Hehe , esok sehari je lagi nak puasa . Adakah anda teruja ? Mia tak tahu lah apa feeling tahun ni . Macam biasa je kot . Dah tua tak boleh nak kutip duit raya banyak2 . Dah dua tahun kena duk kat rumah layan orang datang . Dah jadi anak dara >,< Hehe
Anyway , Mia nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam . Maaf kalau ada tersalah kata , terkasar atau kadang2 tu terkurang ajar dekat dalam blog ni . Tapi , raya2 jugak . Nun di Gaza , kita jangan lupa tentang mereka :) Arasseo ?
Fathin ada tanya hari tu Mia asal mana . Mia jawaplah Perak . Bahagian Sungkai . Dan kitorang pun panggil hang-hang tau . Bahasa banjar orang panggil . Siapa pernah dengar ? Hehe , Mia pun bukan tahu exact pasal bahasa banjar ni but...tahulah sikit2 .
Contoh:
_Han napak tu ? : Ha , kenapa tu ?
_Napa nya diulah ? : Apalah yang dibuat ?
_Gering kah ? : Demam ke ?
_Abah bergawi ja lagi . : Abah pergi kerja dah .
Somethin macam tu lah . Kadang2 dengar mak bapak sedara ckp gitu macam kelakar . Mia pun senyum2 lah . Sampai dorang tanya if Mia faham atau tak , terus geleng kepala . Habis gelak satu rumah . Konon paham , dok senyum2 . Adeh , tak boleh blah .
Apapun, tu je kot . Bye ! Semoga anda semua berbahagia di hari raya ~
No comments:
Post a Comment
Hai , dah baca kan ? APA salahnya komen :) Terima kasih , syukran jazilan , gomawo :*