Eherm, okay aku nak start cerita nih. Mohon susun sepuluh jari tanda mintak
maaf jika cerita aku ni buat orang rasa pelik. Aku juga mohon jangan tiru aksi
aku sebab memang takkan dijamin bahagia.
Korang dah tak faham apa yang
aku merepek? Macam ni ceritanya...
Satu hari saat aku mengeluh
mengenang nasib badan yang dah berumur 27 tahun tak kahwin-kahwin lagi, aku
terpandang seorang makhluk ciptaan Allah yang sangat hensem. Menarik perhatian
aku betul. Dan aku tak tahu kenapa aku jadi bodoh tambah tak tahu malu pergi
confess yang aku suka dia. Padahal tak sampai 5 minit aku usya muka dia.
HOMAIGAD!
Aku rasa macam dah terdesak
sangat ni. Aku janji dengan diri sendiri nak kahwin umur 25 tapi dah erlajak
dua tahun so, aku perlu cepat cari pasangan sebelum mama serang aku dengan
soalan, “kau bila nak kahwin? Mama cari bangla untuk kau nanti.”
Okay, aku dah confess. Nampaklah
muka mamat yang SUBHANALLAH hensem amat tu, macam muka tertelan gula-gula
hacks. Pelik tengok budak ‘comel’ macam aku ni buat pengakuan berani mati dekat
dia.
Aku fast forward...
Seminggu lepas tu, aku jumpa
balik dengan dia. Haha, dalam hati memang happy habis! Jodoh kut? Aduh, tak
malunya kau , Luna. Nama aku Luna ye? Sila ambil perhatian !
Aku beranikan diri tegur dia.
Kali ini aku sengaja cucuk jarum. Tak kira, kalau dapat...sebulan kenal aku nak
kahwin! Sebab tu aku cakap jangan tiru aksi aku ni. Bahaya!
“Assalamualaikum...” aku tegur
dia dari belakang. Entah macam mana boleh terserempak dekat Giant ni kan? Aduh,
tak gempak betul tempat.
“Waalaikumsalam,”dia jawab. Dia
pandang belakang, tengok aku yang tersengih. Oleh sebab aku tak tahu nama dia
apa, aku perlu gelar dia HUSBAND TO BE (HTB). Hehe..
“Ingat lagi tak dekat aku? Yang
hari tu confess kat...” err, nak buat macam mana? Terlepas cakap. Cover je lah
malu.
“Luna? I think semua orang yang
ada pengalaman kena macam tu akan ingat kot. It was embarassing,” ha, selamba
badak dia hentam!
“Lantaklah, malu ke apa. Anyway,
I just want to know you. May I?” sopan sikit kali ni aku tanya. Nak ambik hati.
“Sure. Aku tak pernah ada
masalah untuk kenal dengan orang. So, talk while we walk? I need to buy
something,” dia tiba-tiba pergi sorong troli masuk kat pasaraya Giant. Aku just
ikut je. Misi tetap harus dijalankan!
Aku mula interview dia pasal
macam-macam. Tau apa yang best? Dia ‘sporting’ gila. Every question yang aku
tanya selagi tak over macam soalan “kau ada HIV atau penyakit berbahaya?” dia
akan jawab. So, summarynya... nama dia Hazmirul Haizat, berumur 26 tahun dan
working with his father kat satu syarikat Gaze Design as an architect. Dia muda
dari aku! Nasib baik setahun. Err, actually dua tahun beza sebab birthday aku
lagi dua bulan dan aku akan mencapai umur 28 tahun !
“Makcik, kau taknak jalan ke?” dia
panggil aku. Saat tu mata aku tertancap dekat Aiskrim Baskin Robbin yang sedap
gila tapi mahal tu. Terliur betul.
“Jap, nak fikir. Nak beli ke tak
nak,” satu tangan aku buat tanda stop dekat dia, satu lagi kat dahi. Oh,gedik !
“Lambatlah. Jom, aku belanja,”
dia terus capai Aiskrim Baskin Robbin satu bekas dan letak dalam troli. Bagus
betul!
“Betul ke ni? Terima kasih
sangat-sangat,” Ya ALLAH, aku pasti kalau mama nampak anak dara dia ni, malu
seumur hidup! Oh, mama , maafkah anakmu!
“Yelah, makcik.” Dia balas.
Sejak lima belas minit yang lepas, bila dia tahu umur aku, dia panggil aku
makcik. Mula-mula mengamuk jugak aku tapi lepas 5 minit, aku macam tak kisah.
Rela pulak tiba-tiba~
Gelaran dia pun aku tukar.
Taknaklah HTB tu. Sebab dia panggil aku makcik, aku kena panggil dia pakcik.
Baru sweet~ baru padan. Kan aku tengah nak mengurat dia ni. Hahahaha, aku gelak
besar.
Sejak hari tu, aku akan selalu
atur ‘temu duga’ dengan dia. Yang peliknya, dia sentiasa okey je! Bila aku
tanya kenapa, jawapan dia best betul. “Sebab kau, makcik paling honest aku
pernah jumpa.” Aku tahan je rasa marah sebab aku sayang dia. Erk, sayang?
Setiap hari aku doa supaya aku sayang kat dia. Dan hasilnya, perasaan tu memang
ada. Alhamdulillah. Sebab itu, aku tekad nak kahwin dengan dia jugak!
“Aku nak kahwin dengan kau,”satu
hari, dekat AEON, aku luahkan perasaan dan permintaan. Mula-mula dia terkejut
tapi lepas tu...dia mohon masa sampai habis makan. Jadi, aku tunggu.
“So, dah buat keputusan?” aku
tanya dia. Elok-elok lepas dia minum air, lap mulut so that dia tak lah rasa
macam aku ni kelam kabut sangat walau sememangnya ya!
“Okey, kita kahwin,” dia tenang
je saat ucap perkara tu. Aku anggap dia tak menyesal je lah.
“Kau okey je? Tanggungjawab
lepas kahwin? Kalau kita tiba-tiba tak serasi?” aku cuba test dia. Kalaulah
jawapan dia,”kau yang ajak kahwin, pandai-pandai lah,” aku pasti dia balik
tempang hari ni.
“Kita kahwin betul-betul kan?
Janji depan mak bapak, depan family, tok kadi dan saksi-saksi, janji dengan
Allah SWT, so kenapa aku perlu lepaskan tanggungjawab? Aku taknak kena soal
dalam kubur atau kat akhirat. Lagi satu, kalau kita sentiasa berusaha untuk
mempertahankan rumah tangga, penceraian tak akan berlaku. Aku yakin.”
Dengan muka cool habis macam
baru buat iklan pencuci muka, dia susun ayat. Dasyat! Kalau aku boleh bagi
tepukan atau suruh orang tepuk tangan dengar ucapan cool separuh mati dia tu,
mesti meriah. Bravo!
Dan dia mintak ikut adat. Biar dia
yang datang meminang. Aku setuju habis, hati memang dah lama terpaut walau
mula-mula jumpa tak sempat pandang lama-lama. Kurang dari 5 minit. Sejak dia
ucap ayat penuh macho hari tu, aku jatuh cinta pulak. Apapun, dia tetap HTB
aku! Lepas ni jadi My Only Capital H (MOCH).
Bila dia jumpa family aku,
perasaan ni makin kuat. Tapi aku takut jugak. Cinta ribut aku ni boleh bagi aku
bahagian ke? Aku takut aku terlalu gopoh dan kelam kabut. Setiap maam aku solat
tahajud dan solat hajat supaya keputusan aku tak menyimpang.
Aku pun tak pernah tahu feeling
dia. Apa yang dia fikir pasal aku? Suka ke? Sayang ke? Aku tak tahu macam mana
nak cakap hal tu dekat dia. Lepas kahwin, aku doa pada Allah SWT supaya
permudahkan jalan yang aku ambil.
Hari ni kitorang
kahwin. Birthday aku. Senang, sekali dengan anniversary. Aku sedar, aku ambil
risiko. Baru 4 bulan lebih aku kenal dia. Selalunya berpuluh-puluh tahun kawan
dan bercinta baru kahwin. Aku? Tapi aku dah tak boleh berpatah balik. Mama pun
dah setuju. Lekat habis dengan HTB aku tu. Banyak yang mama puji.
“Pandai kau pilih Luna. Segak
orangnya, hormat orang tua, gaji pun boleh tahan. Hensem pun hensem,” mama
kalau dah suka tu, semuanya cantik aje!
“Yelah ma. Doakanlah kitorang
bahagia nanti,” pinta aku. Senyum tengok mama yang excited.
“Mesti. Mama akan doakan! Luna tahu
tak dia pandai masak...” dan mama terus-terusan cerita pasal HTB aku. Jeles okay, amat jeles! Tapi aku akui,
dia memang HTB a.k.a pakcik yang hampir sempurna!
Aku keluar dari bilik dan menuju
ke ruang tamu dengan perasaan berdebar. Aku sendiri dah tak rasa perut aku
sebab terlalu cuak. Maklumlah, dah make up yang teramat lawa nak menghadap HTB
hensem. Of course lah, nervous !
“Kau cantik hari ni, makcik.” Sempat
dia bagi mesej! Tu un kawan aku Nurul yang tunjuk telefon. Baru aku perasan
yang aku guna balik gelaran HTB tu. Hari tu konon nak tukar jadi pakcik. Tapi tak
sampai hati kot. Aku sayang dia...
Aku senyum je. Tak nak pandang
muka dia. Jujur, 5 minit aku usya muka dia, aku akan berpeluh. Gabra. Macam lari
maraton 30 minit. “Kau pun hensem habis, wahai pakcik!” aku jawab dalam hati.
Okay, dah selesai tanda tangan,
tok kadi nak sedia buat akad nikah. Aku jeling HTB yang bakal jadi My Only
Capital H (MOCH). Dia cool je. Takpelah, aku cuba serap aura cool dia tu. Dalam
hati, aku sentiasa tawakal pada Allah SWT.
Sekali lafaz...
“Aku terima nikahnya,Nur Luna bt
Majid....” dengar suara dia lancar . alhamdulillah. Aku pejam mata saat saksi
berkata sah. Aku masih berdoa dalam hati. Tenangkan perasaan. Berdebar aku saat
aku sudah sah bergelar isteri kepada My Only Capital H, Hazmirul Haizat.
-bacaan doa-
Aku bukak mata. Tengok ia
bercakap sesuatu sebelum dia bangun mendekati aku. Dia hulur tangan dan aku
sambut perlahan. Aku agak, dia mintak izin untuk buat solat sunat tadi. Dia pernah
cakap dekat aku.
Sambil pegang tangan, kami jalan
ke tempat ambil wuduk. Itulah, kalau dia tak pegang tadi, boleh solat terus. Buat
susah je. Geram pulak aku dengan MOCH ni.
“Ya Allah, makcik...sejuk betul
tangan kau,” dia tegur tiba-tiba. Entah kenapa aku jadi janggal pulak. Takde motif
betul! Sampai kat simpang perpisahan, baru dia lepaskan tangan aku. Lama jugak
aku ambil wuduk. Susah nak bukak tudung. Belum lagi make up.
-solat sunat dua rakaat-
Then dia pandang belakang. Lepas
baca doa dan diaminkan oleh aku. Syahdu betul. Aku dah ada husband weyh! Aku dah
larikan tangan nak bukak telekung tapi dia tahan. Aduh, batal lagi wuduk aku. Tembak
jugak MOCH ni nanti. Janda aku jadinya!
“You looks cute macam ni,
makcik.” Dia puji ke tu? Waduh, aku jadi tak terkata pulak. Asal dia sweet
sangat? Penat aku tahan hati aku dari meloncat keluar. Ganas sangat main trampolin
dalam tu.
Yang tak boleh blah, dia masih
panggil aku makcik. Takpelah, dia panggil makcik tu jadi cute pulak dengar. Kalau
orang lain, aku mungkin transform jadi HULK.
Tiba-tiba dia hulur tangan. Sambil
jongket-jongket kening.
“Awat?” ha, keluar loghat aku. Dia
tergelak kecil. Eheh, comel lah awak! Ulang balik, boleh?
“Your husband. Tak nak salam ke?”terharunya
aku dengar. Perlahan-lahan aku sahut tangan dia.
Hari ni, aku jadi sentimental
siki. Jadi ayu sungguh. Tangan aku masih sejuk lagi tapi bila sentuh tangan dia
yang suam tu, aku jadi lega pulak. Air mata aku bergenang bila cium tangan dia.
Huwaa, aku dah ada husband! Tak sangka! Sayang kau pakcik H!
Lepas salam, dia tarik kepala
aku. Cium dahi. Saat tu aku dah menangis. Terharu. Gembira pun ada.
“Kau ni kan makcik. Aku baru
cium dahi, kau dah nangis. Dah, lap air mata tu,” aku dapat rasa dia nak pujuk
aku. Cuma dengan cara tersendiri. MOCH punya cara! Aku suka.
Dia usap pipi aku.
“Terima kasih, terima aku. Walaupun
aku macam terlalu cepat. Thanks and sorry,” aku ucap ayat tu.
“It’s okay. Kan aku dah cakap,
kau adalah makcik yang paling honest aku pernah jumpa,” dia balas. Mengundang senyuman
aku.
“Now, come. Jumpa parents. Kita terus
blah je tadi kan?” dia tunggu aku bukak telekung dengan senyuman penuh ikhlas
dan comel. My Only Capital H, kau memang sweet as my Pakcik H. Aku ada dua
gelaran untuk dia saat ini. MOCH tu unuk jiwa sentimental aku, dan pakcik H
sebab dia gelar aku makcik!
-Nantikan sambungan nya dalam Sweet Cinta Ribut (II)
-Thanks and komen please :)
No comments:
Post a Comment
Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*