Assalamualaikum, have a nice visit :)
Hai , tinggalkan jejak kat sini yeah ?
'

Wednesday, July 23, 2014

Ustazah Mia berkata : Ingat Senang Ke ?

Assalamualaikum , semoga kata2 ini memberikan pengajaran ;) Mia ambil dari seorang rakan di Facebook . Kita kongsi 'dakwah' ini ramai2 , okey ?

"Ingat senang ?"
"Ingat senang nak berubah?"
Dari pakai tudung pendek hingga pakai tudung labuh?
Dari tak pakai handsock hingga pakai handsocks ?
Dari tak pakai stokin hingga pakai stokin ?
Dari pakai seluar jeans hingga pakai seluar straight cut ?
Dari pakai baju ketat hingga pakai baju longgar ?
Dari gelak "HUAHUAHUA" hingga gelak tutup mulut ?
Dari solat tak cukup 5 waktu hingga cukup lima watu ?
"Ingat senang ke ?"

TAK.

Saya serius cakap. Saya tahu memang tak senang.
Payah.
Perit.
Bukan mudah.

Kenapa tak mudah?
"Mujahadah itu pajit kerana syurga itu Manis."

Setiap perubahan ke arah kebaikan yang kita buat, tiada jaminan ianya mudah.
Tapi yakin satu perkara.
~Allah ada bersama kita.
~Allah ada disetiap langkah kita.
~Allah ada untuk membela kita.
~Allah ada untuk menguatkan kita.
~Allah ada untuk memujuk kita.


Percayalah, setiap manusia itu Allah anugerahkan sepasang kasut yang berbeza .

Manusia itu sifatnya berubah .

Jika pada saat ini, kita rasa yang kita sendiri tak layak jadi A True Muslimah macam yang lain, jadilah A Rare Muslimah .

Mereka jarang didapati.
Normal kita nak berubah, people will jugde you. Without know how your life is.

Setiap manusia dugaan dan perjalanannya berbeza .

Ada yang lurus, ada yang bengkang bengkok. Tak perlu berubah kerana mengikut manusia, tetapi berubahlah kerana Dia. Percayalah, lebih indah perubahan itu jika kerana Dia.

Kerana Allah.

Satu tips dari saya yang tak sempurna ini, janganlah bandingkan diri kita yang tengah bersusah payah untuk berubah dengan orang yang dah jauh berlari. Sebab itu akan mudah buat kita rasa down untuk terus berubah ke arah kebaikan.

Sebaliknya, kita mesti bandingkan diri kita dengan hari ini dengan yang semalam.

Semoga hari ini lebih baik dari yang semalam .

Semoga hari ini, malah detik ini kita akan lebih rasa bersemangat untuk memenangi pandangan dan redha Allah .

Jika ada yang menghina dan mengejek kerana penghijrahan kita, senyumlah dan mengadulah pada Allah :)





#Note : Bukan hak milik Mia . Assalamualaikum :)



Gomawo readers. Love it? Like it! Saranghaeyo!

No comments:

Post a Comment

Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*

World is Belong to Allah _Mia Ira Izzati_