Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Thursday, July 19, 2012

Biru Tujuanku ! (BAB 1)


Gawat bilik itu dengan bunyi loceng dari sebuah jam berwarna biru. Seperti biasa jam yang akan dikunci setiap malam mengejutkan dan membingitkan telinga si tuannya tepat pukul 5.30 pagi. Illy Damia menggeliat malas. Matanya masih terkulai layu mengantuk lantaran terlalu leka menonton tv hingga lewat malam. Dengan longlai die bangun dari pembaringan. Seluruh bilik itu dipandang, dan dengan perlahan dia membuka selimut tebal yang membaluti diri. Mencapai tuala dan mandi. Seperti biasa.
Di bawah keletang kelentung bunyi di dapur menandakan Puan Rosmizah sedang menyiapkan bekal dan sarapan buat anak tersayang. Janda tiga beranak itu amat tabah orangnya. Sesekali ingatan terhadap arwah suami muncul menggamit rasa rindu yang membuak.
Illy Damia keluar dari bilik airnya dengan tubuhnya dibaluti kain tuala. Mujur aja pintu bilik terkunci rapat dari dalam. Baju kurung sekolah yang sudah diseterika itu disarungkan ke tubuhnya yang sederhana langsing itu. Tudung di kepala dibetulkan. Pantas sahaja kakinya melangkah ke bawah. ‘Baru pukul 5.55 pagi. Awalnya aku bangun , hehe .. ‘, Illy Damia tersengih bangga.
“Assalamualaikum mak! Nak Illy tolong ?” tanya Illy Damia ramah. Dia memaut bahu Puan Rosmizah. Ibunya itu tersenyum. Sudah biasa dengan perangai Illy Damia yang agak manja.
“Nak tolong? Tu, pergi bancuh air teh,” suruh Puan Rosmizah.
“Bukak tudung tu dulu, kotor nanti,”Puan Rosmizah menyambung kata apabila melihat Illy Damia yang selama badak mengisi air panas tanpa mempedulikan tudung yang dipakainya. Illy Damia tidak membantah. Arahan ibunya diikut patuh.
“Nak guna jag yang mana mak?” tanya Illy Damia. Wajah emaknya dipandang. Puan Rosmizah menoleh.
“Guna aje jag warna hijau tu. Bukan selalu guna jag tu aje ker? Yang Illy pergi tanya lagi kenapa? Hish, budak ni nakal sungguh!”omel Puan Rosmizah terus-terusan. Ketawa Illy Damia meledak. Puan Rosmizah yang mendengar sudah mengurut-urut dadanya. Terkejut dengan tawa Illy Damia.
“ Ya Tuhanku, periharalah anakku dari gangguan syaitan.” Puan Rosmizah berdoa. Illy Damia yang mendengar makin galak ketawa. Sampai berair-air matanya. Puan Rosmizah menampar bahu anaknya. Tiba-tiba Illy Damia diam, terkejut sebenarnya.
“Hish, apa anak dara gelak kuat macam tu. Tak baik tau!” sergah Puan Rosmizah.
“Habis mak tu kelakar sangat.” Balas Illy Damia. Puan Rosmizah pelik , setahunya tidak ada apa-apa yang kelakar yang diucapnya tadi.
“Apa yang kelakarnya?” tingkah Puan Rosmizah geram. Illy Damia mengangkat bahu. Dia cuma tersengih-sengih gembira. Entah angin apa yang merasuknya sehingga dia jadi begitu. Puan Rosmizah kembali melakukan kerjanya menggoreng cucur udang.
‘Dah nak hangit dah aku punya kuih, bertuah punya anak lah.’ Omel Puan Rosmizah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Aduh, Kira aku lupalah. Kerja sekolah Mathematics aku belum siap. Kau dah belum? Teman aku jom, ambik buku.” Pinta Illy Damia. Dia memandang Kira dengan pandangan sayu. Kira sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia memang sudah siap kerja tersebut dan dia tak kisah jika kerjanya ditiru oleh Illy Damia tetapi yang keberatan ialah menemani Illy Damia sedangkan perutnya sudah berkarokae. Ermm , apa aku nk cakap eh? Fikir Kira.
“Err…er… kalau kau nak buku tu aku dah siap kan. Tapi nak teman tak boleh la, perut aku dah mengamuk macam singa kelaparan. Sori ek?” tidak mahu dibelasah oleh Illy Damia dia memecut lari menyusup si sisip-sisip pelajar yang lain. Illy Damia berang. Apa punya kawanlah dia ni, terpaksa lah aku ambil sendiri. Tunggu kau dalam kelas nanti Kira! Kalau aku kena berdiri atas kerusi sebab kau, aku jemput kau makan kerusi yang dah rosak kat rumah aku tu! Dalam geram Illy Damia berkata.
Jalannya pantas sahaja pergi ke blok C. Pengawas-pengawas yang menjaga blok itu sudah memberi jelingan maut. Illy Damia tahu blok itu adalah kawasan larangan semasa rehat, tetapi keadaan mendesaknya. Ah! Gasaklah!
“Buk!” Illy Damia terlanggar seorang pengawas. Dia jatuh terduduk. Muka pengawas tersebut sudah merah bak buah delima. Illy Damia mendongak. Dia terkejut, lalu melarikan anak matanya kembali. Dia malu kerana pengawas itu dikenalinya. Dia malu kerana pengawas itu juga adalah jejaka idaman malayanya. Oh,malunya! Bisik hati kecil Illy Damia.
Wajah Tengku Zafran dipandang dengan perasaan bercampur baur. Dia bangun. Dan tanpa apa-apa kata dia melangkah naik ke tangga. Mata Tengku Zafran terjegil seluas bola ping-pong. Amboi, aku kat depan mata dia ni apa? Tunggul ke? Boleh aja pergi tak ada cakap apa-apa. Minta maaf mungkin. Dia nak pergi mana tu? Boleh buat dek je, pengawas depan dia boleh selamba naik atas lagi. Ini dah melebih, peraturan tetap peraturan!
“Woi! Kau nak pergi mana tu? Kau mari sini mintak maaf sekarang! Kau nak pergi mana? Kau nak aku report kat guru disiplin ke hah?” jerit Tengku Zafran lantang. Uhuk,uhuk. Sampai terbatuk dibuatnya. Erk! Dia panggil aku ker? Erm, tak kot, tak mungkin. Orang lain lah tu. Illy Damia memandang ke kiri dan kanannya. Tiada orang. Aku ker? Bisik Illy Damia.
“Kau pekak ke? Nak tunggu kad jemputan baru nak turun?”sindir Tengku Zafran. Illy Damia mendengus. Tidak suka sungguh dia dipanggil pekak. Nampaknya perasaan minat Illy Damia lepas ni akan luntur perlahan-lahan.
“Lah, awak panggil saya ker? Ingat kan orang lain. Ermm, nama saya bukan woi. Nama saya Illy Damia.” Balas Illy Damia dengan riak muka meluat. Tengku Zafran buat tidak dengar sahaja pertuturan gadis comel itu. Melihatkan Illy Damia yang langsung tidak berganjak dari anak tangga yang didirinya, Tengku Zafran menghampiri dengan senyuman yang menggerunkan.
“Kau nak naik atas ker? Ermm.. siapa nama tadi? Elephant? Buat pengetahuan cik elephant blok ni adalah kawasan larangan semasa rehat. Cik elephant dipersilakan turun. Oh ya, lagi satu saya ada satu permintaan. Tolong minta maaf sebab langgar aku tadi.” Lembut tapi penuh penghinaan kata-kata Tengku Zafran itu. Illy Damia makin berasap. Sesedap tekak kau jer panggil aku elephant. Ni dah melebih!
“Encik zirafah, bukannya saya tak mahu turun tetapim saya ada masalah kat atas tu. Jadi tolong ketepi sikit. Encik zirafah menghalang laluan saya lah.” Mahunya Tengku Zafran pengsan disitu juga. Nama kesayangannya dibuat main. Dia menjegilkan biji mata. Tubuhnya yang menghalang laluan Illy Damia sedikit pun tidak dialihkan, malah dia ralit merenung mata Illy Damia.
“Hey budak! Kau tak faham-faham lagi ke hah? Aku cakap blah, blah la. Kau ni nak jadi apa hah? Peraturan sekolah taknak ikut. Kau ni bodoh ke bahalul? Tak faham bahasa. Pergi sekolah tadika la lain kali. Dahla langgar orang sesuka hati tak mahu minta maaf. Teruk betul! Ini ker orang melayu?!” tempik Tengku Zafran kuat. Kesabarannya makin terlucut.
Illy Damia pula sibuk membersihkan cermin matanya yang basah akibat air liur Tengku Zafran. Dia juga mengorek-ngorek lubang telinganya yang bingit dek kerana suara Tengku Zafran. Setelah selesai semua itu Illy Damia mengeluh. Dia penat sebenarnya bergaduh. Penyakit asma yang dihidapinya menyukarkan Illy Damia untuk bernafas. Dia tersandar di dinding.
Menarik nafas perlahan-lahan. Kemudian menghembuskannya untuk meredakan sesak nafasnya. Wajah Tengku Zafran dipandang meminta simpati.
“Tolonglah, saya nak naik atas. Sekejap aje. Nanti masa rehat habis, saya nak siapkan kerja sekolah saya. Nanti saya didenda,” sayu suara Illy Damia. Dia benar-benar kesuntukan waktu. Jam di tangan dipandang. Masa rehat boleh tamat bila-bila masa sahaja. Tolonglah kata ya, aku nak naik atas. Aku tak pernah kena denda selama ni. Tolonglah.
“Kriinngg!!” loceng sekolah berbunyi. Illy Damia tersentak. Dia melangkah laju. Kali ini perasaan sukanya betul-betul hilang digantikan dengan perasaan benci. Benci yang teramat! Dia tidak mahu melihat muka Tengku Zafran lagi. Mungkin bagi orang lain, perkara ini hal kecil. Setakat kena denda apalah sangat. Tapi bagi gadis itu pula denda suatu perkataan yang berat! Dia benci perkataan tersebut. Saban hari dia melihat budak-budak yang tidak menyiapkan kerja sekolah didenda.
Kadang-kadang dia pelik juga. Mengapa orang sekelilingnya seperti tidak kisah didenda walhal dia punyalah risau tahap berbahaya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

“Eh, kau pergi dululah. Tunggu aku kat sana.”ujar Tengku Zafran. Perhatiannya tertarik pada nama yang disebut semasa melalui kelas B sebentar tadi. Buku latihan yang sepatutnya dihantar ke bilik guru diberikan kepada Zack kawan baiknya.
“Kau nak pergi mana? Berat lah kawan. Kau ni lah, buat hal pulak dah,” rungut Zack. Tengku Zafran menepuk-nepuk bahu Zack sebelum melangkah pergi. Hish sabo je la mamat ni. Zack berkata didalam hati. Terpaksa lah dia membawa buku yang bertimbun banyaknya itu seorang diri.
Berhati-hati Tengku Zafran mengintai dari tepi pintu di belakang kelas. Dia melihat seorang gadis yang sedang berdiri di hadapan kelas. Tangan gadis itu di angkat. Rotan, biasalah sudah sekolah menengah tidak siap membuat kerja itu sahaja hadiahnya. Pang! Rotan mengena ke tangan Illy Damia yang menetap bibir dan menutup mata. Pasti sahaja berbirat tangan gadis kecil molek itu. Cikgu Ning menyuruhnya supaya berdiri di atas meja di belakang kelas.
Illy Damia melangkah perlahan. Dia naik ke atas kerusi dan naik pula ke atas meja. Tengku Zafran mencuri-curi pandang tangan Illy Damia. Merah. Kesian dia, sebab tu agaknya dia minta aku kasi dia naik kelas. Tapi biasalah kena denda. Lama –lama baiklah tu. Tengku Zafran memujuk hatinya yang bercelaru.
Tiba-tiba dia teringatkan Zack yang pastinya sudah menunggu lama di bilik guru. Tengku Zafran melangkah longlai. Sebaik sahaja dia tiba di bilik guru dia melihat Zack tiada. Aik? Kat mana pulak mamat ni? Dah balik kot. Fikirnya. Tengku Zafran pulang ke kelas semula.
“Aduh, banyaknya buku. Mana pulak si  Zaf ni. Punya lama aku tunggu kat depan pintu tu sampai terjatuh aku kat sini. Penat pulak tu kutip buku yang buat flying action tadi. Hish dia ni.” Rungut Zack. Dia bangun. Buku-buku itu diletakkan di atas meja En Sidik. Dia melangkah pergi dengan hati yang sebal.
Tengku Zafran masuk ke kelas selepas mendapat kebenaran daripada En Sidik. Dia menuju ke meja. Matanya melilau ke seluruh kelas mencari bayang Zack. Tak jumpa!
“Hah, Zaf dah hantar buku-buku tu? Maaflah menyusahkan kamu. Terima kasih ye.”tengku Zafran tersentak. Dia memandang En Sidik dengan senyuman.
“Cikgu, mana Zack?” tanya Tengku Zafran blurr. Sebentar tadi dia sudah bertanya pada rakan sekelasnya dan mereka mengatakan yang Zack belum sampai lagi. Pelik juga Tengku Zafran.
“Lah, bukan dia dengan kamu ke tadi? Cikgu pun tak nampak dia.”jelas En Sidik. Dia fikir Zack ada bersama dengan Tengku Zafran sebentar tadi.
Bunyi ketukan menganggu perhatian pelajar yang sedang membuat kerja. Mereka semua menoleh. Apabila wajah Zack yang menyapa mata mereka, segera tugas yang tergendala disambun semula.
“Wey, kau pergi mana tadi? Aku carik kau kat bilik guru takde pun. Kau merayau eh?” tanya Tengku Zafran.
“Eh, sedap tekak kau cakap aku merayau. Aku ada dalam bilik guru. Entah-entah masa kau datang tu aku tengah kutip buku. Aku terjatuh masa masuk bilik guru tu. He..he..he..”sengih Zack. Tengku Zafran Cuma melopongkan mulut membentuk huruf ‘O’. Tiba-tiba Zack menyekeh kepala Tengku Zafran. Balasan sebab kau tak carik aku! Gerak mulut Zack memberitahu segala-galanya. Dan Tengku Zafran Cuma mampu tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

Bersambung...
Biru tujuanku , menandakan biru hati ini yang sudah beku..
Biru langkahku , aku suka kamu !!


Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

No comments:

Post a Comment

Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_