Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Wednesday, October 30, 2013

Holiday is Truly Boring :(

Assalamualaikum ,

Huhu , inilah Mia . Bila sekolah nak cuti , bila dah cuti sibuk nak pergi sekolah -,- Entah kenap baru hari pertama cuti dah bosan O.o Mungkin sebab dah tak ada benda nak buat kot . Yelah , Running Man dah habis tengok *Mia kumpul banyak2 episod baru tengok* then cerita korea pun kebanyakannya dah habis tengok kecuali cerita yang baru-baru keluar . So apa lagi nak buat ?




 Sebenarnya kawan Mia datang rumah hari ni . Dia ada kat bawah tapi entah kenapa suasana jadi awkward so Mia lari naik atas :) Lagipun bukan ada cerita pun nak disembangkan . Okey , memang lah pelik tinggal kawan kat bawah sorang2 tapi dengar akak Mia rancak je bersembang , so i dun't really care . Haha , bengong punya kawan !

Actually Mia terfikirkan satu entry yang best . I mean pasal tips2 ke . Memang nak buat tapi selalunya kenalah draft dulu dalam paper kan ? Nanti je lah Mia buat . Lagipun selalu tak expect nak bukak blog sebab abah asyik duduk depan komputer je . So tak ada time . Hehehe -,-

Oh yep , masa cuti ni jugak lah mula rasa rindu kat kawan2 . Hmm , bosan . Tak lupa jugak result PMR . Wao , berdobar raso dada eh . Doakan je lah dapat yang baik ? Nanti kalau dapat result , Mia cakap lah kat sini . Kalau okay lah , kalau teruk tak payah nak membangga iya idak ? Nampaknya *Little Girl Yeollipop's* ni dah jadi *Big Girl Yeollipop's* . Tahun depan nak masuk form 4 dah . Aduiii ~

So , tu je lah kot . Bye !

Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Saturday, October 26, 2013

Kenali Diri Sendiri ?


Assalamualaikum,

Wow, macam pelik je tajuk tu . Memang pun . Entah kenapa hari ni Mia nak bercerita pasal ‘diri sendiri’ nih . Cakap pasal mengenali diri sendiri , adakah anda mengenali diri anda ? Kebanyakannya pasti mengatakan “ya, saya kenal diri saya.” Anda pasti ? *chewah ayat* . Anda pasti anda mengetahui kelemahan dan kekuatan diri sendiri ?

"What is she talking about??"

Anyway , ada sebab Mia cakap berputar belit macam ni . Pertama , korang tahu tak yang sebenarnya kelemahan korang boleh jadi kekuatan korang , dan kekuatan atau kelebihan korang tu boleh juga menjadi kelemahan ? Sesetengah orang fikir , “huh, memang lah boleh.” Then Mia nak tanya , “macam mana dia boleh jadi begitu?” Haha , gurau je >,<
 


Jom , follow experiment ni !
First experiment : Kelemahan -> Kekuatan
Penakut .
Sometimes penakut boleh jadi kekuatan . Disebabkan kita ada perasaan takut , kita tak berani buat salah . Kita takut nak kacau kawan-kawan yang garang , kita takut nak bantah cakap ibu bapa . Betul tak ? Itulah gunanya perasaan takut . Tetapi, malangnya sebahagian dari perasaan takut itu tidak boleh menjadi kekuatan . Contohnya, takut lipas , takut gelap dan sebagainya . Ia juga bergantung kepada kelemahan itu sendiri :)

Second experiment : Kekuatan -> kelemahan
Peramah.
Memang bagus jadi peramah . boleh menyampaikan maklumat dengan lancar , boleh berintonasi boleh bersembang dengan bagus dan sempurna . Tetapi kenapa dia boleh jadi kelemahan ? Kadang-kadang terlalu peramah boleh ditafsirkan kepada banyak cakap . Itu pun bahaya juga . Disebabkan kita peramah , kadang-kadang kita asyik terlepas bercakap benda yang tidak baik , betul ?
“Tapi bila jadi pendiam pun tak bagus. Nanti tak ada kawan .”


:(

Haha , memang la . Tapi , tak ramai kawan , tak ramai musuh betul tak ? Orang tak berani nak bercakap dengan kita kerana kita pendiam . Kalau orang peramah , asal tegur sikit , laju je membalas . Maaflah kalau Mia buat sesiapa terasa . Tapi apa yang Mia cakap ni perkara yang betul . Mia tak sebelahkan orang yang pendiam atau orang yang peramah sekalipun . *sebab kadang2 Mia peramah , kadang2 pendiam* . Bagi Mia , dua2 boleh menjadi kelebihan dan ada kekurangan .
So , apa kata korang teruskan experiment korang sendiri . Senaraikan kelemahan dan kekuatan dan try fikir perkara sebaliknya . Tapi ingat , macam Mia cakap tadi . Tak semua kelemahan boleh menjadi kekuatan , dan tidak semua kelebihan boleh menjadi kekuatan . Kita cuma manusia biasa . Apa-apa pun , yang penting Kenali Diri Sendiri !

Ok !
Wa , sudah panjang berceloteh . Akhirnya Mia sudah sampai ke akhirnya *ayat tak boleh blah* . Bye ! Lot of Love <3 span="">






Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

Wednesday, October 23, 2013

Hiatus ~

Assalamualaikum ,

Errh , entah kenapa internet kat rumah tu tak boleh bukak pulak . So Mia maybe on hiatus for a week ? Or even a month . Macam haritu lah -..- Ini pun Mia bukak kat CC teman akak buat kerja skolah dia . Ah ~ Actually Mia dah banyak perancangan untuk blog ni , and suddenly ?! Mia pun dah excited pergi buat header baru , *kononnya* tapy apakan daya ?

Dah la Mia dah draft segala post kat komputer *tanda excited* , aduh ~ Tak apa lah , redha ye idak ? Ini semua ujian . Lagipun kalau Mia asyik dengan blog karang seharian kat depan komputer . Tak ingat dunia . Itu jugak satu balasan untuk Mia ;(  . 

Sedih jugak sebab tak dapat nak share gambar kat entry ni . Maklumlah , kat CC . Malas nak bukak banyak2 tab . Menyusahkan . Dah la komputer kat CC ni buat gedik ngan Mia . *Sabar* Apapun , itu je lah kot untuk kali ni . Harap2 lepas ni boleh bukak balik internet kat rumah tu :)

Itu sahaja , assalamualaikum , with Lot Of Love , Mia ;)



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_