di antara soalan-soalan itu, soalan terbesar dalam fikirannya adalah...adakah Jun masih menyayangi dirinya?
Minhyuk mengelamun hingga tidak sedar pemanduannya sudah melepasi tahap biasa. Dia melanggar lampu merah. Keretanya hampir dirempuh sebuah lori. Minhyuk tersedar. Dia menekan brek secara mengejut. Kemudian, Minhyuk tidak sedar apa-apa lagi.



Juniel memandang Minha sehingga adiknya itu masuk ke dalam sekolah. Dia tersenyum. Kemudian, Juniel berpaling dan berjalan pulang. Dia memeluk tubuhnya yang kesejukan. Telapak tangannya digosok dan ditiup-tiup. Ingin memberi kepanasan pada dirinya.
Juniel berjalan perlahan-lahan di atas jalan raya itu. Sempat Juniel mengelamun. Dia memikirkan masa depannya. Ahh, alangkah bagusnya jika dia dapat berkahwin dengan Minhyuk. Duduk di atas pelamin yang indah. Pergi berbulan madu. Dan kemudian memiliki sepasang anak kembar. Ah, bahagianya!!
Juniel tersenyum dalam angan-angannya.
“Brang!!” Lamunan Juniel hilang. Langkahnya terhenti apabila melihat kepulan asap yang tebal di hadapannya. Orang ramai berpusu-pusu ke tempat kejadian. Hati Juniel berdebar. Dia turut melangkah dengan perlahan. Dadanya yang tiba-tiba bergetar hebat disentuh. Kenapa pula ni?
“Telefon ambulans cepat! Dia masih hidup!” Jerit seorang pejalan kaki di situ. Ada seorang lelaki yang terus mengeluarkan telefonnya untuk menelefon ambulans ke tempat kejadian.
Juniel tunduk untuk melihat mangsa kemalangan itu. Dia terus menutup mulutnya. Darah yang keluar dari badan lelaki itu menitik di jalan raya. Kereta itu juga sudah remek dilanggar lori. Pemandu lori itu juga pengsan tidak bergerak. Juniel memandang dengan riak tak percaya.
“Bau apa ni? Sesiapa ada hidu bau ni?” Tanya seorang perempuan. Dia menutup hidungnya. Juniel juga berbuat demikian. Keadaan makin kecoh.
Seorang lelaki mendekati kereta itu. Kemudian dia menjauhinya.
“Tolong berundur! Tangki minyak bocor! Kereta dan lori ini mungkin akan meletup!” Arah lelaki itu. Mungkin dia arif tentang hal kereta.
“Keluarkan mangsa! Mereka masih hidup. Takkan kita nak biarkan sahaja?!” Juniel masih menutup hidung dan mulutnya. Ramai pejalan kaki yang lain sudah berundur.
“Betul juga! Tolong saya keluarkan mangsa. Lebih baik kita keluarkan pemandu lori dahulu! Cepat!” Lelaki tadi terus menuju ke arah lori. Tiga lagi lelaki yang sanggup membantu segera mendekati. Pemandu lori itu sempat dikeluarkan.
Lelaki tadi terus bergerak menghampiri dengan yang lain. Juniel cuak. Seorang lagi mangsa, mereka  tidak keluarkan.
“Pergi ambil pemandu kereta tu!” Juniel berkata.
“Keadaan dia terlalu teruk. Dia tersepit di dalam kereta. Saya tak mahu mengambil risiko.” Tolak lelaki itu.
“Tapi ada satu nyawa lagi yang bakal terkorban. Takkan itu pun kita nak biarkan pula!” Marah Juniel. Dia mula beremosi.
Lelaki tadi menggeleng tanda tidak sanggup. Juniel menarik nafas geram. Scarf yang diselitkan di lehernya di cabut. Begitu juga dengan beg kecilnya. Dia bergerak ke arah kereta itu. Niatnya cuma satu, ingin menyelamatkan lelaki yang kemalangan ini. Lelaki ini masih hidup!
“Cik, berbahaya lah! Jangan menghampiri kereta itu!” Jerit mereka. Ada seorang lelaki ingin menghalang Juniel tetapi Juniel menolak lelaki itu. Mereka ini semua pengecut!
Juniel tunduk melihat lelaki yang kemalangan itu. Dia membuka pintu kereta. Tiba-tiba mualnya datang melihat darah yang begitu banyak menutupi muka mangsa. Tetapi dia menyabarkan hatinya. Dadanya diurut bagi menghilangkan rasa mual.
Juniel mengambil tangan mangsa. Dia tidak peduli. Dia harus menyelamatkan lelaki ini. Dia tidak tahu kenapa dia rasa bertanggungjawap dalam hal ini. Dia tidak mempedulikan jeritan orang luar yang meminta dia menjauhi kereta itu.
Bau minyak yang tertumpah menusuk hidung Juniel lagi. Dia harus cepat. Tangan mangsa diletakkan ke atas bahunya. Dia segera menarik mangsa. Darah juga sudah membasahi bajunya. Dia tidak peduli. Dengan sekuat hati, dia menarik badan lelaki yang tidak sedarkan diri itu. Kaki mangsa yang tersepit di ruang memandu itu menyukarkan kerja Juniel. Tetapi dia tetap berusaha.
Kereta itu sudah pun terbakar di bahagian belakangnya. Asap yang menebal makin membuatkan Juniel berputus asa. Juniel mengerdipkan matanya yang terasa pedih. Dia harus mencuba juga!
Akhirnya dengan susah payah, dia dapat juga mengeluarkan mangsa. Pintu kereta itu runtuh. Dengan bantuan orang lain, mangsa dibawa jauh dari kereta. Sebaik sahaja Juniel membawa lelaki itu keluar, kereta itu meletup dan menimbulkan asap yang agak besar. Juniel ditarik ke tepi oleh seorang wanita yang prihatin.
Juniel memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia cuba menahan sakitnya itu apatah lagi apabila melihat ambulans sampai. Dia melihat wajah mangsa yang baru sahaja diselamatkan tadi. Juniel menutup mulut kerana terkejut. Air matanya bergenang di kelopak mata.
“Jonghoon?!” Juniel terjerit kecil. Saat itu dia teringat bagaimana kejamnya Jonghoon melakukan pertaruhan bersama Minhyuk. Saat itu juga dia teringat bagaimana Minhyuk yang berpura-pura bahagia padahal ingin membalas dendam padanya. Juniel terasa amat bodoh kerana telah menyelamatkan Jonghoon.


Minhyuk tersedar dari pengsannya.  Dia membuka mata perlahan-lahan. Dia masih tidak tahu apa yang terjadi. Yang dia tahu, dia terlibat dalam kemalangan, dahinya terhantuk pada stereng kereta. Dan sekarang ini yang dia tahu, dia telah berada di dalam hospital. Ricky berada di sebelahnya dengan riak wajah risau.
“Aku kat mana?”
Ricky menampar muka Minhyuk perlahan.
“Aduh, kau ni kenapa? Tiba-tiba je?” Marah Minhyuk. Dia memegang pipinya.
“Aku suruh kau keluar bukannya untuk langgar lampu merah! Kau ni kan, memang suka susahkan aku, tahu tak?!” Ricky pula memarahi Minhyuk.
Minhyuk tersengih.
“Aku tak ada apa-apa kan? Releks lah.” Minhyuk menjawap bersahaja. Ricky geram. Dia menampar lengan Minhyuk. Agak kuat tamparannya itu. Minhyuk mengaduh.
“Kau boleh main-main lagi?! Kalau mati betul-betul tadi, tak sia-sia je tahu tak? Kau ni kan. Itulah, padahnya orang putus cinta. Duk berangan tak sudah. Karang nyawa melayang, angan ke mana.” Ujar Ricky lagi.
“Kau ni serious sangat lah. Ni pun kena bersyukur tahu tak? Nasib baik aku tekan brek. Kalau tak, melayang.” Minhyuk masih cuba untuk bergurau.
“Hotak kau! Nasib baik pulak. Kalau aku tahu, baik aku suruh je pemandu lori tu langgar kau. Kau tahu tak dia pulak yang sekarang ni cedera parah. Nak elak kau punya pasal, dia terlanggar penghadang jalan.” Terang Ricky.
“Betul ke? Kat mana dia? ICU?” Tanya Minhyuk. Tiba-tiba perasaan bersalah menyerbu di dalam hatinya.
“Tahu pun cuak. Tak, dia kat wad biasa. Aku tipu je, dia tak cedera parah pun. Tapi yang betulnya, sebabkan nak elak kau, dia terlanggar penghadang jalan. Kau ni memang teruklah!” Ricky menepuk Minhyuk.
Minhyuk hanya ketawa walaupun dia geram kerana ditipu. Dia ingin bangun. Ricky terus membantunya. Setelah bangun, Minhyuk membelek badannya. Dia hanya luka kecil. Kepalanya sahaja yang dibalut. Mungkin kerana dia terhantuk pada stereng kereta.
“Eh, kereta aku kat mana?” Soal Minhyuk.
Ricky menjeling. Dah masuk hospital pun pasal kereta yang difikirkannya.
“Aik? Kereta tu dah tukar jawatan ke? Jadi makwe kau pulak? Buat apa kau kesah pasal kereta.” Ricky mencebik.
“Hello, hanya Jun makwe aku. Dahla, betul-betul lah sikit. Kat mana kereta aku?” Tanya Minhyuk lagi. Dia bercakap gaya-gaya gedik melampau.
“Eii, kau ni kan. Kereta kau ada kat bengkel. Geli betul ayat kau. Hanya Jun makwe aku.” Rciky mengajuk kata-kata Minhyuk.
Minhyuk ketawa lagi melihat muka meluat Ricky. Tetapi betul apa yang dia katakan. Memang Juniel seorang sahaja makwenya, yang masih diingat-ingat sehingga sekarang. Kat manalah Juniel agaknya.


Juniel duduk di ruang menunggu. Jonghoon sudah pun di dalam ICU. Tidak tahu kenapa dia masih tidak mahu pulang. Juniel mengelap air matanya yang mengalir di pipi. Juniel sedih tetapi hanya air mata yang mengalir. Juniel sudah penat untuk menangis sebenarnya. Cuma dia terlalu lemah.
Bagaimanalah dia boleh berjumpa dengan Jonghoon? Dan pula, dia boleh membantu Jonghoon. Sedangkan, apa yang sudah dilakukan oleh Jonghoon dahulu? Kerana Jonghoon, dia terikat dengan Minhyuk. Kerana Jonghoon dia mengenali lelaki yang bernama Minhyuk.
Dia masih berasa sedih mengenai hal itu. Tetapi dia tidak tahu mengapa dia terasa berat untuk bangun dan pergi. Juniel memandang sekeliling. Di sebelahnya, terdapat seorang wanita yang turut resah.
“Akak, akak tunggu siapa?” Tanya Juniel ramah.
“Akak tunggu suami akak. Dia kemalangan.” Jawap wanita itu.
Juniel tersenyum pada wanita itu. Dia memandang ke hadapan semula. Berapa ramai orang yang kemalangan hari ini? Hatinya tertanya-tanya.
“Suami akak dekat dalam ni?” Tunjuk Juniel pada wad ICU di hadapannya itu.
“Eh, tak. Dia cuma di wad biasa. Cuma doktor masih memeriksa dia.” Terang wanita itu. Juniel mengangguk tanda mengerti.
Seorang doktor menghampiri mereka. Juniel bangun begitu juga dengan wanita tadi.
“Mrs. Lee?” Tanya doktor itu. Juniel memandang wanita di sebelahnya.
“Ya saya.”
“Suami awak dalam keadaan baik. Cuma dia masih perlukan rehat yang banyak. Pastikan dia tidak terlalu bergerak. Dan awak dibenarkan berjumpa dengannya.” Kata doktor itu sambil tersenyum
“Terima kasih doktor.” Ujar wanita itu sebelum berlalu pergi.
Juniel tersenyum melihat gelagat wanita itu. Tentu dia gembira kerana suaminya tidak apa-apa.
“Sesiapa pun akan gembira apabila mengetahui orang yang kita sayangi terselamat dari kemalangan.” Ujar doktor itu.
Juniel memandang doktor muda itu. Boleh tahan mukanya.
“Err.. Ya.”
Juniel membalas sebelum doktor itu meminta diri untuk pergi. Juniel lega. Riak muka doktor itu menakutkannya.
Juniel duduk. Kemudian dia bangun semula. Tiba-tiba dia berasa resah semacam. Dia berasa gementar. Ah, kenapa pula ini. Juniel terasa ingin mengamuk. Dia bangun semula. Dengan perlahan, Juniel mengatur langkah ke bilik air.
Tiba di satu wad, dada Juniel makin berdebar. Dia berhenti di hadapan bilik wad itu. Entah kenapa dia terasa ingin membuka pintu wad bernombor 1501 itu. Tangannya berada di tombol pintu wad.  Dia sudah berkira-kira mahu membukanya. Tetapi kemudian dia menarik tangannya.
“Haish, kenapa dengan aku ni?” Juniel bertanya pada dirinya sendiri. Apabila terdengar suara seseorang sedang ketawa, Juniel terus pergi. Debaran di hatinya tidak dihiraukan.


“Ricky...” Panggil Minhyuk.
Ricky memandang. Dia menjongketkan kening.
“Teman aku pergi tandas. Nak buang air lah.” Pinta Minhyuk.
Ricky menepuk dahi. Dia menutup majalah yang dibacanya.
“Kau ni penakut betullah. Pergi je kenapa?” Ricky mencekak pinggang.
“Ala, please??” Minhyuk cuba membuat muka comel sambil mengenggam tangannya.
“Ei, makin lama makin gedik aku tengok kau ni. Jomlah!” Ajak Ricky.
Minhyuk ketawa. Dia bangun dari katil dengan bantuan Ricky. Tombol pintu dipulas oleh Ricky. Minhyuk keluar. Kemudian dia pula memegang tombol pintu dari luar.
“Silakan.” Ujar Minhyuk. Sempat dia bergurau dengan Ricky. Ricky menjulingkan matanya sebelum keluar.
Minhyuk ketawa lagi. Dia menarik tangannya dari tombol pintu itu. Tangannya dipandang sewaktu berjalan ke bilik air. Kenapa dia rasa lain macam sewaktu memegang tombol pintu itu? Tombol pintu itu seperti baru dipegang oleh seseorang. Panas.
Minhyuk keliru. Tetapi akibat malas ingin merungkaikan ‘misteri’ itu, dia hanya melupakan hal itu. Tombol pintu pun ingin dihiraukan. Apalah.


Juniel memandang imbasan dirinya di dalam cermin. Dia dapat melihat bajunya yang dilumuri darah Jonghoon. Darah itu sudah pun kering. Jika mahu basuhnya sekarang, pasti basah satu badan. Dia tetap kena basuh darah itu di rumah. Scarfnya yang sudah kotor kerana dicampak juga dimasukkan ke dalam beg.
Nampaknya Juniel terpaksa pulang sekarang juga. Tetapi sebelum itu, dia harus mengetahui keadaan Jonghoon. Sebentar tadi, dia telah menandatangani borang persetujuan pembedahan jonghoon. Ini kerana pihak hospital tidak dapat menghubungi sesiapa pun ahli keluarga atau sesiapa yang berkaitan dengan jonghoon. Untuk keselamatan, Juniel bersetuju menandatangani dokumen itu.
Juniel berjalan semula ke ruang dia menunggu sebentar tadi. Sampai sahaja di situ, dia ternampak doktor yang sebentar tadi menyerahkan borang persetujuan kepadanya. Juniel terus menghampiri doktor itu.
“Doktor..” Panggil Juniel perlahan.
Doktor itu berpaling. Dia mengarahkan jururawat yang bersamanya itu supaya pergi dahulu.
“Macam mana keadaan pesakit?” Tanya Juniel.
“Oh, Jonghoon? Dia dah melepasi tahap kritikal. Dia memang patut berterima kasih pada awak sebab awak buat keputusan yang tepat dan pantas. Cuma, sebenarnya apa hubungan cik dengan dia?” Tanya doktor itu.
Juniel mengembungkan pipinya. Kemudian dia menggigit bibir.
“Err..saya tiada apa-apa hubungan dengan dia. Cuma kenalan biasa sahaja.” Terang Juniel. Terpaksa.
“Oh, baiklah. Tapi..dia masih koma. Cik ada kenal dengan keluarga dia? Atau nombor telefon keluarga dia yang lain? Kami perlukan semua itu untuk menguruskan kemasukan nama dia sebagai pesakit. Jika tidak dia terpaksa keluar.” Tanya doktor itu.
“Err.. Tak adalah pula. Saya memang kenal dia cuma tak berapa rapat. Tak apalah, begini. Saya mewakilkan keluarga dia. Saya minta pihak hospital teruskan merawat dia sehingga dia sedar. Dan kemudian, saya akan cari ikhtiar tentang hal keluarga dia.” Ujar Juniel.
“Baiklah kalau begitu. Saya ada hal sekarang ini. Kalau cik mahu menjenguk dia, dia sudah dipindahkan ke wad biasa, 1503.” Kata doktor itu sambil melihat jam di tangannya.
“Baik, doktor. Terima kasih.” Juniel menundukkan kepalanya. Dia hanya melihat doktor itu pergi. Juniel pula berkira-kira sama ada mahu pergi melihat Jonghoon atau terus sahaja balik.
Akhirnya Juniel membuat keputusan untuk menjenguk Jonghoon dahulu. Dia berjalan menuju ke bilik wad yang disebutkan. Juniel memulas tombol pintu. Dia masuk dengan perlahan. Wajah Jonghoon yang sedang koma dipandang. Juniel hanya menahan rasa marahnya.
Tidak mungkin pula dia mahu membunuh seseorang. Tapi itu lah yang dirasanya sekarang. Sekiranya tadi dia tahu orang yang dia selamatkan itu adalah Jonghoon, dia tidak pasti apakah dia akan menyelamatkan Jonghoon atau tidak.
Waktu itu, Minhyuk sudah pun balik dari tandas bersama Ricky. Dia melalui wad 1503. Tiba-tiba dia berasa lain macam. Minhyuk berhenti. Ricky pula sudah masuk ke dalam wad minhyuk. Minhyuk memandang dari kaca pintu wad. Kelihatan seorang gadis sedang berdiri memandang orang yang terbaring di atas katil.
“Kasihan. Mungkin dia sedih bila tengok teman lelakinya terbaring di hospital. Hurmm, agak-agak Jun risau tak kalau tahu aku dekat hospital. Ah, tapi aku bukannya cedera serius.” Minhyuk menampar pipinya. Dia seperti kasihan pada gadis itu. Tapi apa nak buat? Tiada apa yang boleh dilakukan.
Minhyuk masuk ke dalam wadnya semula. Saat itu juga, Juniel membuka pintu wad 1503. Dia berdiri di hadapan pintu itu. Menarik nafas yang agak panjang sebelum melangkah pergi.
Ah, Minhyuk dan Juniel. Kalaulah mereka tahu betapa dekatnya mereka sewaktu itu. Kalaulah mereka tahu, mereka berada di tempat yang sama ketika itu. Juniel memejam mata untuk meredakan perasaan marah dan berdebarnya. Pelik juga dia, kenapalah dadanya tidak berhenti berdebar semasa di dalam hospital itu.


“Apa? Kau selamatkan dia?!” Moon menghentak gelas yang mengandungi air teh itu ke meja. Dia memandang muka Juniel. Juniel pula tunduk sambil turut memegang gelas.
Juniel mengangguk lalu meneguk air. Moon menepuk dahinya. Dia sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kau ni lah. Macam manalah kau boleh selamatkan dia ni? Kan elok kau biar je dia mati kat tengah jalan. Orang macam dia tu rugi je kau buat baik.” Kata Moon.
Juniel termenung. Dia memandang gelas yang dipegangnya dengan pandangan kosong. Tidak tahu mahu balas apa pada Moon lagi. Memandangkan dia pun rasa seperti tidak wajar perbuatannya menolong orang yang telah menyakiti hatinya. Juniel diam tidak berkutik.


Taemi memeriksa pesakit di bilik 1503 itu. Dia mencatat sesuatu di atas kertas. Taemi memeriksa air yang disambungkan ke badan pesakit, nadi dan segala-galanya. Semasa Taemi sedang mencatat, dia mendengar seseorang bercakap.
“Apa..yang dah jadi ni?” Jonghoon memegang kepalanya yang sakit. Dia ingin membuka mata tetapi cahaya lampu yang terlalu silau membuatkan dia sukar berbuat demikian.
“Awak dah sedar?” Taemi menegur. Jonghoon ingin bangun tetapi dihalang oleh Taemi.
“Tunggu. Awak berada dalam hospital kerana mengalami kemalangan. Jangan bangun, kalau tidak keadaan awak mungkin lebih teruk.” Ujar Taemi. Dia tersenyum pada Jonghoon.
Jonghoon pula masih cuba membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya masih dipegang sambil tangannya yang sebelah lagi ditahan oleh Taemi kerana dia ingin bangun. Dia membuka mata. Dihadapannya ada seorang jururawat yang memegang fail.
“Saya..” Jonghoon ingin berkata sesuatu.
“Awak kena berehat. Saya panggilkan doktor untuk memeriksa awak sebentar.” Ujar Taemi lalu keluar tanpa menunggu jawapan dari Jonghoon.
Jonghoon terpinga-pinga. Dia kemalangan? Ya, dia memang kemalangan. Jonghoon ingat, hari itu dia sedang mabuk. Dia membawa kereta dengan laju dan yang dia ingat samar-samar sebuah lori sedang menuju ke persimpangan bertentangan dengan keretanya. Dia masih sedar saat dia di dalam kereta dengan berlumuran darah. Ada seorang gadis yang sanggup membantunya. Tetapi sebaik sahaja dia mendengar bunyi letupan, dia sudah pengsan dan tidak ingat apa-apa.
Jonghoon cuba mengingati tarikh kemalangan itu. Sudah berapa lama dia di hospital? Jonghoon cuba memandang sekeliling jika ada kalendar di dalam bilik wad itu tetapi tiada.
“Baguslah awak dah sedar. Awak ada rasa sakit di mana-mana?” tanya doktor yang baru sahaja masuk ke dalam wad itu bersama jururawat tadi.
Jonghoon menggeleng. Dia hanya  membiarkan doktor itu membelek-belek badannya.
“Hari ini hari apa?” tanya Jonghoon.
Doktor itu membuat muka terkejut sebelum menjawap pertanyaan Jonghoon.
“Hari ini hari Khamis. Kenapa? Awak dah seminggu koma. Nasib awak baik kerana cepat dibawa ke hospital. Oh ya, pihak hospital sudah banyak kali menghubungi keluarga awak tetapi masih tidak dapat. Awak memerlukan rawatan segera jadi kami minta kawan awak menandatangani dokumen persetujuan.” Ujar Doktor itu sambil mencatat lagi.
“Kawan saya?”
“Ya, kawan awak. Dia yang tandatangan.” Kata doktor itu sambil tersenyum. Dia memberi isyarat mata supaya Taemi menghulur alatan memeriksanya.
Jonghoon terdiam seketika. Sebaik sahaja doktor itu ingin melangkah keluar, Jonghoon bertanya.
“Boleh saya tengok dokumen persetujuan itu?” pintanya.
Doktor itu berpaling buat seketika. Dia berfikir.
“Saya...” Jonghoon kematian kata-kata untuk menerangkan tujuannya meminta dokumen itu. Dia hanya memandang doktor itu dengan wajah seperti meminta simpati.


Jonghoon menekan loceng rumah. Dia hanya menunggu dengan sabar. Dia bersandar di tepi dinding. Tidak lama kemudian, pintu rumah dibuka oleh seseorang.
“Siapa tu..” Moon berhenti bertanya. Senyumannya mati. Lidah Jonghoon juga menjadi kelu. Segala ayat yang disusun di dalam kepala juga sudah berterabur kembali. Moon berkira-kira mahu menutup pintu semula. Dia memegang tombol pintu.
“Nanti.” Jonghoon menahan.
Moon mendengus. Dia memandang muka Jonghoon dengan marah.
“Apa yang awak nak lagi? Tak puas lagi nak sakitkan hati kawan saya?” jerkah Moon. Jonghoon kehilangan kata-kata lagi.
“Saya nak...”
“Macam mana awak boleh dapat alamat rumah ni?” Moon bertanya pula. Jonghoon mengurut tengkuknya. Melihat Moon yang kelihatan terlalu marah membuatkannya tidak boleh berkata apa-apa.
“Saya nak minta maaf.” Ujar Jonghoon. Riak muka Moon berubah. Dia melonggarkan daun pintu lalu menarik tangan Jonghoon untuk duduk di atas kerusi panjang di halaman rumah. Pintu ditutup kembali. Moon mundar-mandir di hadapan Jonghoon.
“Apa sebenarnya tujuan awak? Saya tak faham kenapa awak perlu datang sini.” Tanya Moon. Dia mencekak pinggang memandang Jonghoon.
“Percayalah, saya tak ada apa-apa tujuan lain selain dari minta maaf! Saya nak jumpa dengan Jun. Saya nak minta maaf dan saya juga nak ucap terima kasih pada dia.” Terang Jonghoon.
“Jun tak ada.” Kata Moon.
“Tak mungkin.”
“Sudahlah! Awak pergilah balik. Jun dah tak ada kena-mengena dengan awak lagi. Terutama dengan kawan awak tu. Awak pergilah. Tolong jangan kacau dia lagi.” pinta Moon.
“Moon..” Juniel dari dalam rumah memanggil Moon. Serasanya tadi dia terdengar suara seseorang bertekak di luar rumah. Juniel membuka pintu. Apabila ternampak Jonghoon dan Moon, dia terus kaku.
Moon menjeling Jonghoon yang sudah berdiri.
“A..awak nak apa?” tanya Juniel agak tergagap.
“Saya dapat tahu awak yang selamatkan saya masa kemalangan hari tu. Saya nak ucap terima kasih. Dan... saya nak minta maaf. Atas apa yang saya dah buat antara awak dengan Minhyuk.” Jelas Jonghoon.
Juniel menunduk.
“Saya dah maafkan awak.” Ujar Juniel perlahan. Dia memandang ke arah lain.
“Jun?” tegur Moon.
“Antara saya dengan Minhyuk dah tak ada apa-apa. Jadi awak tak perlu cari saya lagi.” Juniel berkata.
“Tapi saya terhutang nyawa dengan awak.”
Juniel tertawa kecil mendengar kata-kata Jonghoon. Moon hanya memandang mereka berdua silih berganti.
“Jangan jadikan alasan. Saya buat semua tu atas dasar kasihan. Lagipun awak boleh buat apa untuk ganti jasa baik saya tu?” kata Juniel dengan senyuman sinis.
“Saya sanggup buat apa sahaja.” Jonghoon.
“Baiklah, kalau macam tu. Apa kata awak kerja dekat restoran saya selama-lamanya.” Juniel memberi cadangan.
“Boleh!” Jonghoon kelihatan teruja.
“Jun, kau serius? Kau nak biarkan mamat penipu ni kerja dekat restoran kita? Kau biar betul Jun?” tanya Moon bertalu-talu.
Juniel mengendahkan Moon.
“Suis kepala awak putus ke? Agak-agak lepas kemalangan hari tu otak awak rosak kat mana-mana bahagian. Betul awak sanggup kerja dekat restoran saya?” tanya Juniel sekali lagi.
Jonghoon mengangguk. Dia betul-betul serius. Lepas dapat tahu Juniel lah orang yang telah membantunya, dia rasa sangat bersalah. Sungguhpun dia berniat jahat pada Juniel, tak pulak dia sanggup mengabaikan jasa Juniel. Dia terharu Juniel masih mahu menyelamatkannya sedangkan dia sudah menyakitkan hati Juniel dengan memisahkan Minhyuk darinya.
“Bagus.”
Moon menuju ke arah Juniel. Lengan Juniel dicuit.
“Kau serius ke apa?” tanya Moon dengan riak tidak percaya. Senang-senang sahaja Juniel setuju memaafkan Jonghoon.
“Aku tahu apa yang patut aku buat. Kita percaya je dia dulu buat masa ni. Kalau dia buat hal, aku tahu apa nak buat. Lagipun boleh aku pergunakan dia untuk kerja kat restoran tu. Kau cakap kita kekurangan seorang pekerja kan?” bisik Juniel.
Moon menggeleng-geleng melihat sikap tidak serius Juniel.
“Kau ni boleh pulak main-main. Hmm, lantak kau lah Jun. Baik sangat kau ni tahu tak?” Moon menunjal perlahan kepala Juniel.
Jonghoon hanya memandang Juniel dengan senyuman. Memang tekadnya dia ingin meminta maaf dari Juniel. Dia tahu dia berhutang nyawa dengan Juniel. Takkan semudah itu dia melupakan. Dia juga seorang manusia yang tahu baik budi jasa orang. Jonghoon terharu kerana Juniel masih sanggup menerima orang seperti dia. Dan tugasnya sekarang ini membuatkan Moon percaya bahawa dia betul-betul sudah berubah.


Hari itu hari pertama Jonghoon bekerja. Dia sudah menunjukkan ciri-ciri seorang pekerja yang baik. Sedikit sebanyak Moon sedar, Jonghoon memang berubah. Tetapi apa nak buat? Jonghoon berubah pun tidak boleh mengembalikan hubungan Juniel dengan Minhyuk semula.
Pelanggan hari itu cukup ramai. Walaupun tak cukup tangan, Juniel tetap gembira. Dengan kesibukannya, dia tiada masa mahu mengingati Minhyuk.
“Jonghoon, awak jaga kaunter jap. Saya nak pergi belakang.” Ujar Juniel. Dia menarik apron yang dipakai oleh Jonghoon. Ah, player pakai apron? Siapa sangka, kerana seorang wanita bernama Juniel, dia boleh berubah. Hati Jonghoon terdetik.
“Hey, koyaklah nanti.” Marah Jonghoon. Entah kenapa dia cepat mesra dengan Juniel. Dia suka melihat Juniel tersenyum.
“Hehe, dah pergi jaga kaunter.” Juniel menolak pula badan Jonghoon menuju ke kaunter. Dia tersengih. Terserlah perangai kebudak-budakkannya.
“Kalau saya curi duit, tak tahu tau.” Jerit Jonghoon pada Juniel yang sudah pun berlari ke belakang. Entah apa yang ingin dibuatnya. Mungkin tidak tahan ingin ke tandas. Jonghoon menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum melihat telatah Juniel.
“Jun, Jun. Kelakar betul.” Bisik Jonghoon pada dirinya sendiri.
Dia mengemas buku akaun yang berada di atas meja. Pen-pen yang bertaburan juga dikutip dan dimasukkan ke dalam satu bekas yang disediakan. Pada hari pertama bekerja pun dia dah dapat agak cara Juniel bekerja. Berterabur betul.
“Nan machi gummy machi. I’m like a gammy gammy.” Telefon Juniel berbunyi.
Jonghoon mencari dari mana datangnya bunyi itu. Dia menyelak sebuah buku berwarna merah jambu. Mungkin buku pribadi Juniel. Dia mengambil telefon Juniel. Ingin lihat siapakah yang menelefon.
“Moon?” Jonghoon teringat Moon tiada di restoran kerana pergi mengambil adik Juniel dari sekolahnya. Hari sudah tengahari. Ini ada apa hal pula? Nak jawap ke tak? Kalau aku jawap, Jun marah tak? Jonghoon berkira-kira mahu menjawap atau tak.
Akhirnya bunyi itu mati sendiri. Jonghoon terpaku melihat wallpaper telefon Juniel. Ingatkan semasa Juniel berkata bahawa dia sudah tiada apa-apa dengan Minhyuk, gadis itu sudah betul-betul melupakan Minhyuk. Tapi...kenapa wajah Minhyuk menghiasi skrin telefon itu.
Juniel yang baru keluar dari belakang mendekati kaunter. Dia agak terkejut melihat telefonnya berada di tangan Jonghoon. Dengan segera, dia merampas telefon itu dan diletakkan ke dadanya. Dia memandang Jonghoon tajam.
“Err..sori. Tadi phone tu berbunyi, ingatkan nak tolong angkat. Moon yang telefon. Tapi lepas tu tertutup. Maaf kacau barang peribadi Jun.” Ujar Jonghoon.
Juniel terdiam. Dia tahu pasti Jonghoon sudah melihat gambar Minhyuk. Dia memejam mata. Ah, sebenarnya dia malu dan juga sedih. Tetapi akhirnya dia mengangguk.
“No, it’s okey. Awak boleh pergi sekarang.” Balas Juniel. Dia segera meletakkan telefon itu ke dalam poket seluarnya. Buku diari di atas meja juga ditutup dengan segera.
“Awak nak halau saya ke?” gurau Jonghoon.
Dahi Juniel berkerut. Dia tersengih.
“Kalau awak nak blah pun boleh. Tak ada lah, saya suruh awak pergi lakukan kerja awak. Tapi kan..pintu restoran ni sentiasa terbuka. Kotlah, awak nak pergi. Bukan saya halang pun.” Juniel memulangkan paku buah keras.
“Hish!” Jonghoon membuat muka marahnya. Juniel ketawa.
Jonghoon melangkah keluar dari kaunter. Juniel teringat sesuatu. Rasanya dia perlu mendapat kepastian dari Jonghoon tentang diari itu.
“Oh ya, awak ada baca buku ni?” tanya Juniel.
Jonghoon mengerling. Buku merah jambu tu? Nasib aku tak baca, kalau tak?
Jonghoon menggeleng dengan senyuman.
“Don’t worry. Saya tak bukak pun. Sentuh tu yelah. Nak ambil telefon awak tadi.” Jonghoon berterus terang. Juniel mengangguk sambil mengembungkan pipi. Ah, tahukah Juniel betapa comelnya apabila dia berbuat begitu? Jonghoon terpana buat seketika. Tetapi kemudian dia tersedar. Pipinya ditepuk perlahan sebelum melangkah membuat kerjanya iaitu mengambil pesanan.


Hari sudah malam. Sudah tiba masa untuk pulang. Juniel masih meneruskan kerjanya. Dia masih menekan-nekan kalkulator.
“Jun, kau tak nak balik ke? Restoran ni dah lama tutup tapi kau tetap nak buat kerja kau. Ni, Minha dah mengantuk.” Ujar Moon. Dia mengusap kepala Minha perlahan. Untuk kesekian kalinya, Minha menguap.
“Ermm, sian nya adik kakak. Apa kata Minha balik dengan kak Moon dulu?” cadang Juniel.
Moon mengerut dahinya. Tetapi Minha yang memang sudah ngantuk terus mengangguk setuju.
“Habis tu kau nak balik dengan siapa?” Moon bertanya.
“Biar saya hantarkan Jun.” Jonghoon yang muncul dari belakang menawarkan dirinya. Dia pun baru sahaja selesaikan hal di dapur. Rasanya tak ada salah dia menumpangkan Juniel pulang memandangkan dia sudah pun tahu dimana mereka tinggal.
Juniel memandang Jonghoon sebentar. Kemudian dia memandang Moon dan Minha silih berganti.
“Jonghoon boleh hantarkan. Kau pergi lah balik dulu eh? Sian Minha.” Kata Juniel.
“Hish kau ni. Yelah, suka hati kau. Jonghoon, hantar Jun cepat tau. Kalau jadi apa-apa siap awak. Jun..jun. Patutnya kau lah balik dulu. Tak sedar diri betullah dia ni.” Di akhir katanya, dia sempat mengutuk Juniel. Moon mengangkat Minha yang sudah pun separuh lelap. Dengan bantuan Jonghoon, dia memasukkan Minha ke dalam kereta.
Juniel meneruskan kerjanya. Jonghoon sudah pun masuk. Keadaan sunyi seketika. Jonghoon tidak tahu mahu kata apa manakala Juniel sedang asyik dengan kerjanya. Jonghoon mengambil keputusan untuk membancuh air panas buat dia dengan Juniel.
Selesai membancuh air, dia ke hadapan semula. Dia mendekati Juniel yang sedang mengurut kepalanya.
“Awak okey?” tanya Jonghoon. Bahu Juniel disentuh. Juniel cuma menggeleng, cuba menafikan. Tetapi sakit kepalanya yang tiba-tiba datang, membuatkan dia rasa ingin menangis. Sudah lama kepalanya tidak sakit begini.
“Awak tak okey ni.” Jonghoon mengusap bahu Juniel. Dia menyandarkan Juniel ke belakang kerusi yang diduduki Juniel. Walaupun hatinya berdebar, dia tetap menyabarkan perasaannya.
“Tolong ambilkan ubat dekat kaunter.” Ujar Juniel. Dia menelan air liur yang terasa pahit. Jonghoon segera berlari menuju ke kaunter. Ubat apa? Dia menyelongkar habis laci yang berada di kaunter. Kemudian, dia terjumpa satu bekas ubat tertulis nama Juniel. Dia terus mengambilnya.
Ubat itu dihulur ke arah Juniel. Dengan segera, Juniel menelan ubat itu. air yang dibawa oleh Jonghoon diteguknya. Dia mengurut dadanya. Dia kembali bersandar. Matanya yang tadi tepejam rapat dibuka. Tetapi dia terasa mahu muntah, jadi dia hanya menutup mata menunggu sehingga sakit kepalanya hilang.
Jonghoon membelek-belek bekas ubat itu. Rasanya dia pernah lihat ubat ini. Dia membuka bekas itu. Dia mengambil sebiji ubat itu. Dahulu, dia ada seorang rakan yang membuat praktikal sebagai doktor. Jonghoon tertanya-tanya, Juniel sakit apa sebenarnya?
“Awak...” panggil Juniel. Jonghoon yang terkejut terus meletakkan ubat itu di atas meja.
“Hantarkan saya balik.” Kata Juniel pendek. Dia masih memejam mata.
“Err, kejap. Nak kemas air ni.” Jonghoon membalas. Dia meletakkan ubat itu ketempat asalnya. Dua gelas air yang dibawa tadi juga terus dibawa ke dapur. Kemudian, dia pergi ke hadapan semula.
Dengan perlahan, dia memegang tangan Juniel dan diletakkan ke bahunya. Jonghoon serba salah mahu memegang pinggang Juniel. Tetapi bagaimana dia mahu memapah Juniel sekiranya dia tidak berbuat demikian. Hatinya berdebar. Jonghoon meletakkan tangannya ke pinggang Juniel. Debarannya makin terasa. Tetapi dia cuba berlagak biasa.
Sampai di kereta, dia membuka pintu dengan agak susah payah. Setelah Juniel masuk, dia mengeluh.
“Aduh, kenapa dengan aku ni? Baru sehari dah rasa macam ni. Hai, Jonghoon kau jangan nak buat hal.” Jonghoon menampar-nampar pipinya. Dia mengeluh berat.
Setelah Jonghoon dan Juniel keluar dari kawasan restoran, satu kereta masuk.
Minhyuk memberhentikan keretanya. Dia hanya memandang dengan cermin sisi, Jonghoon memandu sambil Juniel di sebelahnya. Dia mengepalkan tangannya tanda tak puas hati. Bagaimana Jonghoon boleh bekerja di restoran Juniel? Hatinya tertanya.

Minhyuk masih memerhati dari dalam kereta. Dia dapat melihat betapa mesranya Juniel dan Jonghoon. Hatinya cemburu bercampur geram. Bagaimana Jonghoon boleh berjumpa dengan Juniel dan menjadi sebaik ini? Atau mungkin itu hanya tipu helah Jonghoon sahaja. Dia tahu Jonghoon cemburu dengannya kerana mendapat wanita secomel Juniel.
                Minhyuk menhentak stereng kereta berkali-kali. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia meluru masuk ke dalam restoran itu dan memaksa Jonghoon berkata hal sebenar tentang tujuannya mendekati Juniel. Tetapi dia tiada keberanian berbuat demikian.
                Minhyuk menghidupkan enjin kereta. Makin lama dia di restoran ini, perasaannya makin bercampur baur. Cemburu, sedih, marah dan rindu pada Juniel. Dia tidak mahu nanti dia menjadi hilang kawalan jadi lebih baik dia pergi.


                Moon keluar dari kawasan restoran sambil memegang beg bimbitnya. Dia mahu keluar sebentar, mengambil Minha dari sekolahnya. Dia menunggu di hadapan sekolah Minha sehingga Minha keluar.
                “Akak!” tegur Minha dari jauh. Moon tersenyum memandang Minha yang berlari anak ke arahnya.
                “Dah lama akak tunggu?” tanya Minha. Moon hanya menggeleng. Dia memegang tangan Minha lalu berjalan menuju ke restorannya. Jarak dari sekolah Minha hanya 500 meter dari restoran Juniel dan Minha.
                Di suatu lorong, Moon ditahan oleh lelaki-lelaki yang suka membuat kacau di situ. Moon memegang begnya dengan kuat. Minha terus mengenggam tangan Moon.
                “Kalau akak suruh lari, Minha lari tau.” Bisik Moon. Minha yang ketakutan menggeleng.
                “Akak macam mana?”
                “Minha kena jugak lari. Faham?” Moon cuba memaksa Minha. Minha mengangguk walaupun dia tidak mahu meninggalkan Moon.
                Lelaki-lelaki itu ada tiga orang. Seorang dengan rambut terpacaknya, seorang lagi memakai seluar lusuh dan seorang lagi memegang satu kayu kecil. Moon merenung ketiga-tiga lelaki itu dengan tajam. Nasib baik dia tahu sedikit cara-cara melindungi diri jika berada dalam bahaya. Moon tahu lelaki ini memang suka mencari mangsa tetapi tidak pernah pula selama ini Moon bertembung dengan mereka. Entah apa yang malangnya dengan hari ini.
                “Kau orang nak apa?” tanya Moon agak kasar. Tangan Minha masih tidak dilepaskan. Minha sudahpun memeluk kaki Moon.
                Ketiga-tiga lelaki tadi hanya ketawa sambil memandang sesama mereka.
                “Kami nak duit. Bagi cepat!” ugut lelaki yang berseluar lusuh itu.
                Moon hanya menjeling. Dia tidak mahu memberikannya. Baginya jika dia memberi, mungkin mereka-mereka ini akan mencarinya lagi sebagai mangsa memerah duit.
                “Oh, degil ya?” lelaki  yang berambut terpacak mendekati Moon dan Minha. Minha segera menyorokkan badannya di belakang Moon. Moon hanya merenung dengan riak selamba. Tanda tidak takut.
                “Kau ni mahu cari pasal hmm?” lelaki itu menyeluk poket lalu mengeluarkan satu  pisau lipat. Minha ketakutan. Dia hampir menangis.
                “Cubalah, kalau boleh.” Moon segera menyerahkan begnya pada Minha lalu menyuruh Minha lari. Lelaki tersebut geram dan ingin mengejar Minha yang sudah pun keluar dari lorong itu.
                Moon terus menyepak kaki lelaki berambut terpacak itu membuatkan lelaki itu terjatuh dan terduduk dengan melutut. Moon mengambil tangan lelaki itu lalu memulasnya ke belakang. Kemudian dia menendang lutut lelaki itu sehingga lelaki itu terbaring kesakitan.
                Dua orang lagi rakannya kelihatan terpinga-pinga dengan perbuatan Moon.
                “Korang tunggu apa lagi? Pergilah carik budak tu!” marah lelaki berambut terpacak itu. Mata Moon terbeliak mendengar kata-kata lelaki itu. Dia memulas lagi tangan lelaki itu.
                Dua orang rakannya itu segera berlari mencari Minha. Moon berlari melepaskan tangan lelaki yang dipegangnya itu lalu berlari ingin mengejar mereka. Lelaki berambut terpacak itu segera bangun. Dia menarik tubuh Moon lalu mengacukan pisau ke leher Moon. Moon menelan air liur.
 Minha berlari lalu bersembunyi di sebalik papan kecil yang dibiarkan di tepi jalan. Dia menangis ketakutan sambil memikirkan Moon. Kemudian, Minha ternampak dua orang lelaki seperti mencarinya. Minha tahu dia pasti dijumpai sekiranya menyorok di situ. Dia segera bangun dan menyebabkan papan yang melindungi dirinya itu terjatuh lalu menarik perhatian dua orang lelaki itu.
Minha lari sambil memandang ke belakang. Akibatnya, dia terlanggar dengan seorang pemuda yang sedang berjalan sambil menilik telefon. Minha jatuh. Pemuda itu memandang Minha dengan wajah aneh. Dia menolong Minha supaya bangun.
“Adik, tak apa-apa ke?” tanya pemuda itu.
“Tolong bang. Tadi kami berjalan di satu lorong dan kami ditahan oleh tiga orang lelaki. Diorang nak duit akak.” Adu Minha. Dia semakin teresak-esak.
“Akak?” tanya pemuda itu lagi. Dia hanya melihat budak perempuan itu seorang dan tiada sesiapa dengannya. Jadi dia berasa pelik.
“Tu dia bang.” Tunjuk Minha.
Pemuda itu bangun. Dia memandang dua orang lelaki yang kelihatan marah menuju ke arahnya dan budak perempuan itu. Dia bersiap sedia ingin melawan dua orang lelaki itu. Disebabkan pengalamannya, dengan senang dia dapat menumpaskan dua orang lelaki itu.
“Korang ni kenapa hah? Terdesak sangat nak duit? Sampaikan budak kecik pun nak kejar. Korang ni patutnya dibawa ke balai polis tahu tak?” pemuda itu menunjal kepala salah seorang dari mereka.
“Kali ni aku lepaskan korang, tapi kalau aku dapat tahu lagi korang buat kerja ni. Siap!” pemuda itu mencekak kolar lelaki yang berseluar lusuh itu. Akibat ketakutan, mereka segera lari meninggalkan Minha dan pemuda itu.
“Akak Moon!” Minha juga terus berlari menuju ke lorong dimana dia bertembung dengan ketiga-tiga lelaki tadi. Pemuda itu terkejut. Nama itu seperti orang yang dikenalinya. Dia mengekori budak perempuan itu.
Tiba di satu lorong, budak perempuan itu memeluk seorang gadis. Dia masih tidak nampak wajah gadis itu kerana gadis itu membelakanginya.
“Akak okey?” tanya Minha.
“Akak..akak okey.” Jawap Moon tergagap sambil menarik lengan bajunya. Menutupi lengannya yang sempat ditoreh oleh lelaki berambut terpacak tadi. Dia hanya membalas pelukan Minha dengan sebelah tangan.
“Nasib baik akak selamat. Akak, tadi ada orang tolong Minha.” Ujar Minha. Moon menaikkan keningnya seperti bertanya siapa yang menolong Minha. Minha membantu Moon bangun. Moon membetulkan bajunya. Dia berpaling.
“Ha, abang ni lah yang tolong Minha.” Kata Minha ceria. Dia masih memegang beg Moon.
Moon terkejut. Dia rasa mahu pengsan.
“Ricky?” ujar Moon agak menjerit.
Ricky juga membuat riak terkejut.
“Aik? Korang kenal ke?” tanya Minha lurus.
Ricky mendekati Moon dan Minha.
“Awak tak apa-apa?” tanya Ricky agak janggal. Inilah yang terjadi apabila dah lama tak berjumpa. Ricky rasa bersyukur kerana tergerak hatinya ingin melalui jalan tadi. Dia terasa amat rindu pada Moon sehingga rasanya sekarang ini juga dia ingin memeluk Moon.
“Err, terima kasih sebab tolong. Kami jalan dulu.” Moon menunduk. Dia menarik tangan Minha. Minha segera berjalan pantas menyaingi langkah Moon.
Ricky terpinga-pinga. Dia segera berpaling dan berlari anak mengejar Moon.
“Nanti dulu!” Lengan Moon ditarik. Moon mengaduh lalu dia menarik tangannya semula. Ricky terkejut. Darah mengalir dari luka di lengan Moon. Moon menutup mata menahan sakit.
“Awak..” Ricky kehilangan kata apabila melihat darah yang begitu banyak.
“Diam, saya taknak Minha tahu.” Bisik Moon keras. Dia melepaskan tangan Minha dan memegang luka di lengannya. Darah yang keluar membasahi tangan Moon.
Minha pula tercengang-cengang melihat adegan Moon dan Ricky. Sudahlah dia pelik bagaimana Moon boleh mengenali Ricky, kini dia makin pelik apabila melihat Moon berbisik bersama Ricky.
Ricky cemas manakala Moon hanya berlagak biasa. Moon meneruskan perjalanan. Minha pula hanya berdiam diri. Rasanya dia tak patut mencampuri urusan Moon. Minha tidak tahu bahawa Moon luka di lengannya.
Ricky berfikir-fikir. Dia tidak tahu mahu melakukan apa bagi memberhentikan darah dari lengan Moon. Lalu dia terfikir sesuatu. Baju luarnya dibuka. Dia mengambil lengan Moon lalu membalutnya dengan baju luarnya itu. Moon hanya memandang perbuatan Ricky.
Ricky mengambil tangan Moon yang dilumuri darah. Dia mengeluarkan sapu tangan dan mengelap darah dari tangan Moon. Moon terdiam melihat perbuatan Ricky yang prihatin. Dia sebenarnya agak terharu.
Apabila sampai di restoran, Minha meluru masuk lalu memeluk pula Juniel.
“Akak Jun!!” jerit Minha. Juniel membalas pelukan adiknya.
“Kenapa Minha lambat sampai pulak ni? Akak tunggu tau dari tadi.”ujar Juniel lalu melepaskan pelukan. Minha tersenyum memandang akaknya. Moon masih tercegat di hadapan mereka. Disebelahnya ada Ricky. Moon mengigit bibir.
“Ermm, tadi ada orang nak rompak kami. Tapi nasib baik ada kawan Kak Moon tolong. Minha pun dah penat lari tadi. Akak ada air tak? Dahaga lah.” Minha membuat muka sedihnya.
Juniel menoleh. Dia ternampak Ricky. Juniel segera bangun dan tegak memandang Moon dan Ricky silih berganti. Minha pula sudah menggaru-garu kepalanya. Ah, ni kenapa pula.
Ricky tersenyum lalu mengangguk membalas pandangan Juniel.
“Hey, abang ni la dengan yang sorang lagi tu kan? Hari tu abang ada carik Kak Jun dengan Kak Moon kat rumah lama tu kan? Ha, Minha dah ingat. Patutlah muka macam kenal je.” Minha meluruskan jari telunjuknya lalu memetik jari beberapa kali. Apabila Ricky tersenyum tadi, Minha ternampak lesung pipitnya. Itu yang dia teringat.
Juniel tersedar, dia begitu lama memandang Ricky.  Lalu pandangannya dialih ke arah Minha pula. Pipi Minha dicuit.
“Sudah, Minha jangan nak mengada. Tunggu kejap, akak ambilkan air.”ujar Juniel lalu melangkah ke belakang restoran.
Moon bergerak ke kaunter. Dia hanya membiarkan Ricky dengan Minha yang saling berpandangan.
“Hey, patutlah macam kenal. Amacam? Dah jumpa kekasih?” usik Minha. Ah, gayanya seperti budak dewasa sedangkan baru sekolah tadika. Ricky membuat muka pelik.
“Nama apa tadi? Minha eh? Wahai Minha, kecil-kecil lagi dah pandai ya bab-bab berkasih ni? Dah ada pengalaman?” dengan selamba Ricky pula mengenakan Minha.
Muncung bibir Minha dibuatnya. Dia memeluk tubuh sambil menghalakan pandangannya ke arah Moon yang pura-pura sibuk.
Ketawa Ricky meletus. Mujur semua pelanggan restoran tidak terlalu mengambil peduli tentang ketawa Ricky yang agak kuat itu. Mereka lebih senang menjamu selera daripada memandang seorang lelaki yang kelihatan tidak waras.
“Minha, sini jap.” Panggil Ricky.
Minha menoleh. Sekejap benar dia merajuk. Fikir Ricky. Dari perhatian Ricky, Minha ini seorang anak kecil yang pandai. Minha ini juga suka berkawan dan senang rapat. Malah boleh dilayan seperti orang dewasa kerana sikap Minha yang agak matang dan pandai menyesuaikan diri.
Rasanya Minha adalah adik kepada Juniel kerana muka mereka yang seiras. Patutlah semasa Minha bercakap dengan Minhyuk tempoh hari, dia rasa Minha seperti iras muka seseorang. Apabila melihat dengan jarak lebih dekat, baru Ricky perasan hal itu. Ricky tersenyum.
Minha membuat muka bosan. Dia mencekak pinggang pula.
“Hello?” Minha menggerakkan tangannya sambil memandang Ricky. Ricky segera tersedar. Dia menunduk.
“Tak ada apalah. Saja nak panggil tadi.” Ricky tersengih. Naik angin Minha mendengarnya. Tetapi dia hanya mampu bersabar. Hai, kecil-kecil lagi dah pandai marah. Ricky tersenyum lagi melihat gelagat comel Minha.
Ricky menoleh. Dia memandang Moon yang sedang menjaga kaunter. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Tangan Moon yang luka harus diubati. Dia melangkah ke belakang. Ingin meminta kotak first aid dari Juniel. Dari jauh lagi dia dapat melihat Juniel sedang bersembang dengan Minha sambil menolong pekerjanya.
“Jun.. ada kotak first aid tak?” tanya Ricky. Juniel memandang muka Ricky sebentar sebelum pergi berhampiran dengan almari. Dia menjingkit untuk mencapai kotak first aid itu. Kemudian, dia membawanya ke Ricky.
Kotak first aid dihulur tetapi muka Ricky langsung tidak dipandang. Mulutnya juga seperti dikunci.
“Er..terima kasih.” Ricky serba salah dengan keadaan yang agak tegang itu. Kotak first aid diambil. Ricky melangkah keluar.
“Ahh..Ricky. Si..siapa yang cedera?” tanya Juniel. Agak berat untuk dia bertanya sebenarnya. Cuma dia ingin tahu.
Ricky menjeling-jeling Minha yang duduk di atas kerusi sambil mendengar lagu dari telefon Juniel. Rasanya Minha tidak dengar.
“Moon.” Jawap Ricky.
Mata Juniel terbeliak. Dia segera pergi ke depan. Ricky hanya membuat muka pelik lalu turut melangkah keluar. Dia bergerak ke kaunter.
“Hey, macam mana kau boleh luka ni hah?” tanya Juniel dengan riak wajah risau.
“Releks lah. Mamat tu tadi aku dah belasah, tapi aku lupa jadi aku terlepaskan dia. Ni pun dah nasib baik kalau tak tadi, putus urat leher aku. Dia pergi acu pisau tu kat leher aku, tau tak?” Moon hanya beriak biasa.
Ricky mendengar perbualan mereka. Kotak first aid dibuka lalu dia mengambil tangan Moon. Moon terus menjeling Ricky.
“Biar saya tolong.” Keras suara Ricky. Moon terdiam. Lantas dia hanya membiarkan.
“Nasib baik. Yang kau pun satu pergi lepaskan dia buat apa?” marah Juniel pula. Dia memerhatikan Ricky yang membuka baju yang diikat di tangan Moon. Darah yang keluar begitu banyak. Tetapi sekarang, darah itu sudah berhenti mengalir keluar dari tangan Moon.
“Hai, cik adik. Perompak tu ada tiga orang. Kalau aku uruskan sorang, mesti yang lagi dua orang tu terlepas. Kau ingat aku sotong? Ada banyak tangan?” tempelak Moon pula.
Ricky mengerutkan dahi kerana Moon terlalu banyak bergerak dan menyusahkannya untuk menyapu ubat ke tangan Moon.
“Yelah, kau janganlah marah aku. Mana aku tahu diorang bertiga. Bukan aku ada sekali pun kat situ.” Cakap Juniel dengan gaya merajuknya. Juniel dapat melihat Ricky yang ketawa kecil. Ada pulak yang kena hempuk ni karang. Bisik Juniel.
“Aaah, sakit!” Moon mengaduh seketika apabila ubat itu kena ke tangannya. Ricky terus mengenggam tapak tangan Moon, cuba untuk menolong Moon menghilangkan sakit. Moon sudah menutup mata.
“Kalau kau ada sekali, mati aku nak pertahankan.” Moon membangga diri berkata setelah sakitnya hilang. Dia memandang Ricky yang sedang membalut tangannya dengan kain. Ricky hanya mendiamkan diri membuat kerja itu. Sedikit sebanyak Moon berasa selesa kerana Ricky tidak bertanya tentang hal dia berpindah. Walaupun dia tahu, Ricky pasti terasa.
“Poyo lah kau.” Juniel menjuih.
Moon hanya ketawa senang. Ricky yang sudah selesai melakukan kerjanya itu mengemas kotak first aid. Dia menuju ke dapur. Kotak itu diletakkan di atas almari semula. Semasa ingin berjalan keluar, dia ternampak Minha yang meletakkan kepalanya di atas meja dengan mata tertutup. Pasti tertidur.
Ricky menggelengkan kepalanya.
                “Hey, Minha dah tidur kat da...”Ricky tidak menghabiskan ayatnya. Dia terpana melihat Jonghoon yang berada di sebelah Juniel.
                Moon memandang muka Jonghoon dan Ricky yang terkejut silih berganti. Dia mengeluh. Nampaknya keadaan dah semakin parah.


                Di Han River,
                Moon masih memeluk lututnya. Petang tadi dia telah dihantar ke hospital oleh Ricky untuk rawatan lanjut. Kemudian, setelah menghantarnya ke restoran semula, Ricky terus pulang. Kata Ricky, dia ingin berjumpa dengan Moon di Han River ini. Moon tahu, Ricky inginkan penjelasan yang panjang dari dia. Tidak dinafikan, dia juga berasa rindu dengan Ricky.
                “Awak dah menimbulkan persepsi yang baik dekat Minha. Baguslah.” Moon berkata perlahan.
                “Apa maksud awak?”
                “Tentang tengahari tadi. Awakkan dah jadi hero dia.” Kata Moon lagi. kemudian, dia tersenyum sendiri dengan kata-katanya.
                “Minha senang rapat dengan orang kan? Dia peramah.”
                Moon mengangguk. Suasana sunyi buat seketika.
                “Kenapa saya tak pernah tahu pun pasal Minha sebelum ni? Dia adik Jun kan? Muka dia terlalu seiras dengan Jun.” Tanya Ricky.
                Moon mengangguk perlahan.
                “Awak tak tahu tentang Minha sebab kami tak pernah nak bangkitkan hal tu. Kebetulan, dia ada kem dengan teman sekolahnya. Sebab tu jugalah awak tak pernah nampak dia.” Terang Moon.
                Ricky mengangguk. Suasana sunyi sekali lagi. Haiz~ Ricky kehilangan kata-kata untuk dibualkan. Fikiran Moon pula sudah menerawang ke tempat lain. Dia berfikir, apakah kini hubungannya dengan Ricky sudah baik? Ah, sekurang-kurangnya Moon, masalah kau tak seteruk Jun. Moon menenangkan hatinya.
                “Saya minta maaf.” Kata Ricky pendek setelah hilang tajuk perbualan.
                “Tentang apa?” tanya Moon.
                “Segalanya. Saya tahu, saya bersalah sebab tak pertahankan hubungan Minhyuk dan Jun. Minhyuk terlalu keras dengan keputusan dia. Saya minta maaf.” Ricky di sebelahnya hanya memandang air yang mengalir di dalam sungai.
                “Tak perlu. Bukan salah awak pun.” Moon berkata.
                “Tapi cara awak seperti menyalahkan saya. Kenapa awak pindah?” tanya Ricky pula dengan riak tak puas hati.
                “Jun yang nak. Awak tahu kan betapa sayangnya dia dengan Minhyuk. Dia takut dia tak boleh lupakan Minhyuk. Dan perbuatan Minhyuk...” Moon menundukkan kepala.
                “Saya tahu...Minhyuk keterlaluan. Awak tahu, selepas apa yang Jun buat tempoh hari, Minhyuk macam orang tak betul. Saya yakin, mereka masih saling mencintai tetapi masing-masing ego.” Terang Ricky.
                “Terutamanya Jun. Tapi nak buat macam mana. Dengan kesihatan dia lagi.” Moon mengangkat semula kepalanya. Dia memandang Ricky. Matanya sudah bergenang.
                “Kenapa dengan Jun?”
                “She need a surgery.” Kata Moon. Setitis air matanya jatuh.
                “What? Keadaan dia dah makin teruk ke? Awak biar betul?” Ricky terus memandang Moon. Matanya terbeliak. Moon mengangguk.
                Ricky terkejut. Sekiranya dia tidak bangkitkan tajuk tentang Juniel dan Minhyuk pasti dia tidak tahu tentang keadaan Juniel yang sebenar sekarang ini. Dalam diam, dia bersyukur kerana telah berjalan di satu lorong yang tak pernah dilaluinya dan berjumpa dengan Moon semula.
                “I’m serious! Sebenarnya saya tahu, dia terlalu rindu pada Minhyuk. Dia masih menyimpan gambar Minhyuk. Dia pernah kata, Minhyuk adalah salah seorang yang boleh buat dia kuat untuk dia hadapi penyakit dia tu. Tapi saya yang keras hati. Saya takut Jun kecewa lagi. Saya tahu Jun macam mana. Sekali dia jatuh cinta, susah dia nak lupakan.” Kata Moon.
                “Saya boleh tolong. Minhyuk tinggal dengan saya sekarang ni.” Ricky mengusap bahu Moon yang kelihatan ingin menangis.
                “Are you sure? Saya takut Jun terluka lagi.” Moon mengesat matanya.
                “Saya akan ‘nasihat’ Minhyuk tu. Why don’t you believe me? Then, macam mana dengan surgery tu?” tanya Ricky.
                “Kami tengah usahakan.” Moon berkata perlahan.
                Ricky diam. Dia cuba memikirkan tajuk yang sesuai untuk dibicara lagi. Sambil itu dia memikirkan cara untuk bercakap dengan Minhyuk tentang perkara ini.
                “Jonghoon...”
                “Jun yang bagi dia kerja kat situ.” Moon memotong cakap Ricky.
                “Macam mana pulak?” Ricky kelihatan tak puas hati.
                “Jun selamatkan dia dari kemalangan hari tu.” Terang Moon.
                “Kemalangan?”
                “Ha’ah. Jonghoon terhutang budi. Dia sendiri datang ke rumah kami dan minta maaf. Jun pula setuju. Jun senang nak maafkan orang betul.” Kata Moon.
                Ricky hanya menganggukkan kepalanya. Dia mengambil tangan Moon dan digenggamnya. Moon memandang Ricky sekilas. Kemudian, dia membaringkan kepalanya ke bahu Ricky. Moon tersenyum. Ricky mengusap perlahan kepala Moon. Moon memejamkan mata. Membiarkan air matanya mengalir perlahan.


                Minhyuk membuka pintu restoran pada awal-awal pagi. Juniel dan Moon sedang sibuk menguruskan restoran sebelum waktunya dibuka. Apabila terdengar bunyi loceng pintu, Juniel dan Moon menoleh.
                Minhyuk berdiri dihadapan pintu. Juniel rasa mahu rebah. Minhyuk?! Perlukah dia berjumpa dengan lelaki ini semula?! Bagaimana Minhyuk tahu bahawa restoran ini sudah dibuka semula? Hati Juniel berkata.
                ‘Ah, Jun. Kau jangan jadi terlalu bodoh. Restoran ni sudah lama dibuka, pasti beritanya tersebar. Tak mungkinlah Minhyuk tidak mengetahui perkembangan luar. Haiz.’ Juniel berkata dalam hatinya.
                Moon menjeling-jeling reaksi muka Juniel. Apakah Juniel terkejut? Ya, dia memang terkejut. Cuma riak mukanya tidak menggambarkan reaksi sepatutnya Moon lihat. Ah, begitu pandai Juniel menyembunyikan perasaannya.
                Minhyuk berjalan mendekati Juniel.
                “Jun...” panggil Minhyuk.
                Juniel buat tak endah. Selesai mengelap meja, dia berpaling lalu berjalan ke dapur. Moon memberi isyarat mata supaya Minhyuk mengekorinya. Minhyuk dengan serba salah hanya menurut.
                Sampai di dapur, Juniel membasuh kain lap tadi lalu disidainya di tingkap. Dia membasuh tangan. Apabila dia berpusing, Minhyuk berada di belakangnya. Juniel hampir jatuh tetapi badannya dapat diimbangkan oleh seseorang. Juniel mendongak.
                Jonghoon? Ah, sudah.
                Minhyuk mengerutkan dahi melihat perlakuan berani Jonghoon. Tangan Juniel yang dipegang oleh Jonghoon ditarik oleh Minhyuk. Dia menentang mata Jonghoon yang turut sama memandangnya dengan riak tidak percaya. Juniel mengeluh.
                “Minhyuk..apa lagi yang awak mahukan? Kenapa awak perlu cari saya lagi? Antara kita dah tak ada apa-apa.” Ujar Juniel seraya menarik tangannya. Walaupun lembut, tarikannya agak kuat. Minhyuk terpaksa melepaskan.
 Juniel sebenarnya cuba menjadi setabah mungkin. Bagaimana dia boleh melupakan lelaki ini sedangkan dia yang menanti? Cuma, bila Minhyuk datang ke sini. Egonya terasa melangit. Dia tidak boleh kelihatan lemah.
                “Jun..please. Maafkan saya. Please? Saya memang perlu cari awak. Saya tahu saya salah selama ni. Saya sayangkan awak. Saya perlukan awak. Dulu, saya tak yakin dengan diri saya sendiri. Tapi sekarang, bila dah kehilangan awak...saya tahu saya memang perlu jumpa awak. Saya tahu saya salah.” Minhyuk mencapai tangan Juniel semula.
                “Dulu dan sekarang sama sahaja. Kenapa awak perlu tunggu saya tinggalkan awak baru awak perlu cari saya? Itu ke yang awak panggil sayang? Itu? Awak tahu, lepas kali terakhir saya jumpa awak di kelab tu, saya dah tetapkan dalam diri saya, saya tak akan berjumpa dengan orang macam awak lagi. Saya tak akan ingat siapa awak lagi. Awak tahu tak?” Juniel memberikan jelingan pada Minhyuk.
                Jonghoon serba salah. Dia berdiri di situ dan hanya mendengar. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan barang masakan. Pekerja juga belum ramai yang sampai. Dia bergerak ke almari.
                “Sampai hati awak. Jun..saya mengaku saya memang salah. Tolonglah, maafkan saya.” Rayu Minhyuk lagi.
                Juniel ketawa kecil mendengar kata-kata Minhyuk. Gaya orang mengejek.
                “Saya dah lama maafkan awak. Jadi, tolong pergi.” Juniel menarik tangannya lalu melangkah ingin keluar.
                “Jun, saya tahu awak masih sayangkan saya!” jerit Minhyuk dari belakang.
                Langkah Juniel terhenti. Dia menggigit bibir. Bagaimana dia mahu menyembunyikan perasaan malu yang dihadapinya sekarang ini. Ya, sebenarnya dia malu. Dia malu pada Jonghoon. Dan pada Minhyuk sendiri. Juniel mengaku, dia memang pandai menyembunyikan perasaannya tetapi hanya pada waktu dan orang yang tertentu.
                “Itu salah! Saya dah tak sayangkan awak. Saya..” Juniel tidak berpaling. Dia takut untuk berkata hal itu. Itu satu pembohongan!
                “Siapa? Awak sayang siapa?” tanya Minhyuk. Yakin seperti Juniel tidak akan mengaku bahawa dia menyayangi orang lain.
                “Saya sayang Jonghoon. He is my future husband. So, tolong. Jaga manners awak depan orang yang dah berpunya.” Ujar Juniel.
                Jonghoon terkejut. Dia memandang Juniel tajam. Juniel hanya mampu menundukkan kepalanya. Jonghoon kini berasa takut. Dia sendiri sudah menyimpan perasaan pada Juniel dan sekarang? Juniel memberitahu Minhyuk bahawa dia adalah future husband Juniel? Ah, Juniel membuat hatinya berasa tak tentu arah.
                “What? Tak! Awak tipu. Awak saja nak kenakan saya kan?” Minhyuk ketawa bagaikan kata-kata Juniel itu satu jenaka.
                Juniel menarik nafas panjang. Awak cabar saya, Minhyuk. Bisik hatinya.
                “Ya, saya tak tipu. Dia bakal suami saya. Dan saya sayangkan dia. Sangat!” kata Juniel sebelum keluar dari dapur. Sakit kepalanya datang lagi akibat dia terlalu memikirkan hal itu.
                Jonghoon mengawal riak mukanya. Sukar untuk digambarkan betapa berdebarnya jantung apabila Juniel membuat pengakuan seperti itu. Walaupun Jonghoon tahu, itu cuma satu penipuan.
                Minhyuk terkedu. Dia memandang pintu keluar tanpa perasaan. Dia hampir terduduk kerana tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
                Jonghoon menghampiri Minhyuk. Dalam diam, dia berasa bersalah juga pada Minhyuk. Sudahlah dia baru sahaja hadir dalam dunia Juniel, dia jugalah yang memisahkan mereka berdua, kini Juniel mengatakan hal yang susah untuk Minhyuk terima.
                Jonghoon ingin menyentuh bahu Minhyuk. Minhyuk menepisnya lalu memberikan jelingan tajam.
                “Puas hati kau?! Dulu, kau buat aku dengan dia berpisah! Sekarang? Kau rampas dia dari aku!” Minhyuk mengamuk disitu juga. Jonghoon ingin membalas tetapi perbuatannya terbantut kerana Juniel meluru masuk ke dapur dan menuju ke sinki.
                Bunyi muntah dan air berselang seli. Kemudian, Moon berlari menuju ke dapur juga. Dia menepuk-nepuk belakang Juniel. Para pekerja sudah ramai, jadi Moon sudah mengarahkan mereka membuat kerja dan jangan mempedulikan walau apa pun benda yang terjadi di dapur itu.
                “Jun.” Minhyuk meluru mendekati Juniel.
                “Kau okey, Jun?” tanya Moon. Juniel bangun. Dia memegang kepalanya yang semakin sakit. Mukanya berkerut.
                “Aku..” belum sempat dia berkata-kata, mualnya datang lagi. Dia muntah buat sekian kali.
                “Kalau tak sihat, kenapa datang kerja. Jom, pergi hospital.” Ajak Minhyuk. Dia memegang tangan Juniel lagi. Walaupun dia dapat rasa tarikan dari Juniel, dia tahu Juniel lemah. Akhirnya, tangan Juniel hanya digenggaman Minhyuk.
                Juniel mengangkat mukanya. Mulutnya dibasuh dengan air. Dia menjeling Minhyuk. Kepalanya dipegang lagi. Moon disebelah juga turut risau. Dia tahu apa yang menyebabkan Juniel sakit.
                “Kau dah makan ubat?” tanya Moon.
                Juniel mengangguk.
                “Jom, pergi hospital.” Ajak Minhyuk. Juniel menjeling lagi.
                “Tak perlu. Dia cuma perlu makan ubat. Ermm, Minhyuk. Boleh tak kau keluar sekejap. Rasanya dia perlu rehat.” Ujar Moon. Minhyuk terkedu. Tetapi kemudian, dia melepaskan tangan Juniel dan melangkah keluar.
                Jonghoon hanya memerhati dari jauh. Dari mula dia masuk ke restoran ini, dia dapat mengagak pasti ada yang tak kena dengan Juniel. Juniel selalu sakit kepala jika memikirkan banyak perkara. Dan Juniel sering menelan ubat itu. Ubat? Jonghoon teringat akan ubat yang berada di kaunter itu. Malam ini, dia akan mengambil ubat itu dan mendapatkan kepastian.
                Dia keluar dari dapur dan ternampak Minhyuk yang sedang berada di kaunter. Dia terlihat telefon Juniel yang berdekatan dengan Minhyuk.
                ‘Ah, wallpaper Jun adalah gambar dia. Habislah kalau dia tahu. Eh, kalau dia tahu pun apa masalahnya? Tapi nanti kesianlah Jun. Apa dia nak cakap? Mesti dia malu. Aku kena ambil phone tu dulu.’ Jonghoon berperang dengan perasaannya sendiri.
                Dia menuju ke kaunter dan secara senyap dia mengambil telefon Juniel lalu memasukkannya kedalam saku baju. Minhyuk yang menyedari kehadiran Jonghoon hanay mendengus kasar. Dia menulis di satu sticky note. Surat untuk Juniel. Dia menampalnya di atas meja kaunter. Pasti Juniel boleh membacanya nanti.
                Sebelum keluar dari kaunter, sempat dia memberi pandangan tajam pada Jonghoon. Seperti berkata, kau tunggu balasannya satu hari nanti. Lalu Minhyuk terus pergi.


                Di dalam kereta, Minhyuk meramas-ramas kepalanya. Dia harus menyabarkan hatinya. Dia tahu itu semua hanya lakonan Juniel untuk menjauhkan diri darinya. Minhyuk teringat kata-kata Ricky.
                ‘Kalau kau mahu jumpa Juniel semula, kau kena berubah. Kerana mungkin, Juniel akan buat apa sahaja untuk menjauhkan diri dari kau. Lagipun belum pasti sama ada dia masih boleh terima kau atau tak. Dulu, kau yang tak yakin dengan hati kau. Jadi sekarang ini, lebih baik kau pulak buat hati dia yakin.’
                Ya, Minhyuk sedar semua itu. Yang penting sekarang ini hanyalah bersabar. Tetapi ada satu perkara lagi yang membuatkan Minhyuk berasa tak senang. Kenapa Juniel kelihatan tidak sihat?
                Pada mula-mula dia berkenalan dengan Juniel pun, Juniel sering sakit kepala. Sakit kepala mungkin perkara biasa tetapi sakit Juniel seperti menahan tikaman di kepala. Sekarang ini, apabila melihat Juniel dihadapan matanya semula, dia sedar bahawa muka Juniel semakin pucat. Apa sebenarnya yang dihidapi Juniel?
                Dia teringat pula kata-kata Ricky dan Minha. Ricky menyuruhnya mencari Juniel sebelum terlambat. Minha pula seperti memberi teka-teki. Kata Ricky lagi, dia akan mengetahuinya tidak lama lagi. Tapi, dah lama dia mencari jawapan. Tetap tidak dijumpai.
                Minhyuk semakin rimas dengan persoalan yang timbul di kepalanya.


                Jonghoon adalah orang yang paling lambat sekali pulang ke rumah. Dia sudah habis mengemas restoran. Juniel, Minha dan Moon juga sudah pulang. selama seharian ini, Jonghoon dapat melihat bahawa Juniel banyak termenung. Mungkin kerana Minhyuk. Jonghoon tahu Juniel masih menyimpan perasaan pada Minhyuk.
               “Ah..jahatnya aku. Dah la sebab aku diorang berpisah. Sekarang ni, kehadiran aku buat keadaan jadi rumit. Perlukah aku pergi? Tapi, tujuan aku cuma nak membalas jasa Jun. Betul ke? Atau mungkin kau sendiri dah jatuh hati pada Jun? Apa yang istimewa sangat dengan perempuan tu? Kau tempah maut, Jonghoon. Hmm, betapa aku rasa bersalah pada Minhyuk.” Jonghoon bercakap pada dirinya sendiri. Dia beralih ke kaunter pula.
                Tiba-tiba dia teringat akan ubat Juniel itu. Dia mahu mendapatkan kepastian, malam ini juga. Dia harus pergi ke hospital untuk merujuk pada kawan lamanya tentang ubat itu. Lama mereka tidak berjumpa dan Jonghoon berharap kawannya itu masih mengingatinya.
                Selesai mengunci restoran, Jonghoon masuk kedalam kereta. Enjin dihidupkan dan dia memandu di jalan raya yang agak sibuk malam itu. Sampai di sebuah hotel, dia segera naik ke tingkat 3. Dia pernah diberitahu oleh rakannya bahawa dia bekerja di tingkat 3. Agak-agak duty rakannya itu sudah habis atau belum.
                Dia bergerak ke kaunter dan bertanya pada jururawat disitu.
                “Ermm, nurse? Dr Maru ada?” tanya Jonghoon.
                “Kenapa? Awak ada appointment dengan dia?” tanya nurse itu tetapi tangannya menyelak sebuah buku sambil mencari-cari sesuatu.
                “Err, tak. Saya cuma nak tahu dia ada atau tak.” Jonghoon berterus terang. Dia memandang wajah nurse yang agak manis itu. Nurse itu mendongak lalu tersenyum.
                “Owh, sekarang ni Dr Maru ada pembedahan. Mungkin kejap lagi selesai.” Kata nurse itu lalu tersenyum. Penuh etika.
                “Nina, tolong periksa pesakit di wad ICU yang baru masuk sebentar tadi. Kemudian, berikan laporan pada saya.” Ujar seorang doktor yang baru melangkah ke kaunter. Jonghoon hanya memerhati doktor lelaki itu.
                “Baik doktor. Oh ya, encik ni nak jumpa doktor.” Nurse yang bernama Nina itu memberitahu. Kemudian, dia memberikan tunduk hormat sebelum pergi bersama fail di tangannya.
                Dr Maru berpaling. Dia memandang wajah lelaki di hadapannya dengan tanda tanya.
                “Err, ni aku Jonghoon. Kau ingat tak?” Jonghoon bertanya. Di tangannya masih terdapat botol ubat Juniel.
                “Jonghoon?” tanya Dr Maru. Ya, dia seperti ingat nama itu. Wajah lelaki itu juga seperti dikenalinya. Tetapi dia memerlukan sedikit masa untuk mengecam dan mengingat sepenuhnya.
               “Aku kawan kau masa di universiti. Dah tiga tahun kita tak jumpa sejak kau menghilang sambil buat praktikal di sebuah hospital dulu. Ingat lagi tak? Jonghoon si playboy tu.” Jonghoon terpaksa mengungkit panggilan ‘manjanya’ sewaktu mereka berkawan dulu untuk membuat Dr Maru ingat semula.
                “Jonghoon? Oh, Jonghoon! Ya, aku ingat dah. Amacam kau? Lama dah tak jumpa bukan? Kau kerja apa sekarang? Kawan-kawan kita yang lain apa cerita?” tanya Dr Maru bertubi-tubi apabila dia teringat.
                “Ingat pun kau! Banyak betul soalan. Kejap, aku jumpa kau ni bukan nak cerita pasal aku. Aku ada hal nak tanya. Dan kemudian, aku akan cerita segala-galanya. Kau pun dah hebat sekarang. Jadi doktor pulak tu.” Puji Jonghoon.
                “Hai, lain macam bunyinya. Ha, apa benda kau nak tanya aku ni? Serius je nampaknya.” Tanya Dr Maru. Dia mengambil sehelai kertas lalu menulis sesuatu sebelum diletakkan ke kaunter semula.
                “Kau sibuk ke tak? Kalau tak, aku boleh tanya. Benda ni mungkin lama sikit kot. Aku takut kau sibuk.”kata Jonghoon lagi. Dia faham sekiranya kawannya itu mempunyai kerja yang banyak.
                “Rasanya dah tak ada kot. Jomlah, ke bilik aku. Boleh kita cerita lama sikit. Lepas ni, aku mungkin dah boleh balik. Kalau tak ada emergency case. Dah, jomlah.” Ajak Dr Maru. Dia melangkah sambil diikuti oleh Jonghoon dibelakangnya.
                “Duduklah dulu. Aku nak buat air.” Pelawa Dr Maru. Di bilik doktor itu memang disediakan sebuah meja bulat yang kecil. Malah, terdapat katil dua tingkat didalam bilik itu. Katil itu disediakan khas untuk doktor yang terpaksa bekerja sehingga pagi.
                Selesai membuat air, Dr Maru mendekati meja bulat itu lalu duduk dihadapan Jonghoon. Air dihulur dan Jonghoon mengambilnya. Kemudian, dia meletakkan ubat itu dihadapan Dr Maru. Botol ubat itu bertukar tangan.
                “Boleh kau bagitahu, ubat yang ada dalam tu..ubat apa?” tanya Jonghoon.
                Dr Maru menilik botol ubat kecil itu. Mukanya berubah apabila melihat nama pesakit di botol itu.
                “Jun..dia ni pesakit tetap aku.” Ujar Dr Maru dengan nada terkejut. Dia membuka penutup dan kemudian menghidu ubat tersebut.
                “Pesakit kau?”
                “Ya, monthly check dekat hospital ni.” Jelas Dr Maru. Jonghoon mengerutkan kening. Monthly check? Terukkah penyakit Juniel?
                “Kau kena bagitahu aku ubat ni untuk apa. Sebab aku perlu tahu. Ini berkaitan dengan hidup dia.” Ujar Jonghoon lagi.
                “Tapi sebelum tu, aku nak minta sesuatu. Boleh kau terangkan tentang hubungan kau orang? Ini rahsia dan hal pesakit yang aku tetap kena simpan. Mengikut peraturan dan etika doktor. Jadi, mungkin setelah kau beritahu hal yang sebenar, aku boleh tolong kau pula.” Ujar Dr Maru.
                Jonghoon bersandar di kerusi. Sempat dia menarik nafas panjang sebelum dia menceritakan hal yang sebenar. Dr Maru mendengar dengan teliti. Sebagai doktor, dia berhak tahu kehidupan pesakit untuk memudahkan rawatannya.


                Minhyuk datang lagi ke restoran Jun dan Moon tetapi kali ini apabila hari sudah hampir malam. Dia berdiri di hadapan pintu restoran sambil menyeluk poket seluar. Niatnya hanya satu, ingin menunggu sehingga restoran ditutup.
                “Eh, Minhyuk. Lama ke kau berdiri dekat sini?” tanya Moon.
                Minhyuk yang agak terkejut dengan sapaan Moon terus berdiri tegak. Dia mengusap tangannya yang sejuk. Kemudian ditiup haba ke tangannya.
                “Lama lah jugak. Ermm, Jun mana?” soal Minhyuk.
                “Jun, dekat dalam lagi. Kejap lagi dia mungkin keluar.” Kata Moon. Dia memaniskan mukanya. Demi Juniel, dia merelakan Minhyuk datang ke restoran walaupun dia masih marah dengan Minhyuk. Dia tidak boleh terima jika ada sesiapa yang menyakiti Juniel. Tetapi, nak buat macam mana?
Moon dan Minhyuk memandang pintu yang tiba-tiba dikuak. Minha keluar sambil menguap. Moon segera menutupkan mulut Minha yang luas.
                “Minha ngantuk ya?” tanya Moon.
                Minha hanya mengangguk. Dia memandang Minhyuk dengan pandangan pelik. Matanya agak kabur. Tetapi apabila melihat wajah Minhyuk dengan jelas, matanya terbeliak.
                “Akak, abang ni lah yang carik Kak Jun kan?” tanya Minha dengan muka yang agak ceria dan tidak percaya.
                Minhyuk mengerutkan kening. Moon pula serba salah.
                “Err, ha’ah. Kak Jun mana? Kenapa tak keluar lagi?” Moon cuba menukar topik.
                ‘Adik Jun?’ Minhyuk menggerakkan bibirnya bertanya. Moon mengangguk. Tidak perlu memberitahu dengan lebih jelas kerana pasti semuanya sudah habis diberitahu oleh Ricky kepada Minhyuk.
                “Ha, abang ni kan?! Erm, hai! Nama saya, Minha. Saya adik pada Kak Jun. Abang ni pakwe Kak Jun kan? Kak Jun tu memang suka merajuk eh? Best ke kawan dengan Kak Jun?” tanya Minha bertubi-tubi.
                Minhyuk hampir ketawa apabila Minha mengambil tangannya dan mahu bersalam. Hai, keletah adik dan kakak sama sahaja. Sama-sama comel. Dia teringat betapa comelnya Juniel dahulu, sewaktu mereka keluar bersama.
                “Minha...” Juniel yang sedang berdiri di depan pintu bersama Jonghoon mencekak pinggang memandang Minha dengan tajam. Moon sudah menggaru-garu kepalanya.
                “Opss. Sori kak. Abang, tolong Minha!” jerit Minha lalu berlari menjauhi Juniel dan bergerak ke belakang Minhyuk. Juniel yang baru ingin mengejar terus terhenti langkahnya. Minha menyembunyikan diri di belakang Minhyuk. Minhyuk tersenyum melihat Juniel yang sudah memerah mukanya.
                “Minha!” marah Juniel. Minha membuat muka selamba. Dia menjelir lidah pada kakaknya. Juniel geram. Akhirnya, dengan tidak mempedulikan Minhyuk, dia berlari mengejar Minha. Minha menjerit ketakutan.
                “Ala, akak ni. Itu pun nak malu ke?” usik Minha lagi. Makin menyemarakkan rasa marah Juniel. Dia terus mengejar. Sudahlah mukanya pun merah.
                “Hai, adik beradik. Perangai sama sahaja.” Moon membuat kesimpulan. Dia melihat Jonghoon dan Minhyuk yang masing-masing tersenyum memandang Juniel dan Minha yang berkejaran. Moon membuat muka pelik (?_?). Dia memandang Juniel kembali. Juniel sedang ketawa kerana dapat menangkap Minha.
                ‘Jun.. parah kau. Ada dua orang yang sedang menanti. Aku harap, kau buat keputusan yang tepat. Kau ikut kata hati kau. Dan aku harap kau bahagia.’ Moon berkata di dalam hati.
                “Aduh!” Juniel mengerang tiba-tiba. Juniel duduk di atas tanah. Muka Jonghoon terus berubah. Dia meluru ke arah Juniel sebelum Moon. Apabila mengetahui tentang penyakit sebenar Juniel, Jonghoon telah berjanji dalam dirinya untuk menjaga Juniel.
                Minhyuk dan Moon juga mendekati untuk melihat apa yang tidak kena dengan Juniel. Minha juga sudah membuat muka takutnya.
                “Akak kenapa?” tanya Minha.
                “Akak sakit...” Juniel berkata.
                Jonghoon menunjukkan riak risau.
                “Sakit? Awak sakit kat mana?” tanya Jonghoon pula. Minhyuk menjeling. Tetapi, dia hanya mampu bersabar. Juniel mencuri-curi tengok wajah Minha yang takut dan wajah Minhyuk yang risau.
                Kemudian, dia ketawa.
                “Hahaha, kena tipu lah. Aku sakit kaki lah, kejar budak ni lah punya pasal.” Juniel mentertawakan semua orang.
                Moon, dan Minha membuat muka bosan. Mereka asyik kena tipu, mana tak nya (TT_TT) . Minhyuk berasa lega (#_#). Tetapi bukan Jonghoon (~,^ ?). Dia diberitahu, bahawa Jun selalu menyorokkan rasa sakitnya itu untuk membuat orang lain tidak risau. Cuma kadang-kadang sahaja dia terlepas. Jadi Jonghoon terus-terusan merenung Juniel untuk mencari kebenaran.
                Juniel berasa tidak selesa.
                “Eherm, saya nak bangun.” Ujar Juniel. Jonghoon tersedar bahawa dia sudah berada terlalu dekat dengan Juniel. Minhyuk hanya menjeling sedari tadi. Manakala Moon dan Minha sudah bangun dan bergerak ke kereta untuk memasukkan barang mereka.
                Juniel bangun lalu menepuk-nepuk skirt panjang yang dipakainya. Dia bergerak ke kereta. Jonghoon mengekorinya. Baru sahaja pintu kereta dibuka, lengannya dipegang oleh Minhyuk.
                “Err, boleh saya tumpangkan awak balik? Lagipun, saya ada benda nak cakap dengan awak.” Pinta Minhyuk.
                Jonghoon memerhati. Juniel pula kelihatan serba salah. Dia menunduk untuk bercakap dengan Moon seketika. Minha yang berada di belakang sudah tertidur. Minhyuk nampak Moon yang mengangguk. Dia tersenyum.
                “Hmm, Moon cakap boleh.” Ujar Juniel.
                “Baiklah, jom.” Ajak Minhyuk. Dia memegang tangan Juniel dan menariknya ke keretanya. Berubah riak muka Jonghoon melihat betapa beraninya tindakan Minhyuk.
                “Eh, sayang. Jangan balik lambat tau. Nanti saya risau.” Jonghoon pula memegang tangan kiri Juniel. Juniel terpinga. Tetapi untuk tidak membuat Minhyuk berasa syak, dia terpaksa senyum sambil mengangguk. Merah muka Juniel, tidak dapat menyembunyikan rasa malu.
                “Don’t worry.” Juniel melakukan lakonan. Minhyuk yang masih memegang tangan kanan Juniel mahu meletup akibat cemburu. Tetapi disabarkan hatinya. Kalau tidak, nanti ada yang pecah muka gara-gara berani mengambil kekasih orang.
                Jonghoon memerhatikan Juniel yang masuk ke kereta Minhyuk. Dia menelan air liur. Hoi, Jonghoon..selambanya kau ni. Jonghoon menampar-nampar mulutnya.
                Juniel didalam kereta cuma mendiamkan diri. Sudah beberapa minit dia berkeadaan begini. Sebenarnya dia berasa sejuk. Sudahlah sekarang ini hampir musim sejuk, Minhyuk pula pergi memasang pendingin hawa. Juniel yang baru masuk ke dalam kereta itu pun sudah hampir menggigil (T.T)
                “Err, awak...nak slowkan air-cond boleh?” Juniel bertanya. Dia memeluk tubuh sambil mengusap lengannya. Lengan bajunya yang cukup panjang dan tebal itu tidak dapat menahan kesejukan yang dialaminya.
                Minhyuk menoleh buat seketika.
                “Owh, awak sejuk ke? Sorry lah, tak perasan.” Ujar Minhyuk. Tangannya bingkas menutup air-cond. Dia sudah biasa dengan keadaan begini kerana air-cond akan sentiasa terpasang sekiranya dia memandu. Tetapi dia lupa akan Juniel yang tidak boleh menahan kesejukan yang melampau.
                “Tak apa lah. Awak nak bawak saya pergi mana sebenarnya?” tanya Juniel apabila dia melihat Minhyuk membelok ke satu simpang yang agak terpencil.
                “Tunggu je lah.” Minhyuk tersenyum pada Juniel.
                Minhyuk memakirkan kereta. Juniel keluar. Sebuah taman. Bisik hati Juniel. Dia mengangguk-angguk seorang diri. Dia masih menghembus tangannya kerana kesejukan.
                “Jom.” Ajak Minhyuk. Juniel hanya mengekori.
                “Sebenarnya, saya nak cakap tentang kita.” Kata Minhyuk. Juniel berdebar, dia takut pembohongannya bocor.
                “Saya tahu awak dah berpunya. Cuma, saya nak kita mulakan balik perkenalan kita. Kita jadi kawan?” tanya Minhyuk. Ini adalah salah satu inisiatifnya untuk mendekati Juniel semula.
                Mereka duduk di sebuah bangku panjang yang memang disediakan di setiap penjuru taman.
                “Kawan?” Juniel kelihatan kabur dengan kata-kata Minhyuk.
                “Iya, jadi kawan. Saya nak awak dan saya jadi kawan semula. Boleh tak?” tanya Minhyuk lagi.
                “Err..bo..boleh.” jawap Juniel agak tergagap.
                “Kalau macam tu, biar saya perkenalkan diri saya dulu. Nama saya Kang Minhyuk. Saya seorang yang boleh dikatakan macho, tinggi dan comel. Saya juga mempunyai banyak impian tapi salah satunya mendekati awak dan berkawan dengan awak. Sekian, itu sahaja dari saya.” Minhyuk tersenyum di hujung katanya (=D) .
                Juniel ketawa mengejek. Apabila mendengar tiga perkataan dari Minhyuk iaitu macho, tinggi dan comel.
                “Sekarang giliran awak.” Minhyuk berkata. Matanya bersinar memandang Juniel yang sedang ketawa. Yay, rancangannya menjadi. Dia tahu, Juniel senang dipujuk lagi-lagi sebenarnya Juniel masih menyayangi dirinya.
                “Perlu ke saya buat macam tu?” tanya Juniel. Dia membuat muka gaya orang dipaksa makan batu. Pipinya juga dikembungkan. Seperti biasa.
                “Ya, kita kan nak jadi kawan. Kenalah buat. Kalau tak, kiranya awak tak nak jadi kawan saya.” Minhyuk cuba merajuk.
                Juniel menjulingkan biji matanya. Hai, menggedik pula mamat ni.
                “Nama saya Choi Jun Hee, atau Jun. Saya seorang yang pendek, hodoh dan tembam. Saya langsung tak ada impian selain menjadi manusia yang boleh hidup sampai tua.” Kata Juniel. Langsung tidak bersemangat. Lagi-lagi bab impian. Kalaulah impiannya itu boleh menjadi kenyataan. Juniel berfikir.
                “Tak bersemangat pun. Dah la awak menipu je.” Minhyuk mencebik.
                “Hello? Menipu mendanya?” marah Juniel.
                “Pendek, hodoh dan tembam. Menipu lah tu kan? Kalau pendek tu yelah juga. Tak ada, buat pengenalan baru.” Suruh Minhyuk.
                “Kenapa awak paksa saya hah?” Juniel memandang Minhyuk dengan gaya orang putus asa. Seperti ini à (==’)
                “Awak kan kawan saya.” Minhyuk memandang Juniel dengan sengihan.
                Juniel membuat muka terlopong (O.o)
                “Fine, nama saya Choi Jun Hee atau Jun. Saya seorang yang sangat tinggi, sangat comel, dan sangat manja. Saya mempunyai satu impian iaitu hidup dengan aman dan tenteram dari diganggu oleh lelaki macam awak.” Juniel tersenyum sehingga ke telinga.
                Minhyuk juga membalas senyuman Juniel. (* v *) ß sehingga sepet matanya.
                “Macam tu la. Cuma yang terakhir tu macam tak logik. Sebab saya akan tetap kacau awak. So, kita mulakan hubungan baru dan awak maafkan kesilapan saya?” tanya Minhyuk.
                Dia menghulur tangan untuk berjabat.
                “Ya, saya maafkan awak. Tapi ingat, saya dah berpunya.” Juniel membalas jabatan tangan Minhyuk.
                Minhyuk pula membuat muka frust. Baru nak gembira, dia dikejutkan dengan berita palsu lagi menipu itu. Juniel tersenyum. Ternyata dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya.
Dia tidak dapat membohongi hati yang mengatakan dia masih sayang pada Minhyuk. Hatinya berkata, Minhyuk tidak bersalah dan orang yang bersalah iaitu Jonghoon telah pun meminta maaf. Hatinya berkata, lupakan masa silam dan pergi menerima maaf dan cinta Minhyuk. Hatinya berkata, buatlah hati ini bahagia buat sementara.
Tetapi Juniel sedar. Kata-kata hatinya itu tidak boleh diturutkan. Jika dia lupakan masa silam dan menerima cinta Minhyuk, mungkin bila dia pergi, lelaki itu akan menderita. Jika dia membuat hatinya bahagia buat sementara, mungkin lelaki disebelahnya ini akan kecewa buat selamanya. Jadi, lebih baik dia ‘mengajar’ lelaki ini dan hatinya supaya menerima hakikat. Walau bagaimana sekalipun mereka saling menyayangi. Ada satu ketentuan yang tidak dapat dielakkan.
Juniel merenung muka Minhyuk. Minhyuk memandang Juniel. Mereka bertatapan buat seketika. Ada genangan air di tubir mata Juniel. Risau melanda fikiran Minhyuk.           
“Jun..awak..tak apa-apa?” tanyanya.
Juniel mengangguk tetapi dia masih merenung muka Minhyuk. Minhyuk terdiam. Dia hanya membalas pandangan mata Juniel yang bersinar kerana air matanya.
Seketika kemudian, Juniel mengalihkan pandangannya. Dia terlalu leka dengan persoalan hati dan akalnya.
“Jun, awak dah berpindah kan? Awak pindah ke mana sebenarnya?” tanya Minhyuk.
“Buat apa nak tahu?”
“Mestilah tahu. Kalau ada apa-apa hal, boleh saya pergi rumah awak.” Minhyuk tersengih. Dia mengerling muka Juniel.
“Daaa...perlu ke?” Juniel mengangkat keningnya. Gaya orang meluat.
Minhyuk mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Keluhan keluar dari mulut Juniel.
“Saya pindah ke belakang rumah tu.” Juniel memberitahu Minhyuk akhirnya. Lagipun, dia tahu lambat-laun dia akan tetap terlepas memberitahu. Dia harap Moon faham kerana dia masih tidak boleh melupakan Minhyuk.
“Awak biar betul? Dekatnya awak pindah. Tipulah.” Minhyuk membuat muka. Juniel pula menggerakkan mata hitamnya ke atas.
“Tak percaya sudah.”
“Memang tak percaya pun. Seriously, dekatnya awak pindah. Kalau saya tahu lah kan. Erm, anyway tak sangka kita boleh jadi macam ni kan? Finally I found you, and you forgive me. Teringat lagi masa awak ki..”
Juniel pantas menutup mulut Minhyuk. Matanya terbeliak.
“Hoi, kenapa awak ungkit pasal benda tu hah? Awak tahu tak saya dah cukup baik maafkan awak. Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya masa tu? Saya ingat masa tu saya memang nak pergi terus dari hidup awak! Biar saya hilang dari dunia ni terus! Awak tahu tak betapa sedihnya bila saya dipermainkan dari mula kita kenal! Boleh tak awak jangan ungkit pasal benda tu lagi. Mungkin awak suka, tapi bukan saya!” Juniel mula naik angin. Dia menjadi emosional secara tiba-tiba.
Sebenarnya dia malu kerana dia tahu apa yang ingin dicakapkan oleh Minhyuk. Mesti pasal ‘kiss’ nya di kelab dulu. Arh, dia pun tak tahu kenapa dia buat perkara itu.
“Sa..saya minta maaf. A..awak jangan lah emo sangat. Saya tahu la sa..saya salah.” Minhyuk menyentuh bahu Juniel.
Juniel menepis. Sudahlah dia malu, sekarang ini dia rasa mahu gelak pula melihat Minhyuk yang ketakutan.
“Nan machi gummy machi. I’m like a gammy-gammy...” telefon Juniel berbunyi. Nada dering mesej yang comel itu berlagu membuatkan Juniel agak terkejut. Dia mengurut dadanya sebelum mengeluarkan telefon dari poket baju luarnya.
‘Dari Jonghoon?’ Juniel pelik. Dia membuka mesej tersebut.     
‘Jaga diri. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara yang akan memudaratkan diri awak. Dan jangan balik lambat. Bahaya! *Pesanan ikhlas dari Jonghoon =)’
Juniel ketawa membaca mesej itu. Minhyuk yang cemburu ingin merampas telefon bimbit Juniel. Juniel mengerutkan dari.
“Awak nak apa?” dengan riak tidak puas hati, Juniel bertanya.
“Nak tengok. Apa yang buat awak tergelak?” tanya Minhyuk pula. Juniel hanya menjuihkan bibir. Telefon bimbit itu disuakan ke muka Minhyuk. Minhyuk membaca mesej Jonghoon. Kemudiannya, dia membuat muka masam.
“Dah baca? Hehe, dia suruh balik awal. Jom, hantar saya balik.” Ajak Juniel. Wajahnya kelihatan ceria semula. Dia sedar, dia harus mengikuti nasihat Jonghoon supaya jangan terlalu memikirkan hal yang membuat dia runsing. Jadi, dia harus menukar moodnya kepada happy.
“Tak nak. Bawak kereta sendiri.” Minhyuk merajuk. Juniel sudah pun bangun dari bangku.
Juniel melopong. Selama dia tidak berjumpa dengan Minhyuk, adakah personaliti Minhyuk sudah berubah? Bagaimana pula lelaki ini boleh menjadi terlalu sensitif?
“Saya mana pandai bawak kereta. Awak ni kenapa? Tiba-tiba lain macam je ni.” Juniel mula untuk moody. Dahinya dikerutkan.
Minhyuk terdiam. Beberapa minit kemudian, dia tersedar. Haish, apa kena dengan aku ni. Ricky dah kata aku kena berubah. Aku kena sabar. Minhyuk, control yourself. Minhyuk bercakap dalam hati.
“Yelah. Saya main-main aje. Jom, saya hantar awak.” Minhyuk bangun dan menarik tangan Juniel ke kereta. Juniel mengekori langkah Minhyuk.


Juniel menggosok matanya berulang kali. Sudah beberapa kali juga dia memejam celikkan mata. Matanya kelihatan kabur sekali. Semalam, dia ingat apabila Minhyuk menghantarnya balik, dia rasa kepalanya sakit semula tetapi masih boleh ditanggung. Dia makan ubat dan terus tidur.
“Moon!” panggil Juniel. Dia memejamkan matanya lagi. Rambutnya yang panjang melepasi bahu disanggul tinggi. Walaupun tidak terurus, dia peduli apa. Yang penting, dia rasa lain macam kerana matanya kelihatan kabur.
“Ya!” sahut Moon. Dia bergegas masuk ke dalam bilik Juniel. Moon sudah menyiapkan sarapan, dan Minha sedang bersarapan. Kejap lagi Minha akan ke sekolah. Tadi, dia ingin mengejutkan Juniel tetapi dia fikir Juniel penat jadi dia biarkan sahaja Juniel tidur dahulu.
“Hmm, mata aku nampak kabur lah.” adu Juniel. Dia cuba membuka matanya kembali. Wajah Moon juga seperti kelabu asap. Matanya dipegang.
Moon mendekati Juniel. Dia memegang tangan Juniel yang sibuk menggosok mata. Dahinya dikerutkan.
“Kenapa ni? Mata kau kabur. Kau biar betul?” tanya Moon.
“Hmm.” Juniel menganggukkan kepalanya.
“I think you need to do check up. Kau dah lama tak jumpa Dr Maru untuk buat pemeriksaan kan? Jun, you have to fight to live. You are not supposed to be like this. Petang ni kita pergi hospital.” Keras suara Moon.
Dia takut sesuatu terjadi. Lagipun, dia tidak rasa Juniel menjadi rabun sekelip mata. Pasti ada yang tidak kena dengan Juniel.
“Tak nak lah.” rengek Juniel. Dia membaling bantal di tangannya.
“Jun, your cancer dah sampai tahap bahaya tahu tak? Macam mana kau boleh main-main lagi ni?! Kau tak sayang kat aku ke? Please lah Jun. Do it for me! Kau tahu tak aku takut kehilangan kau?! Selama ni aku sabar dan layan kau macam kau tak ada penyakit, tapi kau jangan lupa diri Jun. Please?” Moon mula menaikkan suaranya.
Juniel tertunduk. Siapa kata dia tidak ingat tentang penyakitnya? Dia ingat cuma dia malas ingin memikirkannya. Jika dia berfikir tentang penyakitnya itu, dirinya akan menjadi mudah lemah.
“Yelah, petang ni aku check up.” Juniel mengalah.
“Jun..Jun..aku tak tahu lagi nak cakap macam mana. Maafkan aku lah eh? Aku terbiasa, prihatin pasal kau.” Moon mengusap belakang badan Juniel. Juniel mengangkat kepalanya. Dia tersenyum sedikit.
“Thanks. As my friend, kau memang baik hati. Cuma, macam mana ni? Tak nampak langsung ni.” Juniel cuba menukar topik.
“Aku ada cermin mata masa aku kecil dulu. Aku saja suruh mak aku beli, tapi jarang pakai. Rasanya masih ada power lagi. Jap, aku ambil.” Moon bergegas keluar dari bilik Juniel. Juniel menunggu dengan sabar.
‘Hai, Moon. Kau memang seorang sahabat yang baik. Cuma aku sahaja yang tak reti ingin berterima kasih dan menghargai. Maafkan aku sebab aku sering terlupa yang aku ni berpenyakit. Maafkan aku sebab aku sering mengabaikan kesihatan diri. Maafkan aku sebab  aku sentiasa suruh kau layan aku seperti orang biasa. Aku hanya.. tak mahu hidup dengan keadaan begini. Hmm’ Juniel berkata dalam hati.
Moon masuk ke dalam bilik semula. Di tangannya terdapat sebuah kotak cermin mata.
“Nah, cuba kau pakai. Maybe besar sikit, gaya orang dulu-dulu tapi kau cuba je lah dulu. Nanti kita buat cermin mata baru.” Moon mengeluarkan cermin matanya yang berbingkai hitam dan besar itu.
Juniel mengambil cermin mata itu. Dipakaikan ke matanya. Dia membuka mata semula.
“Nampaklah jugak. Lama kau simpan benda alah ni kan?” Juniel mengusik-ngusik cermin mata itu. Dia kelihatan kekok. Baru pertama kali memakai cermin mata pastinya.
“Memang pun. Aku sayang. Tak apa lah, kau pakai je dulu. Nanti tempah baru. Mungkin kau nak yang trendy sikit.” Ujar Moon. Dia menutup kotak cermin mata itu dan diletakkan ke meja solek Juniel.
“Tak payah. Aku nak guna cermin mata ni je. Tak ada lah nampak macam aku rabun sangat.” Juniel masih cuba berlagak seperti biasa. Moon menggelengkan kepalanya. Juniel memang suka buat orang risau. Haiz~
Juniel membelek mukanya dihadapan cermin meja solek. Dia membetulkan lagi kedudukan cermin matanya.
“Kau nampak macam budak kecil je, Jun.” Ujar Moon. Dari tadi dia memuji Juniel di dalam hati yang kelihatan comel apabila memakai cermin mata. Dia memeluk tubuhnya sambil bersandar di almari pakaian yang berada bersebelahan dengan meja solek Juniel.
“Ye ke? Ala, biar lah.” Juniel menangkas. Kelihatan seperti budak kecil itu lebih baik daripada menjadi orang tua. Dia mengemaskan kedudukan cermin mata sebelum bangun dari katil.


Juniel masih termenung di luar rumah sambil memeluk lutut. Dia memandang bintang yang bertaburan di atas langit. Sesekali keluhannya keluar dari bibir mungilnya itu. Dia menyisip rambut ke belakang telinga. Cermin mata yang dipakainya itu juga sesekali dibetulkan.
Dia teringat apabila Minhyuk datang ke restoran petang tadi dan bertanya tentang kenapa dia memakai cermin mata. Juniel hampir terdiam. Dia sudah menemui Dr Maru, dan katanya ketumbuhan semakin merebak di sekitar kepalanya. Melalui fasa ini, Juniel akan menjadi rabun sedikit demi sedikit. Kemudian, mungkin rambutnya juga akan gugur. Sekiranya Juniel tidak membuat pembedahan segera, nyawa Juniel mungkin akan pergi.
Juniel mengeluh lagi saat teringatkan Minhyuk. Dia akui, kehadiran Minhyuk telah membuatnya bersemangat untuk hidup semula. Tetapi dia takut, Minhyuk yang akan meninggalkannya apabila dia mengetahui tentang penyakitnya itu. Sesungguhnya dia masih belum yakin tentang cinta Minhyuk.
Juniel teringat bahawa dia masih mempunyai masa selama seminggu untuk melakukan pembedahan. Adakah dia sudah bersedia? Adakah dia bersedia untuk menjalani pembedahan yang bakal menyelamatkan nyawa atau membuatkannya pergi buat selamanya? Dia teringat pergaduhannya dengan Moon sebentar tadi.
“You have to do the surgery! Ini soal nyawa kau, hidup kau Jun!” Moon mula hilang sabar.
“Ya, it’s about my life. Dan ini decision aku, aku tak nak buat pembedahan tu!” Juniel membalas dengan nada yang sama.
“You have to stay alive. Siapa nak jaga Minha? Kau tak kesian ke dekat orang sekeliling kau? Kenapa kau dah macam hilang semangat untuk hidup ni?” marah Moon lagi.
Minha yang menyorok di belakang dinding mungkin sudah menangis mendengar pergaduhan mereka.
“Yes, aku memang dah lama hilang semangat hidup! For the first time aku dapat tahu tentang penyakit aku lagi! Aku dah lama bertahan, untuk kau dengan Minha. Aku dah penat tahu tak?!” mata Juniel bergenang.
“Jun..kenapa kau macam ni? Selama ni kau tak pernah merungut. Kau pergi check up bila kau patut pergi, kau buat terapi bila kau patut buat, kau ikut arahan doktor. Kau tak pernah putus asa. Kenapa sekarang kau perlu putus asa?!” Moon membalas kata-kata Juniel.
“Aku dah penat! Aku tak suka hidup macam ni! Aku tertekan! Lagi-lagi dengan orang sekeliling aku!” Juniel memberontak.
Moon terdiam. Apa yang dimaksudkan dengan Juniel?
“Orang sekeliling kau? Kau maksudkan Minhyuk dan Jong Hoon?” tanya Moon.
“Bila pertama kali aku jumpa Minhyuk dekat kelab tu, aku tak pernah sangka aku akan jatuh cinta dengan dia. Aku tak pernah sangka aku akan sayang dia. Aku cuma anggap dia sebagai bayang hitam depan mata aku. Dan aku tak pernah sangka, sejak kejadian tu..dia jumpa aku dan hulur salam perkenalan. Sejak tu, aku mula rasa ingin hidup selama-lamanya. Aku hilang prinsip hidup aku. Aku lupa yang aku hanya ada sisa-sisa hidup untuk dinikmati.
Aku biarkan diri aku dilukai. Aku sanggup asalkan aku bahagia. Tapi kenyataannya? Bahagia aku pun sudah berakhir. Aku dah mula boleh terima yang aku tak boleh hidup lama. Aku dah boleh terima. Bila dia datang balik ke restoran tu, aku mula lupa siapa diri aku. Aku tak boleh terima yang aku akan mati!” Juniel menangis semahu-mahunya.
“Sebab tu kau perlu buat pembedahan tu. Kau masih ada peluang untuk hidup Jun. Selagi kau berusaha, selagi kau yakin..kau mesti boleh. Kalau kau sentiasa tertekan begini, ketumbuhan tu makin merebak. Kau kena lawan, Jun.” Moon menarik Juniel ke pelukannya.
“Tapi pembedahan tu cuma 50-50. Aku mungkin akan mati juga!” Juniel masih tidak mahu mengalah.
“Jun.. you have to trust the doctor. Kau buat pembedahan tu ya? Aku akan ada disisi kau. Aku akan teman kau. Kau jangan putus asa macam ni. Selagi kau kuat, kita masih ada harapan.” Pujuk Moon.
Juniel terdiam. Dia masih teresak di pelukan Moon.
“Tapi Moon..” Juniel bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Moon memandang Juniel.
“Kau kena tolong aku lakukan sesuatu. Aku taknak dia mempengaruhi keputusan aku. Aku buat semua ini hanya untuk kau dan Minha. Kau tolong aku?” pinta Juniel. Moon menelan air liur. Tiba-tiba dia berasa bersalah pada Minhyuk.
Juniel tersedar dari lamunan saat pintu dibuka dari dalam. Moon keluar dengan senyuman manis.
“Kejap lagi Jonghoon sampai. Kau yakin dengan apa yang kau buat ni?” tanya Moon.
Juniel mengangguk.
“Harap-harap kau tahu apa yang terbaik. Aku hanya menyokong dari belakang. Dan pastikan, kau betul-betul yakin.” Ujar Moon. Dia mengusap belakang tangan Juniel.

Minhyuk menjeling Juniel dan Jonghoon yang sedang berpeluk di sebelahnya. Dia mula berasa menyesal kerana setuju ingin mengikuti mereka semua menonton dan membeli belah hari ini. Dia tidak tahu yang dia akan berasa sebegini cemburu dan marahnya.
Minhyuk langsung tidak menumpukan perhatian pada wayang. Dia masih berasa geram. Minhyuk dapat melihat tangan Jonghoon yang berada di atas tangan Juniel. Sesekali mereka berbisik sesama sendiri. Akibatnya, Minhyuk bangun dari kerusi dan keluar dari panggung wayang itu. Dari hatinya sakit melihat adegan itu, lebih baik dia keluar.
Minhyuk duduk di satu cafe sambil meminum air yang dipesannya tadi. Sedang dia meneguk air, dia dikejutkan dengan satu suara.
“Ermm, abang buat apa kat sini?” Minha menegur. Dia naik ke atas kerusi dihadapan Minhyuk.
Minhyuk mengangkat kening. Pelik dengan kehadiran Minha sedangkan setahunya tadi, tiada siapa pun sedar yang dia pergi meninggalkan mereka semua termasuklah Ricky.
“Yang Minha pulak ni keluar kenapa?” tanya Minhyuk kembali. Dia merenung muka Minha yang selamba menongkat dagu di atas meja.
Minha menjuihkan bibirnya.
“Minha tanya abang, abang tanya Minha balik. Tak best lah cerita tu. Cerita tu hanya sesuai untuk orang dewasa. Kenapalah pergi bawak Minha sekali.” Minha membuat muka bosan.
Minhyuk ketawa kecil.
“Habis tu..Minha sanggup ke duduk rumah sorang-sorang?” Minhyuk bertanya lagi dengan senyuman. Seronok juga melayan budak kecil ini. Lupa seketika pada Juniel dan Jonghoon yang berada di dalam itu.
Minha menggeleng laju mendengar kata-kata Minhyuk.
“Minha nak air? Abang orderkan.” Pelawa Minhyuk.
“Abang belanja?” Minha mengangkat kening. Senyuman diberikan penuh ikhlas kepada Minha sebelum mengangguk. Riak wajah ceria terserlah di muka Minha.
“Minha nak air strawberi.” Jawapnya penuh bersemangat.
Selepas air sampai, Minhyuk melihat jam tangannya. Masih ada 30 minit sebelum cerita yang ditayangkan habis. Dia tidak tahu mahu buat apa. Minha yang sedang asyik menghirup air derenung lama.
Minha membuat muka. Dia menggerak-gerakkan tangannya di hadapan muka Minhyuk.
“Hello? Ingatkan siapa? Kenapa tenung Minha macam tu?”
Minhyuk tersedar. Dia menayangkan sengihan pada Minha yang masih membuat muka bosan melihat kelakuan Minhyuk (-,-) .
“Minha, habiskan air tu cepat. Abang nak bawak Minha pergi jalan-jalan. Abang bosanlah.” Ujar Minhyuk. Jam tangannya sekali lagi dibelek.
“Owh okey.” Minha segera menghirup air itu sehingga setengah. Minhyuk sedang memeriksa telefonnya jika-jika ada sesiapa miss call atau mesejnya sewaktu dia di dalam panggung wayang.
“Dah kenyang. Jomlah!” Minha bangun dari kerusi. Minhyuk juga. Dia sebenarnya mahu membawa Minha berjalan ke satu shopping complex. Minhyuk memegang tangan Minha yang kecil. Mereka masuk ke kedai satu persatu.
“Hey, Minha..abang penat lah. Minha nak belek barang lagi ke? Abang pergi kedai depan tu kejap tau.” Minhyuk mencekak pinggang memandang Minha yang sedang mencuba sehelai baju ke badannya.
Minha hanya mengangguk sedikit. Fikirannya lebih tertumpu pada baju dihadapannya itu.
Minhyuk masuk ke kedai itu dan membeli satu air tin. Dia tidak sangka Minha akan menjadi sebegini agresif apabila bershopping. Rupanya dia telah salah menilai orang. Minhyuk bergerak ke kedai yang menjual baju di mana ada Minha sebentar tadi.
Sambil meneguk air tin, Minhyuk memandang Minha yang tersenyum padanya.
“Beli air tin, bukannya nak bagi Minha sekali.” Kata Minha. Minhyuk tersengih.
“Minha tak cakap pun. Nah, abang ada hadiah untuk Minha.” Minhyuk mencabut cincin tin itu dan disarungkan ke tangan Minha.
“Buat apa abang bagi Minha benda alah ni?” Minha membuat muka blurr lagi pelik. Dia hanya memandang cincin tin yang berada di tangannya.
Minhyuk buat tak endah. Dia berjalan menuju ke suatu sudut yang menjual aksesori. Dibeleknya buat seketika sebelum Minha menarik bajunya.
“Hehe, abang.. Minha nak baju tadi tu?” Minha membuat muka kasihan sambil mengenggam tangannya gaya orang memohon supaya tidak dibuang kerja tetapi sekarang ini Minha memohon supaya Minhyuk membelikannya baju itu.
Minhyuk mencangkung menghadap Minha. Hidung Minha dicuit.
“Hey, budak kecil. Abang tak ada duit lah.” bohong Minhyuk. Minha memeluk tubuh.
“Tipulah. Ala, please? Nanti abang claim lah dekat Kak Jun. Eh, jangan. Dekat Kak Moon pastu suruh dia mintak duit dekat Abang Ricky. Boleh?” Minha bercakap ikut sesedap mulutnya.
Minhyuk mencebik.
“Tak nak.” Ujar Minhyuk lalu menjelir lidah. Minha ingin merajuk. Dia keluar dari kedai itu dan berjalan kasar ke sebuah bangku. Dia duduk di atasnya sambil memeluk tubuh. Merajuk dengan Minhyuk.
Minhyuk terpinga. Ah, sudah. Hai, budak ni memang macam akak dia. Tiba-tiba pulak tu? Dia ni memang manja ke? Minhyuk berfikir di dalam hati. Dia memandang baju yang dipegang oleh Minha sebentar tadi. Nampaknya dia harus memujuk dan membeli juga baju itu.
Tetapi sebelum itu, dia terfikir sesuatu. Hai, dia memang suka melakukan hal seperti ini! Minhyuk melangkah laju ke sebuah kedai lain dahulu dengan harapan Minha tidak pergi ke mana-mana. Dia ada rancangan yang bagus punya.
Minha masih memeluk tubuh. Sambil itu dia membebel dengan penuh geram gaya budak kecil kepada Minhyuk kerana Minhyuk enggan membelikannya baju itu. Minha sebenarnya sudah terbiasa kerana selalunya apa sahaja permintaannya ditunaikan oleh kedua akaknya. Jadi, dia menjadi agak manja.
“Minha...” panggil Minhyuk dari tepi. Minha tidak ingin berpaling.
“Fine, tak nak pandang.. abang ambil balik baju ni.” Ugut Minhyuk.
Minha terus berpaling. Tetapi di hadapannya sekarang ini bukanlah baju tetapi teddy bear, lollipop, dan belon. Muka Minha mulai masam kembali.
“Apa ni?”
“Sebelum tu, Minha kena ambil belon ni, lollipop ni jugak dan lagi satu teddy bear ni sebelum abang bagi baju tu.” Minhyuk mengikat tali belon pada cincin tin yang dipakai oleh Minha, dia meletakkan lollipop ke dalam beg gadis kecil itu dan teddy bear pula diletakkan di paha Minha. Nasib sahaja teddy bear itu tidak sebesar yang ingin dibelinya. Fikir-fikir, bagaimana pula lah Minha yang kecil mahu membawa teddy bear sebesar itu.
Minha mengerutkan dahi. Sekarang ini entah apa yang jadi pada rupanya.
“Nonsence!” ujar Minha. Minhyuk hanya tersengih. Dia memegang beg kertas lalu diberikan pada Minha.
Minha mula tersenyum gembira.
“Baju tu?” Minhyuk mengangguk. Minha tersenyum puas hati. Dia dapat lollipop, teddy bear dan baju. Err, cincin tin dan juga belon. Tetapi yang penting, dia puas hati.
“Kaya lah abang ni.” Minha tersengih. Minhyuk menjegilkan biji matanya tanda berkata jangan suruh abang belanja dah lepas ni. Minha membuka plastik lollipop sementara Minhyuk duduk di sebelahnya.
Minhyuk memeriksa telefon kembali. Dia terasa getaran di poket seluarnya. Panggilan itu dijawap. Apabila bercakap beberapa minit, dia menutupnya. Pandangannya dialihkan ke arah Minha yang sedang enak mengisap lollipop yang sangat besar itu.
“Nak sikit.” Pinta Minhyuk lalu dengan selamba dia mengigit hujung lollipop yang masih tidak disentuh oleh Minha. Minha memberikan jelingan geram. Hanya sengihan yang mampu Minhyuk balas dari jelingan Minha itu.
“Bukan tadi diorang call ke? Kita dah kena pergi sana balik ke?” Minha bertanya lurus. Tadi dia terdengar perbualan Minhyuk.
Minhyuk mengangguk.
“Habis tu kenapa abang tak bangun lagi ni?” soal Minha lagi.
“Dah, Minha tu nak makan lollipop bagai. Abang tunggu lah.” balas Minhyuk. Dia kemudiannya bangun dan diikuti dengan Minha ke panggung wayang sebentar tadi.
Juniel dan Jonghoon masih berpegang tangan. Moon dan Ricky pula mungkin masih belum keluar dari panggung wayang. Minhyuk melihat suasana yang menyakitkan hati itu dengan wajah yang tiada perasaan. Dia dan Minha mendekati Juniel dan Jonghoon.
Juniel terkedu. Apabila ternampak Minha dan Minhyuk dari jauh, dia terasa ingin melepaskan pegangan tangannya. Apatah lagi apabila terlihat Minha yang sedang memakan lollipop. Dia sedih tapi apakan daya? Juniel mengemaskan pegangan tangannya.
“Eherm, kenapa korang keluar dari panggung?” tanya Jonghoon. Dia mengerling reaksi Juniel yang memerhati ke arah lain apabila Minhyuk berada dihadapannya.
Minhyuk yang masih memegang tangan Minha pula merenung Juniel. Tetapi kemudian, dengan tiada perasaan dia memandang Jonghoon.
“Tak tahu. Cerita tu tak menarik langsung.” Jawap Minhyuk dalam acuh tak acuh. Dia tersenyum sinis melihat Juniel yang tidak berani menentang matanya. Entah kenapa dia berasa sebal dengan sikap Juniel.
Juniel menyabarkan hatinya. Hei Jun, dengan Minha pun kau boleh jeles ke? Sabar, kau kena tetapkan hati kau. Perancangan kau belum lagi selesai. Juniel berkata dalam hatinya seraya menggigit bibir bawahnya.
“Hei, kau pergi mana tadi Minhyuk?” Ricky yang dari tadi memerhati suasana tegang itu segera menepuk belakang Minhyuk dan bertanya. Moon juga menghampiri mereka.
Minhyuk tersenyum penuh makna.
“Tak ada apalah. Jom gerak. Kau orang nak pergi mana lagi? Bukan ke perancangannya nak shopping? Aku pun dah lenguh kaki layan si Minha ni.” Minhyuk berkata.
Sambil berjalan, dia dan Ricky berbual berdua. Entah pelbagai perkara yang disembangkan. Sehinggakan mereka berdua jalan menonong dan meninggalkan Moon dan yang lain-lainnya di belakang. Moon hanya membiarkan. Pasti ada benda yang perlu diluahkan oleh dua orang sahabat itu.
Moon menjeling Juniel yang terus melepaskan pegangan tangannya sebaik Minhyuk dan Ricky menjauh. Kepalanya digelengkan melihat sikap Juniel yang sukar diramal itu.
Sekejap dia ingin bersama Minhyuk, dan menjadikan Minhyuk sumber kekuatannya menghadapi penyakitnya itu. Dan sekejap, dia menukar fikiran. Berfikiran untuk membiarkan Minhyuk tidak tahu tentang penyakitnya dan membuatkan Minhyuk melepaskan dirinya secara perlahan.
 Bagi Juniel, mungkin cara yang kedua itu lebih mudah. Supaya Minhyuk tidaklah terlalu terasa dengan pemergiannya. Tetapi Moon pasti, keadaan akan menjadi lebih teruk dan Minhyuk pasti lebih menyalahkan dirinya.
“Akak, tadi Abang Minhyuk belikan Minha baju gaun.” Minha tiba-tiba bersuara membangkitkan Moon dari lamunannya. Minha menunjukkan bajunya di dalam beg kertas itu.
Mereka sudah berhenti di sebuah kedai kerana Jonghoon ingin membeli sesuatu.
“Oh ya? Minha ni, akak kan dah pesan. Jangan meminta pada orang lain. Tak apalah, nanti akak bayar dekat Abang Minhyuk. Ni yang macam-macam lagi Abang Minhyuk bagi ni kenapa? “ tanya Moon pula. Dia mengambil teddy bear dari pegangan Minha. Minha tersengih.
“Mana lah tahu. Abang Minhyuk yang bagi.” Minha menyembunyikan kebenaran. Moon mencubit pipi Minha perlahan.
“Eii, dia ni kan. Akak cakap jangan menipu. Dah la Minha, bukan akak tak tahu Minha ni macam mana. Mana tak Abang Minhyuk pun fed up dengan Minha.” Moon menggeleng-gelengkan kepalanya. Teddy bear itu diusap-usap kepalanya.
Sebentar tadi Moon dapat melihat yang teddy bear itu dipegang oleh Minhyuk tapi mungkin baru sahaja diberikan kepada Minha semasa dia mengelamun tadi.
“Kalau nak sangat, nah!” Ricky menyuakan satu teddy bear kecil di hadapan muka Moon pula. Entah bila mereka sampai di situ. Terlalu lama dia mengelamun nampaknya.
Moon memberikan jelingan kurang mesra pada Ricky tetapi Ricky hanya ketawa kecil. Dia mengambil kembali teddy bear itu dan dimasukkan di dalam beg tangan Moon. Teddy bear itu kecil sahaja saiznya jadi muat untuk dimasukkan ke dalam beg Moon yang sederhana saiz.
Minhyuk mengusap kepala Minha yang sedang menghisap lollipop sambil matanya berjalan ke serata shopping complex. Dia memandang Moon kemudiannya.
“Mana Jun?” tanya Minhyuk. Tindakan drastik apabila dia tidak nampak Juniel berdekatan mereka. Sudah terbiasa menjadi prihatin. Lagipun dia risau dengan Juniel. Lupa pula dia yang Jonghoon ada bersama.
“Eherm, dia ada dekat dalam kedai depan tu. Beli apa entah. Dengan Jonghoon.” Tekan Moon. Dia pun tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Mungkin dia sedar, Minhyuk hanya bertanya perihal Juniel sedangkan Jonghoon jika dia hilang kemana tidak akan ditanya dan diungkit pun tentang kehilangannya.
Minhyuk mengawal riak muka. Dia kemudiannya memandang dengan tajam Jonghoon dan Juniel yang sedang bercakapan di dalam kedai itu.


Minhyuk memandu kereta. Di sebelahnya Ricky serius sepanjang jalan. Lagipun, tiada benda yang seharusnya dibicarakan. Moon dan Minha dibelakang juga mungkin sudah hampir tertidur. Minhyuk mengekori kereta Jonghoon dari belakang sehingga sampai ke rumah Juniel dan Moon.
Ricky menegakkan tubuhnya seraya memandang ke belakang. Moon hampir terlentok kerana mengantuk. Minha sudahpun tidur bersama teddy bear dan belon di tangannya. Ricky membuka pintu kereta untuk membenarkan Moon keluar. Kemudian, Ricky mencempung Minha yang sedang tidur.
Minhyuk membantu dengan mengeluarkan barang dari bonet. Agak banyak juga barang yang mereka beli hari ini. Setelah habis dipunggah, Minhyuk masuk ke dalam rumah Juniel. Dia langsung tidak mengendahkan Jonghoon yang sedang memandang lama ke arahnya.
“Bila korang nak pindah balik ni? Lagipun, bukannya jauh. Membazir sahaja kalau buat macam ni.” Bisik Minhyuk pada Moon. Moon mengangkat bahu.
“Ikut Jun lah. Alah, nanti mesti pindah punyalah. Kau bukannya tak boleh carik kami langsung. Alamat rumah ni pun kau dah tahu kan?” Moon berkata.
Minhyuk menggumam bibir lalu mengangguk. Pandangannya dialihkan ke arah Minha yang sudah diletakkan di atas sofa oleh Ricky. Memandang wajah Minha yang seiras dengan Juniel sudah cukup apabila dia sedar, dia tidak boleh memandang Juniel sebegitu lagi. Ah, sekali tengok macam dah jatuh cinta dekat Minha. Minhyuk tersenyum dengan teori akalnya.
Dia keluar dari rumah itu dan memandang Ricky yang sedang mengangkat barang lagi. Selesai, Minhyuk mengalihkan pandangan pada Jonghoon yang seperti berbisik sesuatu pada Juniel. Kelihatan Juniel mengangguk. Minhyuk membuat gaya bengang melihat Jonghoon dan Juniel. Jonghoon semakin buat dia hilang sabar.
Selepas keluar dari perkarangan rumah Juniel dan Moon, Minhyuk masih memandu kereta. Dia mengekori Jonghoon dari belakang lagi. Kali ini, niatnya lain. Hatinya yang sedang marah harus ditenangkan. Satu sahaja caranya. Berdepan dengan Jonghoon sendiri.
“Minhyuk, kau nak buat apa ni?” tanya Ricky apabila mereka sudah melintasi simpang ke rumah kediaman Ricky. Minhyuk masih memandu. Dia menjeling Ricky sedikit lalu tidak menghiraukannya.
Ricky tidak sedap hati apatah lagi selepas itu, Minhyuk memintas dan menahan kereta Jonghoon dari hadapan. Minhyuk keluar dari kereta. Pintu di bahagian pemandu dihempas sekuat hatinya.
Minhyuk menuju ke arah kereta Jonghoon. Dengan riak muka marah, dia menyuruh Jonghoon keluar. Jonghoon enggan. Ricky semakin risau. Sikap panas baran Minhyuk memang kadang kala sukar dikawal. Dia juga keluar dari kereta secara perlahan.
Jonghoon tidak menoleh ke arah Minhyuk yang berada di luar keretanya. Minhyuk mula naik angin apabila diendahkan.
“Aku suruh keluar, keluarlah! Jangan jadi pengecut!” tengking Minhyuk.
Jonghoon menoleh buat seketika sebelum tersenyum sinis. Dia membuka pintu kereta secara perlahan lalu keluar. Dia menunduk dan tidak menentang muka Minhyuk. Tangannya diseluk ke dalam poket dan dia berdiri tegak.
“Apa yang kau nak?” tanya Jonghoon angkuh.
Minhyuk mendengus seketika. Secara drastik, dia menekan dada Jonghoon dan ditolaknya ke kereta. Jonghoon terkedu dengan sikap kasar Minhyuk. Minhyuk memandang mata Jonghoon dengan tajam.
“Kau puas hati kalau buat macam ni? Puas hati kau bila rampas kekasih orang lain?! Kau memang tak pernah nak tengok aku senang kan?!” jerkah Minhyuk.
Walaupun tersepit dan sakit ditekan dadanya oleh Minhyuk, Jonghoon masih mempamerkan senyuman pada Minhyuk. Senyuman mengejek yang makin menyakitkan hati Minhyuk.
“Ya, memang aku puas hati. Cuma, apa masalah kau nak tahan aku tengah-tengah malam macam ni!” balas Jonghoon dengan nada yang sama lalu dia menolak badan Minhyuk.
Minhyuk secara automatik terkebelakang.
“Kau yang mulakan dulu. Kenapa kau masih tak puas hati dengan aku?! Kenapa kau perlu pisahkan aku dari Jun?! Kau buat aku rasa tercabar dengan kau! Kau tahu kan betapa aku sayangkan dia?! Kenapa kau perlu buat macam ni?!” Minhyuk menengking lagi walaupun matanya sudah digenangi air.
“Masalahnya sekarang ni, Jun masih nak ke dengan kau? Dia dah terima aku. Kau tak ingat apa yang dia cakap? Dia tak sayangkan kau, dan dia sayangkan aku. Kau masih tak jelas apa yang dia cakap? Kau lupa?” Jonghoon meluruskan jari telunjuk ke hadapan muka Minhyuk.
Minhyuk terus menumbuk muka Jonghoon sekuat hatinya. Dia menolak badan Jonghoon ke kereta lalu menendang perut Jonghoon pula. Ricky terkejut. Dia berlari ke arah Minhyuk.
“Minhyuk, sudah! Hentikan!” Ricky menarik badan Minhyuk ke belakang. Minhyuk menarik tangannya. Puas hatinya melihat Jonghoon yang terduduk sambil mengesat darah dibibir. Pastinya kesan daripada tumbukan Minhyuk tadi.
Jonghoon bangun. Dia mendekati Minhyuk. Bahu Minhyuk ditolak berkali-kali. Minhyuk menahan perasaan geramnya.
“Sudahlah! Kalau korang bergaduh macam ni, apa pun tak dapat.” Ricky cuba menenangkan suasana. Dia berdiri di antara Minhyuk dan Jonghoon. Cuba menjauhkan mereka berdua yang saling merenung antara satu sama lain.
Minhyuk menepis tangan Ricky yang menahan badannya, lalu dia meluru ke arah Jonghoon. Muka Jonghoon ditumbuk sekali lagi. Jonghoon hampir jatuh tetapi dia sempat mengimbangi badannya. Belum sempat dia membalas tumbukan Minhyuk, dia menjatuhkan tangannya.
Dengan senyuman sinis, dia membuka pintu kereta lalu berlalu begitu sahaja meninggalkan Minhyuk dan Ricky. Minhyuk menendang tayar kereta pula. Geram dengan tindakan berani Jonghoon. Ricky memegang bahu Minhyuk.
“Minhyuk, kau kena sabar. Jangan ikut sangat kata marah kau tu.” Nasihat Ricky. Minhyuk menjeling Ricky sekilas sebelum masuk ke dalam kereta.
“Aku pandu.” Ricky menahan. Minhyuk mendengus lalu bergerak ke tempat penumpang. Bagi Ricky, lebih selamat jika dia yang memandu apatah lagi dengan keadaan Minhyuk yang sedang marah.
Jonghoon membawa kereta sambil cuba menenangkan perasaan marahnya. Ikutkan hati, dia memang mahu membalas tumbukan Minhyuk tadi. Cuma, dia teringat akan Juniel. Demi mahu rancangan mereka diteruskan, dia harus menipu dengan berkata Juniel sayangkan dirinya.
“Maafkan aku Minhyuk. Aku tahu aku salah. Tapi ini atas kehendak Jun sendiri.” Jonghoon berkata sendirian.
Tadi dia berbisik sesuatu kepada Juniel. Dia bertanya sama ada rancangan ini perlu diteruskan atau tak. Kerana bagi Jonghoon, Minhyuk sudah kelihatan terlalu cemburu dan marah, jadi dia tak sampai hati. Apabila Juniel mengangguk, dia terpaksa melakukannya. Dia terpaksa berlakon semula.
Walaupun Jonghoon mempunyai perasaan yang sama pada Juniel, dia pasti perasaannya tidak akan pernah sama dan setanding Minhyuk. Dia hanya terpaksa memendam perasaannya untuk Juniel dan Minhyuk.


Minhyuk terus masuk ke bilik apabila sampai di rumah. Dia menghempas pintu sekuat hatinya. Bagi melepaskan geram. Minhyuk mundar-mandir di dalam bilik. Dahinya dipegang dan diurut. Dia sendiri pening dengan apa yang harus dilakukannya. Dia betul-betul tidak boleh menahan perasaannya.
Minhyuk memandang beg pakaiannya di atas almari. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Dia terus mengambil beg itu dan mengisi pakaiannya. Minhyuk mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Juniel buat seketika. Dia perlu menenangkan hatinya. Betul kata Ricky, dia perlu berubah jika dia ingin bersama Juniel. Dia perlu cuba mengawal perasaan marahnya.
Tepat pukul dua pagi, Minhyuk keluar dari bilik. Dia memandang sekeliling. Bilik Ricky tertutup rapat. Pastinya Ricky sudah tidur. Minhyuk keluar dengan membawa beg pakaiannya. Dia sudah ada destinasi untuk dituju. Terima kasih kepada ayahnya, dia dapat menumpang di satu hotel kepunyaan ayahnya.
Minhyuk meninggalkan satu nota untuk Juniel di atas meja biliknya. Juga satu selitan nota untuk Ricky untuk meminta maaf dan berterima kasih kerana rakannya itu sanggup menumpangkannya, dan menyokongnya dari belakang. Minhyuk tahu, pasti mereka berfikir sikapnya yang agak kebudak-budakkan apabila pergi hanya kerana cemburu dengan Jonghoon dan Juniel, tetapi Minhyuk ada pendapatnya sendiri.
Lebih baik dia begitu dari hatinya terseksa. Dia juga penat sekiranya Juniel asyik menafikan perasaannya. Dia takut lama-kelamaan dia putus asa. Jadi, lebih baik dia menghilangkan diri buat seketika.
Setelah itu, Minhyuk memandu di tengah jalan raya yang sudah kosong. Pastinya tiada sesiapa lagi yang memandu di tengah malam buta itu. Minhyuk terus memandu sehingga dia tiba di satu hotel. Nafas ditariknya panjang. Dia harus memulakan hidup baru tetapi dia berjanji sesuatu pada Juniel dalam hatinya.
“You’re the only one girl I’ve ever loved. Saya akan tetap bersama dengan awak dan takkan menduakan awak. Saya sayang awak, Jun.” Bisik Minhyuk.


Seminggu empat hari selepas itu,
“Jun!! Bukak pintu ni!!” Moon menjerit. Dia mengetuk pintu dengan kuat sekali. Air mata Moon sudah mengalir. Minha juga turut mengetuk pintu.  Sudah hampir beberapa hari Juniel didalam bilik tidurnya. Juniel mengunci bilik tidur itu dari dalam. Hari ini juga, Minha tidak ke sekolah kerana duduk di rumah.
“Akak, kunci pendua tu tak jumpa lagi ke?” Minha merengek-rengek. Dia juga turut risau dengan keadaan kakaknya. Kunci pendua? Ya, kunci pendua itu memang sudah lama hilang dan Moon tidak pernah bercadang untuk membuat kunci baharu.
“Tak.. Minha teruskan panggil akak Jun. Biar akak telefon abang Ricky dan abang Jonghoon.” Ujar Moon. Minha mengangguk. Pintu terus-terusan diketuk. Masih tiada sahutan.
Sebenarnya sudah lama Juniel tidak keluar. Dua hari pertama, masih ada sahutan. Malah, Juniel memarahi Moon atau Minha jika mereka memanggilnya keluar dari bilik. Lama kelamaan, Juniel hanya membalas sedikit demi sedikit dengan suara yang lemah. Dan hari ini, Juniel langsung tidak bersuara. Moon tidak mendengar satu bunyi pun dari dalam bilik itu.
“Macam mana?” Moon mendekati Minha sekali lagi. Minha menggelengkan kepalanya. Air matanya diseka.
“Abang Ricky dan abang Jonghoon?”
“Kejap lagi mereka sampai.” Balas Moon. Dia mundar mandir di hadapan pintu bilik Juniel. Minha juga sudah putus asa.
Beberapa minit kemudian, Ricky sampai.
“Ricky! Tolong bukakkan pintu ni. Kami tak ada kunci pendua. Dah hilang lama dah. Juniel tak menyahut dari tadi. Kami takut terjadi apa-apa.” Moon menyuruh Ricky menolong. Dia sudah tiada cara lain lagi mahu membuka pintu itu.
“Macam mana nak bukak?” tanya Ricky. Dia juga buntu.
“Kalau boleh, pecahkan aje!” Moon membalas. Ricky berfikir seketika sebelum melangkah menjauhi pintu beberapa langkah. Kemudian, Ricky menghempas pintu itu. Akhirnya pintu itu terbuka juga.
“Jun!” jerit Ricky. Dia orang pertama yang masuk ke bilik dan ternampak Juniel yang sudah terbaring di atas lantai tak bermaya. Mukanya pucat. Ricky segera mendekati Juniel. Dengan bilik Juniel yang terlalu terabur dengan kaca pecah, bantal yang sudah terbuka jahitannya dan selimut juga entah ke mana.
“Jun!! Omo!” Moon dan Minha juga terus memangku Juniel. Ricky cuba memeriksa nadi Juniel. Masih berdenyut.
“Juniel masih bernafas. Kita perlu bawak dia ke hospital. Dengan segera! Moon, siap dan kunci rumah.” Ricky mendukung Juniel ke kereta. Minha mengekori dari belakang. Sampai di kereta, Ricky memasukkan Juniel di tempat duduk belakang.
Moon keluar dari rumah. Pintu dikuncinya dan dia masuk ke dalam kereta. Air matanya juga sudah turut mengalir. Minha juga menangis sedari tadi. Dia faham akan semua yang terjadi. Moon memberi mesej kepada Jonghoon mereka sedang menuju ke hospital.
“Sabar, Jun pasti terselamat.” Ricky memujuk. Dia memandang cermin pandang belakangnya. Dengan harapan, Juniel masih mempunyai peluang hidup. Dia memandu selaju mungkin.
“Kalaulah dia buat pembedahan tu.” Bisik Moon perlahan. Hampir tidak kedengaran.


Seminggu empat hari sebelum itu,
Juniel tersentak saat diberitahu oleh Moon, Minhyuk keluar dari rumah Ricky. Dia memandang Jonghoon tajam. Dia tahu Jonghoon telah bertumbuk dengan Minhyuk malam tadi, jadi dia mula menyalahkan Jonghoon.
“Jonghoon tak salah. Lagipun Minhyuk ada tinggalkan nota mengatakan dia yang cuba untuk memahami keadaan kau orang tapi dia tak boleh.” Bela Moon.
Juniel tidak menjawap. Apatah lagi dia terasa seperti dihukum apabila Minhyuk berbuat demikian. Juniel diam. Moon mengeluh. Dia mengerling Jonghoon yang duduk berhampiran dengan mereka.
“Rancangan kau berjalan dengan lancar Jun. Kau yang nak dia tinggalkan kau kan?” Moon menyedarkan Juniel. Juniel yang membuat rancangan ini. Juniel yang mahu Minhyuk rasa putus asa dan meninggalkan dirinya. Jadi kenapa Juniel perlu rasa sedih dengan kehilangan Minhyuk?
“Ya, tapi aku tak nak dia pergi! Aku taknak dia pergi tinggalkan aku terus macam ni!” Juniel memegang kepalanya.
“Buat apa?! Buat apa kau nak dia ada disisi kau? Kau dah buat dia sakit hati, kau yang jalankan rancangan ni! Buat apa kau nak dia masih menunggu kau? Kau ingat dia bodoh?” Moon seperti menyalahkan Juniel dalam hal ini. Ya, memang dia menyalahkan Juniel. Dia marah pada Juniel. Walaupun pada mulanya dia tak suka pada Minhyuk, dan menyuruh Juniel melupakan Minhyuk, waktu ini dia seperti rasa ingin menyokong Minhyuk pula.
“Kenapa kau macam nak salahkan aku? Aku tahu ni memang rancangan aku! Dah la, korang memang tak faham apa-apa pun pasal perasaan aku!”Juniel berlari masuk ke biliknya dan mengunci dari dalam. Dia menangis sepuas hati.
“Minhyuk, maafkan saya. Saya tak tahu kenapa saya terlalu bodoh. Saya bodoh sebab buat awak macam ni. Kenapa saya terlalu bodoh?! Saya masih sayangkan awak tapi saya buat awak macam ni. Minhyuk, maafkan saya. Tolong, kembali. Kembali untuk saya. Saya masih perlukan awak. Saya perlu lihat awak setiap hari. Awak adalah kekuatan saya. Maafkan saya Minhyuk, maafkan saya...” Juniel menangis di penjuru bilik tidurnya.

Keesokan harinya,
“Jun, dah la. Keluar dari bilik ni. Kau tak makan pun semalam. Please? Kau perlu makan. Kalau tak macam mana kau nak sembuh? Keluar ya?” pujuk Moon. Mangkuk bubur di tangannya di pandang dengan pandangan sayu. Perasaan bersalah menerpa hati Moon. Dia tahu dia bersalah kerana menuduh Juniel semalam.
“Prang!!” bunyi balingan sesuatu di pintu. Terkejut Moon dibuatnya.
“Jun..” Moon bersuara lagi.
“Tak nak!! Aku tak nak keluar!! Kau orang tak faham perasaan aku! Aku tak nak keluar! Biar aku duduk dalam ni! Aku tak nak keluar!” Juniel menjerit dari dalam bilik.
Moon mengeluh. Dia sudah memberitahu Ricky soal ini. Ricky memberikan satu nota dari Minhyuk untuk Juniel. Apabila Moon membacanya, dia mengambil keputusan untuk tidak memberi kepada Juniel nota itu. Dia pasti, Juniel akan makin marah apabila membaca nota itu.
Moon bergerak ke dapur. Mangkuk bubur diletakkan dibawah tudung saji. Dia bergerak ke biliknya pula. Nota untuk Juniel itu dibaca semula. Dengan perasaan sedih dengan apa yang melanda, Moon harap Minhyuk akan segera muncul kembali.

‘Hai, Jun. Saat awak baca nota ini, saya sudahpun tiada berhampiran dengan awak. Saya akan pergi ke tempat lain di mana mungkin tiada sesiapa pun yang akan menyakitkan hati saya. Maafkan saya. Saya terpaksa memilih jalan ini. Bagi saya, ini yang terbaik. Saya dah cuba untuk melupakan dan memadam ingatan saya terhadap awak tetapi masih tak boleh...jadi saya carik awak semula. Apabila kita berjumpa, saya ingatkan kita mungkin akan berbaik semula. Kerana saya yakin bahawa kita masih saling menyayangi. Saya yakin, kita akan berbaik semula kerana berpisahnya kita bukanlah atas kesalahan masing-masing tetapi disebabkan salah faham. Dan saya mengharap semua itu berlaku lagi.
Jun, bukan atas salah awak, saya pergi. Saya pergi hanya untuk menenangkan fikiran saya. Saya terlalu pening memikirkan yang awak mungkin bukan milik saya lagi tetapi awak milik Jonghoon. Kadang-kadang saya tertanya, kenapa awak pilih dia? Kenapa awak pilih dia untuk menjayakan lakonan yang berjaya membuat saya cemburu? Kenapa awak pilih dia sedangkan dia punca kepada semua masalah yang berlaku kepada kita. Sedangkan kita sudah berusaha untuk ke jalan yang lebih baik semasa kita berdua berjanji untuk menjadi kawan.
Jun, saya cuba memahami awak. Tetapi setiap kali saya mencuba, pasti ada sahaja halangannya. Maafkan saya Jun. Saya tak boleh sorok perasaan saya yang marah dengan lakonan awak. Ya, saya marah dengan awak. Kenapa awak masih menafikan perasaan awak terhadap saya? Sudahlah..sudah penat saya menahan rasa. Saya hanya ingin meminta maaf. Maafkan saya kerana tidak dapat bertahan. Maafkan saya kerana saya putus asa. Akhir kata, saya ingin memberitahu awak, saya akan tetap sayangkan awak. Saya tak akan menduakan awak, sampai bila-bila...’

Tiga hari kemudiannya,
Moon bersiap-siap untuk ke hospital. Dia mengetuk pintu bilik Juniel lagi. Dengan harapan, Juniel mahu keluar dan membuat pemeriksaan. Lagi dua hari, Juniel harus melakukan pembedahan. Moon agak risau dengan keadaan Juniel.
“Jun, keluar lah. Kau dah bangun belum? Kau ada appointment dengan Dr. Maru hari ini kan?” laung Moon dari luar bilik. Dia melekapkan telinganya ke pintu bilik. Moon terdengar suara orang menangis. Kemudian dia mendengar bunyi kaca pecah. Moon makin risau. Dia mahu membuka pintu itu tetapi kunci pendua sudah hilang. Dan kunci lagi satu bersama dengan Juniel.
“Pergi! Aku taknak keluar! Pergi! Aku tak nak...”Juniel menangis lagi. dia membaling sesuatu ke pintu. Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apakah ia.
“Tapi Jun...keluarlah. aku merayu dengan kau.” Juniel menutup telinga saat mendengar kata-kata dari Moon. Dia membaling bantal di atas katil pula.
“Tak nak.. aku tak nak keluar. Aku tak nak!” Juniel memeluk lutut. Bajunya sudah basah dengan air mata. Dia agak tak terurus. Matanya juga semakin kabur. Rambutnya mulai berguguran. Juniel tahu tahap kesihatannya masih teruk. Tetapi dia tetap tak mahu keluar. Dia tak mahu keluar dengan keadaan begini.
“Pergi! Aku tak perlukan kau!” jerit Juniel lagi. Dia sememangnya sudah putus asa. Dia terlalu tertekan dengan hidupnya. Dia rasa, mati itu lebih baik dari segalanya. Biar selesai semua masalah.
“Jun!” Moon masih cuba untuk memujuk.
“Kau tak faham ke? Dari dulu aku memang taknak buat pembedahan tu! Aku tak nak buat semua ini! Aku hanya nak hidup macam orang normal! Jangan ganggu aku lagi!” balas Juniel. Dia menutup telinga dan memejamkan matanya rapat.
Akhirnya Moon putus asa. Dia tidak tahu bagaimana caranya lagi bagi memujuk Juniel. Jika diajak makan, Juniel menjerit. Diajak ke hospital, pasti ditengkingnya. Moon mengeluh. Dia sudah kematian kata-kata.
Tetapi Moon harus ke hospital. Untuk mengetahui sejauh mana keadaan Juniel, dia harus berbincang dengan doktor. Moon mengambil begnya lalu keluar dari rumah.

Seminggu empat hari,
Juniel sudah pun terlepas tarikh pembedahan yang sepatutnya dihadapinya. Moon cuba untuk memujuk Juniel dengan cara halus lagi. Kata doktor, Juniel tertekan jadi kerana itu, dia mungkin tidak akan bertolak ansur. Malah Juniel asyik merasakan dirinya bersalah dalam semua hal yang terjadi maka dia seperti mahu menghukum diri sendiri.
Moon tahu salahnya juga kerana sehari sebelum Juniel menguncikan pintu, dia menuduh Juniel. Sepatutnya dia lebih faham perasaan Juniel. Tambahan lagi, seseorang yang berpenyakit, pasti hatinya lebih mudah tersentuh. Moon faham itu, cuma dulu, dia berasa terlalu kesal dan marah dengan tindakan Juniel.
Penat sudah Jun diaajak keluar. Masih tiada sahutan. Moon risau kerana selama ini paling tidak pun pasti dia dibalas dengan tengkingan dan jeritan marah Juniel. Maka dia memanggil Minha untuk membantu. Mungkin Juniel akan keluar sekiranya mendengar Minha memujuknya.


Sekarang,
Moon mundar-mandir di pintu bilik pembedahan. Dr Maru sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Juniel. Moon menggigit jarinya. Jonghoon sudah tersandar di kerusi. Ricky pula menenangkan Minha. Mereka semua berada dalam ketakutan.
Saat Dr Maru keluar, semua orang menerpa.
“Kami masih cuba sedaya upaya. Cuma sekarang ini, kami perlu panggil seorang doktor yang lebih pakar membantu kami. Juniel masih dalam keadaan kritikal. Saya harap pihak keluarganya bertenang dan bersabar.” ujar Dr Maru lalu melangkah pergi dengan jururawat yang mengekori dari belakang. Langkahnya laju sahaja.
Moon terduduk di atas kerusi. Dia terasa mahu merempuh sahaja pintu bilik pembedahan itu tetapi dia tidak boleh berbuat demikian. Empangan mata Moon pecah lagi. Sudah dua jam mereka di situ tetapi tetap tidak ada perkembangan.
Saat seorang lagi doktor masuk, hati Moon berdegup lebih kencang. Tidak tahu mahu digambarkan dengan kata-kata betapa risaunya dia. Apatah lagi melihat Minha yang sudah penat menangis sedari tadi.
Juniel di dalam bilik pembedahan, separuh sedar. Dia rasa matanya kabur. Hampir tidak nampak apa-apa selain cahaya. Dia sedar disekelilingnya terlalu ramai orang bercakap. Tetapi semuanya kedengaran serius. Juniel mahu mengukir senyuman tetapi tidak boleh.
Saat itu terbayang segala kenangannya bersama Minhyuk. Mereka berjumpa di satu kelab semasa dia menjadi DJ sambilan di kelab itu. Minhyuk mencium pipinya dan sejak dari situ mereka berkenalan. Dia pernah pergi menonton wayang bersama Minhyuk. Masih teringat saat Minhyuk mengatakan yang dia seorang yang penakut. Saat dia memeluk lengan Minhyuk ketika dia menonton.
Juniel ingin tersenyum lagi. Dalam kesakitan yang dihadapinya, dia masih boleh tersenyum. Itu kerana dia mengingati Minhyuk. Dia yakin dengan kata hatinya, Minhyuk adalah sumber kekuatan dirinya. Juniel teringat bagaimana dia merajuk dengan Minhyuk dan Minhyuk membelikannya teddy bear, belon dan lollipop. Juga, Minhyuk selalu memberikannya cincin tin.
Saat dia berpisah dengan Minhyuk baginya agak bermakna. Buat pertama kali, Juniel berani mencium bibir lelaki itu. Juniel akui, dia terlalu sayang dengan Minhyuk. Minhyuk adalah cinta pertama yang muncul dihatinya dan akan menjadi yang terakhir. Ini semua gara-gara rancangan bodohnya.
Juniel memejamkan matanya yang separuh terbuka. Air matanya jatuh setitik mengenangkan memorinya bersama Minhyuk. Dia tidak mahu memori pahit itu kembali. Juniel mahu melupakan semuanya. Dan pada saat itu dia terdengar sayup-sayup.
“Doktor, tahap nadi pesakit dah makin menurun!” Juniel terus-terusan menutup mata. Dan dia tidak mahu membukanya lagi.


Moon berlari selaju mungkin menuju ke pintu lif. Dia memuntahkan tangisannya. Saat terdengar jeritan nurse yang membantu dalam operasi pembedahan Juniel sebentar tadi, Moon sudah tidak mahu mendengar yang seterusnya. Saat ini dia cuma teringat pada seseorang. Dia segera menelefon orang itu.
“Err, Moon?” Kedengaran suara lelaki menjawap telefonnya itu. Moon menangis lagi.
“Jun, dia dalam hospital! Dia dah nazak Minhyuk! Selama ni kami sorok perkara ni pada kau, tapi sebenarnya Jun hidap barah otak. Selama ni dia suruh kami semua sorokkan hal ni pada kau. Dah lama sebenarnya dia menghidap penyakit ni, sejak sebelum dia jumpa kau lagi. Tolonglah Minhyuk, aku merayu! Dia terlalu sayangkan kau!
 Lepas kau menghilang dia tak mahu keluar bilik lebih seminggu. Dan untuk pegetahuan kau, masa kau datang kembali ke restoran tu, dia dah mempunyai kekuatan untuk hidup semula. Dia makin ceria dalam hidupnya. Aku tahu dia bersalah kerana dah buat kau sakit hati, tapi tolong! Buat kali terkahir, mungkin dia ingin berjumpa kau!” rayu Moon.
Tiba-tiba panggilannya ditutup. Moon menangis lagi. Saat ini dia hanya berharap, Minhyuk akan mendengar rayuannya dan segera datang ke hospital. Dia sebenarnya turut rasa bersalah kerana menyembunyikan rahsia tentang penyakit Juniel.
 Baginya, Minhyuk seorang yang tiada salah apa-apa dalam hal ini. Dia seorang sahaja yang langsung tidak mengetahui tentang penyakit Jun. Dia seorang sahaja yang tidak tahu menahu tentang rancangan Juniel terhadapnya sebelum ini.


Takungan air mata Minhyuk pecah. Dia juga turut menangis. Telefonnya sudah hancur akibat dibaling. Dia geram dengan diri sendiri. Minhyuk segera turun ke lobi. Dia segera berlari ke jalan raya. Baginya, dia tiada masa untuk menghidupkan enjin kereta walaupun dia tahu menaiki kereta lebih pantas. Yang pasti dia terasa amat menyesal. Bagaimanalah dia tidak boleh mengesan penyakit Juniel sedangkan dia sudah memerhatikan Juniel begitu lama.
Minhyuk berlari selaju mungkin. Nasib sahaja, hospital hanya beberapa blok daripada hotel tempat dia tinggal. Dia menunggu lif. Tetapi dirasanya lif terlalu lambat. Minhyuk segera menaiki tangga. Sampai di hujung tangga, Minhyuk membuka pintu dengan nafas yang tidak teratur. Semuanya kerana risau akan Juniel. Minhyuk bertembung dengan Jonghoon yang turut berdekatan dengan tangga.
Jonghoon memegang lengan Minhyuk. Minhyuk langsung tidak memandang muka Jonghoon.
“Maafkan aku. Dia.... cuma sayangkan kau seorang.” Ujar Jonghoon lalu dia meletakkan sesuatu di telapak tangan Minhyuk. Minhyuk mengenggamnya. Itu adalah cincin tin yang dia beri pada Juniel.
 Minhyuk menyeka air mata lalu berlari menuju ke bilik pembedahan. Pintu bilik pembedahan dirempuh sekuat hati. Nafasnya turun naik. Moon terus bangun apabila melihat Minhyuk. Ricky juga. Minha juga terus mendekati Minhyuk. Sebelum Minhyuk pergi, Minha sudah terlalu rapat dengan Minhyuk. Kaki Minhyuk dipeluk. Minhyuk terus memegang tangan Minha.
Jantung Minhyuk hampir berhenti berdegup saat katil Juniel ditolak keluar dari bilik pembedahan. Dr Maru menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Maafkan kami. Kami sudah mencuba apa yang termampu. Tetapi Jun memang sudah tiada harapan. Dia tiada semangat untuk terus hidup. Biarlah dia pergi.” Kata Dr Maru dengan riak sedih. Kemudian, dia memberi ruang kepada keluarga dan rakan-rakan Juniel untuk menatap Juniel. Dia berlalu pergi.
Minhyuk memegang sisi katil Juniel.
“Jun, maafkan saya! Saya tak tahu semua ini! Saya tak tahu tentang awak, dan saya tak berusaha untuk mengetahuinya! Maafkan saya, Jun. Saya tahu awak terluka, saya tahu awak terseksa tapi saya terlalu bodoh kerana memikirkan diri sendiri!” Minhyuk menghamburkan tangisannya. Kini, semuanya sudah terlambat.
Penyesalan tiada gunanya lagi. Walaupun Minhyuk menyesal dan meratapi Juniel, Juniel tidak akan hidup semula. Minhyuk menangis semahunya. Kini, dia seorang diri lagi. Dia hanya akan keseorangan. Kerana dia sudah berjanji bahawa dia tidak akan pernah menduakan Juniel. I’m A Loner.


Moon terjumpa sekeping nota di bawah tindihan bantal Juniel yang tidak terusik. Dia membacanya.

I’m still love you. Please, terima saya semula. Saya minta maaf. Kita tak perlu menghadapinya semula bukan? Tolong, jangan membohongi diri awak. I know you’re still love me.
-Minhyuk-

Moon membaca nota dibelakangnya pula.

I’m sorry but I can’t. Ya, saya masih menyayangi awak. Cuma satu, love that doesn’t come from our honest heart is not a true love. Saya yakin dengan diri saya, tetapi awak....

Ayat itu tergantung. Moon mengeluh. A love that doesn’t come from our honest heart is nothing.



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_