Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Monday, July 09, 2012

Penjagaan Kulit Muka :)

Assalamualaikum !!

Hai, hari ni Mia ter-over exited pulak >,< . Cakap pasal penjagaan kulit muka. Mesti semua orang jaga kulit kan? Terutamanya perempuan. Tipu lah kalau cakap tak ada. Kalau betul tak kisah tu, tak tahu lah apa jadi dengan kulit kau orang. Hehehe , jangan marah. Disebabkan terlebih over exited ni Mia nak kongsikan sikit tips-tips untuk menjaga kulit muka.

Ye lah, korang tak nak muka kau orang jadi macam ni betul tak ?
Mia percaya kau orang akan menjerit kalau bangun pagi terus nampak segala benda yang 'menumpang' di muka kauorang tu. Betul tak?

TIPS 1 :  PEMAKANAN
Cakap pasal pemakanan. Kita kenalah jaga makan. Ini tidak, main bantai je segala benda yang boleh merosakkan muka. Especially budu, petai dan segala buah atau sayur yang berbau. Stop! Mia tak cakap tak boleh makan betul tak? Cuma kurangkan :) Mia pun orang kampung, makan semua tu. Sebab tu naik semua jerawat kat muka ni -,- Then, banyakkan makan sayur hijau, carrot dan tomato. Walaupun tak sedap, apa salahnya telan je. Untuk kebaikan kita jugak kan?

TIPS 2 : MINUM AIR BANYAK 
Kita kenalan minum air yang sangat banyak. Kalau dah sehari kauorang minum air sebanyak lapan gelas, tambahkan lagi jadi 16 gelas. Ceh, tak delah. Kalau dah 6 gelas tu dah cukup banyak. Sebenarnya kalau nak lagi baik, minum air suam. Itu yang sebaik-baiknya.

TIPS 3 : PENGGUNAAN PRODUK KECANTIKAN
Ha, ni yang nak marah ni! Kau orang mesti suka sangat guna produk kecantikan bla bla bla seperti pencuci muka bila kabut tengok ada 'penumpang' kat muka korang betul tak? Releks dulu. Jangan kabut sangat. Sebab apa.. sebahagian pencuci muka kadang2 tu tak sesuai dengan jenis kulit kita. Cuba try tanya mak atau akak yang berpengalaman macam mana nak cari pencuci muka yang terbaik.(P/s = Pastikan masalah kulit muka anda sama dengan masalah kulit muka orang yang anda rujuk)

Cara nak cuci muka dengan betul :

a)Ppastikan sebelum membasuh muka, tangan anda sudah bersih dari kuman. Ini kerana bila korang main terus pegang muka, habislah kuman kat tangan tu kena kat muka. So kenalah basuh dulu tangan baru picit kat telapak tangan korang punya pencuci muka.

b) Bila nak start mencuci muka, sila cuci bahagian hidung dulu. Sebab dlm banyak2 part, hidung paling banyak mengandungi kuman. Iyelah, kita berpeluh tiap hari kat hidung kan? So, this is the important thing :)

c) Urut muka ke arah belakang. Sebenarnya ni tak penting sangat pun. Sukati korang lah nak terbalik ke, ke depan, tepi semua bagai. Asalkan jangan gosok terlalu kuat sebab mungkin akan membuat kulit menjadi kasar. Dan lagi satu, jangan korang basuh lepas tu cuci dengan pencuci muka lagi sekali. Lebih bagus kalau buat sekali round tapi dalam masa yang lama. Jangan tak berhenti pulak nanti.

d) Okey, dah sampai ke tahap nak basuh muka. Nak basuh muka, korang kena buat terbalik dengan apa yang korang buat masa (c) tadi. Kalau tadi korang urut ke depan, nak basuh buat ke belakang dan kalau ke belakang, di sebaliknya pulak. Yang ni penting sebab kulit kau orang akan jadi lebih licin dan bersih sebersihnya!

TIPS 4 : PEMAKAIAN BEDAK
 Apa apa pun, Mia tak galakkan lah korang pakai bedak, foundation, dan segala krim muka. Kalau nak tahu, fakta mengatakan kalau korang pakai benda alah tu, kulit sukar nak bernafas. Nanti kulit korang akan jadi kusam. Tak nak jadi macam tu kan? Tapi Mia tak paksa. Yelah, kadang2 bedak, faoundation suma tu ada kebaikan dia jugak kan? Kalau nak pakai, cuba kurangkan kuantiti. Sederhana itu lebih baik :)
TIPS 5 : SUBLOCK
Ha, ni satu lagi. Ramai orang sekarang suka sangat pakai sunblock. Terpengaruh dengan iklan sunblock lah tu. Konon boleh tahan sampai malam. Tapi tak boleh percaya sangat. Pakar mengatakan, kalau korang pakai sunblock, kulit kau orang akan jadi makin gelap. Nak tahu sebab apa. Mia pun tak terfikir. Tapi itu memang terjadi. Lebih baik biar aje and balik rumah, bersihkan muka dengan satu cecair yang boleh keluarkan debu. Apa benda entah nama dia. Lupa sudah :)

TIPS 6 : EMOSI
Cakap pasal emosi. Emosi kena jaga jugak. Jangan cepat marah. Jangan terlalu stress. Kalau ada masalah dengan keluarga, kawan atau BOYFRIEND sekali pun, cuba untuk senyum. Kalau masam je, boleh mengundang kedut di muka. Nak muka tua sebelum usia? Tak mau kan? So try senyum. Orang carik pasal dengan kita pun, buat macam kita tengah duduk dalam peti ais. Cool je. Dah tu tambahkan dengan gelak tawa yang agak misteri. Confirm orang tu tak kacau mood korang dah !

Sekian, terima kasih :) Harap berjaya mengikuti semua tips-tips di atas :D




Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

No comments:

Post a Comment

Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_