Dewan
kelab tarian hari itu agak riuh dengan gelak tawa gadis-gadis yang sedang
berlatih menari. Ada yang berkejaran, mendengar lagu, bersembang dan ada juga
yang boleh membaca buku di tengah keriuhan sebegitu. Mutia masih mengejar
kawannya Amani. Entah apalah yang dilakukan oleh Amani kepada Mutia sehingga
gadis itu menjadi begitu bengang dan marah.
Mutia
mengejar Amani sehingga keluar dewan. Ketawa mereka lepas lagi tanpa langsung
menghiraukan pelajar lain di kolej itu. Namun mereka yang melihat tidak pula
menegah kerana mereka sendiri sibuk dengan hal masing-masing.
“Buk!!”
entah apa salahnya Mutia terlanggar seorang pelajar. Habis berterabur segala
kertas yang dipegang pelajar itu. Amani segera berpatah balik apabila melihat
Mutia tidak mengejarnya lagi. Dia terus mendapatkan Mutia yang sedang mengutip
kertas. Amani turut sama membantu.
“Macam
mana kau boleh langgar orang ni?” bisik Amani perlahan.
Mutia
sempat memberi jelingan sebelum dia mengangkat bahu. Dia bangun perlahan-lahan.
Kepalanya ditundukkan. Malu rasanya mahu bertembung mata dengan pelajar itu.
Buat malu aje.
“Kau ni
kenapa ha? Tak pasal-pasal nak langgar orang? Mata tu letak kat kepala lutut ke
apa? Habis kotor segala kertas kerja aku. Kau ingat senang nak buat semua benda
ni? aku ambil masa satu bulan tahu tak nak siapkan.” Tengking Izwan bengang.
Dia terus merampas kertasnya yang masih berada di tangan Mutia dengan kasar.
“Maafkan
aku. Aku tak sengaja.” Mutia menunduk sedikit badannya. Diikuti oleh Amani yang
turut menggangguk sama mengiakan kata-kata Mutia. Orang ramai hanya memandang
tanpa ada perasaan. Sudah biasa mungkin dengan sikap Izwan yang agak panas
baran.
Izwan cuma
memandang jelik dan tanpa berkata apa-apa dia terus melangkah pergi. Langsung
tidak menghiraukan Mutia yang masih menunduk. Mutia pula sesudah Izwan pergi
dia terus mengangkat kepalanya. Dia mencebik.
“Berlagak
nak mampus!” kutuk Mutia. Amani menguntum senyuman mendengar kata-kata Mutia
itu. Dia dapat merasakan akan ada lagi pertembungan antara Izwan dengan Mutia.
-----------------------------------------------------------
“Maaf Puan
Nia, saya agak lambat. Tadi ada masalah sebentar di tengah jalan. Tapi jangan
risau semua hal itu sudah selesai. Ini assigment yang Puan Nia suruh buat tu.”
Izwan meminta maaf sambil menghulur kertas yang agak tebal itu.
Puan Nia seperti biasa langsung tidak
menunjukkan tanda-tanda mahu senyum atau apa-apa.
“Disebabkan
awak orang yang paling lambat hantar assightment, saya akan tolak markah awak.”
Puan Nia berkata membuatkan mata Izwan bulat memandang pensyarahnya.
“Puan Nia,
saya rasa tak adillah puan tolak markah saya. Hal tadi tak disengajakan puan.
Maafkan saya dan saya berjanji tak akan buat lagi tapi tolong jangan potong
markah saya.” Izwan seperti merayu.
Ah, aku
memang pantang betul kalau ada aje yang tak sempurna dalam kerja aku. Aku susah
payah buat kerja tu dan disebabkan perempuan tu aku kena tolak markah. Izwan
terasa marah yang teramat.
“Apa yang
saya kata adalah muktamad. Saya sudah berpesan kepada semua pelajar termasuk awak
sama pada hari itu. Ini tanggungjawap awak dan kalau awak lambat bukan salah
saya kalau saya tolak markah awak. Ini sebagai denda awak. Dan awak boleh
keluar dari ruangan saya sekarang.” Ujar Puan Nia.
Izwan
mendengus geram. Dia mengepal penumbuknya. Kalau aku jumpa lagi budak tu memang
kena lah dia dengan aku. Izwan melangkah keluar dari pejabat Puan Nia dengan
hati yang membara. Dia menuju ke café. Tiba-tiba dia terdengar suara gadis
sedang bergelak ketawa di belakang tempat duduknya. Dia terus berpaling.
Matanya
bertembung dengan mata Mutia. Mutia yang sedang ketawa terus senyap. Amani
tertanya-tanya juga. Dia turut memandang ke belakang kerana Mutia masih tidak
berkelip memandang ke arah belakangnya. Amani dapat melihat Izwan merenung
tajam ke arah Mutia. Amani dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan
berlaku.
Izwan
bangun dan melangkah ke meja Mutia. Dia masih memandang muka Mutia tanpa
berkelip. Mutia pula menunduk sebaik sahaja Izwan sampai di mejanya.
“Asal kau
tunduk? Kau tahu tak sebab kau langgar aku tadi, aku lambat hantar kerja aku?
Okey fine itu okey lagi kan? Tapi disebabkan kau, markah aku kena tolak kau
tahu? Aku memang pantang kalau kerja aku ditolak markah atau dipotong markahnya
disebabkan perkara yang langsung tidak boleh dimaafkan.
Kau tahu
tak perangai kau yang serupa budak-budak tu dah buatkan perkara yang patutnya
sempurna jadi cacat. Kau ni manusia ke orang utan? Dah masuk kolej pun tak
berubah lagi perangai.” Di akhir katanya Izwan berkata dengan nada sinis.
Jatuh hati
Mutia mendengar kata-kata Izwan yang dirasakan tidak berlapik itu. Dia masih
tunduk. Amani pula menggelengkan kepalanya mendengar kata-kata kasar Izwan itu.
Tanpa disedari semua pelajar sudah memandang ke arah mereka bertiga kerana
kata-kata Izwan yang agak kuat.
“Huh,
memang macam budak kecik. Kalau orang cakap atau marah bukannya nak pandang
muka orang tu. Pengecut macam budak kecil. Kau ni patut masuk tadika balik lah
wey.” Izwan masih tidak puas menyakitkan hati Mutia. Amani mahu bangun tetapi
ditahan oleh Mutia.
Air mata
yang mengalir setitik diseka oleh Mutia perlahan. Dia bangun perlahan. Sambil
menguntum senyum manis dia membalas pandang Izwan.
“Terima
kasih. Maafkan saya tapi saya tak ada masa nak dengar kata-kata awak yang
sangatlah menyenangkan hati saya, jadi saya pergi dulu.” Balas Mutia juga
dengan sindiran.
Izwan
terpaku apabila melihat muka Mutia yang merah. Amani pula tergesa-gesa
meninggalkan meja mengikut langkah Mutia.
Izwan
memandang sekeliling. Dia terpaku sekali lagi apabila melihat semua mata
memandang ke arahnya. Kini dia tahu mengapa Mutia menangis. Siapa yang tidak
malu kalau ditempelak sebegitu di depan orang ramai. Kini rasanya Izwan berasa
amat bersalah pada Mutia.
---------------------------------------------------------------
Hari itu
Mutia seperti biasa pergi ke dewan kelab tarian untuk berlatih menari lagi.
Kali ini dia pergi seorang diri. Amani sebentar tadi dipanggil oleh pensyarah
mereka untuk membantunya menguruskan hal yang lain. Dewan tarian hari itu
kosong pula. Mungkin pelajar lain masih berada di kelas dan sibuk dengan hal
peribadi mereka.
Mutia
memasang muzik seperti biasa. Dia memulakan langkahnya yang sudah pun dihafal.
Dengan lemah lembut dia mengatur langkah. Tanpa disedari ada seseorang yang
memerhati dari luar. Bunyi muzik yang memaksa dia melangkah kesitu.
Izwan
masih memerhati tarian Mutia yang penuh lemah lembut. Dia tersenyum. Sebenarnya
sebentar tadi dia sudah pergi ke tempat lain tetapi dia tertinggal barang di
kelas di sebelah dewan jadi dia berpatah balik untuk mengambil semula barang
itu.
Kemudian dia terdengar pula bunyi muzik dari
dewan. Entah kenapa tergerak pula hati Izwan untuk melihat siapa yang berada
disitu. Tak sangka untungnya dia dapat melihat tarian yang dilakukan oleh
Mutia.
Sempurnanya
tarian itu membuat Izwan sendiri terpaku. Mutia kelihatan leka dengan
perlakuannya. Dia langsung tidak menyedari Izwan sedang memerhati dirinya.
Tiba-tiba Izwan terjatuh…. Terjatuh kan begnya. Berdentum bunyinya membuatkan
Mutia terperanjat dan terjatuh.
Mutia
memegang kakinya yang terasa sakit. Dia mengaduh sakit. Izwan terus melangkah
pergi kerana takut Mutia tahu siapa yang telah membuatkannya jatuh sebegitu.
Mutia masih memegang kakinya. Dia cuba untuk mengurut kakinya supaya kesakitan
itu hilang tetapi dirasakan makin berbisa pula. Mutia dapat merasakan kakinya
terseliuh.
“Tolong!
Aduh, sakitnya.” Mutia menjerit. Dia sudah terbaring. Mujur ada dua pelajar
lelaki yang lalu di depan dewan itu. Mereka segera mendukung Mutia dan dibawa
ke bilik rawatan. Mutia hampir sahaja pengsan kerana terlalu takut dan sakit.
Manakala
Izwan yang berada di sebuah kelas berdekatan dewan tarian pula berasa serba
salah. Apa agaknya yang jadi dekat kau sekarang ni? Maafkan aku sebab lari
macam tu aje. Maafkan aku sebab dah buat kau jatuh. Aku harap kau masih dalam
keadaan baik. Aku tahu aku salah. Izwan terasa menyesal yang teramat sangat.
Dia meraup mukanya berulang kali.
Mutia
berjalan terjingkit-jingkit memasuki kawasan sekolah. Semalam dia terjatuh, dia
telah dirawat di bilik rawatan kolej itu. Kakinya dibalut. Mungkin terseliuh
atau apa-apa Mutia sendiri tidak tahu. Yang dia tahu, sakit hatinya melebihi
sakit di kakinya itu. Ya, sakit hati pada sesiapa yang telah membuatnya
terkejut hingga terjatuh itu.
Mutia
masuk ke dewan tarian seperti biasa. Dia tersenyum pada Amani. Tetapi dia pelik
mengapa Amani memandangnya seperti orang asing. Terus Mutia melangkah ke arah
Amani.
“Kau ni
kenapa? Pandang aku semacam aje.” Tanya Mutia sambil duduk di sebelah Amani.
Kakinya disilangkan kerana kalau dibiarkan sahaja, kakinya akan menjadi kebas.
“Arias
dapat masuk pertandingan tarian.” Jawap Amani lemah.
Mutia menjongketkan keningnya. Arias
ialah nama kumpulan tarian mereka semua. Jika Arias dapat memasuki pertandingan
tarian baguslah. Mereka bolehlah berlatih bersama-sama.
“Jadi?”
tanya Mutia.
Amani
sempat mengeluh sebelum memandang muka Mutia dengan pandangan yang sukar untuk
Mutia tafsirkan.
“Tak ada
apalah. Kau kena jumpa dengan Cik Threasa sendiri. Dah la tutup pasal ni, jom
teman aku ke café. Aku lapar lah. Tadi aku kelam kabut tak makan lagi.” Adu
Amani sambil tersengih.
Mutia
menepuk dahinya. Budak ni laparlah pulak. Kesian gila.
“Iyalah,
jom.” Mutia menarik tangan Amani keluar dari dewan itu. Mereka terus menuju ke
café untuk bersarapan. Walaupun Mutia tertanya-tanya apa yang menyebabkan Amani
muram sebentar tadi, dia tidak boleh memaksa kawannya itu. Lepas ini dia harus
berjumpa dengan pelatih mereka itu untuk meminta penjelasan.
------------------------------------------------------------
“Kamu
dah dengar bukan tentang pertandingan tarian berkumpulan yang bakal diadakan
tak lama lagi? Pengetua mengarahkan supata kamu tidak mengikuti pertandingan
tersebut.” Sebaik sahaja Mutia duduk di kerusi berhadapan Cik Threasa, dia dikejutkan
dengan berita tersebut. Sebenarnya sebelum masuk ke dalam pejabat Cik Threasa
lagi dia sudah dapat agak sesuatu yang tidak baik akan dikhabarkan tapi tak
mungkin ini benda yang tidak baik itu?
“Tapi
kenapa Cik Threasa?”
Tanya
Mutia dengan riak tidak percaya.
“Mutia,
sebenarnya kamu tidak layak untuk menyertai pertandingan itu kerana markah kamu
pada semester akhir tidak menepati syaratnya. Lagipun ramai pensyarah kamu yang
tidak berpuas hati dengan kamu kerana kamu terlalu asyik dengan kelab tarian
sedangkan kelab ini cuma sampingan sahaja di kolej ini? Kamu sepatutnya lebih
tumpukan pada kuliah kamu yang mana lebih penting dari menari.” Nasihat Cik
Threasa.
Walaupun
dia ialah guru tarian di situ dan dia juga tak mahu anak muridnya itu keluar
dari kelab tarian itu, tetapi dia juga harus memikirkan masa depan Mutia
sendiri.
“Okey,
baiklah. Apa kata begini, saya akan tetap belajar dan saya juga akan masuk ke
pertandingan itu. Saya janji saya akan buat yang terbaik. Ini impian saya dari
kecil lagi. Lagipun kalau saya keluar, lemahlah kumpulan Arias. Cik Threasa
sendiri kata, tarian saya antara yang terbaik dalam pasukan kita.” Mutia cuba
untuk memujuk Cik Threasa.
Bukannya
mahu berbangga diri tetapi dia harus masuk ke pertandingan itu untuk memenuhi
impiannya. Dari kecil lagi dia memang suka menari. Dia selalu menenangkan
fikirannya dengan menari. Lagipun setelah mendapat informasi dari Amani. Dia
mendapat tahu jika salah seorang dari ahli kumpulan yang paling terbaik
tariannya, orang itu akan mendapat tajaan untuk pergi ke luar Negara dan
melanjut kan pelajaran dalam industri muzik.
Cik
Threasa mengeluh. Sedikit sebanyak dia mengakui semua yang dikatakan oleh Mutia
itu. Tetapi dia juga harus memikirkan supaya Mutia tidak gagal dalam kuliahnya.
“Macam
ni, saya akan minta salah seorang dari pelajar terbaik kolej ini untuk ajar
awak. Lebih tepat, awak akan ada kelas tambahan dengan dia. Dan lepas kelas
tambahan awak boleh berlatih menari dengan kami. Tentang hal pengetua, saya
akan cuba cakap dengannya.” Putus Cik Threasa.
Mutia
mengukir senyuman manis.
“Tak
apa, saya tak kisah asalkan saya dapat masuk ke pertandingan itu.” Kata Mutia
lagi.
“Oh
ya, tentang kaki awak. Awak yakin awak boleh menari?” soal Cik Threasa. Bimbang
pula dia sekiranya terjadi apa-apa pada Mutia nanti.
“Saya
yakin saya boleh Cik Threasa.” Jawap Mutia sambil tersenyum menampakkan lesung
pipitnya yang comel itu. Cik Threasa mengangguk cuma akur dengan kehendak
Mutia.
------------------------------------------------------------------
Mutia
menuju ke kelas yang dimaksudkan oleh Cik Threasa sebentar tadi. Sebaik sahaja
dia memasuki kelas itu, mulutnya ternganga. Cantik betul kelas ni. Banyak gila lukisan. Cantik-cantik pulak tu.
Mutia berasa sungguh teruja. Dia memegang setiap lukisan yang disangkutkan
kedinding kelas itu. Malah di lantai juga terdapat banyak kertas lukisan yang
setiap satunya mempunyai rupa yang sungguh cantik. Terdetik perasaan kagum di
hati Mutia.
“Macam
muka aku pun ada.” Bisik Mutia apabila terpandangkan lukisan yang berada di
sudut lantai kelas itu. Dia meletakkan beg di atas sebuah meja.
“Cantik
kan semua lukisan tu? Jangan lah kagum sangat. Kembang hidung aku.” Suara
seorang lelaki dari arah belakang Mutia mengejutkan nya. Terus dia berpaling.
Kali ini dia makin terkejut.
“Kau?
Kau ke yang kena ajar aku tu? Kau ke yang Cik Threasa maksudkan tu? Oh, tak
mungkin. Cik Threasa tak bagi tahu pulak yang nak mengajar aku tu lelaki. Ke
kau yang tersalah kelas?” tanya Mutia bertubi-tubi dengan muka tidak percayanya.
Hodoh betul apabila dia membuat muka sebegitu.
“Ya,
aku lah tu. Kenapa, tak percaya?” Izwan menyoal kembali pada Mutia.
Mutia
menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Oh,
tak mungkin! Kalau macam ni lah gayanya, baik aku blah kot. Tak nak aku belajar
dengan kau, entah-entah nanti aku yang kena buli. Aku lagi sanggup tak masuk
pertandingan tu dari pandang muka kau setiap hari. Tak sanggup aku tau tak? Tak
berselera. Tak pasal-pasal nanti makin merosot keputusan aku. Eii, seram. Kalau
aku tau lah kau yang jadi cikgu aku memang mati hidup balik aku tak setuju.
Lantak aku lah tak boleh masuk pertandingan tarian tu.
Hurr,
boleh blah lah wey. Berlagak sangat lah tu, konon pelajar terbaik.” Ejek Mutia.
Dia mencebikkan bibirnya.
Izwan yang mendengar semakin berasap.
“Hey
perempuan! Kau ingat aku nak sangat ke ajar kau apa semua benda ni. Eh dengar
sini, kalau tak sebab Cik Threasa yang merayu kat aku macam nak gila, aku pun
tak sanggup nak ajar tau. Itu belum tahu lagi siapa yang bakal jadi anak murid
aku. Elok je aku tau saat ni, makin aku menyampah dan tak semangat nak ajar kau
tau tak?
Dah
la muka tak berapa nak cantik, perasan nak mampus! Pergi blah la wey!” balas
Izwan kasar. Sabarnya mudah hilang jika ada sesiapa yang mengejeknya.
Mutia
tersenyum sinis. Bagus jugak kau ni. Senang kerja aku. Tanpa sepatah kata,
Mutia berjalan dengan langkah besar mendekati pintu. Terlupa langsung dia
dengan kakinya yang masih lagi tidak berapa baik. Elok sahaja beberapa langkah,
dia terjatuh.
“Aduh!”
Mutia memegang pinggangnya yang sakit. Izwan mempamerkan riak wajah risau.
Sebenarnya sebentar tadi dia mahu memberi amaran tentang kaki Mutia namun belum
sempat dia membuka mulut, Mutia sudah pun jatuh.
“Kau
okey ke?” Izwan bertanya pada Mutia yang sedang memegang kakinya.
Mutia
menjeling Izwan. Ada aku nampak okey ke? Mamat ni banyak sengal maa.
“Kau
nampak aku okey? Aku tengah sakit ni!” sedikit jerit Mutia berkata. Terkejut
badak dibuatnya Izwan. Sempat dia mengorek-ngorek telinganya.
“Mari
sini lah aku tengok dulu.” Izwan mengalih kan tangan Mutia. Dia membuka balutan
di kaki Mutia tanpa mempedulikan jeritan Mutia. Mungkin sakit, tetapi dia
peduli apa? Izwan ternampak lebam bewarna biru di kaki Mutia itu. Agak teruk
juga lebamnya.
Izwan
memapah Mutia duduk di kerusi. Mutia cuma menurut disebabkan kakinya yang
teramatlah sakit ini. Mutia bersandar di kerusi itu. Hampir keluar air matanya
kerana terlalu sakit. Kalau ikutkan bukanlah sakit mana, cuma Izwan yang
membuatnya bertambah sakit. Kasar betul cara Izwan memegang kakinya.
“Woi,
slow lah sikit. Sakit tau tak?” marah Mutia.
Izwan
tidak menjawap. Dia mengeluarkan sesuatu dari begnya. Minyak mungkin. Bagus
jugak mamat ni. Sediakan minyak. Dah jadi macam doktor aku tengok. Bisik Mutia
di dalam hati.
“Itulah
kau. Kan dah jadi macam ni. Itulah padahnya untuk orang yang pemalas. Kau kata
impian kau nak menari dan masuk pertandingan macam tu habis tu kenapa kau tak
boleh nak berkorban? Aku faham kau menyampah tengok muka aku, sebab aku pun
alami benda yang sama tapi cuba kau fikir. Nak belajar nya sekejap aje, nanti
kau buat kerja kau pandang buku.
Bukannya aku suruh kau tatap muka aku pun.
Kau
tau tak aku menyampah dengan perempuan pemalas. Belajar aje kot. Dah lah tu,
kau tu jalan tak ingat dunia. Dah tau kaki berbalut macam ni still lagi nak
jalan laju-laju. Bila dah jadi macam ni, siapa yang susah? Aku jugak. Nak kena
urut kau bagai. Dah la pergi pakai high heels mana tak jatuh.” Bebel Izwan
dengan panjang lebar. Namun tangannya masih mengurut kaki Mutia.
Meluat
Mutia yang mendengarnya. Banyak songeh pulak mamat ni. Dah kalau aku memang
menyampah tengok muka kau nak buat macam mana lagi?
“Tak
ikhlas sudah la!” Mutia menarik kakinya kasar.
“Adui!”Mutia
mengaduh lagi. Dia yang menarik kakinya kasar, dan dia juga yang harus menerima
rasa sakit itu. Malang betullah nasib dia jika berjumpa dengan Izwan.
“Hah,
padan muka kau. Bak sini aku urut je. Kau baca buku dalam beg aku tu. Jangan
nak banyak songeh sangat.” Izwan memarahi Mutia. Dia menjuihkan bibirnya ke arah
begnya yang sudah pun diletakkan di atas meja.
Dengan
muncung panjang, Mutia mengambil buku itu. Aik? Aku ingat kan buku rujukan ke
apa, rupanya buku nota. Rajinnya mamat ni buat nota. Tak sangka aku. Hmm, ke
bukan buku dia ni. Izwan Afie nama dia ke? Lantaklah, aku ni banyak soal
betullah. Baca ajelah, apa salahnya. Mutia sempat mengomel di dalam hati.
Izwan
pula sudah pun siap mengurut kaki Mutia. Dia duduk berhadapan dengan Mutia,
tidak berkelip dia memandang muka Mutia membuatkan gadis itu berasa gelisah.
Mutia meletakkan buku nota itu dihadapan mukanya. Tetapi buku nota itu terlalu
kecil pula.
Mutia
perasan akan senyuman nakal Izwan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia mengorek
biji mata Izwan. Biar lelaki itu tidak boleh melihat lagi. Apa guna pandang
orang kalau pandang macam nak makan? Buat orang sakit hati adalah.
Izwan
hampir tergelak terbahak-bahak melihat Mutia yang kelihatan agak gelabah. Dia
akhirnya mengambil kertas lukisan dan water colour. Dari fikiran Mutia,
tentulah Izwan mahu melukis. Pasti lukisan di dalam bilik itu semuanya dari
hasil lelaki ini.
Sebaik
sahaja Mutia selesai membaca buku nota itu dia terus memandang ke depan dia
dapat mengagak pasti Izwan sedang menyiapkan sentuhan terakhir. Dia teringin
juga melihat lukisan apa yang telah dilukis oleh Izwan. Pasti cantik seperti
lukisan yang lain. Tidak Mutia sangka, seorang lelaki yang panas baran rupanya
tetap mempunyai jiwa sentimentalnya sendiri.
Izwan
juga memandang ke depan apabila lukisannya itu seratus peratus siap. Dia
tersenyum pada Mutia. Tangannya yang ada bekas water colour dilap ke kain yang
memang sudah disediakan. Dia mengalihkan lukisannya itu ke arah Mutia.
Mutia
menelan air liur. Lukisan itu memang indah, dia akui itu. Cantik dan begitu
harmoni warna yang digunakan oleh Izwan. Mutia sendiri terpegun tetapi kenapa
dia berasa tidak selesa? Dan mungkin berasa sedikit aneh. Lukisan itu cantik,
dia suka.
Tapii…
Kenapa
mukanya pula yang dilukis. Apa maksud Izwan?
“Dah,
jangan nak perasan sangat. Aku lukis sebab cantik lah sisi kau tengah membaca.
Aku saja isi masa, takkan aku nak renung kau macam tadi kot? Karang ada orang
tu pulak yang tak selesa. Aku tengok kau khusyuk aje membaca. Dah habis?” tanya
Izwan.
Mutia
cuma tersenyum hambar sebelum mengangguk perlahan.
Izwan
sudah pun menggantung gambar itu di dinding. Mungkin untuk dibuat kenangan.
Mutia terperasan sendiri. Dia sudah tersengih di kerusi yang didudukinya itu.
“Izwan.”
Panggil Mutia sengaja untuk mengetahui betulkah itu nama lelaki itu. Iyalah,
pada awal perkenalan mereka, Mutia tidak pernah tahu pun mengenai nama lelaki
itu dan Mutia sendiri tidak mahu ambil tahu mengenai semua itu.
Izwan
berpaling sambil menjongketkan kening. Dia tahu Mutia sudah membaca namanya di
atas buku nota itu. Nama Mutia sudah lama terpahat dalam ingatannya sebaik
sahaja dia habis berjumpa dengan Cik Threasa semalam.
“Tak
ada apa-apa. Saja nak tanya, lukisan dalam bilik ni. semua kau yang lukis ke?”
soal Mutia.
Izwan
cuma mengangguk tanpa kata.
“Hmmm,
cantik.” Dan selepas itu Mutia tidak tahu mahu berkata apa-apa. Izwan pula
mengeluarkan sebuah buku tulis. Dia mengajar Mutia cara untuk membuat nota dan
sebagainya.
----------------------------------------------------------------
Dan
sejak hari itu hubungan Mutia dan Izwan semakin rapat. Mutia makin menumpukan
perhatiannya pada kuliah dan agak jarang dia ke dewan tarian. Jika da pun cuma
mahu berlatih. Dia berlatih menggunakan khidmat Amani yang sanggup untuk
membantunya kerana dia agak ketinggalan. Mana tidaknya, semasa latihan sebenar
diadakan dia harus pergi ke kelas bersama Izwan dan jika di sebelah petang dia
harus ke kuliah. Tak mungkin dia meninggalkan kuliahnya lagi.
Izwan
pula, jika Mutia berada di café disitulah dia berada. Jika Mutia berada di
dewan tarian di situlah Izwan berada. Namun Mutia langsung tidak pernah tahu
mengenai hal itu. Izwan mengekori setiap langkah Mutia. Entah kenapa, dia rasa
dia sudah menyukai Mutia.
Dia
suka melihat tawa Mutia, senyum Mutia. Mungki kerana lesung pipit Mutia? Tapi tak
mungkin. Izwan yakin dengan perasaannya. Dia tidak pernah berasa gembira
sebagaimana dia gembira melihat Mutia yang setiap hari ceria.
Hari
itu seperti biasa dia masih lagi memerhatikan Mutia di luar dewan tarian. Amani
pula tidak ada. Mungkin sedang berjumpa dengan kekasih hatinya yang bernama
Hafiea itu. Sudahlah Hafiez itu kawan Izwan. Hmm, baguslah. Pasang sama pasang.
“Kalau
hari ni dapat makan aiskrim kan bagus. Kempunan pulak tetiba nak makan
aiskrim.” Tiba-tiba Izwan terdengar suara dari dalam dewan. Tersenyum dia
dibuatnya. Dah besar pun kempunan makan aiskrim. Macam budak-budak. Nilah yang
buat aku makin sayang kat kau. Izwan terus keluar dari kolej itu dan pergi ke
kedai berdekatan untuk membelikan aiskrim buat Mutia.
Sampai
sahaja di kolej itu semula, Izwan lega kerana Mutia masih lagi berada di dalam
dewan tarian tersebut. Dengan selamba Izwan menghulurkan asikrim itu kepada
Mutia.
“La,
mana kau tahu aku nak makan aiskrim nih?” tanya Mutia namun aiskrim di tangan
Izwan tetap disambut.
“Makan
ajelah. Jangan banyak tanya.” Suruh Izwan. Dia duduk di sebelah Mutia. Sempat
Mutia mencebikkan bibir sebelum memakan aiskrim itu. Begitu nikmat sehingga
lupa Izwan yang berada disebelahnya.
“Ops
sori lah wey. Thanks tau sebab belikan. Aku malas nak keluar tadi. Kenapa kau
tak beli untuk kau sekali?” tanya Mutia.
Izwan
tidak menjawap tetapi dia mengesat sesuatu di bibir Mutia. Kesan asikrim.
Tersipu-sipu malu dibuatnya Mutia. Dia menyambung makan sambil menunduk. Izwan
terus menguntum senyuman melihat muka Mutia yang sudah memerah. Alo, comelnya.
“Makan
pun comot.” Usik Izwan.
“Biarlah,
sibuk aje.” Marah Mutia.
“Hahaha,
iyalah. Apa perkembangan awak? Dah okey? Kaki tu macam mana?” tanya Izwan
bertubi-tubi sedangkan dia tahu setiap perkembangan Mutia. Kalau dah setiap
hari dia mengekori kemana sahaja Mutia pergi, pasti semua benda dia tahu.
“Okey
je. Kenapa?” soal Mutia kembali.
“Tak
ada apa. Saya saje tanya. Tak ada benda nak cakap ngan awak.” Balas Izwan pula.
Dia memandang ke luar tingkap. Cuaca memang agak panas sejak akhir-akhir ini.
Itu yang kalau dapat makan aiskrim, pergghh nikmat. Izwan berangan sendiri.
“Eherm,
sejak bila kita cakap guna awak saya ni ek?” soal Mutia lagi.
Izwan
tersentak. Dia baru perasan dia menggunakan panggilan yang menunjukkan dia
sudah senang bersama dengan Mutia. Tetapi dia berasa sedih pula. Mutia seperti tidak suka dengan panggilan
itu. Adakah dia bertepuk sebelah tangan? Izwan sendiri tidak pasti. Tanpa
sepatah kata, dia meninggalkan Mutia yang tersengang-cengang.
Sudah
seminggu berlalu Mutia tidak berjumpa dengan Izwan. Setiap hari dia ke kelas
tambahan juga Izwan tidak ada. Berjam dia menunggu tetapi tetap kelibat Izwan
tidak muncul. Dia tertanya pula apakah kesalahan yang telah dia lakukan. Jika
ada kenapa Izwan tidak berterus terang sahaja? Kenapa perlu menyembunyikan
perasaan? Kadang-kadang Mutia berasa begitu sakit hati tetapi dia tidak boleh
marah pada Izwan. Dia tidak tahu kenapa.
Pertandingan
tarian itu sudah pun lepas. Dan siapa sangka dia menang penajaan ke luar
Negara? Lusa dia akan bergerak ke KLIA untuk pergi ke kota Korea. Dia akan
belajar disana selama 3 tahun sebelum kembali ke tanah air. Kalaulah dia boleh
berjumpa dengan Izwan sebelum pergi, dia akan memarahi lelaki itu kerana telah
membuat dia tidak keruan dan tertanya-tanya. Esok penerbangannya dan dia masih
di dalam kelas yang sama. Mungkin mengharap supaya keajaiban tiba. Setiap
lukisan itu dipandang dengan perasan sendu. Akhirnya dia keluar dengan harapan
supaya dapat berjumpa Izwan di KLIA.
Setengah
jam selepas Mutia keluar dari kelas itu, Izwan masuk. Dia tahu sebentar tadi
Mutia ada memasuki kelas itu. Entah kenapa dia tidak boleh memaafkan diri
sendiri kerana bersikap keanak-anakan. Takkan cuma kerana soalan remeh itu dia
boleh menjadi begitu marah pada Mutia. Memang betullah kata Hafiez dia tidak
layak dengan Mutia jika tidak berubah. Seorang lelaki yang panas baran,
sentiasa mahu sempurna dan sering membuat orang sakit hati. Layakah dia?
“Tak
patut aku buat Mutia macam tu. Sedangka dia tak tahu pun aku dah mula jatuh
hati pada dia. Lainlah kalau dia dah tolak aku mentah-mentah. Mungkin cuma
perasaan aku jer yang sangka dia tak mempunyai perasaan yang sama macam aku.
Kalau aku berterus terang kan mudah? Tak perlulah aku nak tanggung rindu macam
ni. Aku kena jumpa dengan dia dan minta maaf!” tekad Izwan.
-----------------------------------------------------------------
Esoknya….
Izwan
pergi berjumpa dengan Amani yang masih bersama dengan Hafiez. Sebaik sahaja
nampak kelibat dua orang manusia itu Izwan terus meluru ke arah mereka. Dia
mahu tahu di mana Mutia berada.
“Amani,
kawan kau Mutia mana?” tanya Izwan sedikit gopoh.
“Kau
tak tahu? Mutia kan dekat KLIA. Dia menang tajaan pergi Korea. Kejap lagi
pesawat dia akan flight. Kau tak tahu ke?” Amani memberitahu Izwan. Terbeliak
biji mata Izwan dibuatnya.
“Kenapa
aku tak tahu apa-apa? Aku dah lama tak jumpa dia lah. Habis tu aku nak buat apa
ni?” soal Izwan seperti orang bodoh. Amani menepuk dahinya, Hafiez
menggelengkan kepala.
“Kau
pergi lah kejar dia sengal. Apalah kau ni. Takkan tu pun tak tahu nak fikir
kot?” marah Hafiez pula. Amani mengangguk menyokong kata-kata kekasih hatinya
itu.
Izwan
mengangguk sambil mengucapkan terima kasih. Terus kereta yang dipakirkan
berhampiran café dihidupkan enjinya. Tidak sampai seminit, kereta meluncur laju
di atas jalan raya.
--------------------------------------------------------------------
Izwan
tercari-cari kelibat Mutia. Dia semakin takut. Takut jika tidak dapat berjumpa
Mutia sebelum waktu yang tepat. Sebentar tadi pengumuman penerbangan telah pun
dibuat. Izwan terasa semakin sukar mahu bernafas namun dia masih mencari di
sekeliling tempat itu.
Mutia
yang sedang duduk sudah mahu bangun. Air matanya dilap. Sebentar tadi dia baru
nangis. Selepas ini dia mahu memulakan hidup baru. Izwan yang menghindar
darinya dan dia harus lupakan lelaki itu. Lelaki yang telah membuatkan air
matanya mengalir.
“Mutia
tunggu!” Izwan menjerit. Rasanya dia ternampak kelibat Mutia sebentar tadi. Dia
terus berlari ke arah wanita itu.
Mutia
berpaling. Dia menguntum senyuman melihat Izwan sedang berlari ke arahnya.
Akhirnya dia dapat juga berjumpa dengan lelaki itu.
“Mutia,
saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya takut saya dah tak ada masa nak
jumpa awak. Saya datang bukannya nak halang pemergian awak, awak patut pergi
untuk menuntut impian awak. Maafkan saya sebab buat awak tertanya-tanya. Saya
nak berterus terang dengan awak. Mutia, Sejak awak hadir dalam hidup saya. Saya
mengenali apa erti bahagia melalui senyuman awak. Saya suka melihat senyuman
awak. Maafkan saya sebab tinggalkan awak macam tu aje hari itu. Saya sakit hati
sebab awak macam tak suka saya guna panggilan tu sedangkan saya yang silap.
Awak tak tahu perasaan saya.
Dan
sekarang awak tahu. Saya rasa lega sangat.” Izwan berkata pantas.
Mutia
terus menangis teresak-esak.
“Awak,
jangan nangis.” Pujuk Izwan.
“Awak
jahat! Awak suka buat saya sakit hati. Awak suka buat saya jatuh. Asyik-asyik
saya jatuh. Jatuh dan jatuh. Dan sekarang ni pun awak dah buat saya jatuh cinta
dengan awak!” Mutia berkata dalam malunya. Malu kerana telah menitiskan air
mata .
“Saya
sayang awak Noor Aina’ Mutiara!!” Izwan terus menarik tubuh Mutia ke
dakapannya.
No comments:
Post a Comment
Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*