Assalamualaikum ,
Selalu dalam
novel, aku baca tentang lelaki romantik. Tersangat, sampai kadang-kadang muka
naik biru biru aku baca. Lebih-lebih lagi dengan novel yang cerita tentang
perkahwinan. Aduh, sweet finish! Sampaikan boleh tersenyum sorang-sorang macam
penghuni tanjung rambutan membaca cerita. Sudah terbayang-bayang di awan nano.
Adeh, sungguh parah! Akan tetapi...
Masih adakah
lelaki yang romantik dalam dunia realiti? Masih adakah lelaki yang jumpa dengan
buah hati bersama mahramnya? Masih adakah lelakiyang menjaga maruah seorang
wanita? Masih adakah lelaki yang kejutkan isteri solat subuh sama-sama? Masih
adakah lelaki yang menolong isteri membuat kerja rumah?
Rasa-rasanya,
sekarang ini, jarang nak tengok satu pun dari persoalan di atas. Persoalan
sebenar, apakah sebenarnya lelaki romantik ini wujud? Atau hanya romantik yang
part-time sahaja? Atau sebenarnya definisi lelaki romantik itu
disalahtafsirkan?
Lelaki romantik
menurut pandangan orang:
“Wow, darling.
You look so georgous tonight. Rambut you
bersinar bak bintang. Macam nilah girlfriend I.”
Atau...
L: “Yang, bangun
solat subuh, jom.”
P: “Ala,
malaslahbang. Nak tidur kejap je lagi eh? Sayang abang!”
L: “Yelah...sayang
awak jugak. Tidurlah.”
Kalau begitu tafsiran
romantik, nampaknya anda perlu guna GPS untuk kembali ke jalan yang benar. Bagi
aku, lelaki romantik ni sebenarnya...
“Malam ni ada
jamuan dekat rumah saya. Awak jangan kupa bawak family awak sekali tau.
Telekung pun bawa. Kita boleh solat jemaah.”
Atau...
L: “Yang, bangun
solat subuh, jom.”
P: “Ala, malaslah
bang. Nak tidur kejap je lagi eh? Sayang abang!”
L: “Abang tak
sayang kalau tak bangun solat. Jom, cepat. Kalau tak abang dukung!”
Haa, nampak
romantik tak? Kan sweet tuh? Daripada yang buruk-buruk,why not kita tukar jadi
yang baik-baik. Jangan salah faham, dia nasihatkan kita ke jalan yang benar.
Itulah sebenarnya lelaki romantik. Dia tidak pentingkan diri dan nak selamatkan
kita juga dari hukuman.
Bak huluran
tangan yang sambut kita dari jatuh ke dalam black hole. InsyaAllah, nanti kita
faham apa sebenarnya maksud disebalik lelaki yang romantik itu. Okey?
No comments:
Post a Comment
Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*